Senin, 31 Oktober 2011

LAZY SONG IS COMING

Assalamualaikum semua

memandangkan malas semakin memakan diri maka aku pun malas malas jer nak up-date blog... akibatnya tak da idea la kan nak tanya lagi ker huh??? ronsoi ronsoi...dah la exam makin dekat hari ni dah la penghujung bulan 10..examnya bulan 11....arghhhh.... JEBAL(tolong)

apa nak buat ni...maka cepat cepat la selak buku...pegang tu tak kena pegang ni tak kena..kalau boleh suma nak baca..nah hambik kau...baru tergagau-gagau nak baca buku..dah memang tabiat bila nak exam baru gagah nak pegang buku..huh ada akai ka??? mampiuh nak baca semua buku dalam satu masa kan...tapi tu la yang selalu budak 'rajin' macam aku selalu buat kan...sapa yang nak ngaku..kan kan kan...


hari just nak up-date ni jer.....maklumlah semua budak SPM dan STPM pakat-pakat stop berpesbuk ngna berblog gara-gara nak exam...termasuk la aku...kan...
so aku rasa ni entry last buat sementara ni...nanti kalau dah habis exam INSYA-ALLAH aku akan up-date story yang lebih hangat daripada biasa..okey...

apa apa pun doakan kejayaan aku, budak kelas aku dan seluruh
  candidate SPM & STPM 2011...
amin amin amin

bye..bye..bye

sarangae(LOVE)


Lelaki Idaman



Eh yeke?? Macam betul jugak ni. :D


Kalau sebut pasal "lelaki idaman". Kadang-kadang benda yang  impossible pon kita nak ada dekat seorang lelaki tu. Nak yang tinggi, hensem, badan taff macam Kim Jong Kook, muka macho, beriman, baik hati, hormat orang tua,caring, kaya, kemas, wangi, romantik, protective. Ouh very-the-cliche



Nak lelaki macam mamat korea dalam drama korea?? Kalau gaduh je dapat bunga lapanploh jambak?? Sanggup berlari namploh km berkaki ayam semata-mata nak belikan gula-gula kapas kegemaran sebab tak nak buat kita merajuk?? Main violin tepi pantai nak pujuk kita sebab cancel date last minit sebab mak dia marah tak kasi keluar rumah?? Penipu je semua tu. Mana ada lelaki romantik jambu bebeno macam tu pon. tu DRAMA je semua tu



Tapi dah kata pon "lelaki idaman". Kira benda yang kita idam-idam kan lah dan lelaki yang kita selalu berangan nak jadikan dia teman sehidup semati. Walaupun berangan pon jadikkk lah kan.Kata pon IDAMAN. Tapi kalau dapat yang betul-betul macam diidamkan, laaaagiiiiiiiiiiiiiiiii bagus! :D



Well dulu di zaman jahiliyah, zaman muda-muda dulu ada ah macam berangan nak lelaki macam ni, nak lelaki macam tu. Tak nak lelaki macam ni, tak nak lelaki macam tu. Siap buat list panjang gila ni. Macam kan aku lawa sangat macam cinderella siap berlist bagai kan. Tapi dah godang-godang ni, bila ingat balek zaman itu, rasa macam nak penampo diri sendiri. Tah pape. Kuat bebeno berangan nya



Bila dah sayang someone, tak kesah lah perangai dia macam mana pon. Muka berkerak ke hape. Bila rasa best je dengan dia tu. Ada KIMIA lah tu kot. List lelaki idaman pon tercampak ke laut. Tiba-tiba taik gigi rasa coklat. Kentut pon bau perfume strawberry. Tapi lelaki macam mana pon aku suka, kau kentut bersepah pon, tak ada maknanya aku nak kata kentut kau bau perfume strawberry. Silap-silap kaki ku akan di flying kick kan di muka mu





Lantak pi lah kau hensem ke tak. Badan kau berketak ke tak. Kau kaya ke tak. Kalau kau kaya duit mak bapak je buat apa kan. Just satu je aku nak







Kau boleh sayang aku sampai ke tua. Dan kalau aku sakit pon, kau tetap ada di sisi jaga makan minum aku dan terima kekurangan diri aku. Kalau terima kelebihan diri, semua orang boleh terima. Tapi nak orang terima kekurangan diri, itu yang payah nak carik kan?





Nak sayang orang pon, sayang orang dengan HATI. Bukan dengan PERASAAN. Kalau kita sayang orang berdasarkan PERASAAN semata, ia hanya akan GAGAL sebab PERASAAN sentiasa berubah dari masa ke semasa



Mulut boleh menipu tapi HATI tak boleh menipu




ok bye!

Minggu, 30 Oktober 2011

Kuching mari

Baru-baru ni XPLAY dekat Kota Kinabalu sangat meriah. Punya lah dok layan orang KK ni. Mana tak nya tengok depa ni terbang terbang guling-guling buat persembahan



Ni dekat KK, gempak betul brader brader dekat atas ni main terbang-terbang.



Dekat Sepang KL pulak punya lah ramai orang sebab nak tengok Paul Van Dyk punya pasal.





Ramai gilaaaa woh


Untuk warga Kuching pulak, XPLAY nak gegarkan Paragon Club pada 19 November 2011.



Ada DJ Malika yang hot dari Russia, tak lupa juga ada DJ tempatan yang top iaitu DJ Jee Hoee dan Twilight Actiongirls aka TAG (DJ Xu and DJ Bunga)


XPLAY punya event ni makin lama makin besar. Dan kalau nak masuk adalah FREE! ye. FREE je. Tak kena bayar pon. Kalau nak pergi, register dekat SINI untuk dapat FREE passes!



Senang je kan nak dapar FREE passes? Boleh follow facebook XPAX dan U.O.X jugak untuk tahu lebih lanjut macam mana nak register dan dapat pas FREE!



ok bye!

Jumat, 28 Oktober 2011

Makan mihun boleh KURUS. Eh yeke?

Haritu pergi makan dengan member. (kerja aku ni asyik mencekik je lah. Makannn makannn makann. Macam tak ada kerja lain) Member aku ni kepala dia senget jugak. Ala-ala sengal gitu. Aku macam tak tahu dah nak makan apa. Kengkonon nak diet tapi nak makan jugak. Ye lah MAKAN UNTUK HIDUP. Tapi bukan hidup untuk makan ye.



CE: Aku tak tahu lah nak makan apa. Stress tengok menu *sambil tengok list menu yang ada macam-macam makanan*


Member: wehh kau nak diet kan? nak kurus kan? tak payah makan nasi. makan mee sup


CE: alaa aku tak suka sangat benda kuah-kuah sup bagai ni. Aku suka benda goreng-goreng



Member: laaa patut lah kau gemok. Suka makan benda goreng-goreng rupanya. hahaha


CE: hek elehhh. kau kurus?? haha (sebab dia ni tak ada lah kurus mana pon. tapi perasan dia hot kadang-kadang. tak paham aku. Migrain aku bila fikir mental dia ni)



Tetiba dia keluar kan cadangan yang aku-pon-tak-tahu-lah-bernas-ke-tidak



Member: Ni nak bagi kau tips yang aku reka sendiri. kau nak kurus kan? Kalau nak makan mee, jangan makan mee kuning dengan kuey teow, sebab dorang besar, nanti kau pon ikut gemuk. Kau kena makan mihun. Mihun kecik nanti kau pon slim macam mihun



*eh mihun ke bihun eh???* bedallll


CE: weii boleh pakai ke teori kau ni? Kira makan mee kuning besar nanti gemuk. Mihun kecik, bila makan boleh slim lah?? Habis tu kalau aku makan mihun sup 8 mangkuk pon boleh slim ah??


Member: Siapa suruh kau makan 8 mangkuk gilaaaaa. Makan satu mangkuk je lah


CE: aku tanya je lah. Gila hape aku nak makan sampai 8 mangkuk. Kalau kau ye lah


Pastu panggil abang waiter tu nak order. Aku pon order lah mihun sup.Malas pulak nak fikir banyak-banyak nak makan apa. Walaupun aku tak ada lah minat benda sup-sup ni. Tapi nak kurus kan. (kengkonon la). Hadap je lah sup ni


CE: kalau aku tak slim macam mihun lepas makan mihun sup ni. Siap lahhh kauuu!



Member: Hahahaha. Aku gurau je wei. Aku main cakap je. Yang kau pergi percaya kenapa? hahahaha



Ouh tak pe lah. Nasib baik lah mihun sup kedai abang ni sedap jugak ah kan. Tapi bila ikut logik kan, macam betul je apa member ni aku ni cakap.



Makan

Mee kuning/kuey teow = gemok

Mihun = kurus

Sebab mengkiut saiz mee




eh yeke????  Sebab dia ni sengal, aku malas nak percaya. Sebab dia selalu pedajalkan aku. Tapi betul ke teori member aku ni??




ok bye!

Rabu, 26 Oktober 2011

Buat SPA dekat rumah





Mesti ramai yang suka kan kalau pergi spa? Best lah kan ada orang dok urut urut badan kita, orang yang lulur dan scrub badan bagai. Tapi ramai yang tak mampu nak dapatkan rawatan dekat spa ni. Kalau student macam aku, konpom rasa mahal. Pastu tak ada masa sangat apatah lagi nak kena pergi tiap minggu. Rabak duit




Tapi jangan risau, sekarang ni, boleh buat dekat rumah je semua tu. Kau tenyeh tenye lah sendiri dekat badan kau. Tapi kena ada bahan nak ditenyeh tu lah kan. Tak kan nak tenyeh badan guna pasir dekat padang depan rumah kau pulak (ouh depan rumah aku ada padang, boleh main rounders, so banyak gak pasir)



Produk2  lulur mandi yang dihasilkan oleh Syarikat KOSMO adalah antara produk yang di supply ke spa2, jadi kita  dapat melakukan perawatan yang sama seperti di Spa dengan hanya di  rumah, kebebasan berlangir, mandi rempah & lulur. Tidak perlu keluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan kulit yang halus & mulus. Kini semuanya boleh buat dekat rumah je.

*** Quality Approval for the home spa product:                              ***

ANTARA PRODUK-PRODUKUntuk melulur :

1) Lulur Kopi + Gel Mandian Santan Kelapa - Hanya RM28

- mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk menyegarkan  badan, melembutkan, memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada  celah peha dan menghilangkan keletihan (stress).


2) Lulur Rempah + Gel Mandian Zaitun = hanya RM30

- Ramuan Buah Zaitun mampu memberi   kelembapan pada kulit serta  kaya dengan Vitamin C dan E yang dapat  membantu menganjalkan  kulit, melembutkan  dan mencerahkan kulit,  menghilangkan parut-parut akibat kudis, gatal-gatal serta kesan luka.

Lulur  Sari Rempah pula mengandungi khasiat yang baik untuk melembutkan dan  menegangkan kulit, menghilangkan bau badan atau peluh yang berbau.  Melancarkan perjalanan darah dan Aroma yang harum untuk mengurangkan  tekanan.



3) Lulur Kacang Hijau + Gel Mandian Susu = Hanya RM28

- Lulur  Kacang Hijau mengandungi vitamin A, B1, C dan mineral. Ia juga dapat  menurunkan suhu panas dalam badan, melembutkan kulit, mengecilkan liang  roma dan menegangkan kulit.

Gel mandian susu untuk kesihatan manusia ialah ia mengandungi asid lemak baik  (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. asid  ini juga membantu sistem pertahanan badan. Susu kambing didapati  mengandungi kandungan Bio-Organic Sodium yang tinggi. Bio-organic Sodium  dikenali dalam rawatan naturaphotic sebagai elemen anti-penuaan.




4) Lulur Garam Susu = Hanya RM15 (tanpa gel mandian- hanya perlu dicampur air sahaja)

Khasiat  Mandian Lulur Garam Susu  amat baik untuk merawat sel kulit yang  bermasalah kerana kandungan  Mineral dalam garam susu mampu merawat dan  menyembuhkan penyakit kulit  seperti kudis, gatal-gatal akibat sensitif  terhadap persekitaran yang  kotor dan gigitan serangga.

Ia juga  mampu merawat sel kulit  mati, melembutkan kulit, menyingkirkan Toksin,  melancarkan perjalanan darah  dalam badan serta menyingkirkan bau peluh  yang kurang enak. Mandi susu  adalah amalan rutin ratu Mesir iaitu  Cleopatra supaya kulitnya putih  gebu dan lembut.



Selepas Siap je melulur, lap kering badan, disarankan untuk pakai :

- Massage Oil = Hanya RM18

yang ni sapu je kat badan, untuk kekalkan kelembapan kulit..


- Banyak lagi produk spa di mushonline shoppe, ada lagi Garam Spa Kaki, guna untuk rendaman kaki.

 
GARAM SPA KAKI
(Lavendar/Halia)
[RM14]-setiap satu

Khasiat  merendamkan kaki menggunakan  Garam Spa beraroma amat bagus untuk  merawat pelbagai penyakit seperti  kebas-kebas kaki, Tumit merekah,  kulit kaki mengelupas, Kaki  berpeluh,gatal-gatal jari dan kaki yang  berbau kurang enak.

Cara Pakai : Campurkan  1 @ 2 sudu garam spa kaki ke dalam air suam, kacau sehingga larut,  rendam kaki & relaks....sehingga air semakin hilang kepanasan nya,  gosok tumit kaki dengan penggosok tumit yang boleh dibeli di mana² kedai  & pasaraya. Selepas itu lap bersih kaki korang.



Untuk Penyakit Resdung digalak menggunakan ketiga - tiga produk dalam set ini.

Harga Set Ketiga - Tiga Produk
Sabun Deviana = RM28.90
Herba Dewa Mujarab = RM15.90
Bedak Resdung = RM18.90
Jumlah Semua = RM63.70

HARGA SET = Hanya RM62


(Inilah Kandungan dalam botol Herba Dewa)

Antara Produk lain, ada Teh Herba Mahkota Dewa : Hanya Rm39


Pengambilan  secara rutin dapat  menyembuhkan penyakit Ekzema, Kencing Manis, Darah  Tinggi, Buasir  Berdarah, Asma, Resdung, Penyakit Jantung, Gangguan Buah  Pinggang, Lemah  Syahwat, Batuk/demam berdarah, Masalah senggugut/Haid  tidak lancar,  Sakit urat/sendi tulang, Kolestrol tinggi

Aturan penggunaan:
Masukkan   1 1/2 besar Teh Mahkota Dewa ke dalam teko atau Jug tahan  panas,biarkan  seketika sehingga air berubah warna kekuningan seperti  air teh, boleh  juga ditambahkan gula jika tidak menghidapi penyakit  kencing manis.  pengambilan minuman Mahkota Dewa dalam jumlah yang  banyak dan kerap  dapat membantu mempercepatkan proses rawatan.

Amalkan minum pada waktu pagi & sebelum tidur

Setiap  1 1/2 sudu penggunaan boleh digunakan berulang sehingga 4-7 kali, hanya  tambah air panas sehingga warna berubah pudar, barulah direndam yang  lain, sangat jimat.



banyak lagi produk2 lain yang menarik, korang tengok la sendiri ye..boleh klik MUSH ONLINE

atau terus contact by email ke mushonline82@yahoo.com atau sms ke 017-370 9989

dan LIKE di facebook SpaDiRumah

=============


Personally, aku pakai yang lulur kopi tu. Aku ni tak suka minum kopi tapi suka bau kopi je. Dia lebih kurang macam scrub ah. Lepas pakai tu rasa lembut je kulit. Keluar bilik air je adik aku bising


"eeee apa ni, tak senonoh minum kopi dalam bilik air"


"Tak ada kerja nak minum kopi dalam bilik air lah, bukan sedap pon, tu lulur kopi lahh. Pergi ah try sental dekat badan berdaki tu"


*adik aku terus capai lulur kopi*


Tapi pastu badan pon macam bau kopi sikit. kehkeh. Tapi best ah, sebab badan rasa lembut dan segar lepas pakai. Ce lah try.




ok bye!

Selasa, 25 Oktober 2011

Wordless Wednesday yang tak berapa nak sangat ah : Ce teka ce teka ni majalah apa?




Ada lagi gambo, tapi pi beli ah majalah ni. Kalau korang teka betul pon ini majalah apa, tak ada hadiah pon aku nak bagi. Cuma macam genius sikit ah sebab aku tak bagi tahu majalah mana, ko boleh dapat teka dengan betul. kehkeh


ok bye!

Senin, 24 Oktober 2011

Battlestar Galactica yang bikin jantung gugur dekat Universal Studio Singapore. Semputttt

Tahniah kepada sesiapa yang telah meneka dengan tepat yang aku pergi ke Universal Studio Singapore di ENTRI INI. Seploh markah untuk anda. *tepuk-tepuk-tangan* . Mungkin tahun depan ke California pulak. Yo yo ooo je kan nak pi California pulak =p


Aku pergi Singapore ni untuk ke Universal Studio Singapore je. Tak ada nya jalan pergi Singapore pon. Cara-cara aku pergi cara jimat. Mula mula tidur hotel dekat JB satu malam. Esok nya baru pergi Singapore. Ayah aku amek agen mana tah. Dia lah amek kitorang dekat Hotel JB then bawak masuk Singapore. Satu hari dekat Singapore. Pastu malam tu balek JB balek. Kira aku tak ada jalan jalan pon pergi Singapore ni. Hanya pergi Universal Studio je. Tapi passport kena bawak lah gak

Time ni dekat Johor lagi. Tengah menunggu orang ambil nak bawak masuk Singapore selepas menyemak passport dekat imegresen.



Dah sampai Universal Studio Singapore dah!! Cepat je kan? Tak sampai 2 minit baca pasal JB dah sampai Singapore pulekkk. =p


Untuk entri ini, nak cerita pasal roller coaster yang aku naik je lah. Lain-lain entri cerita pasal benda lain pulak. Macam macam menatang ada dalam USS (Universal Studio Singapore) ni



First and foremost, sesiapa yang dah pernah pergi USS ni, mesti akan terserempak dengan natang roller coaster GALACTICA ni dulu. Aku nampak natang ni je, rasa macam semangat berkobar-kobar nak naik. Maklumlah eksaited. Jakun pon ye gak. Lepastu tak payah beratur panjang pulak. Naik-naik je terus dah boleh naik dah natang ni


Ada warna biru dan merah. Mula-mula aku naik yang biru punya. Pastu baru merah. sebab tengok yang biru tu macam lagi mencabar je dari merah



Mula-mula naik yang biru ni. Mak oiiiiiiiiii. Nak gugur jantung aku sampai rasa nak terkincit lepas naik benda alah ni. Punya lah laju gila. Pastu suka suka dia nak terbalik, nak tertonggeng, pusing empatpuloh lima darjah ke hape. Dah ah laju gilaaaa. Memang masa aku naik natang warna biru ni, asyik menjerit je. "omakkkkkkk omakkkkkkkkk aaaaaaaaaaaaa tolongggggg aaaaaa" Nasib lah siapa duduk sebelah aku kan kalau pekak




Dah ah dalam kepala otak aku tengah terbayang cerita FINAL DESTINATION yang sorang sorang mati dekat roller coaster. Tahu tak dia akan jadi double seram?? Jerit sebab takut jatuh ye gak. Sebab masa dia terbalik tu, rasa macam penghadang dekat badan kita tu rasa longgar je. Rasa macam berpotensi je untuk jatuh. Tapi yang biru tu memang terbaikkkk ah. Nasib baik tak lama sangat. Yang warna merah tu aku tak suka sangat, sebab dia banyak kona lap. Pening kepala bila turun. Tapi yang warna biru tu memang roller coaster yang terbaik ah pernah aku naik.




Then pergi dekat Mummy ni pulak. Sebelah Galactica tu je. Yang mummy ni aku ingat ada show ke hape dalam tu. Rupa-rupanya roller coaster lagi dalam ni. Naik lagi. Part aku naik tak ramai yang beratur lagi. Kena tunggu 5 minit je pastu boleh naik. Yang roller coaster dalam mummy ni banyak part terkejut. Depa cerita ah pasal mummy ni. Mula mula rilek je masuk. Dia jalan pon slow je. Sekali tetiba laju naik atas, boleh pulak dia gostan ke belakang dengan laju nya. Mahu tak terkincit?? terkejut tahu?? Main-main gostan pulakkk. Lempang kang


Pastu konon konon Mummy tu nak makan kitorang. Masuk lah dalam mulut mummy tu. Konon-konon kena telan ah. Masa kena telan ni gelap gila hoiiiiii. Sebab dalam terowong. Dah ah gelap, badan ko rasa melayang terkontang kanting kiri kanan atas bawah. Serious rasa nak terpelanting dari rail. Kwanghajar punya mummy. Tapi still tak boleh melawan kepuakaan GALACTICA warna biru tu ah. Yang tu memang terbaik



Blah lah ko bang. Kau ingat badan kau taff kau hensem? Mende alah ni gatal woooo. Pantang nampak perempuan. Mesti dia nak datang dekat ngorat ngorat



Makluk tinggi lapanpuloh enam kaki



Ni geng-geng dia ah ni. Aku rasa nak je sepak kaki dia masa jalan bagi jatuh.Kuis kuis sikit ke. Jalan pon terhenjet-henjet. Ketis sikit ni konpom jatuh sebab dia tak sestabil kita.  Nasib baik aku baik hari tu. Tak ada nak buat kerja keji. Kalau tak mahu duduk dalam lokap dekat Singapore. Baru feeling foreigner kejap kan




 BUKTI mamat ni miang keladi



Dah cakap dah. dia memang gatal. Pantang nampak perempuan. Dengan lelaki ilek je stedi tayang muscle. Siap pose macam Malek Noor lagi. Hek elehhh Aku lestik guna batu besor dok pecah-pecah kan muscle kau ni karang banggg baru tahu. Kau ingat badan kau taff macam Kim Jong Kook lah?? blah laaaa




haaa tu ada lah yang pi google KIM JONG KOOK tu karang tengok badan taff dia.


Tapi lepas aku naik roller coaster dekat Mummy ni, aku saja kenakan ibu aku suruh dia naik. Cakap dengan dia . "bestt ni buuu. tak ada mencabar sangat pon. dia goyang kiri kanan je . Tak ada tunggan terbalik pon. Tak takut sangat. Rugi bu datang sini bayar mahal-mahal tak rasa naik ni. Ce naik ce naik"


Ibu aku pon terpedaya dengan aku . YESS! pastu dia pon naik. Tapi part dia naik tu kena tunggu 25 minit lah. Sebab time tu orang dah mula kerumun port mummy ni. Dia keluar je dari roller coaster ni terus cekak pinggang pegang kepala tanda pening. Pastu dok gelak gelak


IBU: eeeeeeeeeee bertuah betul lah budak ni. Nasib baik ibu tak ada darah tinggi. Pening kepala naik. Ni dah agak dah mesti dok kenakan ibu ni. Pandai bebeno berlakon. Mula-mula ibu nak patah balek jugak sebab tengok macam seram. Tapi orang dah ramai dekat belakang beratur. Tu naik je tu. Tapi nasib baik best. Tapi memang ibu tak kan naik dah lah. hahahaha



huahuahuahuahuahuahuahua time ni memang aku gelak guling-guling. Siapa suruh terpedaya dengan muka innocent aku. kehkeh.



Lepas pergi port mummy. Ni pergi port fairytale pulak. Nama tempat ni "Far Far Away" . Yang ni roller coaster gak. Tapi budak-budak kecik boleh naik. Yang 3 roller coaster sebelum ni bebudak tak boleh naik. Disebab kan budak-budak boleh naik aku assume benda ni tak ah berpuaka sangat macam yang 3 sebelum ni



Lepas naik je benda ni, lagi sekali suruh ibu ayah aku naik pulak. Ayah aku tak try lagi.

CE: Ayah, naik lah benda ni. Tak ada takut pon. Ce tengok. ramai je budak budak kecik naik ni. Tak ada apa pon benda ni. Biasa je. tak laju macam yang tadi tu

AYAH: ye ke? ok ke ni?

CE: ok yahhhh. ok! Ce naik, mesti ayah kata tak mencabar sangat


Ayah pon naik lah sekali dengan ibu aku. Aku dengan adik-adik aku tunggu dekat bawah. Dia habis naik je. Guling-guling kitorang gelak.

AYAH: uihhhh pening kepala ayah. Mahu naik lagi darah tinggi ni karang. ayah pejam mata jeee. Tak tengok apa pon jadik. Laju betul

CE: hahaha ok yah?? terbaik tak yah? Tak ada lah mencabar sangat kan??

AYAH: tak mencabar apaaaaa . hahahaha. pening dah kepala ni.


Saja je nak soh ayah aku merasa naik roller coaster. Sebab dulu aku pergi Disneyland, galak dia dok kena kan makcik aku suruh naik benda-benda macam ni. Pastu dok gelak kan orang. hahahahaha



Dekat sini banyak gila natang natang ni. Kau jalan kang terserempak dengan itik. Jalan lagi terserempak dengan beruk. Jalan lagi terserempak dengan beruang. Jalan lagi terserempak dengan Shrek pulak. Memang ni tempat binatang-bintang dibebaskan dan pandai bergambo. Macam macam ada





Ok tak payah tanya lah mana datang penyakit suka bergambo aku ni kan?? Konpom dari genetik ni



Kalau aku rajin aku cerita lagi apa jadik dalam USS ni. Ni pon dah stok cecah lantai sangat dah punya entri ni


ok bye!

Minggu, 23 Oktober 2011

Ce teka ce teka aku dekat mana? Dan buat apa dekat sini??

 Universal Studio




REHEARSAL





Telah diberi kepercayaan menghiburkan orang ramai walaupun sekejap. 










WALAUPUNNNNN



IBU yang terbaik dalam dunia.



Aku yang bawak nama Malaysia. Ibu aku pulak dapat award tetibaaaaa. Tu award aku sebenarnya



Tu pon kalau nak percaya lah. Ce teka aku tengah buat apa sebenarnya ni??



Will update later, sekarang tengah nak prektis. Prektis apa?? haaa yang itu yang kita tak tahu tu.



ok bye!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Aku dulu free hair, pakai baju pon semua stok stok tak ada lengan. Malaysia kan panas. Sebab tu feeling macam duduk England

Kehkehkeh. Tajuk tak boleh nak panjang lagi ke cik epal oiiii? Mungkin ada yang pernah tengok gambar gambar aku di zaman jahiliyah ni dulu. Saja je nak tayang lagi. Sebab time muda muda dulu aku rasa aku comel (mati lah perasan). Tapi semakin besar ni, makin COMOT dan godang pulak. Mana tak godang, kerja asyik melantak je kan. Sila jangan salahkan ibu mengandung.

Cuba carik aku yang mana satu?? Aku rasa time ni dekat Sunway Lagoon lah . Aku pon dah lupa. Sebab dah lama sangat dah gambar ni. Tahun 1994 kot. Time ni baru sampai Sunway Lagoon. Semua muka mencuka je lagi. Belum panas lagi ni. Baru warm up. Tak jumpa air lagi nak berenang



Walaupun cousin aku yang lain masih masam mencuka macam baru lepas makan ikan pekasam. Aku dah rasa eksaited sikit kot time ni. Senyum pon dah berani tunjuk tunjuk gigi.



Kadang kadang rasa nak penampo je muka sendiri bila tengok gambar ni balek. Aku pon tak tahu apa sebab. Muka aku macam takut takut ayam. Menggelabah betul.



Ko kenapa NOR masam masam? Sebelah aku tu NOR. Cousin aku. Sampai sekarang ni kitorang rapat. Rapat gila kot. Tapi dia jauh lah dekat Johor. Kalau balek kampung jumpa lah, kitorang dua orang borak je dah memekak macam lapanbelas orang ada dalam rumah. Aku gonjeng dia gonjol. Walaupun dia gonjol, tapi dia baik, dia selalu belanja aku makan kalau aku balek kampung. Sebab tu aku gemok.


Tapi kan aku rasa macam best pulak boleh kurus macam ni balek. Tapi tak nak ah sekeping macam ni sangat. Kang angin tiup, aku pulak melayang jatuh dalam longkang



Bergurau senda. 


Dulu semua kemain lidi. Sekarang semua dah macam tong drum dan tong gas badan memasing. Nasib lah kan. Dulu semua baju stok stok tak ada lengan je. Baru lah Amerika kan



Gambar ini paling HOT dalam sejarah hidup aku. Gambar tayang spender. kau mampu bergambo macam ni?? Hadooo? hadooo?





Dulu-dulu nak pakai baju tak ada lengan ke, hot pants ke, pakai spender je ke keluar rumah. Tak ada nya orang nak kesah. Kalau pakai spender je keluar rumah main main pon mesti orang kata kiut. Cuba sekarang keluar rumah pakai spender je main main depan rumah. Nak mampus ke hape?




Dulu kecik-kecik cambest je. Hidup tak payah fikir masalah. Tahu hari hari mintak dekat ayah nak makan jajan. Kalau boleh celik mata tetiap bangun pagi je nak makan jajan. Sekarang ni, hidup selalu ada masalah. Cuma kena tahu cara atasi je. Tapi kalau hidup tak ada masalah, macam tak normal pulak. Actually masalah-masalah yang kita face ni lah mematangkan kita dari masa ke semasa.





Tapi aku tak matang-matang pon sampai sekarang, badan je besar godang. Pemikiran masih kebudak-budak kan. kehkeh




ok bye!

Sesuai bebeno untuk peminat Manchester United

Antara jajan favourite aku adalah MISTER POTATO. MISTER POTATO ada pek baru sekarang. Siap ada gambar pemain-pemain bola Manchester United lagi dekat depan pek




Perisa baru,  Fiery Hot & Spicy!!! nom nom nom. Ambek crisp slow-slow. Kang kalau ada crisp yang patah ke hape boleh pulangkan balek. kehkehkeh


ngaaapppp! Sedap dan rangup!! Mengadap benda alah ni. Memang laju je la habis. Bagi lah pek tinggi mana pon. Cepat je aku bedal. Syok je layan mende alah ni, lagi lagi makan depan tv masa tengok Running Man. Mahu tersembur-sembur makan sambil gelak.Perasa Fiery Hot and Spicy ni just nice bagi aku. Tak ada lah pedas melampau-lampau. Budak-budak pon still boleh hadap lah. Bukan kata budak-budak, ayah aku bedal benda ni kemain sedap sambil tengok berita. Alih-alih aku nak makan lagi, habes dah. Yang tinggal bekas tinggi Mister Potato ni je. Punya lah rangup, makan pon syokkk je. Tak nampak dah kiri kanan



Crisps tu dah habes tak apa, ni ada lagi. Produk baru iaitu Mexican Wave Chips!! Macam-macam perisa ada. Pilih pilih nak perisa apa!! Paling aku suka jenama Ole! HOT and Spicy yang pek warna merah mak ngah tu :D

Bila Mister Potato ni ada dekat tangan aku, rasa macam nak masuk contest pulak. Untung-untung boleh jumpa pemain-pemain bola Manchester United!!! 





Haaaaa. Sesiapa peminat kipas susah mati Manchester United ni memang bagus sangat lah baca entri ni. Korang nak jumpa pemain Manchester United tak?  Nasib baik lah aku baik hari ni, meh sini nak bagi tahu cara-cara nya macam mana:


1-First of all, apa yang korang kena buat, korang kena beli apa-apa je perisa pek edisi Mister Potato Man Utd macam dekat bawah ni untuk mendapatkan kad kod SMS yang terdapat di dalam produk. Antara produk yang korang boleh beli:



Mister Potato Crisps 160g






Atau Rice Crisps daripada Mister Potato 130g



Atau Mister Potato Mexican Wave 70g




Kalau nak beli semua jajan ni pon boleh. Tapi make sure ada gambar-gambar pemain Manchester United tu ye. Yang gambar Wayne Rooney angkat ketiak lebih afdhal kalau nak beli =p


Ok bila dah beli pek edisi Mister Potato Man Utd, cari satu benda kecik yang macam ni:



Korang boleh jugak menghantar penyertaan korang menerusi SMS atau online




Untuk SMS buat je macam apa yang ada di kad ni

Untuk online pulak
Layari WEB MISTER POTATO dan pilih negara (i.e MALAYSIA)

Daftarkan diri kalau korang menyertai buat pertama kali ATAU log masuk jika peserta telah pun berdaftar sebelumnya menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sah.




Jawab satu soalan ringkas dalam Bahasa Malaysia sahaja (seperti yang dinyatakan pada pek) dan hantar penyertaan menerusi SMS dan/atau online bersama kod SMS.


Lepas tu, ikut je arahan yang diminta oleh sistem. Senang jeeeee! Yang penting online submission ni semua FREE!!



Nak tahu lebih lanjut pasal peraduan ni, layari laman web MISTER POTATO untuk membaca terma dan syarat. Ada juga talian hotline  03-78730078 . Nak call nombor ni tanya pasal peraduan je ye. Jangan kau pergi menggatal mengorat pulak


dah kata contest, konpommm ada hadiah kan? Part hadiah ni yang paling best.




2 pemenang bulanan akan dihantar ke Old Trafford untuk pengalaman yang terbaik dari ladang. Pemenang akan dapat tiket VIP, penginapan percuma, tiket penerbangan pergi dan balik, dapat menjelajah Old Trafford Stadium , berpeluang  untuk bertemu dengan pemain Manchester United!!! Boleh jugak duduk di atas kerusi pemain bola yang korang minati di bilik persalinan!! Boleh lah feeling-feeling pemain Manchester United nanti =p

Sesiapa yang menang dapat jumpa pemain Manchester United tu. Boleh cakap dekat Wayne Rooney




 “abeeeee nak saiinnnnnnnnnn! Minat sungguh dengan abeee.Molek sungguh mu nihh. Hebakkk mu main bola. Terbaik dari ladang sungguh!” 


Tu pon kalau si Rooney tu paham lah. Aku pon tak berapa nak paham. Main bedal je. Ini pulak dia kan.


Ok bye!