Rabu, 08 Juni 2011

(review movie) INSIDIOUS . perghh cerita hantu paling seram yang pernah aku tengok. TERBAIK!

phewwwww. INSIDIOUS?? perghh movie ni memang best. cerita hantu ni. Siapa pernah tengok PARANORMAL ACTIVITY?? Ni Director yang sama lah yang arah. Cerita ni banyak terkejut terkejut. hamsap betul lah. Bergegar gegar jantung aku tengok movie ni. Yang aku pelik kenapa tak diklafikasikan cerita ni sebagai 18 ea? cerita ni PG13 je? Aku rasa budak atas 13 tak boleh jugak nak tengok cerita ni. Aku pon dok menjerit bagai nak rak tengok cerita ni. jantung hampir gugur. ni pulak budak budak nak tengok.


Aku ni tak ada la penakut sangat (cover)


Eh tapi serious lah aku memang suka tengok cerita hantu. lagi lagi dalam wayang. but selalu aku tengok cerita hantu, aku tak ada lah sampai tutup mata sebab takut nak tengok hantu.memekak menjerit jerit tu memang perkara biasa. tak tengok cerita hantu pon aku menjerit, hantu pon larikk dengar suara aku. But cerita ni berjaya membuat aku beraksi seperti seorang penakut kelas pertama. sebab berjaya membuat aku tutup mata dengan jayanya sampai takut nak tengok scene seterusnya. DAMN YOU INSIDIOUS! muahahaha :D


poster
Aku rasa cerita ni dah lama. tapi aku yang menggelupur baru nak tengok. dah cerita ni ada lagi main dalam wayang, kita tengok je lah kan. pulak pulak aku tengok ni FREE. lagi lah bertambah ke "best" an nya. Macam mana aku dapat tengok movie ni FREE? nanti aku cerita next entry


Pelakon dalam cerita ni. 


Cerita pasal satu family diganggu hantu dekat rumah baru depa pindah. Lepastu depa tukar rumah baru. Dekat rumah baru pon depa kena kacau jugak. Tapi aku suka lah tengok pelakon dalam cerita ni. Semua kacak, comel dan cantik. Ada baby perempuan lagi sorang. Perghh baby tu tak boleh blah. doplohempat jam nak nangis je kerja. rasa macam nak pelempang je. NANGIS NANGIS NANGIS. Tak ada pulak gambar baby tu dalam gambar ni. tapi agak cute jugak la. tapi perangai asyik dok nangis je, aku pon jadi menyampah. eh aku ni nak cerita pasal hantu ke pasal baby perempuan ni? eh eh back to the topic back



salah satu hantu yang kacau
Hantu dalam cerita ni banyak lah jugak. ada yang nampak macam FAKE. ada yang menakutkan. Ada yang aku rasa macam nak terajang je. Antara hantu hantu nya ialah:

@ the one yang dalam gambar. yang ni tak seram pon sebab bagi aku nampak macam skeleton jek



@ Ada hantu rambut panjang gila. time ni aku terkejut . sebab scene tu senyap je. sekali "papppppppp" keluar hantu tetiba. mana aku tak menggelupur menjerit macam orang gila. but jadi lawak pulak sebab orang belakang aku boleh cakap "eh eh panjangnya rambut awak, nak mengorat boleh?" hahaha mengong lah. tapi bagus jugak. kurang sikit seram aku


@Masa dah pindah rumah baru, tetiba je ada piring hitam yang dimain kan dengan sendiri . lepastu ada budak menari nari. then tengok balek dah tak ada. time ni aku ingatkan anak dia dok main main menari nari. lepastu main lari lari macam budak kecik main lari lari tu. sekali cari punya cari. dia nyorok dalam almari hantu ni. hantu ni paling tak boleh blah lah. boleh pulak main nyorok nyorok. tapi seram gak.



@Hantu pakai skirt putih. Yang pakai skirt putih ni muka menakutkan. Mata besar gila nak mampus. ada cerita ah disebalik hantu ni kenapa dia jadi hantu. dia jadi hantu sebab dia bunuh family dia sendiri. Tapi ada satu scene tu yang tetiba je ada hantu ni muncul. serious nak tercabut jantung aku.  terkejut lah gilaaaa. boleh tak jangan nak muncul suka hati???



@Hantu yang macam JOKER. yang ni aku tak minat sangat. sebab dia nampak macam orang betul. so aku tak berapa nak takut




@hantu yang anak dia (Delton) dok lukis. yang muka warna merah. Muka dia serious macam nak mintak penerajang. HODOH nak mampuih.


aku rasa aku dah list dah semua hantu dalam cerita ni. Tapi mana tertinggal tu nasib lah. mungkin sebab dia tak berjaya menambat perasaan takut penonoton yang menonton so that aku lupa hantu tu. hantu hantu ni je yang aku ingat.



lek luuu kita makan AISKRIM duluuuu


Time ni dia panggil orang untuk tengok apa sebenarnya jadi dekat dia. dia ni ala ala macam bomoh lah bak kata orang melayu ni. Tapi tak ada lah pakai asap asap bagai. Just dia macam boleh tengok alam ghaib. alam yang lain dari alam manusia. Ada 2 orang assistant dia . yang pakai baju putih tu. but ada lagi sorang. but depa ni lawak. sebab macam mengong mengong. ada lah 2 3 scene yang boleh gelak gelak


Tapi serious lah cerita ni cerita hantu paling seram pernah aku tengok. Aku rasa nak tengok sampai habis but aku dok tutup mata je. sebab takut lah gilaaa. sebab dia macam main dengan perasaan kita. Macam mula mula kau rileks je, scene pon senyap je, dia bukak almari tak ada, bukak pintu tak ada, sekali jalan punya jalan. hantu tu sergah! mana la tak terkejut. dalam cerita ni hantu dia kita tak jangka keluar bila . tu membuatkan saspens tu. Suka hati dia lah nak keluar ikut mana. tapi memang terbaik lah cerita ni. Serious terbaik dari ladang!!



Ending dia paling terbaik sekali. Aku rasa sesiapa yang tengok cerita ni. mesti korang tak sangka ending dia macam tu kan? sebab aku pon macam terkejut ending dia macam tu. Serious cerita ni berbaloi untuk ditonton. kalau korang ada lemah jantung aku sarankan jangan lah tengok. boleh tercabut jantung ni karang. dari 5 bintang aku bagi 4.8/5


TERBAIK TERBAIK TERBAIK! 4.8/5 tinggi tu woo. aku ni susah nak rate movie bagi tinggi.  sebab cerita ni memang BEST sebab tu aku boleh bagi rate setinggi itu









ni trailer cerita INSIDIOUS



eh ok bye!





jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)









VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar