Kamis, 02 Juni 2011

Dan Sebenarnya ..

Macam macam jawapan aku received dekat ENTRI INI bila tanya aku nak pergi mana. gelak sekor sekor aku baca jawapan masing masing. yang cakap nak pergi BANGLADESH paling tak boleh blah.


ada cakap pergi


@KOrea
@Beijing
@Venice
@Sabah/Sarawak
@Singapore
@Australia
@Langkawi
@Bali
@Zimbabwe <===== HAHA
@London
@Bandung <=== paling banyak yang teka
@umrah


Umrah aku pernah pergi dah. Masa aku muda muda dulu. Time tu aku baru tingkatan 2. Best pergi umrah. Rasa macam nak pergi lagi je. Kalau ada rezeki lebih family aku ni ada lah tu kot. boleh lah pergi lagi. InsyaAllah Dalam banyak banyak ni. ada 2,3 orang je yang betul.


Sekali bila buat ENTRI INI. haa hamek kau siap yang letak time penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa hape semua. eh mana korang tahu ea? korang staff KLIA ke hape? ke boleh google??? :D


ok lah sebenarnya aku pergi HO CHI MINH, VIETNAM jewwwwwwwwwwww. muahahahahaha


Bila sebut shopping je, memang BANDUNG lah kan dalam fikiran orang. but BANDUNG aku pernah pergi dah. tu pon masa zaman muda muda dulu.Masa lepas PMR tak silap. time tu tak ada nafsu pon nak shopping hape. elok je ayah aku dok offer nak beli baju hape semua. tapi t-shirt jugak yang aku pilih dulu. kalau sekarang cuba lah ayah aku nak bawak pergi BANDUNG. mahu lapan lori baju aku balun. boleh lah aku usulkan nak ke BANDUNG next year ni dekat ayah aku. Kena lah bodek ayah aku lebih lebih sikit ni. kehkeh.



time ni dekat KLIA
Personally aku rasa KLIA lagi nampak lawa daripada Airport dekat Ho Chi Minh ni. Pramugari/Pramugara dekat KLIA pon lawa lawa lah jugak. Pramugari/pramugara dekat Ho Chi Minh ni biasa je. tak berapa nak bernafsu lah kalau nak layan. muahahaha



Sampai sampai je cari agen kitorang. Tak ada doh. Mula mula cuak jugak. Then call, rupanya On the way lah pulak. lagi 5 minit sampai.


Bila sampai je agen tu. terus dia cakap dekat ibu aku


"akakkkk. sorry akak. Salah Info. Ingatkan sampai pukul sebelas. Tapi pukul sepuluh akak dah sampai. sorry"


perghhh terkejut lah aku dia pandai cakap melayu siottt. Mujur aku tak maki dia sebab lambat. nayaa je dia boleh paham. silap silap dia carut dekat aku balek karang. muahaha. Aku dah baket bajet yang agen ni konpom lah cakap VIETNAM tak pon mesti lah tahu bahasa inggeris. Tapi ok lah dia ni. Semua bahasa dia tahu, Melayu, Inggeris, Vietnam. Tapi suruh dia cakap melayu je lah. senang sikit nak paham


oh ye. dia ni MUSLIM. nama dia ASHAARI.

ouh tu dia ASHAARI hensem kacak bergaya

Sampai sampai terus dia bawak pergi hotel:


KINGSTON HOTEL

ok ni bukan HOTEL aku. ni hotel depan hotel aku. hotel aku lupa nak tangkap gambo. dah letak barang semua terus makan


lunch
Ni agen kitorang yang masak dekat rumah dia. Bekal kan dan bawak dekat hotel kitorang. yang kuning tu lemak labu. sedap lah gilaaa lemak labu dia. agen kitorang ni memang pandai masak.



Then pergi Ban Tanc market. Adik aku punya kasut tapak dia boleh tercabut pulak. terus lah cari kasut situ. Ban Tanc Market ni ala ala Petaling Street lah. Kau kena pandai BARGAIN dekat sini. alaa taktik dia senang je. kau mintak HALF PRICE. kalau dia tak bai, kau blah la cakap tak nak. nanti dia panggil balek. dapat lah HALF PRICE. mudah bukan?




dekat sini amoi amoi semua pakai singlet. bapak panas lah dalam ni. berlecak ketiak aku dok lama lama sini



Actually cari kasut adik aku. dah alang alang aku test test, ahhh boleh lah amek satu terus.


cantik tak? terus aku amek

Oh ye kat sini dia terima USDolar jugak. selain matawang depa DONG

100000 dong = rm 15 = 3 USD

Kasut ni yang aku beli ni kalau convert duit Malaysia hanya RM20 je. murah kan? sebab aku pernah tengok pattern macam ni dekat Malaysia around rm60++ . kira ok lah kan dapat rm20



Yang seluar oren tu yang berniaga tu. yang cute miut pakai spek tu agen kitorang . nama auntie ni HAZEL. anak dia comel tu nama dia BRYAN. Ibu aku, adik aku, dan kawan ibu aku.


aku pergi 6 orang. satu family dan tambah kawan ibu aku sorang, cik AISHAH


Then tengok kain ela. macam nak gila tengok kain ela sini. ye kain ela dekat sini sangat murah. kalau nak berniaga bawak Malaysia tu, memang sesuai bebenau lah kau beli borong dekat sini, jual dekat MALAYSIA. harga memang murah. tu belum BARGAIN lagi


Kain ela ni nak beli untuk raya. kemain awal ibu aku dok prepare untuk raya. puasa ganti pon aku tak habis ganti lagi ni. muahahaha. tapi bagus jugak lah kan prepare awal awal. senang kerja nanti.


Dekat sini cakap je nak kain ela hape. COTTON SILK, CHINESE SILK, OGANZA lagi hape benda tah. tapi lawa lawa lah, Rambang mata dowhh.


SILK
Kepala hotak aku dah fikir bisnes je. nak beli kain silk semua semua ni then jual buat shawl. kaya aku. sebab sini kain dia murah but ada kualiti. lagipon SHAWL SILK ni kan tengah IN sekarang ni. but nan hadooo je lah aku nak beli untuk buat jual. IBU aku tak kasi. dia kata lari bajet. tapi ada jugak lah aku rembat nak buat shawl aku :D



kain ela. ni ada SILK, cotton, english cotton . pilih kak pilih

amoi ni tak pandai cakap melayu. english pon tak pandai. hape dia cakap pon aku tak paham.  ahh ghasak lah

Kain ela ni ibu aku rembat banyak gila. Dia kata kawan dia tempah banyak. tah ye tah tak lah ibu aku tu. nak buat baju raya dia lapanpuloh pasang letewwwww



BRYAN IN THE HOUSE!!!!

alololo tomeyy tomeyy. dia ni anak agen aku, anak auntie HAZEL. dia ikut bapak dia. bapak dia orang DENMARK. tu putih gebu macam ni ni


Dia ni suka kentut. pastu dok heboh satu VIETNAM dia kentut. lepas kentut je dia cakap dengan mak dia.

"MOMMY IM FART" sambil sengih sengih. nasib baik lah kau comel. kalau kau kentut merata rata tak ada lah orang nak hangin sangat. Sebab kau comel

lepastu kena marah dengan mak dia sebab kuat kuat cakap dia kentut. pastu aku ingatkan dia insap. nanti dia kentut lagi, lagi kuat dia cakap. ouh tak pe lah. jujur tu penting, ye dak? kalau bau busuk tu tahu dah lah siapa kentut. tak ada lah bergaduh nak tuduh sesiapa  kentut kang.


cubaan untuk mengorat
CE: Bryan. you are so handsome. nak sainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Bryan: *buat muka

aihh aku lempang jugak karang budak ni



ouh dia ni paham cakap melayu jugak. but sikit sikit boleh lah. "nak sainnn" tu aku tak tahu dia paham ke tak. tapi aku main bedal je cakap. hahahaha.



amoi amoi dekat situ semua geram dengan dia. nak pegang dia lah . nak cubit pipi dia lah. kau tengok dia buat hape dengan amoi amoi semua tu?? suka hati dia jeeee. nasib baik dia tak buat dekat aku macam tu. kalau dia buat dekat muka aku macam tu. memang saja nak makan penampar. muahahaha



peace
dengan aku dia baik. aku suruh buat PEACE dia buat . tengok. bukan susah bebenau pon nak tackle budak budak ni. kehkeh


lepastu kitorang keluar market tu, pergi mana tah. aku lupa nama tempat but naik teksi. teksi dia ikut meter. dalam rm2 macam tu . murah lah then teksi sini semua bagak bagak macam ni:


besar kan? tengok BRYAN dalam tu taknak keluar

yang dekat belakang tu Bangunan paling tinggi dekat sini. tapi aku rasa KLCC lagi tinggi

painting. lawa kot lukisan semua ni. tapi tak tahu harga berapa. tak tanya

ni dalam shopping complex. tah hape nama. aku lupa. nama pelik pelik

si debab BRYAN. time ni dia tengah makan lepastu mintak dia sikit
muka dia macam nak tak nak je bagi. macam dok kira JAJAN tu ada berapa lagi baru nak kasi


aku mintak satu. sekali dia bagi banyak tu. amboi kemain perli kau ye BRYAN



Banyak lagi tempat menarik aku pergi ni.aku lama dekat sini. 4 hari. Ahad baru balek.  yang best dalam bilik hotel aku ada WIFI. wooo best. tapi yang tak best. sini FACEBOOK tak boleh bukak. kepada kawan kawan facebook aku sila jangan membuat onar dekat wall aku ye. aku tahu, siappp~


sebab sini KOMUNIS. FACEBOOK diharamkan. dan memang kena block dekat VIETNAM ni. dan siapa yang pakai blackberry memang tak boleh pakai BBM. dua benda ni diharamkan. FACEBOOK dan BBM. tapi nasik baik blogspot boleh bukak. =)


nantikan cerita selanjutnya. gambar banyak sangat. kang panjang sangat satu entry. ok babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~




jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)









VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar