Minggu, 12 Juni 2011

Kisah lucu nenek cik epal part 5

Banyak betul benda nak cerita pasal nenek aku ni. Ni sumber dari cousin aku yang HOT. sebab dia duduk serumah dengan nenek aku. ni dia lah yang cerita pasal nenek aku ni. Cousin aku nama dia NOR




scene 1


Nenek: Nor.. dulu kau makan LOKSO tu dekat mana Nor? Sedap tak Nor? Mak teringin pulak nak makan


Nor: LOSKO? LOKSO apa tu mak? mana ada Nor makan LOKSO

Nenek: alahh LOKSO yang kau makan dengan mak kau tu Nor

Nor: bila masa ni mak? LOKSO apa tu?

Nenek: yang daging tu nor. Tapi mak rasa mak tak boleh makan lah nor sebab ada daging. ada tak yang ada ayam?

Sekali Nor ni dah dapat tahu lah apa mak aku nak ni. dia ingat LAKSA rupa rupanya

Nor: laaaaaaaaaaaa tu BAKSO mak. Bukan LOKSO. BAKSO lahhh

Nenek: alaa sama lah tu. SO SO jugak bunyik dia (buat muka tak bersalah)



Scene 2


Time ni mak (nenek) baru habis tengok berita. Dia cerita lah dekat cousin aku si Nor ni


nenek: Nor tadi mak tengok berita, ada lelaki ni tipu perempuan. dia kata umur dia 60 tapi menyamar cakap umur dia 30 dekat SHEKBOK nor

nor: SHEKBOK apa pulak ni mak?

Nenek: tu lah lelaki tu tipu perempuan tu. dia tipu duit. Banyak jugak duit perempuan tu dia tipu. alaa dia kenal dekat SHEKBOK tu Nor

Nor: SHEKBOK tu apa mak?

Nenek: alaa yang boleh taruk muka tu. Tapi dia tipu muka dia. dia pakai gambar lelaki muda hensem hensem

Nor: oohhhhhhhhhhhhh tu bukan SHEKBOK mak. tu FACEBOOK lah mak. apa jauh sangat bunyiknya

Nenek: alahhh sama lah tu (again muka tak bersalah)


Scene 3

Nenek: Nor, ayah kau dulu kan selalu beli barang WELL WELL nor. sekarang dia beli lagi ke nor?

Nor: WELL WELL apa pulak ni mak?

Nenek: mak selalu sebut WELL WELL tu depan kak Enon (kawan nenek aku) lepastu Kak Enon selalu gelak kan mak. cakap mak salah sebut


Nasib baik nor ni bijak. dia pon dah dapat agak dah WELL WELL ni apa. sebab dia mention pasal ayah dia

Nor: laaaaaaaaaa mak. AMWAY lah mak. mana datang WELL WELL. patut lah Kak Enon gelak kan mak. Memang salah pon mak sebut. muahahahaha

Nenek: alahh sama je lah tu bunyik dia

Time ni Nor tengah pegang fon. Main mesej dengan balak dia . tapi nenek aku nampak. dia cakap

Nenek: haaa tu nak bagi tahu cik epal lah tu mak salah sebut

Mak: hahaha mana ada mak. orang mesej dengan boyfriend ni mak


muahahaha tahu tahu je mak aku ni yang cucu cucu dia selalu pedajalkan dia. muahahahahaha. nasib badan lah mak dapat cucu cucu tak makan saman macam ni.sila REDHA. tapi walaupun mak selalu salah sebut. tapi saya tetap sayang mak. * saja bodek. Duit raya tahun ni TRIPLE ok mak ea ea ea ea


nenek (mak) dan ibu aku

Comel kan depa dua dua ni? muehehehehehe =)


Siapa yang tak pernah baca kisah nenek aku time part 1 punya boleh KLIK SINI. pesyen pesyen macam ni jugak lah. pesyen salah sebut . tapi dia konfiden je apa dia sebut tu betul :D

eh ok bye!



Siapa nak makan aiskrim?? KLIK SINI




jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)











VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar