Rabu, 22 Juni 2011

Adakah lelaki bertindik dekat telinga itu GAY ?

Mula mula aku tanya dekat TWITTER aku.


@ Macam mana kita nak tahu sorang lelaki tu GAY?

lepastu aku tanya lagi dekat depa ni

@ Adakah lelaki pakai subang tu GAY?

@ wei kalau GAY pakai subang belah kiri ke kanan? Kalau dia sesaja pakai tapi bukan GAY . cane pulak?

@ Ada orang cakap "Lelaki bertindik ni tak boleh buat WALI" betul ke?

@Ada pulak yang cakap SAH PERNIKAHAN YANG BERWALIKAN LELAKI BERTINDIK... even perbuatan dia salah, tetapi tak sampai membawa kepada WALI FASIK. betul ke?



Macam macam jawapan depa ni bagi. Aku dah siap print screen bagai dah. Sekali tak boleh nak upload picture pulak.Apahal blogger tak boleh upload picture ni? aku je ke kena or korang pon tak boleh upload jugak? pagi tadi ok je. petang ni pulak buat hal.


ok. back to the topic. Aku pon search lah pasal Hukum lelaki tindik telinga ni







S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?


J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.



Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.



Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik.



 Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.



Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.



golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis


Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).



Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah HARAM.



====================


Benda ni bermain dekat fikiran aku sebab aku agak terkejut tengok kawan aku post gambar dia dekat facebook dan dia bertindik. dia LELAKI. Aku macam sedih jugak lah dia boleh jadi macam tu. what's in his mind actually?



Mungkin lah zaman sekarang ni lelaki bertindik dah macam trend or fashion. Pada pendapat aku, masyarakat yang boleh menerima lelaki bertindik ni mungkin lah depa tak tahu yang bertindik ni HARAM di sisi ISLAM bagi kaum lelaki.


Tak kesah lah masyarakat boleh terima ke tidak.Kita tolak tepi dahulu pandangan manusia, sebab manusia ni bukannya betul sangat. Lagipun akhir zaman ni lagilah kena berhati hati bila golongan yang ramai ditakuti mengheret kita ke jalan kekufuran.


sekadar mengingatkan kita mengikut kitab Allah, bukan perlembagaan undang-undang adat manusia. jadi, mengambil pandangan dari manusia secara amnya tanpa merujuk pada sumber agama adalah menjadi satu kesalahan. Halal dan haram itu hak Allah SWT, kerana Dia yg menilainya. yg difatwakan ulama' hanyalah sebagai menegakkan hak Allah di muka bumi.



Dan sungguh tidak aneh untuk bertembung dengan lelaki bertindik mungkin kerana kita telah hampir di akhir zaman di mana lelaki lebih menyerupai wanita. Dah lah zaman sekarang ni lelaki ni sikit. Yang sikit tu pulak nak buat perangai nya . Hehhh.



Aku tak nampak apa apa kebaikan dan MACHO nya pon kalau seseorang lelaki ni bertindik. Apa tujuannya? Trend/fashion? Kalau bertindik nampak ganas? nampak stylo?? Tak ada pon nampak stylo nya kalau lelaki bertindik ni.


Kesimpulannya, benda dah terang terang kita nampak tak elok. Toksah lah kita nak buat kan?



Setahu aku lelaki bertindik ni tidak boleh menjadi wali untuk anak perempuan. kan? Kalau salah tolong betul kan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar