Selasa, 07 Juni 2011

Kan best kalau dapat tengok movie free hari hari. Ouh NUFFNANG. sila lah bagi tiket free banyak banyak lagi lepas ni :D

Hari Isnin haritu tetiba ujang PM dekat fb tanya nak tengok premier movie tak? weiiiiiii mesti lah nak! dia ada 4 tiket free . boleh lah bawak siapa aku nak bawak. Calon calon yang berjaya di bawak adalah adik aku, Yuna dan boyfriend Yuna :D


Aku dengan adik aku tumpang kereta boyfriend si Yuna ni. Dia amek aku dekat The Store Sg Buloh. tunggu punya tunggu aku jalan jalan cari pasal lah dalam The Store. sekali lalu satu butik. tetiba ada orang tegur


"cik epal kan?"

*senyum

"cik epallllllllll!! teringin sangat nak jumpa cik epal. hari hari baca blog cik epal. selalu berharap dapat jumpa cik epal. tengok selalu cik epal pergi mana mana mesti ada orang yang terserempak dengan cik epal. tak sangka nya dapat jumpa cik epal. nak tangkap gambar boleh?"


perghhhhh tetiba aku rasa aku macam Dato' Siti Nurhaliza. muahahahaha. Pernah lah jumpa readers blog aku ni sebelum sebelum ni. tapi dia ni paling terbaik lah yang aku pernah jumpa. kemain eksaited. hikhik. alaaa cik epal je pon. budak hingusan yang gonjeng lagi ni. tapi saya terharu lah jugak bila ada orang kemain eksaited gitu. rasa diri ini dihargai je. hikhik.


ni haa dia yang tegur hari tu. lama jugak aku sembang dengan dia hari tu


meet si comel AziraNadia

Lepastu si Yuna tu pon sampai. Then gerak lah kitorang pergi The Curve. Kitorang tengok premier movie cerita ni:



hoodwinked too

comel !

Rasa macam nak pijak pijak je depa ni sebab comel!

haa yang tu lah YUNA tu. tengah tengah tu adik aku. aku angkut sekali dia bawak. sebab tengok cerita kartun kan. bagus bebenau lah bawak adik aku

macam ni lah ghupe tiket nuffnang premier FREE ni :D

jakun dapat tiket free. muahahaha

bersama MEJAH yang bakal bertunang tak lama lagi. TAHNIAH MEJAH! selamat mendirikan rumah tangga!

before screening. kita lekluuuuuuuu. lepak lepak McD duluuuuuu

macam ni lah ghope bila jumpa blogger yang gila

Nisa Kay dok tunjuk mesej jiwang darkbatman siottttt. muahahaha

motif ??

antara blogger blogger yang hadir  untuk premier movie screening HOODWINKED TOO

aku pon tak tahu lah cerita ni bila keluar. selaku orang yang pertama yang tengok movie ini. aku nak review lah sikit pasal HOODWINKED TOO ni.



To be frank, aku ni bukan jenis yang suka tengok cerita kartun. lagi lagi dalam wayang ni. tapi disebabkan tiket ni FREE dan dapat PREMIER pulak. aku bedal je lah.


Cerita ni pasal RED RIDING HOOD. comel je kartun ni. lawak lawak jugak. sebab aku dengar suara si YUNA tu je dok ketawa mengilai macam orang gila. suara dia lah yang paling kuat dalam panggung tu.Dia dok gelak terbahak bahak bila dok tengok cerita ni. cerita ni lawak lawak lah jugak. lepastu katun dia comel gila!


Cerita ni pasal RED RIDING HOOD yang kena melepasi rintangan yang diberi dari nenek dia. Nenek dia kena culik dengan ahli sihir pulak lepastu sebab ahli sihir tu nak resipi RAHSIA nenek dia ni. Ahli sihir tu dapat resipi RAHSIA tu tapi dalam resipi RAHSIA tu ada satu ingredient yang tak ada tulis. Means hanya orang yang terpilih je tahu ingredient tu. Ahli sihir tu curi nenek dia sebab nak tahu apa ramuan rahsia tu lah. tapi sebenarnya Red Riding Hood ni yang tahu apa ramuan rahsia tu.



Aku tengok cerita ni dalam 15 minit. seat sebelah aku kosong. aku letak lah beg aku dekat atas penghadang tangan sebelah seat tu. sedap je aku landing. buat bag aku macam bantal. sedap punya sedap. aku boleh bantai TIDUR pulak. hamsap betul lah. depa ni bukan nak kejutkan. aku bangun bangun je dah keluar credit cerita dah. hehhhhhhhhhhhhh so aku tak dapat nak review dengan jayanya cerita ni sebab aku dah bantai tidur dalam tu. dapat review yang 15 minit terawal je lah yang part aku tengok tu. aku tidur bukan sebab cerita tak best tapi sebab aku TER tidur. nasib baik lah cerita FREE. tak ada lah rasa rugi sangat. muahahahahaha. tapi macam rugi lah jugak


Kalau korang nak baca review cerita ni. Boleh baca dekat depa yang tengok hari tu. tapi tu pon kalau depa dah update lah pasal Premier screening movie HOODWINKED TOO ni:

@Ujang
@Yana
@Hamzah Ian
@Ela aka YUNA
@Nisa Kay
@Eazy Izzudin
@Yuyu
@Misztrex

Btw Thans Ujang dan Yana sebab invite aku. and thanks to NUFFNANG also. ouh NUFFNANG sila lah bagi tiket premier untuk TRANSFORMERS pulak. kalau dapat premier TRANSFORMERS ni. perghhhh memang keterujaan aku dan kejakunan makin terserlah lah nanti ni


Then lepak McD dekat damansara hape tah . jumpa Kak Anne . adiknya darkbatman. gosip gosip sebarang dua. kak Anne meng offer diri nak belanja pulak. Tapi aku kenyang pulak time tu. Time time aku kenyang lah ada orang offer nak menternak lemak. caittt kalau takkkkkkk,  mahu jugak aku telan double chesse burger sebijik malam tu. Tapi aku mintak Ais Krim Sundae Cornetto tu je lah


ouh thanks Kak Anne. lepas ni jumpa lagi sila lah offer diri lagi untuk belanja. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee. muahahaha

Siapa nak aiskrim?? haa KLIK SINI


eh ok bye!




jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)









VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar