Minggu, 19 Juni 2011

Kenapa nak sebut OMG (Oh My God) ? Kan lebih indah sebut YA ALLAH =)

Seth Tan : wei aku accident ni dekat Kampung Pisang. Sorry lambat. Dalam lapanpuloh minit aku sampai rumah kau


Nora Elena: OMG! OMG! kau accident? teruk ke wei?


Seth Tan: aku tak ada lah cedera mana pon. Aku punya kereta ni remuk sikit lah. nombor plat kereta tertanggal ni terpelanting masuk dalam parit. tapi aku masih sehat dan gagah. badan still taff.aku tak ada cedera pon. dont worry



Nora Elena: OMG! Oh My GOD! Kesiannya kereta kau wei


Seth Tan: tak pe. karang aku sewa kereta pergi amek kau


==============



Ni contoh situasi je. Aku pelik dengan orang orang yang suka guna perkataan OMG (Oh My God) ni. Tak kesah lah dengan apa situasi yang jadi pon macam barang hilang ke, duit hilang ke, terjatuh tangga ke, kaki terpeleot ke. apa apa je lah situasi pon. Mesti nak sebut OMG? kenapa nak sebut Oh My God?




Just bermain jugak di fikiran aku ni kenapa orang selalu cakap OMG berbanding YA ALLAH. Sedangkan menyebut YA ALLAH itu kan lebih indah dan dah tentu tentu dapat pahala. Dah dapat dah pahala berzikir. Bila sebut OMG tu hanya sia sia je.



Bagi aku tak payah lah nak "amerika" sangat. Kita main belasah je cakap apa orang kafir cakap. Masyarakat kita sekarang ni terlalu mudah untuk mengikut budaya lain tanpa ilmu. Apa orang kafir cakap kita nak cakap. Apa depa pakai kita nak pakai







Tak susah pon nak sebut YA ALLAH tu. Dari kita dok sebut Oh My God (OMG) tu. Kan kita dah dapat pahala sebab berzikir walaupun bercakap dalam kehidupan seharian daripada dok cakap OMG yang meaningless. ye dak ?


Benda ni dah lama dah aku nak share. Sebab aku tengok kawan kawan aku ramai dok cakap OMG OMG ni. Mungkin lah ada sesetengah yang memang tak tahu kot. Then aku terbaca Majalah Wanita yang kolum "kemusykilan agama bersama Datuk Dr Mashitah"


ni aku taip balek apa dia cakap



Seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah SWT. Dalam sepotong ayat Allah SWT berfirman “Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.” Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab, Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikatakan jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid didalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan oh my god..




Gigih ni aku dok taip balek. muahahaha.


Apa apa pon aku harap lepas ni, sesiapa yang selalu guna OMG tu tukar lah kepada YA ALLAH. Tak susah pon kan?


“Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar