Jumat, 03 Juni 2011

Kopi dan Kaftan

Ada yang tanya aku pergi ni berapa. Ada dalam rm1000 kalau naik MAS. Kalau naik AIR ASIA dalam rm600 rasanya. tapi AirAsia banyak promotion. sila rajin usha usha. mana tahu dapat lagi murah


Kalau nak keselesaan dan MAKAN (ni penting ni) better amek MAS lah. Kalau nak jimat, naik AirAsia pon boleh. alaaa naik mana mana pon sama je. sampai jugak. ye dak?


Lepastu ada yang tanya lagi, BANDUNG dengan VIETNAM mana lagi best. Of course lah aku cakap BANDUNG lagi best sebab sana lagi syorgaaaa kalau nak shopping. Vietnam ni kalau kain ela, berlian ke, painting ke ok lah. sebab tujuan nak pergi sini pon nak cari baju raya sebenarnya. Kalau bukan nak cari baju raya, Bandung ah lagi ok. bagi aku la


ok sambungan dari ENTRI INI.


Dekat VIETNAM ni terkenal dengan KOPI. pergi mana mana je mesti kau akan nampak COFFEE HOUSE. berlambak lambak. So, pekena lah kopi Vietnam sepam dua sat.




HIGHLANDS COFFEE

si comel BRYAN dengan abang nya

caramel FREEZE

ni kopi VIETNAM. erkk aku bukan peminat caffein. kawkaw kopi ni. ni tah siapa punya tah. memang tak ada makna lah aku nak minum kopi macam ni

haaa ni MINT CHOC. kalau bagi lapan pon aku boleh habiskan. aku tak suka sangat KOPI yang pure kopi. kalau ala ala macam ni. boleh lah tekak aku terima. sedap pon sedap

ni pon sama. cuma ni sedap sikit dari yang hitam tu. but aku bukan peminat caffein. tu aku bolayan je lah kopi jenis macam ni

ni kopi panas. ibu aku punya. dia tak boleh minum ais. tengah batuk katanya


ibu dengan auntie HAZEL =)

time ni BRYAN nak balek dah. sempat lah kiss kiss before dia balek. nasib baik tak cemolot

Ini tempat branded branded. panjang gila sebenarnya. macam macam jenama pon ada. Tapi setakat amek gambo bangunan boleh lah. nak masuk tidak lah. menggigil tengok harga karang. tempat ni ala ala Bukit Bintang lah lebing kurang . yang macam area area Pavillion tu

shopping dekat SAIGON SQUARE ni boleh lah. sebab sini boleh BARGAIN. baju pon banyak

tapi dekat sini amoi amoi memang semua jenis pakai singlet or sleeveless. sebab panas.

dinner. uihh sedap ni. !

Then lepas dinner pergi BASIROH pulak. BASIROH ni jual jubah dengan baju kurung yang dah siap. Kedai ni kedai muslim. Ustazah Hajah Basiroh yang punya. FARAH AF2 pon ada pergi sini yang dalam Halal Oriental Ho Chi Minh dekat astro tu. kalau siapa ada tengok cerita tu, tahu lah


Basiroh

tulis SELAMAT DATANG tuuuuu







Aku berkenan betul dengan KAFTAN ni
Murah hoiiii kaftan dekat sini kalau convert duit Malaysia . rm60 je. dekat Malaysia aku usha mahu makan rm100-rm400. Aku masuk Basiroh ni jadi gila kejap. rambang mata. dah kata nak beli untuk raya. macam nak angkut lapanbelas helai terus. tapi apakan daya. boleh pilih 2 helai je. 2 helai pon jadik lahhh. Raya kang paling kuat pagi tu je pakai nak bergambo. ye dak?





dah namanya perempuan shopping. orang laki pon naik boring. kemain sedap ayah aku tidur atas baju baju ni. penat sangat menunggu gamaknya

ibu aku dengan Cik Aishah pakai. dah macam boria kampung pisang goreng dah aku tengok. baju nak sama jekkkk


Kaftan for rm60 murah rasanya. aku tak tahu ah kalau boleh dapat lagi murah dekat sini. Sebab ni pon kedai pertama yang aku pergi. Kalau lepas ni jalan jalan boleh dapat rm40 mahu menangis. Tapi tak apa lah dah beli dah pon. lagi pon bukan duit aku yang keluar. lagi lah mak tak kesah nyah. muahahaha


to be continued .....


babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ =)





jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)








VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar