Selasa, 28 Juni 2011

orang sibuk dengan aurat perempuan. Kita bercakap tentang AURAT LELAKI pula.



-poster ini bersepah sepah dekat uni aku-



men's aurah (from navel to knee) CANNOT be seen by SAME gender, even within your FAMILY....selalunya situasi ni dapat dilihat masa sport la...main bola..main ragbi...hadoiiiiiiii....yang pakai tight tu...SERAM pulak aku menengok nya...nak pakai tight satu hal...lepas tu pakai short pulak...pakai seluar elok elok tak boleh ke?? dengan bulu kaki panjang kerinting kerinting macam bangla...buat rebonding pon best tuuuu....dah la ketat satu hal...lepastu nak tersembol dah area area yang tak sepatutnya dilihat untuk tersembol tuuuuu.....hehhh...




ini kepada lelaki melayu yang beragama Islam especially....kau orang lelaki...aurat nak jaga lagiii senang daripada perempuan...simple sangat...nak pakai seluar panjang sikit bawah lutut pon tak boleh ke banggggggg oiiii??? bukan susah sangat pon nak cari seluar panjang tu..kat pasar malam dan pasar tani pon berlambak....bukan mahal bebenauu pon seluar tuuu....



so...lets COVER UP! =)


cover..cover...cover your aurah....jangan cover MACHO je la yang kau tahu....
(itu pon kalau macho la)



p/s: comel tak PATRICK tu??? tapi spongebob tak ada la pulak...


NOTE: entri ni entri RE-POST. aku ciplak dari entri aku dulu dekat SINI . Baca komen depa dekat entri tu lawok lawok pulak. Saja dok godek entri lama lama. cuba tengok penulisan aku dulu? bersepah titik titik muahahaha. :D

Jumat, 24 Juni 2011

Susu Kambing Merah AFYHANIFF

Cakap pasal susu ni. Aku ni memang gila susu. Tak kesah lah susu hape pon. Semua aku bedal. Dulu masa aku kecik kecik, ibu aku selalu beli susu lembu yang pure tu. Susu lembu ke kambing tah aku pon lupa. Tapi aku memang suka lah minum susu. Time kecik kecik dulu before nak tidur pon ibu aku akan bancuh susu dulu before nak tidur. Aku kadang kadang hairan dengan orang nak muntah minum susu ni. Apesal dowhh korang nak muntah? Susu sedap kot =)


Ni aku nak cerita pasal Susu Kambing Merah pulak.






Mesti ada yang pelik dan nak tanya

"Susu ni memang warna merah ke? Ke nama dia je Susu Kambing Merah?"


Susu kambing ni kaler merah sebab campur pati buah merah . SKM ni ada Buah Merah, itulah beza dgn susu lain :) buah merah ni bukan sahaja ada kandungan beta carotene dn tocopherol yg tinggi, malah hamis kambing pun dah ditutup oleh manis2 buah nye



Info pasal Susu Kambing Merah ni dalam bentuk komik =)

komik senyum kambing





Nak tengok macam mana ghupe buah merah ni??


ni lah buah merah. dah macam jagung pulak aku tengok ni haa

Keajaiban Buah Merah dalam Susu Kambing Merah


• Buah Merah adalah sejenis tumbuhan herba yang dalam dunia ini hanya boleh tumbuh di kawasan pergunungan Jayawijaya, di kawasan dataran tinggi Papua, Indonesia.

• Buah merah ini telah dibuktikan mampu merawati pelbagai jenis penyakit kronik di dalam dunia. Antara hasil kajian yang di buat, Buah merah ini mengandungi Beta carotin & Tocopherol yang sangat tinggi yang berfungsi sebagai anti-oksidan terbaik sehingga mampu meningkatkan kekebalan (imunisasi) tubuh badan mencegah pembiakan dan membunuh sel-sel kanser.

• Kandungan ekstrak buah merah ini sangat banyak. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia dan boleh dijadikan sebagai supplement bersama ubat-ubatan doktor kepada pelbagai jenis penyakit diantaranya :

@HIV/ AIDS
@Tonsil/beguk
@Kanser
@Lelah/asma
@Stroke
@Hepatitis
@Tumor
@Sakit jantung
@Gout
@Melancarkan peredaran darah
@Bronchitis
@Darah tinggi
@Osteoporosis
@Sakit sendi




Ni website depa. KLIK SINI. Masuk masuk je ada suara Linda Onn engkauuuu. Jangan memain. Linda Onn pon ada promote jugak Susu Kambing Merah ni =)


SKM ni ada dipasarkan di farmasi seluruh Malaysia. Boleh semak senarai farmasi mana yang berdekatan rumah korang di website depa INI , link "our stores"


Harga pasaran semenanjung RM80, sabah sarawak RM84

Sebarang pertanyaan/bantuan boleh hubungi admin terus di FANPAGE SKM INI.

Selamat ber susu susu dan selamat menyusu. ok babaiiiiiiiiiiiiii~ =)

Tahniah Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak!





Tahniah Sepah . Jadi juara Maharaja Lawak. Orang kampung aku ni SEPAH ni. Bangga kejap aku . muahaha



Sepah ni konsisten tetiap minggu. Tu aku suka tu . Then lawak dia lawak yang dekat dengan kita. Senang paham. tak pernah pulak aku tak faham dengan apa depa buat.



Mungkin lah rezeki anak si Shuib dengan Sarah menang ni. hehehe. yang best tetiba ada DAFI pulak keluar tadi kan? tak pasal pasal. haha :D


Aku ada dapat satu tiket VIP pergi Maharaja Lawak ni tadi. Tapi sebab dapat satu je, malas aku nak pergi, aku tumpang tv rumah jiran aku je tadi. hikhik


Tapi yang tak best. duit kena kongsi 3. Nabil lah yang best. Duit semua dia kaut sensorang. hehe


btw, Tahniah Sepah :)


ok bye!

Kamis, 23 Juni 2011

yeah...GOOOOLLLL !!!!!!

salam

...semua....

muncul satu perkataan yang sedang bergema kat umah aku ni.....GGGOOOOLLLLL......tu dia jeritan famili aku punya excitednya tengok bola....MALAYSIA lawan LUBNAN....nasib baik dah masuk 2 gol....mmg dasyat giler ler....kali ni diorang main agak agresif la sikit drpd diorang main kat lubnan ari tu...aku sendiri pown malas nak tgk ari tu...kali ni baru seronok tengok....laju jer diorang main..mcm dalam MP3 plak (konon je la...ah, tak kuasa aku)...aku ni peminat sukan tp tak semua sukan r...kalau macam bola ni setakat nak join famili jerit GGGOOOLLL boleh...tp kalau nak tumpu bebetol bukan bidang kuasa aku la...haha..kalau badminton ker softball ker boling ker..huh baru tgk dengan penuh tumpuan..jangan marah r peminat bola...manusia bukan semua sukan dia minat..betul tak..korqng pown belum tentu minat sukan yang list td kan..betul tak...mungkin korang lebih suka berpidato ker , syarahan ker....hah ada gak orng yang macam  ni... sapa setuju jari atas mouse...yeah...thanks sebab bersetuju ngan hujah aku yang tak semengah nie...huhu....

ok lah pepepown aku doakan malaysia dapat pegi OLIMPIK 2012 kat LONDON nanti..amin...good luck to bro-bro yang bermandi peluh untuk naikkan nama negara...sarangae....

...bye...

see uuuooolllssss next time....

sarangae (LOVE)

Rabu, 22 Juni 2011

Adakah lelaki bertindik dekat telinga itu GAY ?

Mula mula aku tanya dekat TWITTER aku.


@ Macam mana kita nak tahu sorang lelaki tu GAY?

lepastu aku tanya lagi dekat depa ni

@ Adakah lelaki pakai subang tu GAY?

@ wei kalau GAY pakai subang belah kiri ke kanan? Kalau dia sesaja pakai tapi bukan GAY . cane pulak?

@ Ada orang cakap "Lelaki bertindik ni tak boleh buat WALI" betul ke?

@Ada pulak yang cakap SAH PERNIKAHAN YANG BERWALIKAN LELAKI BERTINDIK... even perbuatan dia salah, tetapi tak sampai membawa kepada WALI FASIK. betul ke?



Macam macam jawapan depa ni bagi. Aku dah siap print screen bagai dah. Sekali tak boleh nak upload picture pulak.Apahal blogger tak boleh upload picture ni? aku je ke kena or korang pon tak boleh upload jugak? pagi tadi ok je. petang ni pulak buat hal.


ok. back to the topic. Aku pon search lah pasal Hukum lelaki tindik telinga ni







S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?


J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.



Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.



Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik.



 Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.



Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.



golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis


Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).



Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah HARAM.



====================


Benda ni bermain dekat fikiran aku sebab aku agak terkejut tengok kawan aku post gambar dia dekat facebook dan dia bertindik. dia LELAKI. Aku macam sedih jugak lah dia boleh jadi macam tu. what's in his mind actually?



Mungkin lah zaman sekarang ni lelaki bertindik dah macam trend or fashion. Pada pendapat aku, masyarakat yang boleh menerima lelaki bertindik ni mungkin lah depa tak tahu yang bertindik ni HARAM di sisi ISLAM bagi kaum lelaki.


Tak kesah lah masyarakat boleh terima ke tidak.Kita tolak tepi dahulu pandangan manusia, sebab manusia ni bukannya betul sangat. Lagipun akhir zaman ni lagilah kena berhati hati bila golongan yang ramai ditakuti mengheret kita ke jalan kekufuran.


sekadar mengingatkan kita mengikut kitab Allah, bukan perlembagaan undang-undang adat manusia. jadi, mengambil pandangan dari manusia secara amnya tanpa merujuk pada sumber agama adalah menjadi satu kesalahan. Halal dan haram itu hak Allah SWT, kerana Dia yg menilainya. yg difatwakan ulama' hanyalah sebagai menegakkan hak Allah di muka bumi.



Dan sungguh tidak aneh untuk bertembung dengan lelaki bertindik mungkin kerana kita telah hampir di akhir zaman di mana lelaki lebih menyerupai wanita. Dah lah zaman sekarang ni lelaki ni sikit. Yang sikit tu pulak nak buat perangai nya . Hehhh.



Aku tak nampak apa apa kebaikan dan MACHO nya pon kalau seseorang lelaki ni bertindik. Apa tujuannya? Trend/fashion? Kalau bertindik nampak ganas? nampak stylo?? Tak ada pon nampak stylo nya kalau lelaki bertindik ni.


Kesimpulannya, benda dah terang terang kita nampak tak elok. Toksah lah kita nak buat kan?



Setahu aku lelaki bertindik ni tidak boleh menjadi wali untuk anak perempuan. kan? Kalau salah tolong betul kan

Selasa, 21 Juni 2011

Wordless Wednesday : incik Shaheizy Sam jadi pondan #WW


Wordless Wednesday = On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

answers.com





ok babaiii~

Pillow craft yang comel :)

Ada sesiapa nak pillow craft yang comel ni?


comel bukan?


Boleh buat keychain. Boleh jugak buat accesorries dekat phone korang


Boleh jugak tulis nama korang. Nak request nama boyfriend ke buayafriend pon takdehal. Semua PON BOLEH.


-
-

Tu untuk menatang kecik kecik. Kalau nak tempah bantal pon boleh. Ni contoh bantal:











Design korang boleh request nak design macam mana. Warna bantal pon sukahati korang nak campur warna apa pon atau nak satu warna pon boleh.


Nak buat hadiah pon tak ada masalah


Selain bantal, ada jugak VCO:


3) Catalyst Virgin Coconut Oil Liquid - 150ml

Harga: RM39

khasiatnya sama seperti vco softgel cuma ianya dalam bentuk liquid (cecair) untuk diminum dan disapu...



Sesuai untuk:
  • kanak-kanak
  • remaja
  • lelaki
  • wanita
  • bujang
  • berumahtangga


1) Catalyst Collagen - 15 sachet
Harga: RM59

khas untuk kecantikan kulit, kesihatan, anti-penuaan, rawat masalah kulit, memberikan tenaga dan kecergasan tubuh badan, mencerdaskan minda, membantu aktifkan metabolisme, menyeimbangkan collagen dalam tubuh badan.





Kalau nak tempah pillow craft ni boleh KLIK SINI

Nak tengok pasal vco. sila klik sini


selamat bershopping. muehehehe


ok bye!

Minggu, 19 Juni 2011

Kenapa nak sebut OMG (Oh My God) ? Kan lebih indah sebut YA ALLAH =)

Seth Tan : wei aku accident ni dekat Kampung Pisang. Sorry lambat. Dalam lapanpuloh minit aku sampai rumah kau


Nora Elena: OMG! OMG! kau accident? teruk ke wei?


Seth Tan: aku tak ada lah cedera mana pon. Aku punya kereta ni remuk sikit lah. nombor plat kereta tertanggal ni terpelanting masuk dalam parit. tapi aku masih sehat dan gagah. badan still taff.aku tak ada cedera pon. dont worry



Nora Elena: OMG! Oh My GOD! Kesiannya kereta kau wei


Seth Tan: tak pe. karang aku sewa kereta pergi amek kau


==============



Ni contoh situasi je. Aku pelik dengan orang orang yang suka guna perkataan OMG (Oh My God) ni. Tak kesah lah dengan apa situasi yang jadi pon macam barang hilang ke, duit hilang ke, terjatuh tangga ke, kaki terpeleot ke. apa apa je lah situasi pon. Mesti nak sebut OMG? kenapa nak sebut Oh My God?




Just bermain jugak di fikiran aku ni kenapa orang selalu cakap OMG berbanding YA ALLAH. Sedangkan menyebut YA ALLAH itu kan lebih indah dan dah tentu tentu dapat pahala. Dah dapat dah pahala berzikir. Bila sebut OMG tu hanya sia sia je.



Bagi aku tak payah lah nak "amerika" sangat. Kita main belasah je cakap apa orang kafir cakap. Masyarakat kita sekarang ni terlalu mudah untuk mengikut budaya lain tanpa ilmu. Apa orang kafir cakap kita nak cakap. Apa depa pakai kita nak pakai







Tak susah pon nak sebut YA ALLAH tu. Dari kita dok sebut Oh My God (OMG) tu. Kan kita dah dapat pahala sebab berzikir walaupun bercakap dalam kehidupan seharian daripada dok cakap OMG yang meaningless. ye dak ?


Benda ni dah lama dah aku nak share. Sebab aku tengok kawan kawan aku ramai dok cakap OMG OMG ni. Mungkin lah ada sesetengah yang memang tak tahu kot. Then aku terbaca Majalah Wanita yang kolum "kemusykilan agama bersama Datuk Dr Mashitah"


ni aku taip balek apa dia cakap



Seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah SWT. Dalam sepotong ayat Allah SWT berfirman “Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.” Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab, Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikatakan jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid didalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan oh my god..




Gigih ni aku dok taip balek. muahahaha.


Apa apa pon aku harap lepas ni, sesiapa yang selalu guna OMG tu tukar lah kepada YA ALLAH. Tak susah pon kan?


“Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang.Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah

Coklat M&M's yang comel comel dan berwarna warni sang pelangi =)

M&M’s Vote and Win !!


hye korunkkkkkkkkkk. jom VOTE character M&M’s jom !! comel doh depa ni. Rasa macam nak makan je semua. Hikhik :D


ok ni aku bagi list characteristic untuk setiap character M&M’s ni. Mempersembahkan barisan barisan coklat comel yang gendut bulat bulat :


CIRI CIRI PERWATAKAN COKLAT M&M’s =)


• Merah – yakin dengan diri sendiri, Suka mencari perhatian, berani, nakal


Merah adalah watak yang kuat, berdikari dan suka kan perhatian kerana dia tahu dia layak untuk diberi perhatian. Dia berani dalam pilihan yang dibuat dan nakal dalam perbuatannya, dia juga memilih untuk melakukan hal-hal lain dengan cara yang lebih nakal.



• Biru - Percaya kepada diri sendiri, COOL


Biru adalah percaya pada diri sendiri dan COOL, tak perlu nak membuktikan kepada sesiapa yang dia bagus sebab ada benda lain yang lebih penting yang perlu dibuktikan. Bila ada sesuatu masalah dia tidak mudah panik. Dia tahu membuat keputusan yang bijak bila dalam dilema





• Hijau - diingini, menggoda, feminin, ghairah

satu satu Gadis yang ada, Hijau adalah menggoda dan feminin. Dia sensual dan tahu bahawa dia yang dikehendaki, sehingga dia mengambil keuntungan dari itu. Dia menarik dan mengetahui cara untuk memikat hati seseorang.




• Kuning – baik hati, naif, seorang yang simple

Kuning adalah watak yang adorable tetapi boleh jadi agak naif. Sebab itu orang sukakan dia. Cara nya yang sederhana dan sifat baik hati membuatnya mudah untuk mendekatkan dirinya dengan orang lain.




• Oren - berhati-hati, paranoid, takut, gelisah

Oren percaya "lebih baik selamat daripada menyesal." Dia berhati-hati bahawa dia datang sebagai seorang paranoid dan takut. Dia gelisah kerana dia suka mengelakkan diri daripada masalah.





Ni video depa ni. Depa pon dok kempen jugak untuk Vote depa ni :







Kalau nak tengok dekat SINI pon boleh. Comel je tau Video M&M's ni :D


Siapa karakter kegemaran korang dan mengapa??? korang pilih yang mana satu??? kalau aku, aku pilih yang KUNING.



Aku suka watak M&M’s yang berwarna kuning sebab aku suka orang yang adorable tetapi boleh jadi agak naif. Aku suka orang yang sederhana dan sifat yang naif membuatnya mudah untuk mendekatkan dirinya dengan orang lain. Karakter kuning ni seorang yang baik hati





aku nampak perwatakan KUNING ni dekat SELENA GOMEZ. ye aku memang minat SELENA GOMEZ pon. muehehe. Aku tengok dia seorang yang simple . Cuba tengok style dia, simple je but stylo. Selena Gomez ni sangatlah adorable !!! Cuba tengok SELENA GOMEZ ni. Cute kan dia?






Ok. sangat Cute and adorable !!!! hahahaha. Dan SELENA GOMEZ pon VOTE untuk KUNING sebab dia pakai baju kuning. Haha :D

dan sebab dia sangat ADORABLE, SIMPLE and CUTE. so aku VOTE untuk M&M’s KUNING !!! yeahhhh~




Aku ada jugak buat ‘Ujian Personaliti’ dekat SINI .

Korang pon try lah buat UJIAN PERSONALITI tu. best woh sebab soalan senang senang tak macam soalan exam :D




Dan ternyata aku memang mempunyai personaliti KUNING yang sama dengan SELENA GOMEZ =p

korang pon meh la VOTE character mana yang korang suka. pergi dekat SINI untuk start VOTING.


korang boleh vote jugak dekat M&M’s  Facebook Page dekat SINI.Cepat tentukan korang punya favourite character menang! kalau character yang korang VOTE tu menang, kau berpeluang untuk menang US $1000 dari M & M's World e-Voucher , dan banyak lagi!



Pemenang boleh memilih salah satu barang yang terjual di M & M's yang jarang dapat dekat Malaysia ni dan  berpeluang juga untuk menang US $ 1000 dari M & M's World e-Voucher , dan banyak lagi!Yang best nya korang boleh pilih nak hadiah yang mana. terbaik woh! Sebab susah nak dapat benda benda ni dekat Malaysia.


Barang yang terjual di M&M’s ada di jual di SINI





Ni antara hadiah hadiah nya. Comel doh hadiah dia:




Kalau menang, boleh pilih nak yang mana. Kalau aku, aku nak semua benda di atas ni boleh? Comel nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D

yeahhh. lets VOTE bebeh! cepat jangan terlambat. mana tahu ada rezeki nak menang. hikhik





SELENA GOMEZ pon VOTE KUNING jugak tau sama dengan aku! Haha. VOTE M&M’s kesukaaan korang cepat! sila VOTE kuning cepat dekat SINI! muehehehe :D

ok bye! =)

Jumat, 17 Juni 2011

Kamera Samsung SL420 untuk dijual. Berminat ?

Ada sesiapa tengah mencari kamera dekat sini ? Ni kamera nak let go sebab pemilik kamera ni nak beli ipad pulak =p


10.2 mega pixels . 5x Optical Zoom

Intelligent LCD


memory card 2gb



Ada sesiapa berminat ? Dimaklumkan bahawa kamera ni baru je guna. Nak jual dalam rm350 macam tu.  Kalau ada yang berminat. Sila contact nombor ni : 013-2021633



ok bye!

(video youtube) Maharaja Lawak Minggu 12 Jozan , Sepah , Nabil , Jambu =)















JOZAN

"bukan janji pastinya adoiiiiiiiiiii" Johan Ah Cai konon konon David Teo. muahahaha





















NABIL

penjual cd cetak rompak terus jadi penjual otak otak













Rancangan Semanis Kurma jadi MANISNYA KURMA INI







SEPAH

Boboy baru sunat :D










JAMBU



Antara banyak banyak ni paling aku suka SEPAH lah. sebab SEPAH ni setiap minggu best kotttt. SEPAH yang paling konsisten. Tapi sesiapa yang menang pon tak kesah lah. Aku sokong je sesiapa pon sebab semua best :D


sila sila layannnn. ok bye!

pengalaman pegi sukma mmg terbaik.....

...salam...
ehem..ehem...ermm..erm...sound check sound check...wuak....wuak...
tu dia punya lama nak betolkan suara..haha..bukan apa..sekian lama x up-date blog kan...disebabkan kesibukan yang terlampau...alamak terlebih sudah..merepek saja kau nie...haha..

okey entry kali nie aku nak story-mory sikit tentang cuti sem bau-baru nie...okey???? are you ready guys...
1st of all..nak citer ttg cuti minggu pertama...erm..keselurahan x berapa seronok sgt..sbb minggu pertama tu aku ada kelas tambahan sampai hari jumaat....oleh sebab itu x la berapa nak enjoy sgt kan...okey okey....jom kita pedi munggu yang kedua plak...haha..nie aku seronok sikit nak cerita kat korang...bukan apa agak menhappykan aku la...sbb benda nie maybe sekali seumur idup...nak tahu apa dia???okey jom aku citer....

citernya...aku dapat g SUKMA kat KL baru-baru ni...dalam cuti nie la minggu kedua...mahu x seronok aku...benda yang aku target finally aku dapat gak g SUKMA..1st mmg aku pown mcm x percaya...iya la punya ramai pemain softball kat perak nie..salah seorang daripda diorang adalah aku..wah...dah macam bulan jatuh ke riba....huhu...lebih kurang seminggu gak aku dok KL...meh aku citer sikit perjalanan g KL...

mula-mula naik bas pukul 6.30a.m..seawal subuh...bak pepatah lain...subuh sepi'e naik bas ngan kawan aku lagi 2 org...then kami sampai ipoh around 7.30a.m...then kami ambik teksi plak...masyarakat punya la mahal naik teksi..tambang kena bayar rm15 satu kereta..mmg la kami 3 org..tp rasa mmg x bebaloi..kami tanya uncle tu..jauh x MSN...dia cakap jauh..ok la kami boleh terima...tup tup x sampai 10 minit kami sampai..dah tu dia anta kami salah tempat plak tu..perh punya la benggang..nasib baik x jadi banggang..
okey sambung...kami kena da kat MSN pukul 8.30a.m kononnya nak gerak pukul 9.00a.m erm..biasa la janji melayu..dekat pukol 10.00am baru gerak...huh tension mendadak...then sampai KL dalam pukol 3.00pm r....jalan sana jalan sini...carik makan then baru carik bilik..haha..sampai-sampai terus lapar...ops..lupa nak cakap aku menginap kat UKM tp main kat UPM...kira aku dah masuk 2 Universiti sekali gus....haha...

1st game lawan KL menang 4-2...then game ngan perlis pown  
 menang gak 9-8...hari kedua game nagn terengganu kalah la plak 9-11....pastu game ngan sarawak menang 20-0...pastu game ari sabtu plak..
.lawan ngan pahang menang12-11..petang lawan ngan johor..menang 9-1...then dapat r masuk final..perak jumpa balik ngan terengganu...huh..kali ni kena belasah kaw-kaw punya..haha...22-4..nah ko hambik...nak sgt...haha...tp kami just main enjoy jer...ok la tu 1st year sofbol doadakan di peringkat sukma perak dapat no.2 ...not bad right ??? better then never..

okey..nie gambar kami satu team...pasukan perak dapat pingat perak..haha..lawak betul la...next time wujudkan negeri nama emas..hah kompom semua permainan dapat emas..kan kan kan...jgn marah...nanti kena jual...

nie famili aku yang sudi datang utk beri galakan kepada pasukan perak..huwah g tu...tu la yg dikatakan galakna dan dorongan daripada ahli keluarga amat penting...ewah....
okey..meh aku perkenalkan...yang belah kanan tu jumie..yang dok tengah tu nadia...and the last onemesti la aku x kan korang plak kan..haha..gigit medal tu nak tengok asli ke tak....ternyata asli nasib baik x patah gigi aku...

alolo...comeinye anak sapa la nie...haha..dapat nak rimau..dan aku namakan dia
oppa gikwang..maklumlah aku kan fanatik korea..hahaha
yeah..ber'posing' ats pentas...mas aduduk atas tu rasa dah macam artis dah...silau tengok kamera....haha...masuk tv plak tu..huhu..malunya aku...popular la plak..kan kan kan

nie team laki..diorang dapat no.3...jgn nak gosok gosok mata korang..gambar ni mmg warna ni..okey...

so..perjalan aku sepanjang sukma ni mmg seronok coz dapat jumpa balik kengkawan yang lama-lama dulu masa aku main wakil perak MSSM 2 taun lepas..kan mmg seronok la...keseronokan yang x dapat digambarkan...ok...la..nanti kalau aku ada hot story -mory lagi aku akan up-date lagi dalam blog kesayangan aku nie..nanti 2-3.07.2011 ni aku akan ke cameron highland..so nnt aku ceritakan pengalaman aku kat sana okey....

bye....

see uuuooooolllllllllssssssss next time

sarangae(LOVE)

Rabu, 15 Juni 2011

(review filem) KL GANGSTER @zizanrajalawak terbaik! :D






Perghhhh aku pergi tengok Kl Gangster ni manjang FULL. Tapi nak sangat pergi tengok, FULL pon bedal je lah. yang tinggal semua seat depan. depan pon depan lah. depan sekali pulak tu time aku tengok cerita ni.




Memang panggung FULL lah. Dan aku rasa ZIZAN RAJA LAWAk yang paling best dalam cerita ni. Manjang ketawa je kalau ada part Zizan. Kengkonon Gangster tapi penakut.





Aku rasa Shamsul Yusof better jadi pengarah je lah.  aku rasa lagi best kalau dia mengarah je. Aku rasa yang watak "Shark" yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof tu kalau Shaheizy Sam yang bawak watak tu. perghhhhhhh konpom meletop letop lah lagi cerita ni



Aku tak ada hal dengan pelakon lain. Aaron Aziz memang sesuai lah watak hero, dengan badan taff dia. Pastu time aksi lawan lawan tu stylo kot time dia bergaduh tu, Macam tengok WWF pulak rasa. Macam tengah tengok Stone Cold VS The Rock. cuma depa ni sopan sikit lah. tak ada lah pakai spender je berlawan lawan

siriyesss stylo time Aaron Aziz fight


"JAI" yang dilakonkan oleh Adi Putra pon best jugak. Dia ni jahat. Adik Aaron Aziz. Dia suka cakap "memeiiiii" (memang) "seramnyehhhhhhhh" macam lawak part dia cakap macam tu



Time Zizan punya kereta kena letop. boleh pulak dia cakap "Kereta aku dah jadi barbaque" muahahaha tapi memang tengah berapi api lah kereta dia kena bakar time tu.




Kalau korang mengimpikan aweks aweks cun berlakon dalam cerita ni. NAN HADOOO je lah. Cerita ni semua lelaki je banyak. lebih pada aksi.




Cerita ni sekejap je dalam 1jam 15minit. Storyline senang paham, cerita ni straight to the point je. Semua scene dalam cerita ni bermakna lah kira. tak ada lah meleret leret dan tak ada isi macam sesetengah cerita melayu. Cerita ni ringkas dan padat.



Untuk cerita aksi, buatan Malaysia pulak, aku rasa cerita ni best lah untuk ditonton. Dalam 5 bintang. aku bagi 4 bintang.



4/5 lah kira. 2.5 je dah lebih dekat Watak ZIZAN jeee. I lappp u ZIZAN :D



Good job Shamsul Yusof! Bukan senang ni aku nak bagi 4 bintang untuk cerita melayu woh. pergi lah tengok cerita ni. Sesiapa ada twitter Shamsul Yusof? nak twitt dia satgi nak suruh dia bagi aku tiket premier next filem dia pulak muahahaha :D



eh ok bye!

Minggu, 12 Juni 2011

Kisah lucu nenek cik epal part 5

Banyak betul benda nak cerita pasal nenek aku ni. Ni sumber dari cousin aku yang HOT. sebab dia duduk serumah dengan nenek aku. ni dia lah yang cerita pasal nenek aku ni. Cousin aku nama dia NOR




scene 1


Nenek: Nor.. dulu kau makan LOKSO tu dekat mana Nor? Sedap tak Nor? Mak teringin pulak nak makan


Nor: LOSKO? LOKSO apa tu mak? mana ada Nor makan LOKSO

Nenek: alahh LOKSO yang kau makan dengan mak kau tu Nor

Nor: bila masa ni mak? LOKSO apa tu?

Nenek: yang daging tu nor. Tapi mak rasa mak tak boleh makan lah nor sebab ada daging. ada tak yang ada ayam?

Sekali Nor ni dah dapat tahu lah apa mak aku nak ni. dia ingat LAKSA rupa rupanya

Nor: laaaaaaaaaaaa tu BAKSO mak. Bukan LOKSO. BAKSO lahhh

Nenek: alaa sama lah tu. SO SO jugak bunyik dia (buat muka tak bersalah)



Scene 2


Time ni mak (nenek) baru habis tengok berita. Dia cerita lah dekat cousin aku si Nor ni


nenek: Nor tadi mak tengok berita, ada lelaki ni tipu perempuan. dia kata umur dia 60 tapi menyamar cakap umur dia 30 dekat SHEKBOK nor

nor: SHEKBOK apa pulak ni mak?

Nenek: tu lah lelaki tu tipu perempuan tu. dia tipu duit. Banyak jugak duit perempuan tu dia tipu. alaa dia kenal dekat SHEKBOK tu Nor

Nor: SHEKBOK tu apa mak?

Nenek: alaa yang boleh taruk muka tu. Tapi dia tipu muka dia. dia pakai gambar lelaki muda hensem hensem

Nor: oohhhhhhhhhhhhh tu bukan SHEKBOK mak. tu FACEBOOK lah mak. apa jauh sangat bunyiknya

Nenek: alahhh sama lah tu (again muka tak bersalah)


Scene 3

Nenek: Nor, ayah kau dulu kan selalu beli barang WELL WELL nor. sekarang dia beli lagi ke nor?

Nor: WELL WELL apa pulak ni mak?

Nenek: mak selalu sebut WELL WELL tu depan kak Enon (kawan nenek aku) lepastu Kak Enon selalu gelak kan mak. cakap mak salah sebut


Nasib baik nor ni bijak. dia pon dah dapat agak dah WELL WELL ni apa. sebab dia mention pasal ayah dia

Nor: laaaaaaaaaa mak. AMWAY lah mak. mana datang WELL WELL. patut lah Kak Enon gelak kan mak. Memang salah pon mak sebut. muahahahaha

Nenek: alahh sama je lah tu bunyik dia

Time ni Nor tengah pegang fon. Main mesej dengan balak dia . tapi nenek aku nampak. dia cakap

Nenek: haaa tu nak bagi tahu cik epal lah tu mak salah sebut

Mak: hahaha mana ada mak. orang mesej dengan boyfriend ni mak


muahahaha tahu tahu je mak aku ni yang cucu cucu dia selalu pedajalkan dia. muahahahahaha. nasib badan lah mak dapat cucu cucu tak makan saman macam ni.sila REDHA. tapi walaupun mak selalu salah sebut. tapi saya tetap sayang mak. * saja bodek. Duit raya tahun ni TRIPLE ok mak ea ea ea ea


nenek (mak) dan ibu aku

Comel kan depa dua dua ni? muehehehehehe =)


Siapa yang tak pernah baca kisah nenek aku time part 1 punya boleh KLIK SINI. pesyen pesyen macam ni jugak lah. pesyen salah sebut . tapi dia konfiden je apa dia sebut tu betul :D

eh ok bye!



Siapa nak makan aiskrim?? KLIK SINI




jangan lupa vote blog cik epal ea !! :)











VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D