Sabtu, 31 Desember 2011

Azam tahun baru yang tak berapa nak azam

Datang tahun baru jekkk mesti nak ada azam baru, baju baru, henbeg baru,cadar baru, langsir baru, alas meja baru,bini baru laki baru (eh ni memang nak makan penampar)




Tapi tahun ini malas lah nak semangat ber AZAM AZAM ni. (Sepupu aku yang nama AZAM tu sila jangan tersedak ye, kang kau ingat aku mandrem nama kau pulak) Aku nak cakap pasal AZAM ni bukan engko :D




Seperti biasa, azam-azam aku setiap tahun sama je lebih kurang wishlist nya. Tapi selalunya habuk pon tarak. So aku malas nak ada azam. Orang kata kalau kita nak sesuatu benda tu jangan kecoh-kecoh dekat orang,nanti tak jadi. Orang lah kata bukan aku kata. So malas lah nak ber azam ni. Simpan sensorang je lah apa nak. Kalau dapat apa yang kita nak Alhamdulillah, kalau yang dirancang tak dapat, tak apa lah tak ada rezeki . So simple like Air Bee C :D





Apa-apa pon. Selamat datang 2012! Semoga awak baik dan sopan santun sahaja di tahun baru ni ye 2012. Sila semenggah sikit perangai wokeh!






Semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun 2011 kita semua wokeh? Tak payah nak pesta-pesta sangat. Please don't drink and drive. Nanti meninggal. ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar