Kamis, 15 Desember 2011

Western Vs Cina

Entri ni pasal makanan. Dah lama aku tak tempek makanan dalam blog aku ni. Makanan western dengan makanan cina. Mana satu pilihan anda? Makanan melayu dah memang hari-hari makan. Nak tukar angin kejap. Tapi ada jugak restoran makanan melayu yang terbaik dari ladang. Next entry aku cerita


Ni haritu aku makan dekat VIVO. VIVO ni antara restoran yang aku suka pergi jugak lah. Untung kalau pergi weekdays sebab dapat mushroom soup FREE



Sedap!


Konon-konon nak diet, makan ikan tak nak makan ayam. Tapi makan Fish n Chips. Diet lah sangat kan??





Roti ni ala-ala Subway lah. Tapi aku suka lagi Subway punya roti daripada yang ini.



Haaaaa yang ni paling best ok! Kalau ada sesiapa nak pergi VIVO, sila lah order benda alah ni. Pizza Blueberry Ice Cream. Serious sedap! Serious tak tipu benda ni sedap! Kadang-kadang aku datang VIVO ni semata-mata nak makan benda alah ni je




Aku memang suka dessert. Dessert eh bukan nya desert. Suka pencuci mulut bukan padang pasir. Walaupun nampak macam pasir-pasir je benda ni, tapi tu bukan pasir tu kacang kot. Tapi serious sedap weh.



Makan pulak dengan vanilla ice cream. Perghhhh layan. Pizza Blueberry tu pon nipis. Nasib baik nipis. Kalau tebal kang muak pulak makan. Tapi benda ni memang sedap ah.



Lokasi ke dua pulak adalah di Mohd Chan Abdullah. Ni outlets dia berlambak dekat luar. Selalu je aku nampak. Ni restoran cina muslim. Semua restoran Mohd Chan Abdullah yang aku pergi semua ada surau. Bagus betul. Restoran ni HALAL. Dont worry be happy



Ni mee apa tah. Aku lupa nama. Sebab banyak sangat jenis mee ni. Tapi tak ada lah "terangkat" sangat. Biasa je.



Nasi goreng Yong Chow kalau tak silap nama benda ni. Serious banyak woiii. Tak habis aku makan. Macam nak makan untuk dua hari tiga malam je. Last-last bungkus separuh bawak balek. Maklum lah aku kan on diet sekarang. Mana boleh makan banyak-banyak sangat. (yo yoooo ooooo je diet nya)



Dulu time sekolah aku suka gila wantan goreng ni. Kalau bunyi loceng je time rehat. Memang aku orang first lah terpacak dekat kantin nak beli wantan goreng ni. Dulu jual satu tigaploh sen je pastu besar-besar penumbuk pulak. Memang syok je bedal kan. Tapi bila sampai wantan goreng ni kecewa aku, sebab aku ingat kan besar-besar penumbuk macam time aku sekolah dulu. Ni cenonet cenonet je dia bubuh. Macam mati segan hidup tak mahu je wantan ni aku tengok. Tapi licin jugak dalam sekelip mata benda ni




Haaaa part ni paling best!! DIM SUM!!! Aku datang sini menghadap dim sum ni je pon takdehal. Dim Sum ni susah nak cari yang HALAL. Tapi aku pernah makan dua kali je benda ni. Dekat Giant dengan dekat Mohd Chan Abdullah ni lah. Yang dekat Giant Shah Alam tu sos dia masin sangat. Terus jadi tak sedap. Haaa yang dekat Mohd Chan Abdullah ni, dim sum dia memang terbaik dari kebun wa cakap lu! Serious sedap! Sos pon sedap!




Terliur aku tengok gambar Dim Sum ni balek. *telan balik air liur*



Dim Sum dekat sini paling terbaik lah yang aku pernah makan so far. Daripada kimchi yang ala-ala korea yang mengarut tah pape tu baik aku telan dim sum ni. Satu plate tu rm3.80. Ada perasa mix vege, mushroom, chicken dan apa lagi tah. Bagi aku yang warna kuning dengan hijau tu yang sedap. Aku lupa perasa apa. Mix vege dengan chicken kot.



Tapi ni semua tak ada lah aku mencekik sorang-sorang. Gila makan semua ni sorang. Macam hidup untuk makan pulak bukan makan untuk hidup.





Ok tu je. Selamat menternak lemak! Bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar