Jumat, 02 Desember 2011

(Review Filem) Ombak Rindu

Aku baru balek tengok cerita Ombak Rindu ni (macam orang kesah sangat lah pulak kan aku nak tengok cerita apa) . Aku pon tak tahu nak cakap cerita ni best ke tidak. Boleh???




Tak kira lah timeline twitter atau news feed facebook, macam-macam pendapat yang aku baca pasal cerita Ombak Rindu ni. Ada yang tak puas hati, ada yang sedih tak bawak tisu terpaksa lap air mata dekat baju, ada yang bengang tak sama macam novel lah apa lah

Well. Tengok poster macam best je kan cerita ni. Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Nama-nama besar jugak lah kan dalam industri filem dekat Malaysia ni


Ramai orang cakap cerita ni sedih gilaaaaaaa. Kena sediakan tisu sebelum masuk panggung lah apa lah. Tak tahu lah aku ni hati keras ke, hati batu ke hape. Apa pasal aku tak menangis pon tengok cerita ni eh?? Aku pelik-pelik tengok makcik-makcik dan sekumpulan budak perempuan yang dok esak-esak nangis lap tisu sampai keluar panggung.



 Ok lah, aku akui ada part yang terusik jugak jiwa aku ni untuk sedih. Tapi tak ada sampai nak menangis beriya lah. Kalau ada sesiapa menangis tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN. Kemungkinan besar kau boleh menangis tengok cerita OMBAK RINDU ni. Ataupun kau memang cewek ngembeng.Semua cerita orang nangis kau nak nangis. kehkehkeh



Tapi, kalau untuk cerita melayu, aku boleh kata cerita ni TERBAIK jugak lah. Dari aspek sinematografi (kemain engkauuu sinematografi bagai) tu memang cantek lah bagi aku. Tapi ibu aku pon baru lepas tengok cerita ni. Ibu aku dok "besttt . uihh besttt cerita Ombak Rindu ni. Sedih ibu tengok, banyak kali menangis. Masa Aaron menangis tu lagi sedih ibu menangis"

Aku selamba dek je reply "yeke? Apasal orang tengok tadi tak rasa nak nangis pon eh?"


Ibu aku cakap "Awak tak jadi isteri lagi, cuba dah jadi isteri. mesti nak menangis tengok cerita tu.Kita dapat merasai penderitaan seorang isteri tu"


Ye lahhhhh ye lahhhhhhhh. Sedih lah cerita ni. Kemain tau ibu aku



Tapi aku rasa kalau ada Fazura lagi best. Tak kisah lah yang bawak watak Mila atau Izzah. Aku rasa dua-dua watak tu Fazura boleh bawak. (tetibaaaa cerita FAZURA. Lantakk)


Aku kecewa sebab cerita ni tak se BEST dalam novel sebenarnya. muahahaha . Sebab tu aku tak menangis KOT. KOT lah




Novel ni lah yang aku menanti turn dengan penuh sabar untuk baca, time sekolah asrama dulu. Kalau aku tak sekolah asrama dulu, memang sumpah sampai sekarang aku tak sentuh novel. Terima kasih kepada sekolah asrama kerana memperkenal kan novel ini kepada aku. Tapi NOVEL OMBAK RINDU ni memang best gila kot. Kalau sesiapa pernah baca novel ni, mesti akan kata novel ni BEST. Kalau kau kata novel ni tak best pon, pedulik hape aku. Janji aku rasa novel ni best gila, terbaik dari ladang :D


Rating Filem Ombak Rindu: 3.5/5


Again, untuk kategori cerita melayu, cerita ni TERBAIK dan boleh ditonton. =)


Tapi part sedih tu, kalau rasa kau seorang yang mudah menangis, boleh bawak tisu sekotak.




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar