Selasa, 27 Desember 2011

Pening tapi tak demam kuning

Sekarang ni aku tengah demam panas,selesema, batuk, pening kepala, dan dalam mulut pon ada mata ikan. Perghh memang PAKEJ MUSTIKA betul.




Badan punya lah panas. Kalau aku letak roti dekat dahi. Konpom tiga minit lapan saat karang terus jadi roti bakar.Boleh makan dengan peanut butter





Tapi dalam mulut tengah ada mata ikan ni, kau hulur lah makanan paling sedap dan marvelous in the world pon. Memang nya aku tak ada nafsu nak hadap. Sebab asal makan je pedih, asal pedih je time tengah makan. Seksa tahu? *stresssss*



Pening kepala ni pon dah jasi satu hal, ni nak cerita ni, aku ni suka rendam baju. Ada sesetengah baju yang aku rajin nak berus, aku berus. Yang mana nak rendam, aku rendam. Kalau malas sangat, semua akan ku humbankan ke dalam perut mesin basuh.Biar dia gelek-gelek dalam tu. Senang!




Ada ah satu baju ni aku rasa nak rendam, kepala pon tengah pening ni. Jalan pon terhuyung hayang sampai periuk nasi pon aku nampak macam cerek. Sudip pon aku nampak macam senduk.




Motif nak guna perkakas dapur jadi contoh???





Saja lah nak tunjuk aku rajin ke dapur. Rajin ke dapur untuk geledah makanan memang rajin. Kalau masuk dapur nak memasak lagiiiiiiiiiiiiiii rajiiinnnnnnnn. *tangan-ke-dada-mata-ke-atas-mulut-herot-sikit*




Aku pon ambil baldi, letak sabun, softener semua, letak air. Campak baju dalam baldi dah settle. Rendam punya rendam lepastu nak sidai lah baju ni kan.




Tetiba aku rasa sesuatu benda yang pelik, baju aku ni dah bau lantai rumah aku lah pulak. Ke ni PAKEJ MUSTIKA gak ni? beli lantai percuma baju





Aku pergi lah balik tempat sabun tu nak tengok



































Depa duduk pon sebelah-menyebelah. Jiran tetangga katanya



Aku syak aku terletak AJAX FABULOSO lah. Aku mati-mati ingat SOFTLAN. Ghasak lah . Dua-dua warna pepel pulak. Hambik kau baju sama spesis dengan bau lantai





Tak tahu nak salah kan kepala yang pening atau AJAX FABULOSO





Nasib baik lah baju aku ni tigapuloh hengget je. Kalau baju aku ni tiga ratus sembilanpuloh hengget sembilanplohnam sen, memang menangis keluar air mata oren jus pon dah tak ada makna. Nasi sudah menjadi bubur lambuk





Terpaksa basuh baju balek guna sabun, dah kena buat dua kali kerja.




 Haaaaa. Aku ada satu teka-teki. Cer jawab kalau kau terror. Soalannya berbunyik





Adakah kau rasa aku akan memakai lagi baju yang telah direndam oleh AJAX FABULOSO itu?



A- opkossssss. Sebab nak bagi orang konpius mana satu bau lantai dengan aku
B- Tak. Baik beli baju baru. Kan tengah Year End Sale sekarang
C- Mungkin. Fifty fifty. Tak sure lah sebab engko ni bukan betul sangat
D- kesemua jawapan di atas


Ye anda dalam permainan SEJUTA MONEY DROP. Sila letak sejuta anda di A,B,C atau D. Kalau salah, habislah semua duit kau jatuh desyuuuummm. Impian kau nak jadi jutawan segera pon sudah berkecai. Pilih jawapan yang betul dan berhati-hati letak sejuta tu ye.



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar