Selasa, 20 Desember 2011

Haaa. Kan dah kena!

Haritu aku pergi tengok Maharaja Lawak Mega dekat Royal Theatre Shah Alam tu. Aku pergi dengan SS. Dah sampai je sana, nak amek la tiket dekat abang SS. Abang si SS ni pulak parking kereta lain tempat pulak dengan kitorang. Aku berjalan agak kelajuan la sebab show dah nak start lagi empatploh minit. Semangat kemain ni datang awal. Benda tu kan start pukul 10pm




Aku pulak pakai flats je time tu, flats Cotton On yang Rubi tu, lebih kurang camni ah flats aku tu






Jalan punya jalan, paaaapppppppppppp (kemain sound effect)



Aku terasa kaki aku begitu pedih. Apakah yang terhinggap di kaki aku ni. Mula-mula aku ingat semut api atau lebah sengat aku. Kwanghajar betul binatang-binatang ini main sengat-sengat pulak di malam yang hening ini. Dah lah tak berapa nampak sebab agak gelap. Lampu dekat situ pon macam hidup mati segan tak mahu je dia nak menyala




CE: aduhhhhhhh apa benda ni?? Eh kejap kejap


Si SS ni kalau jalan memang menonong je dekat depan. Nama nya nak jalan sebelah aku tu kalau keluar memang haram lah jawabnya. Dia gostan balek ke belakang tengok aku


SS: eh  kenapa ni?


CE: Eh tetiba kaki rasa sakit lah, apa benda ni? apa benda ni? *muka pon berubah jadi sendu plus cuak*


Dia ingatkan aku berlakon. Sebab aku memang suka berlakon sakit depan dia ni kadang-kadang. Saja nak meriahkan suasana majlis.muahahaha.Sekali dia tengok kaki

SS: uihhhhh paku ni. papppppp (sound effect lagi)


Dia pon tarik paku tu dari flats aku. Dan aku pon campak aku punya flats tu. perghhhh memancut-mancut darah aku keluar. Banyak gilaaaaa. Aku pon terkejut tengok darah aku keluar dengan begitu banyak.



Aku ingat darah aku warna putih, boleh lah feeling feeling keturunan Mahsuri kejap. Tapi warna merah je



Time tu aku rasa sakit jugak lah, rasa macam nak menangis je. Tapi aku malas nak nangis, macam perempuan sangat pulak nangis-nangis ni. Cuma best pulak tengok darah sendiri keluar memancut-mancut. Time tu SS suruh aku duduk situ jap, dia nak mencari abang dia. Konon-konon cari bantuan lah ni



Dia datang je lari kedek-kedek bawak plaster. Dia pon macam "eh banyak nya darah, ok x ni? Jom pergi klinik, bahaya ni, takut paku karat ke hape, jom jom cepat cepat"



Dia pulak yang lagi cuak dari aku. Aku nak tengok Maharaja Lawak Mega ni bukan nak pergi klinik. Tapi pergi je lah. Abang dengan kakak ipar dia tengok kondisi kaki aku tu pon dia suruh pergi klinik. Abang dia suruh pergi Klinik Anis dekat seksyen berapa tah aku lupa, yang belakang KFC tu sebab dia kata situ murah sikit


Before pergi klinik tu dia mintak air dekat abang dia, nak jirus darah aku semua tu. Sebab dia kata darah ni bahaya, makhluk halus suka. Erkkkk aku pulak yang seram dengar. Haaa jirussss lah semua penjuru tempat




Masuk-masuk klinik tak ramai pon, nasib baik lah kan. Time tu ada dalam setengah jam je lagi nak pukul 10pm.


SS: Lepas ni mesti kena injek ni dengan doktor

CE: haaaaa? kena injek?? Apahal pulak?? Kena injek dekat kaki ke?


SS: Tak. Dekat tangan lah. Injek dekat kaki buat hape


CE: ye lah. Kaki yang kena paku bukan nya tangan


SS: laaaaa tak pernah kena pijak paku ke?

CE: mana pernah. Ni first time tahu? Pernah kena pijak paku ke?


SS: Pernah lah. 2 kali dah dulu time kecik-kecik.


CE: oooooo boleh mati ke kena pijak paku?

SS: ishh ada pulak cakap macam tu. Tak ada lah. Takut apa-apa jadi, tu kena injek tu bagi badan tak lemah.




Staff dekat klinik ni pulak macam lenggang kangkung je buat kerja. Adeh aku pulak yang sakit hati. Nak je aku rempuh bilik doktor tu terus suruh cek kaki aku. Yang si SS ni pulak


SS: tak apa lah. Lepas ni saya hantar awak balek. Tak tengok Maharala Lawak Mega ni pon tak apa, awak jalan pon dah tak betul ni. Kesian pulak



Walaupun mulut dia mengeluarkan kata-kata hikmah itu tapi muka dia tetap menunjukkan "cepat lah sikittttt. Nak tengok Maharaja Lawak Mega ni. Dah nak start dah ni. Cepat sikit boleh?"



eleleleleh macam lah aku tak tahu



Nama aku pon dah dipanggil, masuk-masuk je aku memang cakap dengan doktor tu aku nak cepat, then dia injek. Perghhh memang betul kena injek. Aku ingat si SS tu auta je dengan aku nak bikin cuak. Lenguh tangan aku 2 hari. Dah lama ok tak kena injek. Terasa ke kebasan dan ke sengalan nya begitu ketara





Nurse cuci kaki letak ubat, kapas, salatope kaki aku. Yang part nurse ni lagi bikin aku sakit hati. Aduhhh terhegeh-hegeh tol buat kerja. Dah settle semua, nak tunggu ubat pulak. Ubat dia bagi satu je. Ubat tahan sakit. Pil lah. Ubat sapu pon tak ada. Sekali enamploh hengget melayang. Tak pasal-pasal



Lepas tu pergi Royal Theatre balek. Ada lah dalam 5 minit lagi nak pukul 10pm. Si SS suruh aku pecut naik atas lari marathon



Ishhh aku tumbuk jugak si SS ni karang. Ini yang dia kata tak tengok Maharaja Lawak Mega pon tak apa??? Cehhh siapa yang buat lawak sebenarnya ni pon aku tak tahu. Lagi nak suruh aku pecut. Dia ingat kelakar lah nak suruh aku pecut naik atas masuk dewan dengan jalan terhenjut-henjut macam mr bean??


Aku pon tak tahu apa kena mengena mr bean dengan ini cerita. Main petik je nama dia. Tapi yang pasti aku pon seram dah nak pakai flats sebab takut terpijak paku lagi. Tapi aku pakai jugak flats tu sebab kalau aku pakai high heels aku berjalan macam sakai je. Asyik-asyik terpeleot. *stress*



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar