Selasa, 06 Maret 2012

Tidur

Di petang yang hening dan matahari memancarkan cahaya nya yang sungguh terik sangat-sangat,muka pon makin lama dah makin legam ni,balek kelas dan terus menuju ke bilik. Cadangnya hendak meniduri. Eh! hendak tidur sebab belum Asar lagi.



Kang lepas Asar tak boleh tidur sebab tetiba teringat ustaz pernah cakap jangan tidur selepas Asar kerana boleh mewarisi kegilaan. Uihhhh terus gerun. Ni pon otak dah sedia senget, kang lagi bertambah sewel karang kalau tidur lepas Asar ni karang. Tapi memang pon kalau tidur petang-petang sampai ke maghrib, bangun dari tidur mesti rasa nak marah je.Mungkin angin masuk dalam otak. Pastu kepala jadi berat macam telah disumbat oleh 3 biji batu bata di dalam kepala. Boleh mengong kepala otak kalau selalu tidur petang ni sebab ingatkan dah pagi tapi rupanya bukan =,=



Lepastu terus google pasal TIDUR




CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.



WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.



Kalau tidur dalam bilik di siang hari dalam cuaca yang panas tapi tutup tingkap macam mana? Pancaran matahari boleh kena kulit ke? Musykil pulak






Bayi atau budak-budak comel tidur macam ni, ye nampak comel. Kalau aku tidur gaya begini, serious mahu makan pelempang. Dia tadah muka dia macam "yeee mari lah lempang saya hikhikhik"










Ini macam berlagak sikit, tak berani nak lempang, silap-silap dia bangun, aku yang kena lempang sampai melayang tergolek bawah meja












Siapa lah omak kau ni dik? "Bertatasusila" sungguh. Kesian aku tengok kau ni, macam kurang kasih sayang
















































Ni kalau aku tengah makan cempedak goreng, sekali baby ni dibawak depan muka aku, mahu dengan bijik-bijik cempedak tu aku tercekik. Unik gila puting. Pandai betul omak kau ni buat kelakar dan membuatkan orang tercekik bijik cempedak




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar