Sabtu, 24 Maret 2012

BUNOHAN & Chocolate Lounge

Haritu aku pergi tengok BUNOHAN. Minggu lepas kot. Entah aku pon lupa, macam dah lama je tengok filem ni, masa awal-awal keluar tu rasanya. Cerita ni sangat TIDAK sesuai untuk individu yang malas nak fikir benda berat-berat,yang nak enjoy gelak-gelak sampai terkeluar halkum, cerita ni BUKAN untuk kau lah.


Cerita ni agak BERAT jugak lah dan slow sikit jalan cerita dia, kang tetiba ada scene yang senyap sunyi. Kira kalau tak fokus tu memang boleh terlelap jugak lah. Siapa pernah tengok SONGLAP? Ataupun yang cerita lembu ke hape yang dulu dulu punya cerita tu JOGHO ke hape tah nama. Haaa genre cerita dia macam tu lah


Masa awal-awal cerita ni cambest sebab selamba badak je si Faizal Hussien ni bunuh orang, dia bunuh orang macam sembelih ayam. Serious aku tak nak duduk tempat nama Bunohan ni, bunuh orang tu macam bunuh nyamuk je aku tengok.Sesuka dia je nak bunuh. Dah ah tak ada polis dalam cerita ni,siapa yang bunuh orang pon tak masuk penjara. Bunuh orang main blah je,pastu bunuh lagi orang lain.Tapi kang kalau buat watak polis dah macam cerita Gerak Khas lah pulak kan. Last-last semua watak pon kena bunuh



Cerita ni tak klise macam cerita lain, aku rasa macam tergantung tapi tak tahu lah kalau ada sambung ke hape. Macam aku tak paham asal budak kecik tu suara besar dan garau.Badan kecik, suara garau, menakutkan. Dan Mek Yah pulak kemain catwalk keluar dari sungai, amboi-amboi kemain tau Mek Yah body slim siap catwalk macam dekat runaway fashion show.Curlass kau Mek Yah. Meletop sangat.  Sebelum tu Mek Yah tu macam buaya ke biawak tah. Cuma aku rasa tu saka depa kot yang duk cakap-cakap tu. Apa benda butir dia cakap pon kena fikir gak. Bahasa dalam cerita ni agak tinggi.




Kejap-kejap kang aku tak paham, kejap kang aku paham. Banyak maksud tersirat ah cerita ni. Tapi kalau cerita-cerita macam ni yang nak di angkat dekat Festival Filem ke hape, memang tak malu ah kan. Cerita ni ada kualiti cuma aku rasa tidak digemari oleh semua golongan lah. Sebab orang melayu ni kan malas nak fikir, tahu nak gelak sampai terkeluar halkum je. kehkehkeh




Siapa nak tengok, sila lah rajin memerah otak. Boleh bawak span dengan baldi jugak untuk perah takungan air di dalam otak yang penat berfikir #lawakhambar



Macam dah lama je cerita ni kat panggung. Lepas ni keluar lah tu dekat Astro First. Tah-tah dah keluar dah tapi aku dah lama tak tengok tv so aku tak tahu cerita ni dah main dekat Astro First ke belum




Then ngeteh lak dekat Chocolate Lounge, sebab dah orang nak belanja kan, aku on je. Air ni sedap. Fairlady apa tah nama, tapi sedap ah




Cer teka harga benda ni berapa?




rm29.90 WOH! Kira tigaploh hengget lah tu kan. Sangat overpriced bagi aku. Nama nya aku nak datang lagi semata-mata makan benda ni memang tak lah. Dekat rumah boleh potong pisang sampai 8 tandan kalau aku nak, cicah lah dengan coklat sampai pengsan makan



Aku tak puas hati kenapa strawberi dia sikit sangat?? Lepastu bahagi sampai lapan pulak tu. Baru nak feeling Dato' Siti Nur Haliza tau makan strawberi cicah coklat. Tak sampai empat minit limaplohnam saat abes dah. Tak sempat nak feeling







Ni lagi ah. Macam lempeng je. Harga kemain mahal. Dalam lempeng tu ada pisang. Lagi puas hati buat lempeng dekat rumah. Cuma presentation dia nampak menggiurkan lah





Makan 2 orang, melayang 70 hengget. Tapi disebabkan bukan duit aku, memang sangat sangat sedap lah dessert-dessert ni semua. Sedap tapi overpriced bagi aku. Untuk dessert sampai rm70 memang sangat MAHAL woo. Tapi kalau aku nak datang lagi sini, fikir limaplohlima kali gak ah before nak masuk. Kalau jutawan boleh ah makan hari-hari dekat sini macam makan nasi. Tapi kalau orang nak belanja, memang ON je setiap masa :D




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar