Selasa, 27 Maret 2012

The Vow


Siapa suka tengok love story macam A Walk to Remember, The Notebook, Dear John, akan suka kot tengok The Vow ni. Sebab aku suka tengok semua cerita tu dan The Vow ni not bad jugak lah. Lagi-lagi sebab tahu ni inspired by kisah benar. Lagi lah feeling tu terlebih.


Orang kata The Vow ni sedih, tapi aku rasa macam ada satu scene je yang aku rasa cam sedih.


Sebab utama nak tengok The Vow ni adalah kerana Channing Tatum sebenarnya. Ehem.


Cerita ni pasal Rachel McAdams (Paige) dan Channing Tatum (Leo) ni laki bini. Empat tahun depa kahwin, memang bahagia habis lah depa ni, sweet sangat sampai boleh kena diabetes lah tengok betapa sweet nya depa ni. Pastu tetiba masa nak besweet sweet, depa kena langgar pulak, kepala Paige ni terhantuk dekat cermin kereta. Cermin kereta pecah berderai bersepai-sepai, kepala otak si Paige ni pon bergegar jugak lalu dia hilang ingatan.





Dia lansung tak ingat Leo (laki dia ni lah). Dia cuma ingat kehidupan dia sebelum jumpa Leo ni je. Nak tahu apa jadi dekat depa ni? Pergi lah tengok, tak seprais lah kalau cerita semua :D



Aku suka perwatakan Paige dalam cerita ni. Ceria dan periang. Cuma kalau aku jadi Leo tu aku rasa macam nak hantuk kan je kepala dia balek nambelas kali dekat jalan tar sebab susah bebeno dia nak ingat yang Leo tu laki dia. Memang menguji kesabaran woh. Cuma tabik lah kan dekat Leo tu sebab dia setia dan berusaha sehabis baik lah nak bagi Paige ni ingat dia balek.




Aku rasa ramai dah tengok cerita ni, aku kot yang ketinggalan. Rating cerita ni aku boleh bagi 8/10.




Selamat menonton sambil makan popcorn! Sambil makan nasi lemak pon boleh.



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar