Sabtu, 31 Maret 2012

(Resepi) Small Shells Prego Carbonara . Nyummayhhh! :D


Ehem ehem hari ni aku rajin. Rajin nak memasak. Saja nak feeling-feeling Masterchef. Konon nya masterchef sangat lah kan. Aku buat small shells carbonara. Nak guna spaghetti ke fettucini ke pasta yang pusing-pusing macam screwdriver tu pon boleh. Janji pasta. Aku saja nak guna pasta cengkerang ni. Disebab kan aku baik hari ni, aku nak kongsi resipi carbonara ni jugak lah




@ Fresh milk. Masa aku pergi grocery shop ni aku mati-mati nampak FRESH MILK. Bila balek tengok "eh bila masa pulak aku beli full cream milk? ter RABUN lebih kot tadi" tak kesah lah. Full cream milk pon boleh

@ Prego Carbonara Mushroom. Ni saja ngelat sikit malas nak buat sos sendiri

@ Fresh Shiitake Mushroom. Aku suka gila cendawan ni


@ Small Shells Pasta. Nak guna pasta lain pon boleh. Yang macam hos paip bengkok tu pon boleh (aku rasa nama dia macaroni) yang pusing-pusing macam screwdriver pon boleh. Spaghetti pon boleh. suka hati lah kan

@Daging ayam kisar. Nak guna daging pon tadehal

@ Hotdog

@ Parmesan cheese





@ Cili api ( ni saja aku nak letak. Tekak melayu lah kata kan. Tekak melayu sangat padahal tekak aku memang suka pedas. So kena ah bagi pedas sikit)

@ Bawang besar / Holland onion

@ Bawang putih / garlic

Bawang besar, bawang putih dengan cili api ni aku tumbuk je guna lesung batu. Kalau menumbuk benda alah ni semua pon tak tahu macam mana, meh aku tumbuk kau dalam lesung batu ni pulak



Mula-mula hotdog ni aku rebus, nak goreng pon boleh. Saja nak mengurangkan penggunaan minyak. Diet katakan. Tu rebus je tu.







Diet sangatttttttttttttttt.




Feeling kutip cengkerang tepi pantai gitu. Cengkerang-cengkerang ni semua aku celur dulu. Letak minyak dalam 2-3 sudu dan sedikit garam time celur tu



Mula-mula tumis dulu bawang,cili dengan ayam tadi. Aku guna butter tak guna minyak. Sebab guna butter adalah SAJA JE. Sebab butter lagi sedap




Then masuk kan prego tu tadi, cendawan, hotdog dan kacau. Kena rajin kacau ye. Takut dia jadi berketul-ketul. Masuk sikit air dan letak parmesan cheese. Tak payah letak garam dah, sebab parmesan cheese ni dah masin


Gaul punya gaul. Letak susu. Tapi jangan lah pergi humbankan sekotak susu tu bagi habis pulak. Agak-agak je. Dalam 1/4 kotak susu tadi pon ok.



Siap dah!! Tuangkan je kuah tadi tu atas pasta tadi. Senang je kan?









Kalau rasa nak menternak lemak yang dah sedia berlemak tu lagi. Letak lah parmesan cheese ni sikit atas kuah carbonara tu




Selepas digaul-gaul. nyummyyyyhhh!!




Senang je wei nak buat carbonara ni. Pejam-pejam mata pon boleh buat (wahh gituuu. macam kau buat pejam mata je kan? mahu terbalik semua periuk)



Sesiapa nak cuba. Selamat mencuba! =)



ok bye!

Kamis, 29 Maret 2012

DERMAFAL ??? APA TU ??? JOM TERJAH

Assalamualaikum semua

ehem ehem..jap erk aku nak bertukar jadi PROMOTER jap...
hap hup put put BER.....TUKAR
shiau shu shu ( dah bertukar kononya)

helo semua kali ni atas budi bicara aku sendiri , aku telah melantik diri aku sebagai PROMOTER tak bertauliah... tadi aku on FACEBOOK aku kan pastu tengok la RAKAN aku ni hah letakkan something kat wall aku..aku pown rajin rajin kan jari aku dan KLIK kat situ...

then keluar la satu produk yang diberi nama DERMAFAL...
DERMAFAL??? apa benda tu..
mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu kan..so aku pown ada buat sedikit research kat fesbuk orang tu...buat buat rajin la katakan..THEN aku jumpa la segala penerangan kat situ..so aku just "pinjam" ayat bunga bunga kat situ...bukan untuk orang lain pun  untuk promosikan produk ni jugak kan...

so kalau korang nak tau lebuh lanjut , korang boleh contact terus kat zatie catalyst
lagi senang kan...
hari tu kak pejabat aku pown ada tunjuk kat aku benda ni...dia kecik ja macam kapsul yang warna warni tu hah... pastu lembut jer...macam jeli

nak tau lebih lanjut boleh SCROOL kat bawah ni okey...


 cantik jer warna dia...I SUKA YOU...haha...oren dia cantik..rasa macam nak makan jer...erm..yummy...
nasib baik benda ni bukan untuk dimakan...


 kegunaan:-

mengembalikan kelembapan kulit
mengurangkan kesan parut jerawat
mengurangkan kedutan dan menigkatkan keanjalan kulit
mengurangkan kesan regangan/stretch mark
mengurangkan garis-garis halus dan kedutan

cara guna:-

pulas bijik atau boleh menggunakan jarum yang bersih atau gunting yang bersih.
sapu pada tempat yang dikehendaki

waktu guna:-

malam, sebelum tidur.
jika mahu kesan yang maksima, boleh digunakan siang dan malam

*UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA, BUKAN UNTUK DIMAKAN


 Manfaat plasenta

Ciri-ciri anti-penuaan

Mengandungi 30 jenis asid amino, peptida kompleks, vitamin, saccharides, asid nukleik, beratus-ratus galian, enzim dan faktor pertumbuhan. Ini adalah penting untuk mengaktifkan dan menjana semula sel fibroblast yang akhirnya membawa faedah pada kulit pengencangan, keanjalan, pengurangan kedutan, mencerahkan jeragat & meremajakan sel-sel kulit kusam.

Melindungi dari UV

Mengandungi faktor humectant yang menarik spt molekul air kepada kulit. Kehadiran lembapan adalah penting untuk kulit yang cantik dan muda. Humectant juga berkesan dalam mencegah kehilangan lembapan selepas memanjangkan pendedahan kepada cahaya matahari dan udara dingin.

Membantu dalam pemulihan

Mengandungi peptida & faktor pertumbuhan yang memberikan bantuan dan pemulihan yang lebih cepat daripada kerosakan UV, eritema (kemerahan), bengkak (edema), penebalan kulit, kedutan, kesan regangan dan parut. Dengan penggunaan berterusan, Dermafal mengembalikan tahap lembapan optimum kulit dan meningkatkan keanjalan di samping mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Dengan mengurangkan jeragat & parut jerawat dermafal juga akan menjadikan kulit anda anjal, cerah, gebu seperti yang diidamkan oleh setiap wanita sekaligus menjadikan kulit anda kembali cantik.
 



 UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA....

khasiatnya:

mempercepatkan penjanaan sel-sel kulit baru untuk menjadikan kulit lebih lembut
menyerap kedalam kulit dgn begitu cepat dan membaiki tekstur kulit dalam beberapa minit
kurangkan kedutan halus
kurangkan parut,jerawat/accident
meremajakan kulit

cara guna:

pulas bijik atau cucuk dengan jarum yang bersih atau guntingkan dan sapu pada tempat yang dikehendaki

waktu:

malam sebelum tidur
jika mahu kesan lebih maksima,boleh gunakan siang dan malam



Norefal Vit E Softgel Oil

SET TRIAL : 10 BIJI/RM20

1 BOTOL- 100 BIJI/RM150

so macam mana dah baca dah kan..so korang boleh la buat pertimbangan kot kot la tergerak hati nak beli boleh terus contact dengan penjual dia okey 


okey la

selamat mencuba (termasuk la dengan aku sekali , aku pun nak try gak...haha)

bubui


ssseeuuuoolllssss next time

sarangae(LOVE)

KLCC terbakar?? Eh yeke?


Kecoh sana sini kata KLCC terbakar? Seriously?? Bukan the whole KLCC yang terbakar. Salah satu restoran dekat SURIA KLCC je yang terbakar. Restoran Chinoz kalau tak silap. Tapi harapnya semua yang ada dekat sana selamat dan harap tiada apa-apa kecederaan yang berlaku.Siapa rasa-rasa nak pergi Petrosains tu lupa kan lah niat tu kejap.



Ni dah terbakar ni, mula lah karang macam-macam spekulasi yang keluar. kehkehkeh.



 ok bye!

Rabu, 28 Maret 2012

HITAM KUNING


Assalamualaikum semua

hai hoi hei
lamanya x up date...erm nak bagi alasan apa pulak kali ni erk..haha
korang mesti dah dpt agakkan kalau aku x up date maknanyaku malas la tu..hoho
that's correct..haha memang tak daapt disangkal lagi

baik lah sekembalinya aku ke dalam dunia menaip ni maka aku nak story mory sikit dengan korang pasal keja aku la kan..

baik...are you ready guys....
let me start first okey...semalam bersamaan 28 mac 2012
ada mesorat agong...so macam biasa la kan
  KAMI SEBAGAI PEKERJA YANG RAJIN 
buat persipan mesorat la kan...hoho..minggu lepas gila kau oouullsss keja dari isnin sampai ahad kau...
tapi..... aku x snap gambar pown..x sempat very busy okey....

so aku just up load gamabr masa mesorat ja la...so uuoollsss tgk la kan...

selamat menSCROLL gambar yerk...


 apo yang aku suka sgt tu erk..korang boleh teka tak..aku pun x tau apa yang aku gelakkan...


 ops..mata pown dah tak larat nak celik dah...


 erm..JOM KITA MENGUNDI


 haih..kalau bab bab bergambar serah jer kat kami ber-ENAM


 sambil baca doa pun dan lagi tgk kemera...memang cameraholic

yeah..pekerja yang chomel-chomel..huhu...
cantik tak baju kami?

bubui

sarangae(LOVE)

Selasa, 27 Maret 2012

The Vow


Siapa suka tengok love story macam A Walk to Remember, The Notebook, Dear John, akan suka kot tengok The Vow ni. Sebab aku suka tengok semua cerita tu dan The Vow ni not bad jugak lah. Lagi-lagi sebab tahu ni inspired by kisah benar. Lagi lah feeling tu terlebih.


Orang kata The Vow ni sedih, tapi aku rasa macam ada satu scene je yang aku rasa cam sedih.


Sebab utama nak tengok The Vow ni adalah kerana Channing Tatum sebenarnya. Ehem.


Cerita ni pasal Rachel McAdams (Paige) dan Channing Tatum (Leo) ni laki bini. Empat tahun depa kahwin, memang bahagia habis lah depa ni, sweet sangat sampai boleh kena diabetes lah tengok betapa sweet nya depa ni. Pastu tetiba masa nak besweet sweet, depa kena langgar pulak, kepala Paige ni terhantuk dekat cermin kereta. Cermin kereta pecah berderai bersepai-sepai, kepala otak si Paige ni pon bergegar jugak lalu dia hilang ingatan.





Dia lansung tak ingat Leo (laki dia ni lah). Dia cuma ingat kehidupan dia sebelum jumpa Leo ni je. Nak tahu apa jadi dekat depa ni? Pergi lah tengok, tak seprais lah kalau cerita semua :D



Aku suka perwatakan Paige dalam cerita ni. Ceria dan periang. Cuma kalau aku jadi Leo tu aku rasa macam nak hantuk kan je kepala dia balek nambelas kali dekat jalan tar sebab susah bebeno dia nak ingat yang Leo tu laki dia. Memang menguji kesabaran woh. Cuma tabik lah kan dekat Leo tu sebab dia setia dan berusaha sehabis baik lah nak bagi Paige ni ingat dia balek.




Aku rasa ramai dah tengok cerita ni, aku kot yang ketinggalan. Rating cerita ni aku boleh bagi 8/10.




Selamat menonton sambil makan popcorn! Sambil makan nasi lemak pon boleh.



ok bye!

Minggu, 25 Maret 2012

Tua Muda

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di luar rumahnya.Lelaki itu bermain buaian yang dicipta oleh nya sendiri sambil bersiul-siul mengikut rentak lagu Anita Sabah. Hidup nya seperti tiada masalah.






Setelah tiba, wanita itu hendak beramah mesra dengan lelaki tua itu dan berkata,



"Saya tengok pakcik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan pakcik panjang umur dan sentiasa ceria? Ada tips?"






"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak,makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam" kata lelaki itu.





"Wah! Hebatnya pakcik", kata wanita itu teruja dan bertanya "Berapa usia pakcik sekarang?"






































































"Dua puluh tiga."





erkkkkkkk *tercekik halkum*

Sabtu, 24 Maret 2012

BUNOHAN & Chocolate Lounge

Haritu aku pergi tengok BUNOHAN. Minggu lepas kot. Entah aku pon lupa, macam dah lama je tengok filem ni, masa awal-awal keluar tu rasanya. Cerita ni sangat TIDAK sesuai untuk individu yang malas nak fikir benda berat-berat,yang nak enjoy gelak-gelak sampai terkeluar halkum, cerita ni BUKAN untuk kau lah.


Cerita ni agak BERAT jugak lah dan slow sikit jalan cerita dia, kang tetiba ada scene yang senyap sunyi. Kira kalau tak fokus tu memang boleh terlelap jugak lah. Siapa pernah tengok SONGLAP? Ataupun yang cerita lembu ke hape yang dulu dulu punya cerita tu JOGHO ke hape tah nama. Haaa genre cerita dia macam tu lah


Masa awal-awal cerita ni cambest sebab selamba badak je si Faizal Hussien ni bunuh orang, dia bunuh orang macam sembelih ayam. Serious aku tak nak duduk tempat nama Bunohan ni, bunuh orang tu macam bunuh nyamuk je aku tengok.Sesuka dia je nak bunuh. Dah ah tak ada polis dalam cerita ni,siapa yang bunuh orang pon tak masuk penjara. Bunuh orang main blah je,pastu bunuh lagi orang lain.Tapi kang kalau buat watak polis dah macam cerita Gerak Khas lah pulak kan. Last-last semua watak pon kena bunuh



Cerita ni tak klise macam cerita lain, aku rasa macam tergantung tapi tak tahu lah kalau ada sambung ke hape. Macam aku tak paham asal budak kecik tu suara besar dan garau.Badan kecik, suara garau, menakutkan. Dan Mek Yah pulak kemain catwalk keluar dari sungai, amboi-amboi kemain tau Mek Yah body slim siap catwalk macam dekat runaway fashion show.Curlass kau Mek Yah. Meletop sangat.  Sebelum tu Mek Yah tu macam buaya ke biawak tah. Cuma aku rasa tu saka depa kot yang duk cakap-cakap tu. Apa benda butir dia cakap pon kena fikir gak. Bahasa dalam cerita ni agak tinggi.




Kejap-kejap kang aku tak paham, kejap kang aku paham. Banyak maksud tersirat ah cerita ni. Tapi kalau cerita-cerita macam ni yang nak di angkat dekat Festival Filem ke hape, memang tak malu ah kan. Cerita ni ada kualiti cuma aku rasa tidak digemari oleh semua golongan lah. Sebab orang melayu ni kan malas nak fikir, tahu nak gelak sampai terkeluar halkum je. kehkehkeh




Siapa nak tengok, sila lah rajin memerah otak. Boleh bawak span dengan baldi jugak untuk perah takungan air di dalam otak yang penat berfikir #lawakhambar



Macam dah lama je cerita ni kat panggung. Lepas ni keluar lah tu dekat Astro First. Tah-tah dah keluar dah tapi aku dah lama tak tengok tv so aku tak tahu cerita ni dah main dekat Astro First ke belum




Then ngeteh lak dekat Chocolate Lounge, sebab dah orang nak belanja kan, aku on je. Air ni sedap. Fairlady apa tah nama, tapi sedap ah




Cer teka harga benda ni berapa?




rm29.90 WOH! Kira tigaploh hengget lah tu kan. Sangat overpriced bagi aku. Nama nya aku nak datang lagi semata-mata makan benda ni memang tak lah. Dekat rumah boleh potong pisang sampai 8 tandan kalau aku nak, cicah lah dengan coklat sampai pengsan makan



Aku tak puas hati kenapa strawberi dia sikit sangat?? Lepastu bahagi sampai lapan pulak tu. Baru nak feeling Dato' Siti Nur Haliza tau makan strawberi cicah coklat. Tak sampai empat minit limaplohnam saat abes dah. Tak sempat nak feeling







Ni lagi ah. Macam lempeng je. Harga kemain mahal. Dalam lempeng tu ada pisang. Lagi puas hati buat lempeng dekat rumah. Cuma presentation dia nampak menggiurkan lah





Makan 2 orang, melayang 70 hengget. Tapi disebabkan bukan duit aku, memang sangat sangat sedap lah dessert-dessert ni semua. Sedap tapi overpriced bagi aku. Untuk dessert sampai rm70 memang sangat MAHAL woo. Tapi kalau aku nak datang lagi sini, fikir limaplohlima kali gak ah before nak masuk. Kalau jutawan boleh ah makan hari-hari dekat sini macam makan nasi. Tapi kalau orang nak belanja, memang ON je setiap masa :D




ok bye!

Jumat, 23 Maret 2012

Malu terus yakin

Masa zaman muda-muda dulu (sekarang lagi muda) main tenyeh je apa-apa deodorant dekat baju. Tenyeh punya tenyeh dekat bahagian ketiak baju tu pon dah jadi kuning euwww euwww. Kalau ada secret admirer datang nak mengorat, tiba-tiba pulak nampak kotoran kuning bawah ketiak, mesti laju-laju gostan (undur balek) tak jadi nak mengorat.





Kotoran ini lah yang aku maksudkan. Macam mana kotoran ni boleh jadi eh? Kotoran adalah hasil daripada tindak balas kimia antara bahan-bahan dalam deodoran, peluh daripada badan dan juga material kain yang kita pakai.



Kalau guna deodoran lain atas baju hitam, kesan putih tu terus boleh dilihat. Dan kalau pakai baju putih, kesan kuning tu akan boleh dilihat . Mula-mula tak nampak, dah lama-lama sikit baru lah kotoran tu muncul dan ketara kekotoran nya. Mencacatkan pemandangan diri dan baju betul lah. hehh



Malu tak bila ada orang tegur dekat baju kita ada kotoran kuning?? Malu wehhh. Rasa macam nak lari sorok muka dalam tin biskut









Soundtrack pon lagu Gwang Soo dalam Running Man yang selalu kena buli dan dipinggirkan. Memang sedih habis lah hidup kalau jadi macam permulaan video dekat atas ni. Hari-hari mesti rasa macam loser dan tak yakin dengan diri sendiri kan? Sebab takut orang tengok macam pelik je. Baju di bahagian ketiak dah lah kuning, muka masam pulak. Semua pon takut nak dekat. Sangat stress tahu kalau ada masalah macam ni. Nak pergi mana-mana pon tak boleh. Nak jumpa orang pon segan. Nanti orang pon dok cop kau forever-alone.



Sampai lah satu hari tu, ada member aku kenal kan satu produk ni. Lepas dok spray benda ni kan, tadaaaaaaaaaaaaaaaa! Dah tak ada dah masalah kotoran degil dah dekat celah baju ni.







NIVEA Invisible For Black & White Anti-Perspirant Deodorant :)






Best jugak deodoran ni, bila spray, berbuih-buih dekat ketiak, rasa macam ada salji kejap. Muehehehe. Wangi pon wangi. Deodoran ni memang sangat sesuai bagi orang yang ada masalah kotoran kuning melekat dekat baju atau kotoran putih dekat baju hitam yang disebabkan oleh deodoran yang lain.


Selalu kalau terserempak dengan member, senyum je, tak berani nak angkat tangan. Dah pakai deodorant NIVEA Black & White ni. Dari jauh, kemain semangat dok lambai-lambai tangan, angkat tangan lagi tinggi yang boleh ni kalau nak tegur member (over tau) Terus terasa yakin dengan diri sendiri





Banyak-banyak deodoran yang aku guna, NIVEA Black & White ni yang paling sesuai dan memang berkesan untuk mencegah kotoran dekat celah baju. Terima kasih NIVEA Black &White kerana memberi keyakinan kepada aku! Hari-hari rasa segar je bila pakai NIVEA Black & White ni sebab wangi! Nak jumpa orang lepas ni, boleh lambai angkat tangan tinggi-tinggi tanpa rasa segan silu sebab kotoran kuning celah lengan baju tak menjadi masalah lagi!




48jam protection ok!  Sila lah dapatkan di pasaran berhampiran anda =)



ok bye!

Minggu, 18 Maret 2012

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

Assalamualaikum semua

aku sebenarnya tengah gila nak beli handphone..bukan nak tunjuk yang 'duit banyak' tapi memandangkan enset yang aku guna sekarang ni dah gelong so aku pun pasang la niat nak beli ensent baru tapi tak decide lagi nak beli enset apa..
sebab sekarang ni syarikat enset semua pakat berlumba-lumba keluarkan enset yang berjenama dan tahan lama kan..
dah tu cantik cantik pulak tu..haih..betul betul mencabar keiman
dicampur pulak dengan hasutan setan (oi beli ja semua lawa-lawa kalau tak beli esok lusa ang menyesal)
cis tarak guna punya setan..jangan la dok hasut aku..watcha...ambik kau... 
adoi...ni yang masalah problem ni..tak tau nak pilih yang mana...

somebody help me!!!!!!!



tengok ni hah..tak ka chomel namanya...pink lembut , pink terang dan biru..gggrrrr geramnya aku tengok
ada tak sapa sapa yang baik hati nak hadiahkan kat aku..haha
OH LG ~



ni satu lagi...kalau XPERIA ni memang aku dah usha lama dah cuma nak beli ngan tak ja...



ni pulak SAMSUNG GALAXY Y.. kak kat pejabat aku dah guna..sound dia memang terbaik la...ni pun aku minat jugak....huih




ni sama gak kot ngan XPERIA kat atas tu...saja upload 2 kali haha...


ni plak BLACKBERRY.. ni pun kak pejabat aku da guna....bukan takat kak pejabat ja..aku rasa BLACKBERRY ni dah seluruh dunia guna..betul tak..cuma aku ja yang ketinggalan zaman..hahah

whatever la.. nampaknya aku kena kumpul duit banyak banyak ni kalau nak beli semua..haha
tamak betul...bukan setakat MAXIS ngan CELCOM ja aku guna
sekali dengan DIGI , TUNE TALK , dan segala macam mak nenek sim aku boleh guna..
boleh jadi OKB pastu kalau nak top up cirit la..hahah

ok la chow dulu yer

bubui

ssseeeuuuooollsss next time

sarangae(LOVE)

Sabtu, 17 Maret 2012

Jalan Jalan Cari Makan tv3 . Tukar pengacara boleh tak?





Siapa ada tengok Jalan Jalan Cari Makan tadi? Terkejut aku dah tukar pengacara. Sejak bila eh tukar? Maklumlah dah lama tak tengok tv.



Pengacara perempuan punya ah mekap tebal,makan pon cover-cover cun. Yang pengacara lelaki pon cam control macho pulak. Depa macam tak fun tapi buat-buat cam fun.



Pengacara yang mengacarakan rancangan makan-makan ni kena ah yang sempoi-sempoi je sebab subjek utama kita tengok Jalan-jalan cari makan adalah sebab MAKANANAN bukan orang. Tapi jangan ah selebet sangat pengacara nya pulak kan. Tapi kalau over,gedik dan cover je manjang pengacara nya pon mati jugak mood nak tengok makanan dalam rancangan tu


Tengok pengacara baru ni makan pon macam kena paksa je, komen pasal makanan pon tak berapa best. kalau dulu tengok JJCM macam berselera je,Qi pon pandai bagi komen pasal makanan tu dan sempoi je tak ada ah nak cover-cover.Sekarang ni tengok pengacara baru 2 orang tu, adehh terus mati mood. Aku tak tahu siapa nama 2 pengacara baru tu sebab aku tak kenal. Ada sesiapa yang tahu nama depa?



Aku ada cadangan sikit ah untuk tv3.Ada 5 cadangan (macam lah orang TV3 baca blog aku. tapi lantak lah kan.)



1-  Pengacara kena masuk ON AIR belajar camne nak mengacara dekat Aznil Nawawi. Dengan kata nama lain, maksudnya kena improve skill mengacara ah

2- Tukar pengacara lama balek iaitu Qi

3- Ambil Qi balek jadi pengacara

4- Qi jadi pengacara lagi sempoi so sila lah amek dia balek

5- We want QI back!







QI


Sekian terima kasih, ok bye!

PINK BIRU

Assalamualaikum semua

siang tadi aku ngan family aku g out-station...wah out-station g tu..tapi tak la jauh sangat kat kedah jer..ehem disebabkan bukan aku yang memandu that's why la aku kata tak jauh haha..(gelak jahat)
tujuan sebenar ker kedah just untuk makan free...ops !! makan kenduri ... maklumlah lah dah ada kat sana kan kita pun apa lagi sambil menyelam minum air la... bergh kenyang ai dapat minum air...

so disebabkan hari ni aku bawa camera 10 second aku..so aku pun meringankan tangan serat jadi untuk menekan punat yang dok ada kat camera tu..hasilnya korang boleh tengok kat bawah ni hah orait..bukan susah pun just scroll ja..dan kalau rajin tinggalkan pesanan ringkas korang kat ruangan yang dah disediakan..orait??

sapa yang tak penah guna highway??? 
aku pasti semua penah guna kan kan kan...so jgn nak buat jakun pulak erk...

ni dah sampai kat kaunter ambik tiket..

lepas tu abah aku memandu laju masuk lorong ALOR SETAR , GEORGE TOWN dengan lajunya mengalahkan michael schumacher...erm betul ker aku eja nama dia..ah lantak la bukan dia nak baca blog aku pun kan...haha

lapeas jer samapai tempat yang dituju kami makan makan dan makan pastu blah la kan..tak kan nak tunggu kat umah orang sampai maghrib pulak...

*pesanan : tiada sebarang gambar yang diambil di rumah kenduri. harap maklum

lepas makan mak su aku ajak p jalan-jalan..tapi bukan la jalan-jalan untuk menyoping tapi p main air kat air terjun jerk..tampat yang tak membazirkan wang ringgit tapi tempat yang dapat menenangkan minda dan fikiran...pegh ayat...mantop

kat sini baru ada gambar ok..so selamat menjamu mata anda...

 ambik gambar sendiri dari atas..wah ada cahaya di mukaku...ahakz

 duduk ala-ala gadis melayu terakhir uwek~

 amboi apo yang mak aku gelak sangat tu tak tau la

budak yang suka menyibuk...perbezaan kulit yang terlalu ketara..sapa setuju??

 pesanan ringkas tu..baca sendiri...

okey la sampai sini dulu

bubui

ssseeeuuooolllsss next time

sarangae(LOVE)