Jumat, 20 Januari 2012

RUNNING MAN nak datang MALAYSIA !! eh yeke?



Fine. Ni gambar Running Man lama sebab Joong Ki dah tak main dah tapi tak kesah lah. Sebelum ni banyak rumours kata Running Man ni nak datang Malaysia tapi batang hidung masing masing tah bila nak nampak tah. Bila aku post dekat FACEBOOK pon ada jugak yang still kata rumours. Tak kesah lah rumors ke tak. Kalau tak jadi pon, aku still layan Running Man ni jugak. Gelak  macam orang gila jugak kalau layan depa ni. Kalau makan putu mayam sambil layan depa ni memang tersembur habis semua putu mayam melekat dekat laptop.Tapi kalau depa tak jadi datang Malaysia pon ada aku kesah? muahaha :D





Aku suka Yoo Jae Suk ni. Walaupun dia macam famous gila dekat Korea tu tapi dia ilek-ilek je. Humble dan sempoi je tengok. Kalau betul lah Running Man ni datang Malaysia, mesti ramai yang histeria tunggu depa ni dekat airport. Memekak tak payah cerita lah, konpom kalah jeritan fans Thailand punya. Sebab peminat k-pop memang ramai gila dekat Malaysia ni.



Aku tak ada ah minat k-pop sangat. Aku just minat RUNNING MAN ni je sebab depa ni semua sengal. Tak ada lah jambu leleh-leleh macam cerita korea pon depa ni. Aku minat depa ni tak ada lah sampai nak kawen sebab depa semua mamat-mamat tak sunat. Tamo tamo tamo :D



Tapi kalau ada Running Man versi Malaysia, aku cadangkan Shaheizy Sam dan Jozan menjadi pemain tetap. Konpom meletop! :D


Pasal Running Man ni jadi ke tak datang Malaysia ni, nanti aku bagitahu bila eh, nak siap-siap belit shawl mahu skype dengan Kim Jong Kook ni. Mesti dia menari tarian masuk pintu hip hop dia kang kejap lagi sebab teruja main skype punya pasal. Apa nak panggil dia ni? Oppa ke opah?



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar