Kamis, 19 Januari 2012

Meatball / bakso

Haritu aku pergi rumah kawan ibu aku. Aku panggil dia cik Normah sebab nama dia Normah. Dia adalah seorang tukang jahit. Dia melakukan kerja-kerja menjahit ini di rumah dia sahaja. well explanation gituuu. Sebelum datang rumah dia ni, dia dah tanya siap-siap nak makan apa.Fuhh rezeki jangan di tolak kata pepatah yang tak pernah patah. Aku order meatball. Tapi dia panggil benda alah ni bakso. Tapi aku nak panggil meatball jugak! Sebab aku pernah rasa meatball dia buat. Memang terbaik dari kebun




Dia punya bakso. Sedap wa cakap lu. Pulak makan panas-panas



Tapi benda lain dalam bakso tu aku tak heran sangat. Sebab aku mencekik meatball ni je. Aku nak jugak panggil meatball sebab makan benda bulat-bulat ni aku teringat meatball IKEA. Cuma meatball ni tak ada gravy dengan jem blueberry tu lah tapi still va va voommm. Meatball ni cik Normah gentel sendiri. Aku ada tanya resipi untuk menggentel meatball ini,tapi aku lupa pulak resipi dia. Nanti lah kol dia balek.Tapi cik Normah tetap cakap ni bukan meatball ini bakso. Ghasak



Bawang goreng yang di goreng sendiri. Ni siapa tak tahu buat, boleh hentak kepala dekat dinding sebanyak lapanbelas kali tanpa henti





Sesi meng 'alter' skirt. Haritu aku beli online, terlabuh pulak skirt ni. Kalau pakai memang habis semua debu, tin,tisu,kucing dan kotoran aku kaut lah.Punah ranah skirt aku kang. Itu je sebab aku datang rumah cik Normah ni. Lebihnya sebab nak makan meatball tu haa sebenarnya. hikhikhik



Tapi meatball tu serious sedap. Sedap pon tak serious macam ni! betul tak tipu. Balek rumah adik aku sent benda ni pulak dekat facebook. Cuba korang try-test kuiz ni. Aku pon hampir tertipu. Soalan ke 2 dan ke 3 aku cuba juga berlagak genius tapi FAIL jugak


JAWAB SECARA SPONTAN:

menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :))

- jawab spontan, jangan byk fikir,
... - baca satu demi satu,
- concentrate!
- KITA MULA :









permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?






yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..



1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?





yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.





1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makananya apa ?





yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging.

====================



Apa cer?? Genius tak korang?? Ke FAIL jugak?? Mesti korang FAIL jugak kan? kan? Terima lah kenyataan yang korang memang tak genius muehehehe



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar