Sabtu, 14 Januari 2012

Mr labuci

 Siapa ada tengok cerekarama cerita Mr labuci ni semalam? Aku tak ada ah tengok dari awal. TER bukak tv3,pastu tengok je lah. Tengok ada Rozita Che Wan, layan je lahhh. Yang isteri ni kerja, suami dia tak kerja. Lelaki dia ni pandai menjahit,semua baju yang Rozita Che Wan pakai time kerja semua lelaki dia ni jahit. Tapi baju kemain lip lap lip lap engkoo. Berterabur semua manik dengan labuci. Memang baju glam habis lah



 Baju-baju yang Rozita Che Wan ni pakai semua cantik-cantik. Tapi kalau nak kerja office pakai macam ni,memang tak nak lah aku pakai. Memang menjadi perhatian betul, warna pon semua shocking,colour block bagai. Baju ofis Natasha Hudson dalam cerita ni ok lah jugak aku tengok. Nampak normal sikit. Rozita Che Wan punya baju ni cantik, tapi pergi dinner ke function ke lawa lah pakai. Untuk pergi office, macam over sikit lah kot


Tapi aku suka budak ni berlakon. Comel gila pastu pandai berlakon pulak tu. Pesaing Mia Sara Nasuha ni. Tak lama lagi naik lah budak ni kot. So pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni



@Hapuskan kaki BODEK,kerana kaki bodek ini hanya merosakkan sebuah organisasi

Sedar tak sedar, kadang-kadang kita pon dikelilingi dengan orang kaki bodek ni. Orang kaki bodek ni selalu buat something untuk kepentingan diri sendiri je lebih. Macam dalam cerita ni, Natasha Hudson punya lah bodek bagi baju lah hape lah dekat bos dia. Last-last engkau tak naik pangkat pon, RCW yang naik pangkat


@ Isteri kena hormat suami walau tinggi mana pon jawatan yang isteri tu pegang

Mula-mula RCW dalam cerita ni baik je tau dengan suami dia. Mula-mula RCW ni nak bodek gak ah bos dia. Dia suruh suami dia buatkan baju meletup lip lap lip lap tok bos dia. Nak bodek lah ni kira. Tapi suami dia tak sempat nak siapkan. Gila nak siap kan baju lip lap 2 hari? Mana sempat derr. Pastu RCW ni tengking laki dia. Mula dah tinggi suara bagai. Pastu dia kata dia malu dengan suami dia sebab suami dia tak kerja. Tapi ada hikmah gak lah baju tu tak siap, RCW pon dapat naik pangkat


@Manusia cepat berubah bila bercakap pasal duit


Semata-mata sebab duit, jadi kaki bodek, semata-mata nak duit terus tak hormat dekat suami.Pandang rendah je dekat suami


Welll kalau aku kawen satu hari nanti, dapat pulak laki tak kerja, perghh aku pon tak tahu macam mana nak hadap. Mula-mula mungkin ok je kan semua bini nak bayar, kereta, bil air bil api, barang dapur semua. Tapi dah masuk 5-6 tahun kawen? Jadi isu jugak nanti kan? Aku tak kisah kalau laki aku tak kerja tapi dia ada USAHA untuk cari duit.Anak-anak terelok dia jaga tak pe lah. Sebab sekarang nak hantar anak dekat baby sitter pon mahal woh. Kalau balek kerja, dia dok terbungkang je tidur, rumah pon macam tongkang pecah, anak pon kusut masai dah tak rupa orang, haaaa yang tu memang nak kena smackdown je rasa.




Duit bukan segalanya tapi nak hidup ni kena ada duit.Tapi jangan sampai jadi hamba duit lah. Dulu sepupu aku selalu cakap benda alah ni "Kalau spender pon mak bapak belikan, tak payah lah gatal nak bercinta"


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar