Minggu, 08 Januari 2012

Bijak Menguruskan Wang bukan beruang

Berita baik untuk pelajar kolej dan universiti!!! Nak dapat duit kocek lebih tak? *ka ching ka ching*



Korang tahu tak apa SIDC?



Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan pertandingan Intervarsity Financial Literacy Movie (I-FiLM) untuk pelajar kolej dan universiti pada 15 Disember 2011



Ye. Korang berpeluang untuk mendapat RM3000!! Banyak tu RM3000. Aik? tiga ribu hengget pon tak nak ke? Cuma kena buat video je!! :)





Banyak masa lagi ni. Tak tutup lagi peraduan ni. Apa yang korang perlu buat?



1- Rakam video. Nak rakam video mestilah kena ada alat perakam kan? Mana kawan-kawan ada iPhone, smartphone tu boleh lah pinjam sekejap nak buat rakam video ni. Nak guna kamera,webcam,camcorder pon boleh jugak. Lebih afdhal



2-Video dalam 1-3 minit sahaja. Jangan syok sangat rakam sampai tigapuloh minit pulak.


3- Suka hati lah nak rakam video apa cara sekali pon. Daya imaginasi dan kreativiti anda boleh diguna pakai di sini. Nak buat ala-ala kartun upin-ipin? macam filem Ombak Rindu? Silent movie? Talk show? Berita tv3? Discovery channel? Sketsa? demo? Nak berangan hero macam Aaron Aziz? Boleh jeeee. Tak kesah lah. Janji kreatif!


4- Video tu mesti ada mesej yang JELAS LAGI TERANG yang menggesa mahasiswa untuk MENGURUS WANG DENGAN LEBIH BIJAK. Contohnya macam:



@Pentingnya simpan duit
@Kenapa  perlu melabur dengan bijak
@Bajet duit makan tak bererti kena puasa
@Urus pinjaman PTPTN tanpa ibu bapa
@kepentingan melabur
@Tips pelaburan asas untuk pelajar-pelajar kampus



Macam-macam boleh buat. Ikut kreativiti masing-masing ;)



5- Upload dekat youtube. Boleh suruh satu universiti LIKE kau punya video. Cerah sikit peluang nak dapat RM3000. :D






Kalau tak faham apa aku explain tu, tengok gambarajah ni mesti paham kan? Warna-warni sikit senang masuk otak. Student kalau buat note kan suka buat gambarajah, pastu bagi warna-warni guna highlighter kan bagi senang nampak dan serap dalam otak :D



Aku pon ada try jugak lah buat video tapi aku tak berapa nak kreatif pon. Main hentam je ni. Aku memang tiada bakat dalam membuat video dan cakap pon laju kemain macam kereta api =.='

















Aku tak tahu macam mana nak edit video,  tah pape aku bubuh dalam video ni. Jadi lah macam ni video aku. Lantak lah kan. Macam slideshow nak present depan kelas je aku rasa aku punya video ni. Tapi tak apa, aku tahu korang ni semua kreatif sangat-sangat kan? Time ni lah nak tunjuk bakat yang terpendam. Bakat terpendam jangan lah kasi pendam.Keluarkan bakat itu. Keluarkannnnn :D



Oh ye. Penyertaan boleh secara individu atau berkumpulan. Kalau nak buat group pon tak boleh melebihi 5 orang dan ahli kumpulan mesti dari universiti yang sama. Kalau rasa tahi hidung masin sikit dan tak nak kongsi duit dengan orang lain, boleh buat sensorang. :D


Boleh usha SINI untuk keterangan lebih lanjut



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar