Sabtu, 21 Januari 2012

Jalan jalan cari pasal dekat MELAKA

Haritu pergi Melaka sebab amek adik aku ni dekat Utem, now kan bebudak uni semua baru habis exam kan. So nak angkut lah adik aku ni bawak balek rumah. Dah amek adik aku tu, alang-alang mari lah jalan jalan cari pasal dekat Melaka ni.



Ayah aku lah cadang nak pergi Muzium kapal selam dekat Pantai Klebang. Dia kata ada keluar dekat Majalah Tiga. Aku ni jarang sikit nak layan cerita-cerita ilmiah dokumentari bagai ni. So aku memang bajet muzium kapal ni memang bestttttt gilaaaaaaaaaa lah kan




Masuk sini kena bayar seringgit. Budak-budak limaposen. Dalam hati aku berbunyik "murah nya nak masuk muzium ni, bayar singgit je. Ada kapal mainan ke apa je dalam muzium ni? murah bebeno"




Sekali masuk, perghhhhhhh besarnya kapal selam ni






bahagian depan


bahagian belakang. Agak besar jugak lah



Teruja sangat lettewww dengan kapal selam ni




Yang paling "best" sangat dekat muzium kapal ni adalah kapal selam godang sebijik ni je haaa yang ada. Muzium ke benda nya ni. Tapi ramai jugak orang datang tengok kapal selam ni. Dalam kepala aku sebelum masuk sini, memang dah terbayang macam-macam jenis kapal lah. Sekali ni je yang ada? Patut la bayar seringgit je. Bagi masuk FREE pon lagi bagus.




Walaupun sentap sebab tengok kapal tu jeeeeee dekat "muzium" tu, kitorang masih meneruskan perjalanan untuk mencari keria yang hangat diperkatakan dekat Melaka ni. Keria ni dekat Limbongan (tah betul ke tak aku ni, rasanya betul lah kot dekat Limbongan)



Hitam itu menawan


Jangan pandang rendah dengan kehitam legaman kuih keria ni. Ni hitam siap berkilat lagi tau. Tapi sekali rasa, mesti nak lagi. Serious aku tak pernah makan kuih keria pesyen macam ni.Selalu kan gula yang putih-putih tu. Ramai ok beratur tunggu kuih keria ni. Masa datang tu keria ni habis, tengah goreng, lagi 5 minit siap. Sanggup tunggu ok nak rasa keria ni punya pasal. Kalau tak, tak ada maknanya rajin nak tunggu kuih nak goreng ni




Ni lah yang buat puas hati sikit datang Melaka dapat rasa keria ni. Pergi tengok kapal selam tadi tu spoil mood aku



Ada macam-macam kuih lagi tapi yang sedap bagi aku kuih keria dengan kuih kasturi je. Yang lain agak kurengg sikit. Tapi kuih sini mahal sikit, seketul lima posen. Gerai ni tepi jalan je


.
Lepastu singgah solat dekat masjid ni. Tak tahu lah apa nama masjid ni. Aku nak namakan masjid ni masjid terapung ombak rindu. Sebab aku tak tahu apa nama masjid ni. Tapi cantik tau masjid ni. Rasa tenang je bila masuk






haaa kan boleh feeling ombak rindu tu



Lepastu malam pergi Wildlife Theatre Melaka pulak dekat Pulau Melaka. Ni pon agak sendu jugak lah



Masuk-masuk telah dikejutkan dengan tarian "hunggah hunggahhh". Aku tak tahu apa nama tarian ni so aku nak namakan tarian ni "hunggahhh hunggahhh"



Yang best nya masa tengok show ni. Hanya ada DUA family sahaja ok! Family aku dengan family abang ni haa. Kiri kanan memang kosong. Sendu betul


Dia punya host ni bagi aku best jugak lah sebab dia pandai berlakon dan bercakap. Time ni konon-konon tanya siapa ada hilang bag. Aku memang bajet ada "sesuatu" je dalam handbag tu. Konpom punya lah kan



Ye! betul tekaan aku. Memang ada sesuatu iaitu baby snake. Baby ke snake tu? Baby lah kot sebab kecik



Lepastu ada kotak pulak, aku syak ni mesti ada menatang lagi besar ni. Mesti ada ular jugak ni. Kalau penuh orang ni, aku rasa best lah kot sebab sesiapa duduk sebelah kotak tu mesti terkejut tenuk tetiba duduk sebelah ular






Ye! Ular ni seberat lapanbelas kilogram. Yang tadi baby snake. Ni bapak ular. Then depa ni nak sorang volunteer suruh ke depan. Aku bajet mesti aku ni kena ni kang sebab family lagi sorang tu semua anak dia kecik lagi. Aku buat-buat tak dengar depa nak volunteer, pura-pura mesra dengan adik aku dok borak-borak. Sekali dia tarik jugak suruh turun bawah. ahhh sudahhhhhhh nak bagi aku pegang ular letteww



Ada 2 orang dia panggil. Sorang lagi lelaki. Dia suruh aku rasa kulit ular ni rasa apa. Aku cakap lah basah moist moist. Pastu dia tanya lagi aku cakap kulit ular ni rasa lembap. Pastu dia tanya lagi kulit ni rasa apa aku cakap lah kering pulak sebab macam salah je jawapan aku cakap lembap tu kan. Rupanya memang jawapan nya kulit ular tu memang kering pon. Tapi aku rasa macam lembap. ahh suka hati lah









Dia suruh aku pegang ular tu, aku pegang je lah. Ingat aku penakut ke? Alaa setakat ular ni apa sangat lah. Buaya pon aku dok kuis-kuis je dagu dia bila bergurau. Ini pulak ular. Tak mencabar betul lah










Ecececeh riak kemain, macam berani sangat pegang buaya. Tak sempat nak kuis dagu buaya, aku dah meninggal kena baham





Segala atok nenek ular yang ada depa sangkut dekat mamat ni. Nasib lah ular dah jadi rantai dekat leher. Kesian kena buli




Depa nak sangkut pulak ular gedabak ni dekat aku pulak. Tapi tak pe lah abang akak, pegang badan ular ni sikit je boleh eh? Nanti leher terkehel pulak (alasan)



Then dia suruh teka pulak dalam kotak ni ada apa. Time ni aku cuak jugak. Kot ada ular tedung ke pulak dalam kotak tu. Mahu meninggal aku dekat situ kena patuk. Tengok mamat tu, kaki lagi sikit je nak masuk kolam. Tapi lepas akak ni bukak kotak tu, desyummmmmmm mamat baju belang tu terperanjat, habis basah baju jatuh dalam kolam




Aku time tu ketawa berdekah-dekah tengok mamat tu masuk dalam kolam. Kesian pon ada tapi lebih pada kelakar.Yang kau pi terjun dalam tu kenapaaa? Depa semua panik dok tolong angkat budak tu dari kolam. Rupa-rupanya mamat ni stunt man. Dia kerja sini haa rupanya. Patut lah rileks je dia bila depa dok sangkut semua ular dekat leher dia tadi. Cehhh tertipu rupanya aku. Tapi dalam kotak akak tu pegang tak ada apa pon, cuma ada benda gumpal-gumpal panjang. Benda apa pon aku tak perasan sebab aku terperanjat tengok mamat baju belang ni masuk dalam kolam. Aku busy gelak kan dia.Yang pastinya benda dalam kotak tu bukan haiwan lah




Lepastu geng "hunggah hunggah" ni datang balek, nak sorang lagi volunteer. Aku bajet ni mesti adik aku yang kena karang. haa tepat sekali memang kena tarik pon adik aku pergi bawah. Depa suruh main buluh ni




Mula-mula dia ajar adik aku cara nak main natang ni.Makin lama makin laju pulak mamat "hunggah hunggaah" ni ketuk-ketuk buluh tu. Nasib baik tak tersepit kaki adik aku. Kang tak memasal balik rumah pakai tongkat. Adik aku kira berjaya jugak lah harungi cabaran buluh bertemu buluh (nama aku main hentam) ni. Ouh tahniah diucapkan.



Ada lah persembahan sea lion, burung kakak tua tapi bagi aku tu macam biasa je lah. Pastu ada sesi bergambar dengan haiwan-haiwan di situ. Ibu aku ni malu tapi mahu. Nak pegang iguana tapi tak berapa nak berani. But berani jugak lah dia pegang. Eh iguana ke tu? Entah, aku pon tak tahu natang apa tu




Ayah aku dok isi borang survey. Macam-macam komen dia bubuh. Dia kata tak berbaloi sebab masuk sorang doploh hengget dan persembahan kurang best. Tapi masuk sini sepuluh ringgit ok kot aku rasa. Bagi aku biasa je lah show dalam ni sebab aku pernah tengok show yang lagi best





Ni baby snake. Nama dia Shah Rukh Khan. Ok tipu. Nama dia aku main hentam je sebab bila aku panggil Shah Rukh Khan, ular ni dok tenung aku. Ye la kot nama dia Shah Rukh Khan





Ibu aku ni nak pegang ular tapi takut. Yang kecik-kecik punya ular berlagak tak nak pegang,nak stok godang-godang je .Tengok pakcik sebelah tu rilekss je siap boleh tidur-tidur lagi sambil pegang ular. Kau mampu?




Haaa pakcik tu dah bangun dari tidur dah dan ibu aku tetiba teruja pegang ular. Tak pegang sangat lah. Cuit sikit pon jadik lah kan





Kesimpulannya muzium kapal dengan Wildlife Theatre ni dua-dua tak berapa nak best. Mungkin sebab baru lagi kot. Mana tahu lepas-lepas ni dua tempat ni lebih best dari biasa ke kan? Cuma kuih keria tu bagi aku memang best. Pulak makan panas-panas, Perghh memang terbaik dari kebun



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar