Sabtu, 28 Januari 2012

DAH KAWIN DAH ???

Assalamualaikum readers...

opsss!!!  betul ker aku eja ni... argh lantak la...dah malam malam buta baru nak up date blog memang eja pun entah ke mana..haha..

ni nak cerita mai hari ni aku and the geng p kenduri kawin salah seorang cikgu TAT BENG
(nama skolah aku)...dalam pukul 10.30 pagi kami gerak la kan...p punya la awai macam nak p jadi mentara pulak kat kenduri tu..rupa-rupanya kawan aku yang 2 orang ni bagi tau yang depa berdua kena jadi pengapit cikgu ni masa atas pelamin...patut la kalut nak p awal...haha...masa aku masuk kereta tadi aku agak tekezut beruk la cikit kan pa hal pulak budak 2 orang pakai baju sedondon..rupanya ada udang di sebalik mee..patut la...ish ish ish ...

so kali ni aku macam besa la kan kalau dah p mana mana event mesti la letak gambar dan sebagainya untuk tatapan pembaca..so lets take a look...wa ah cakap jawo pulak aku ni..haha T_T

 jeng jeng jeng la dia la gambar pengantin bersama sama aku and the geng..ni kami snap masa kami nak balik dah..tapi besa la kan nak balik nak balik tak gerak gerak lagi...tu yang aku malas tu... 
"wei jom balik" bila aku dah ready nak balik depa nak tunggu cikgu , bila aku ngan kawan aku sorang ni nak snap gambar time tu la depa nak balik...haih kalut sungguh...

 pelamin..pergh cantik ooiiittt...aku ni bukannya pandai sangat nak kelaskan pelamin ni style apa...maklumlah jarang tengok NONA kat TV 3 tu...so agak cetek sikit bab bab style pelamin ni ah..so sapa yang arif dalam bidang ni cube citer kat aku ni style pe??? boleh erk ?? nak tau gak serba sedikit... 

 ni masa pengantin baru sampai..ekserli kami tunggu pengatin dari pukul 12.30 tgh hari...pengantin sampai pukul 1 lebih..memang la kalau tangok masa tu macam singkat ja..tapi bederau jugak peluh punya dok pengantin..fuh!! cuaca tengah hari tadi memang panas la citar dia...
(tisu please nak lap peluh)

 aku ngan kawan aku sorang ni pun join gak pengantin dok berarak..tapi kamin jauh kebelakang sebab nak ambil ruang dan sedikit tenaga nak posing dan snap...pastu kami jalan tepi la cari tempat redup..haha..yang panas tetap panas..tapi cari iktiar la tak mau gelap..haha n_n

 tu dia anak burung dalam sangkar..ni pulak macam biasa la kan...sementara nak balik snap dulu...haha...tempat baik punya kalau tak snap rugi la kan..bukan nak kena bayar pun...haha...posing baik punya...

 eh eh kat pelamin la pulak kan..erm bila la time aku pulak agaknya... pang STOP DREAMING ok mu g belajar dulu...cari duit banyak banyak baru kawin...yes sir(tabik hormat)

gambar ni bagi mata kau la kan..agak cantik sikit sebab tak yah susah susah nak edit..dah memang semula jadi warna dia macam tu..erm cantik cantik cantik..jangan jelez sudah... uwek...

tu saja untuk kali ni ok..

sseeeuuuooolllsss next time

bubui

sarangae(LOVE)

Jumat, 27 Januari 2012

Bagi hadiah baju, hubungan tak kekal?

Aku tak tahu korang pernah dengar benda ni ke tak tapi aku pernah lah dengar. Even masa aku muda-muda dulu zaman sekolah rendah pakai tudung serkup ke depan tu,  akak sebelah rumah aku ni tetiba lak putus cinta sebab boyfriend dia bagi hadiah baju dekat dia. Aku gelakkan je dia dalam hati. Tak lah gelak sebab depa putus tapi gelak sebab depa kata depa putus sebab BAJU! :D




Then semakin aku godang ni, otak pon makin godang, urat otak pon makin panjang (eh urat otak kemenda?) dan berfikir, apakah logiknya kalau bagi baju tu hubungan boleh putus??



Sampai sekarang kalau aku dengar "jangan bagi hadiah baju, nanti something buruk jadi dekat relationship korang" SERIOUS-AKU-TAK-TAHU-APA-LOGIKNYA



Eh eh eh tak ada logika betul  lah *terus headbanging lagu Agnes Monica*



EH macam lawa pulak baju ni



Aku rasa benda pasal bagi hadiah baju ni nanti putus lah, clash lah, hape lah mesti ada kena mengena dengan zaman tok nenek kita dulu kot. Sebab dulu kan depa ni susah. Hadiah baju tu kira agak mahal lah di zaman itu. Dulu-dulu mana ada ipad, mp3, galaxy note bagai. Baju tu kira dah habis mewah lah tu. Kalau tetiba lak hubungan putus, bergelinang air mata, tersedu-sedan macam fei mau sebab tengok baju je teringat dekat BEKAS kekasih. (tuppaware kekasih pon boleh) Yeke? Entah aku hentam je ni. Rasanya lah kot





Aku rasa bagi hadiah baju ni akan putus hubungan tak logik pon dan mengarut. Kalau tak ada jodoh, bagi teddy beruang godang ke bagi sejambak bunga tek ayam belanda ke. Tak ada jodoh, tak ada kesefahaman, putus jugak kan?





Kalau ada jodoh, bagi baju pagoda cap ayam sekali pon, hidup bahagia kekal jugak. Ye dak?



ok bye!

Kamis, 26 Januari 2012

AKU VS DIA

Assalamualaikum semua

hari aku nak citer pasal pe plak erk..hurm nanti aku pikir jap...hurm...mybe nak citer pasal aku vs dia kot...kalau tak x kan aku nak wat tajuk entry yang macam tu pulak kan...

ok semalam aku chat ngan aku aku yang sorang ni hah..dia tanya aku , aku dah up date blog pasal budak form six 2011 lagi ker?? aku cakap la tak sebab tak tau nak wat entry pasal pa..bukan ada citer lagi pasal kami..maklumlah semua pakat pakat dah lesap hilang entah kemana cam na nak wat gosip pasal budah form six semua...kan..nanti kalau kami ada wat reunion secara kecil kecilan Insya-ALLAH aku akan up datekan pasal kita semua ok..dont worry..tapi kalau dah rindu sgt tgk la balik entry entry yang lepas..OKEY???

sebenarnya kali ni aku nak kongsi pandangan aku mengenai isteri aLLy Iskandar...FARAHIN lee atau Farah Lee..wah memang cantik orangnya..aku tengok kat fesbuk dia , kat blog dia...kat goggle..ati kecik aku kata "wah cantiknya dia , dah la pandai , mempunyai agama...walaupun dia stady jurusan enginier...tapi bab agama dia tip top ooo...kalau korang tak caya boleh baca blog dia...aku pun baru ja baca semalam(25.01.2012) 



dah baca belum..walaupun entry dia sikit tapi amat bermakna kan...bertuah ABANG ALLY ISKANDAR kite ni dapat isteri yang cukup sempurna di mata manusia...clap clap clap..taniah aku ucapkan..korang pun ucap taniah jugak tau..haha...

aku pun nak jadi macam FARAH LEE jugak la..boleh tak???  huhu...tak salah kalau pasang impian nak jadi wanita sebaik FARAH LEE kan...

wah entry ni pasal FARAH LEE jer ker??? relex la jangan la marah...baca sudah..okey...

alolo chomelnyew....miaw gggrrrr

busana pengantin yang cukup ringkas tetapi cantik..sapa setuju...
putih melambangkan kesucian..wah gitu...aku bila pulak kan...ops!!! stop dreaming!!!

ssenyuman yang membahagiakan..hurm...

ok la..apa apa pun aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pasangan dua sejoli ni hah semoga bagia hingga ke liang lahad..dan dapat melahirkan zuriat yang chomel dan beragama..amin amin amin...

bubui

ssseeeuuooolllssss next time

sarangae(LOVE)


Selasa, 24 Januari 2012

The OH! SEM TAGLINE CONTEST

Assalamualaikum semua 

hai bertemu lagi dalam rancangan MARSHMALLOWLEMBUT.blogspot.com
hari ini aku nak join lagi contest yang telah diadakan oleh blogger-blogger hebat..nak join tak???

jom la..baru syok kan kalau join contest ramai ramai...baru ada saingan...SHUT UP cik ayumi shaari..kaalu asyik bercakap ja bila nak citer pasal contest ni..please seteret to da point...

okey okey dont be angry..awat nak jadi angry bird ka..haha
ok ok korang mesti baca entry ni sebab tengok tajuk kat atas tu kan....kan kan kan..baik ngaku...ok ok tadi (25 jan 2012 pada jam 12.54 am) aku ngah usha blog Nisa Kay tengok kat sebelah tu da tulis pasal contest ni..hadia dia tip top gak..nak tengok hadiah yang ditawarkan boleh 

so dah tengok hadiah dia kan...hadiah yang ditaawarkan memang perh...hebat siut..kalau tak join sapa nak bagi kan...mana tau ada tuah..haha...


ni dia banner bagi contest ni

okey bagi sesiapa yang nak join contest ni kena la ikut semua syarat syarat penyertaan seperti yang telah ditetapkan oleh penganjur... syarat syarat dia aku letak kat bawah ni hah..kena ikut okey..


*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN*
Penyertaan terbahagi kepada dua, iaitu Blogger & Facebook. Terpulang kepada anda sama ada nak join dari facebook ataupun blog.

DUE DATE : 20 FEB 2012 
Penyertaan melalui blog
1. Follow belog Kedai Kiz
dah follow dah

2. Like Facebook Kedai Kiz *link ada kat sidebar*
done

3. Buat satu entri di blog anda tentang contest ni
seperti yang dipaparkan

4. Dalam entri tersebut, sertakan tagline yang anda cipta untuk Kedai Kiz
penampilan menjadikan perempuan lebih berkeyakinan dengan gaya mereka yang tersendiri , keyakinan pula wujud dalam diri perempuan yang menjaga penampilan diri 

5. Komen entri contest ni beserta nama & url entri.
no problem i am done

Penyertaan Melalui Facebook
1. Like page facebook Kedai Kiz ( link ada kat sidebar )
2. Buat satu status bersama tagline untuk Kedai Kiz
3. Pastikan anda Tag "FB kedai Kiz" dalam status tersebut
4. Share Entri Contest ni di facebook page masing-masing
5. Komen di FB page Kedai Kiz beserta nama FB masing-masing

Syarat-syarat Tagline
a. Mestilah sesuai dengan blog kiz
( eg : Cantik dan bergaya, Senang Hati )
b. Mestilah tidak melebihi 60 patah perkataan
c. Mestilah Berbahasa Melayu
d. Tagline mesti original idea


terserah korang nak join contest ni macam mana..ikut korang la ka..tak ada paksaan sebab contest ni dah bagi dua pilihan kat korang so korang la yang tentukan nak ikut yang mana satu
kalau kat sini aku join contest ni ngan cara aku la kan..iaitu cara berblogging...

ok so macam man nak join tak..tak susah kan...kalau rajin utlis kat blog jer la...

ok aku dah join korang bila lagi...
aku tunggu korang tau..huhu n_n

bubui

ssseeeeuuuooollllsssss next time

sarangae(LOVE)


Senin, 23 Januari 2012

MALLOW MILLO !!!

Assalamualaikum semua
hai lama kita tak ketemu kan..

erm aku sekarang agak busy sikit ngan keja yang sedia menanti aku..
ok la malas nak citer banyak aku sebenarnya tak boleh tidur lagi so untuk menghilangkan rasa boring yang dok bersarang dalam diri aku ni aku pun apa lagi mengupdate la gambar gambar cute aku ni hah..haha *perasan jerk aku ni kan*

ok la tu ja aku nak bagi tau selamat mengskroll gambar gambar aku kat bawah ni hah..

 ni aku 

 ni pun aku gak tak kan korang plak kan..haha

ni pun aku
haha dah tak da keja la aku ni kan..

ok la aku akhiri entry aku kali ni dulu ngan gambar gambar aku kat atas ni hah
ok la 

ssseeeeuuuooolllsssss next time

bubui

sarangae(LOVE)

Sabtu, 21 Januari 2012

Jalan jalan cari pasal dekat MELAKA

Haritu pergi Melaka sebab amek adik aku ni dekat Utem, now kan bebudak uni semua baru habis exam kan. So nak angkut lah adik aku ni bawak balek rumah. Dah amek adik aku tu, alang-alang mari lah jalan jalan cari pasal dekat Melaka ni.



Ayah aku lah cadang nak pergi Muzium kapal selam dekat Pantai Klebang. Dia kata ada keluar dekat Majalah Tiga. Aku ni jarang sikit nak layan cerita-cerita ilmiah dokumentari bagai ni. So aku memang bajet muzium kapal ni memang bestttttt gilaaaaaaaaaa lah kan




Masuk sini kena bayar seringgit. Budak-budak limaposen. Dalam hati aku berbunyik "murah nya nak masuk muzium ni, bayar singgit je. Ada kapal mainan ke apa je dalam muzium ni? murah bebeno"




Sekali masuk, perghhhhhhh besarnya kapal selam ni






bahagian depan


bahagian belakang. Agak besar jugak lah



Teruja sangat lettewww dengan kapal selam ni




Yang paling "best" sangat dekat muzium kapal ni adalah kapal selam godang sebijik ni je haaa yang ada. Muzium ke benda nya ni. Tapi ramai jugak orang datang tengok kapal selam ni. Dalam kepala aku sebelum masuk sini, memang dah terbayang macam-macam jenis kapal lah. Sekali ni je yang ada? Patut la bayar seringgit je. Bagi masuk FREE pon lagi bagus.




Walaupun sentap sebab tengok kapal tu jeeeeee dekat "muzium" tu, kitorang masih meneruskan perjalanan untuk mencari keria yang hangat diperkatakan dekat Melaka ni. Keria ni dekat Limbongan (tah betul ke tak aku ni, rasanya betul lah kot dekat Limbongan)



Hitam itu menawan


Jangan pandang rendah dengan kehitam legaman kuih keria ni. Ni hitam siap berkilat lagi tau. Tapi sekali rasa, mesti nak lagi. Serious aku tak pernah makan kuih keria pesyen macam ni.Selalu kan gula yang putih-putih tu. Ramai ok beratur tunggu kuih keria ni. Masa datang tu keria ni habis, tengah goreng, lagi 5 minit siap. Sanggup tunggu ok nak rasa keria ni punya pasal. Kalau tak, tak ada maknanya rajin nak tunggu kuih nak goreng ni




Ni lah yang buat puas hati sikit datang Melaka dapat rasa keria ni. Pergi tengok kapal selam tadi tu spoil mood aku



Ada macam-macam kuih lagi tapi yang sedap bagi aku kuih keria dengan kuih kasturi je. Yang lain agak kurengg sikit. Tapi kuih sini mahal sikit, seketul lima posen. Gerai ni tepi jalan je


.
Lepastu singgah solat dekat masjid ni. Tak tahu lah apa nama masjid ni. Aku nak namakan masjid ni masjid terapung ombak rindu. Sebab aku tak tahu apa nama masjid ni. Tapi cantik tau masjid ni. Rasa tenang je bila masuk






haaa kan boleh feeling ombak rindu tu



Lepastu malam pergi Wildlife Theatre Melaka pulak dekat Pulau Melaka. Ni pon agak sendu jugak lah



Masuk-masuk telah dikejutkan dengan tarian "hunggah hunggahhh". Aku tak tahu apa nama tarian ni so aku nak namakan tarian ni "hunggahhh hunggahhh"



Yang best nya masa tengok show ni. Hanya ada DUA family sahaja ok! Family aku dengan family abang ni haa. Kiri kanan memang kosong. Sendu betul


Dia punya host ni bagi aku best jugak lah sebab dia pandai berlakon dan bercakap. Time ni konon-konon tanya siapa ada hilang bag. Aku memang bajet ada "sesuatu" je dalam handbag tu. Konpom punya lah kan



Ye! betul tekaan aku. Memang ada sesuatu iaitu baby snake. Baby ke snake tu? Baby lah kot sebab kecik



Lepastu ada kotak pulak, aku syak ni mesti ada menatang lagi besar ni. Mesti ada ular jugak ni. Kalau penuh orang ni, aku rasa best lah kot sebab sesiapa duduk sebelah kotak tu mesti terkejut tenuk tetiba duduk sebelah ular






Ye! Ular ni seberat lapanbelas kilogram. Yang tadi baby snake. Ni bapak ular. Then depa ni nak sorang volunteer suruh ke depan. Aku bajet mesti aku ni kena ni kang sebab family lagi sorang tu semua anak dia kecik lagi. Aku buat-buat tak dengar depa nak volunteer, pura-pura mesra dengan adik aku dok borak-borak. Sekali dia tarik jugak suruh turun bawah. ahhh sudahhhhhhh nak bagi aku pegang ular letteww



Ada 2 orang dia panggil. Sorang lagi lelaki. Dia suruh aku rasa kulit ular ni rasa apa. Aku cakap lah basah moist moist. Pastu dia tanya lagi aku cakap kulit ular ni rasa lembap. Pastu dia tanya lagi kulit ni rasa apa aku cakap lah kering pulak sebab macam salah je jawapan aku cakap lembap tu kan. Rupanya memang jawapan nya kulit ular tu memang kering pon. Tapi aku rasa macam lembap. ahh suka hati lah









Dia suruh aku pegang ular tu, aku pegang je lah. Ingat aku penakut ke? Alaa setakat ular ni apa sangat lah. Buaya pon aku dok kuis-kuis je dagu dia bila bergurau. Ini pulak ular. Tak mencabar betul lah










Ecececeh riak kemain, macam berani sangat pegang buaya. Tak sempat nak kuis dagu buaya, aku dah meninggal kena baham





Segala atok nenek ular yang ada depa sangkut dekat mamat ni. Nasib lah ular dah jadi rantai dekat leher. Kesian kena buli




Depa nak sangkut pulak ular gedabak ni dekat aku pulak. Tapi tak pe lah abang akak, pegang badan ular ni sikit je boleh eh? Nanti leher terkehel pulak (alasan)



Then dia suruh teka pulak dalam kotak ni ada apa. Time ni aku cuak jugak. Kot ada ular tedung ke pulak dalam kotak tu. Mahu meninggal aku dekat situ kena patuk. Tengok mamat tu, kaki lagi sikit je nak masuk kolam. Tapi lepas akak ni bukak kotak tu, desyummmmmmm mamat baju belang tu terperanjat, habis basah baju jatuh dalam kolam




Aku time tu ketawa berdekah-dekah tengok mamat tu masuk dalam kolam. Kesian pon ada tapi lebih pada kelakar.Yang kau pi terjun dalam tu kenapaaa? Depa semua panik dok tolong angkat budak tu dari kolam. Rupa-rupanya mamat ni stunt man. Dia kerja sini haa rupanya. Patut lah rileks je dia bila depa dok sangkut semua ular dekat leher dia tadi. Cehhh tertipu rupanya aku. Tapi dalam kotak akak tu pegang tak ada apa pon, cuma ada benda gumpal-gumpal panjang. Benda apa pon aku tak perasan sebab aku terperanjat tengok mamat baju belang ni masuk dalam kolam. Aku busy gelak kan dia.Yang pastinya benda dalam kotak tu bukan haiwan lah




Lepastu geng "hunggah hunggah" ni datang balek, nak sorang lagi volunteer. Aku bajet ni mesti adik aku yang kena karang. haa tepat sekali memang kena tarik pon adik aku pergi bawah. Depa suruh main buluh ni




Mula-mula dia ajar adik aku cara nak main natang ni.Makin lama makin laju pulak mamat "hunggah hunggaah" ni ketuk-ketuk buluh tu. Nasib baik tak tersepit kaki adik aku. Kang tak memasal balik rumah pakai tongkat. Adik aku kira berjaya jugak lah harungi cabaran buluh bertemu buluh (nama aku main hentam) ni. Ouh tahniah diucapkan.



Ada lah persembahan sea lion, burung kakak tua tapi bagi aku tu macam biasa je lah. Pastu ada sesi bergambar dengan haiwan-haiwan di situ. Ibu aku ni malu tapi mahu. Nak pegang iguana tapi tak berapa nak berani. But berani jugak lah dia pegang. Eh iguana ke tu? Entah, aku pon tak tahu natang apa tu




Ayah aku dok isi borang survey. Macam-macam komen dia bubuh. Dia kata tak berbaloi sebab masuk sorang doploh hengget dan persembahan kurang best. Tapi masuk sini sepuluh ringgit ok kot aku rasa. Bagi aku biasa je lah show dalam ni sebab aku pernah tengok show yang lagi best





Ni baby snake. Nama dia Shah Rukh Khan. Ok tipu. Nama dia aku main hentam je sebab bila aku panggil Shah Rukh Khan, ular ni dok tenung aku. Ye la kot nama dia Shah Rukh Khan





Ibu aku ni nak pegang ular tapi takut. Yang kecik-kecik punya ular berlagak tak nak pegang,nak stok godang-godang je .Tengok pakcik sebelah tu rilekss je siap boleh tidur-tidur lagi sambil pegang ular. Kau mampu?




Haaa pakcik tu dah bangun dari tidur dah dan ibu aku tetiba teruja pegang ular. Tak pegang sangat lah. Cuit sikit pon jadik lah kan





Kesimpulannya muzium kapal dengan Wildlife Theatre ni dua-dua tak berapa nak best. Mungkin sebab baru lagi kot. Mana tahu lepas-lepas ni dua tempat ni lebih best dari biasa ke kan? Cuma kuih keria tu bagi aku memang best. Pulak makan panas-panas, Perghh memang terbaik dari kebun



ok bye!

Jumat, 20 Januari 2012

RUNNING MAN nak datang MALAYSIA !! eh yeke?



Fine. Ni gambar Running Man lama sebab Joong Ki dah tak main dah tapi tak kesah lah. Sebelum ni banyak rumours kata Running Man ni nak datang Malaysia tapi batang hidung masing masing tah bila nak nampak tah. Bila aku post dekat FACEBOOK pon ada jugak yang still kata rumours. Tak kesah lah rumors ke tak. Kalau tak jadi pon, aku still layan Running Man ni jugak. Gelak  macam orang gila jugak kalau layan depa ni. Kalau makan putu mayam sambil layan depa ni memang tersembur habis semua putu mayam melekat dekat laptop.Tapi kalau depa tak jadi datang Malaysia pon ada aku kesah? muahaha :D





Aku suka Yoo Jae Suk ni. Walaupun dia macam famous gila dekat Korea tu tapi dia ilek-ilek je. Humble dan sempoi je tengok. Kalau betul lah Running Man ni datang Malaysia, mesti ramai yang histeria tunggu depa ni dekat airport. Memekak tak payah cerita lah, konpom kalah jeritan fans Thailand punya. Sebab peminat k-pop memang ramai gila dekat Malaysia ni.



Aku tak ada ah minat k-pop sangat. Aku just minat RUNNING MAN ni je sebab depa ni semua sengal. Tak ada lah jambu leleh-leleh macam cerita korea pon depa ni. Aku minat depa ni tak ada lah sampai nak kawen sebab depa semua mamat-mamat tak sunat. Tamo tamo tamo :D



Tapi kalau ada Running Man versi Malaysia, aku cadangkan Shaheizy Sam dan Jozan menjadi pemain tetap. Konpom meletop! :D


Pasal Running Man ni jadi ke tak datang Malaysia ni, nanti aku bagitahu bila eh, nak siap-siap belit shawl mahu skype dengan Kim Jong Kook ni. Mesti dia menari tarian masuk pintu hip hop dia kang kejap lagi sebab teruja main skype punya pasal. Apa nak panggil dia ni? Oppa ke opah?



ok bye!

Kamis, 19 Januari 2012

Meatball / bakso

Haritu aku pergi rumah kawan ibu aku. Aku panggil dia cik Normah sebab nama dia Normah. Dia adalah seorang tukang jahit. Dia melakukan kerja-kerja menjahit ini di rumah dia sahaja. well explanation gituuu. Sebelum datang rumah dia ni, dia dah tanya siap-siap nak makan apa.Fuhh rezeki jangan di tolak kata pepatah yang tak pernah patah. Aku order meatball. Tapi dia panggil benda alah ni bakso. Tapi aku nak panggil meatball jugak! Sebab aku pernah rasa meatball dia buat. Memang terbaik dari kebun




Dia punya bakso. Sedap wa cakap lu. Pulak makan panas-panas



Tapi benda lain dalam bakso tu aku tak heran sangat. Sebab aku mencekik meatball ni je. Aku nak jugak panggil meatball sebab makan benda bulat-bulat ni aku teringat meatball IKEA. Cuma meatball ni tak ada gravy dengan jem blueberry tu lah tapi still va va voommm. Meatball ni cik Normah gentel sendiri. Aku ada tanya resipi untuk menggentel meatball ini,tapi aku lupa pulak resipi dia. Nanti lah kol dia balek.Tapi cik Normah tetap cakap ni bukan meatball ini bakso. Ghasak



Bawang goreng yang di goreng sendiri. Ni siapa tak tahu buat, boleh hentak kepala dekat dinding sebanyak lapanbelas kali tanpa henti





Sesi meng 'alter' skirt. Haritu aku beli online, terlabuh pulak skirt ni. Kalau pakai memang habis semua debu, tin,tisu,kucing dan kotoran aku kaut lah.Punah ranah skirt aku kang. Itu je sebab aku datang rumah cik Normah ni. Lebihnya sebab nak makan meatball tu haa sebenarnya. hikhikhik



Tapi meatball tu serious sedap. Sedap pon tak serious macam ni! betul tak tipu. Balek rumah adik aku sent benda ni pulak dekat facebook. Cuba korang try-test kuiz ni. Aku pon hampir tertipu. Soalan ke 2 dan ke 3 aku cuba juga berlagak genius tapi FAIL jugak


JAWAB SECARA SPONTAN:

menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :))

- jawab spontan, jangan byk fikir,
... - baca satu demi satu,
- concentrate!
- KITA MULA :









permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?






yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..



1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?





yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.





1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makananya apa ?





yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging.

====================



Apa cer?? Genius tak korang?? Ke FAIL jugak?? Mesti korang FAIL jugak kan? kan? Terima lah kenyataan yang korang memang tak genius muehehehe



ok bye!