Sabtu, 31 Desember 2011

Azam tahun baru yang tak berapa nak azam

Datang tahun baru jekkk mesti nak ada azam baru, baju baru, henbeg baru,cadar baru, langsir baru, alas meja baru,bini baru laki baru (eh ni memang nak makan penampar)




Tapi tahun ini malas lah nak semangat ber AZAM AZAM ni. (Sepupu aku yang nama AZAM tu sila jangan tersedak ye, kang kau ingat aku mandrem nama kau pulak) Aku nak cakap pasal AZAM ni bukan engko :D




Seperti biasa, azam-azam aku setiap tahun sama je lebih kurang wishlist nya. Tapi selalunya habuk pon tarak. So aku malas nak ada azam. Orang kata kalau kita nak sesuatu benda tu jangan kecoh-kecoh dekat orang,nanti tak jadi. Orang lah kata bukan aku kata. So malas lah nak ber azam ni. Simpan sensorang je lah apa nak. Kalau dapat apa yang kita nak Alhamdulillah, kalau yang dirancang tak dapat, tak apa lah tak ada rezeki . So simple like Air Bee C :D





Apa-apa pon. Selamat datang 2012! Semoga awak baik dan sopan santun sahaja di tahun baru ni ye 2012. Sila semenggah sikit perangai wokeh!






Semoga tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun 2011 kita semua wokeh? Tak payah nak pesta-pesta sangat. Please don't drink and drive. Nanti meninggal. ok bye!

Selasa, 27 Desember 2011

Pening tapi tak demam kuning

Sekarang ni aku tengah demam panas,selesema, batuk, pening kepala, dan dalam mulut pon ada mata ikan. Perghh memang PAKEJ MUSTIKA betul.




Badan punya lah panas. Kalau aku letak roti dekat dahi. Konpom tiga minit lapan saat karang terus jadi roti bakar.Boleh makan dengan peanut butter





Tapi dalam mulut tengah ada mata ikan ni, kau hulur lah makanan paling sedap dan marvelous in the world pon. Memang nya aku tak ada nafsu nak hadap. Sebab asal makan je pedih, asal pedih je time tengah makan. Seksa tahu? *stresssss*



Pening kepala ni pon dah jasi satu hal, ni nak cerita ni, aku ni suka rendam baju. Ada sesetengah baju yang aku rajin nak berus, aku berus. Yang mana nak rendam, aku rendam. Kalau malas sangat, semua akan ku humbankan ke dalam perut mesin basuh.Biar dia gelek-gelek dalam tu. Senang!




Ada ah satu baju ni aku rasa nak rendam, kepala pon tengah pening ni. Jalan pon terhuyung hayang sampai periuk nasi pon aku nampak macam cerek. Sudip pon aku nampak macam senduk.




Motif nak guna perkakas dapur jadi contoh???





Saja lah nak tunjuk aku rajin ke dapur. Rajin ke dapur untuk geledah makanan memang rajin. Kalau masuk dapur nak memasak lagiiiiiiiiiiiiiii rajiiinnnnnnnn. *tangan-ke-dada-mata-ke-atas-mulut-herot-sikit*




Aku pon ambil baldi, letak sabun, softener semua, letak air. Campak baju dalam baldi dah settle. Rendam punya rendam lepastu nak sidai lah baju ni kan.




Tetiba aku rasa sesuatu benda yang pelik, baju aku ni dah bau lantai rumah aku lah pulak. Ke ni PAKEJ MUSTIKA gak ni? beli lantai percuma baju





Aku pergi lah balik tempat sabun tu nak tengok



































Depa duduk pon sebelah-menyebelah. Jiran tetangga katanya



Aku syak aku terletak AJAX FABULOSO lah. Aku mati-mati ingat SOFTLAN. Ghasak lah . Dua-dua warna pepel pulak. Hambik kau baju sama spesis dengan bau lantai





Tak tahu nak salah kan kepala yang pening atau AJAX FABULOSO





Nasib baik lah baju aku ni tigapuloh hengget je. Kalau baju aku ni tiga ratus sembilanpuloh hengget sembilanplohnam sen, memang menangis keluar air mata oren jus pon dah tak ada makna. Nasi sudah menjadi bubur lambuk





Terpaksa basuh baju balek guna sabun, dah kena buat dua kali kerja.




 Haaaaa. Aku ada satu teka-teki. Cer jawab kalau kau terror. Soalannya berbunyik





Adakah kau rasa aku akan memakai lagi baju yang telah direndam oleh AJAX FABULOSO itu?



A- opkossssss. Sebab nak bagi orang konpius mana satu bau lantai dengan aku
B- Tak. Baik beli baju baru. Kan tengah Year End Sale sekarang
C- Mungkin. Fifty fifty. Tak sure lah sebab engko ni bukan betul sangat
D- kesemua jawapan di atas


Ye anda dalam permainan SEJUTA MONEY DROP. Sila letak sejuta anda di A,B,C atau D. Kalau salah, habislah semua duit kau jatuh desyuuuummm. Impian kau nak jadi jutawan segera pon sudah berkecai. Pilih jawapan yang betul dan berhati-hati letak sejuta tu ye.



ok bye!

Minggu, 25 Desember 2011

Hukum wanita letak gambar di Facebook ?

Ni lebih kepada internet lah kan. Kalau kata facebook,twitter, dengan blog pon sama. Even majalah dan surat khabar pon. Highly recommended untuk tengok video ini!!







Aku suka Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Walaupun kadang-kadang  macam #sentapmaknak jugak bila dengar but memang betul pon apa dia bagi tahu tu. Bila dia bagi ceramah pon sempoi je, ada lawak-lawak sikit. Kita dengar pon best, seronok je layan



Memetik kata Ustaz Azhar Idrus dalam video ni. Kalau dulu kita free hair or tidak menutup aurat, now dah tutup aurat, better kita buang lah gambar-gambar kita dulu. Kalau kita tangguh sampai esok. Hukum nya dosa semakin bertambah. Walaupun dosa itu kecil. Dosa makin banyak makin banyak makin banyak






Gambar yang menutup aurat, tapi gayanya mengoda, hukumnya haram istilah ini dipanggil GEDIK-GEDIK. Haha ini lawak bila dengar Ustaz Azhar Idrus ni cakap macam tu



Orang yang mengambil gambar perempuan yang tidak menutup aurat, dia juga mendapat dosa. Tuan dia satu hal dah




Hukum perempuan meletak gambar di internet: ''Bukan tujuan untuk biar lelaki jatuh cinta padanya''



Kadang-kadang dalam internet ni senang je kan kita nak dapat dosa FREE? YE! lagi-lagi perempuan. Bayangkan kalau gambar kita tak menutup aurat,tabarruj or etc orang share, orang like. Lagi banyak orang share, lagi banyak dosa kita dapat tanpa kita sedar.


Tapi kalau kita dah buang gambar-gambar jahil kita tapi orang still sebarkan, itu tak tahu lah nak cakap apa. Yang aku tahu elok jaga aib orang, nanti aib kita pon InsyaAllah akan terjaga . Gambar-gambar jahil orang lain tak elok lah kita nak sebar-sebar kan pulak-pulak kalau owner tu sendiri dah buang gambar tu



Aku pon tak ada lah bagus mana, sometimes terleka jugak. But benda baik dan untuk mencegah terjadi benda yang buruk in future yang kita tak tahu apa benda. Better kita elak kan lah kan


So sama-sama lah kita berubah ke arah positif! =)


ok bye!

Lagi kurus, lagi ringan

Apa yang kurus? Apa yang ringan? Aku lettewwwwwwwwwww.




(Berangan lah kau kurus dan ringan cik epal oiiiiiiiiii)



Berangan pon jadik lah kan? Janji hado. Kau hado?



Eh tapi ada lagi yang lebih kurus dan ringan selain aku (nak jugakkk "aku" tu)



mempersembahkan .....






















 Samsung Galaxy Tab™ 8.9 . Wowww! Memang tablet terbaik dari kebun yang ada sekarang dalam pasaran! Tablet sekarang macam-macam dah ada kan? Ada yang terlalu kecik, ada yang terlalu gedabak, ada yang guna Wi-Fi je and etc



Features Samsung Galaxy Tab™ 8.9:

- Android 3.1 (Honeycomb)
- 8.9” touch screen display
- 1.5GHz dual-core processor
- 2MP front camera, 3MP rear camera
- Lebih kurus, nipis (8.6mm)
- Lebih ringan (453g)
- 16GB internal memory
- Supports Wi-Fi and 3G

Tang kurus dan nipis paling best, boleh bawak masuk exam, mana jawapan tak tahu boleh google. Muahaha taktik keji. Tahu dekat lecturer mahu kena dismiss. Menangis lah engkau lapanbelas hari sembilanbelas malam





Kalau ada tablet secanggih, senipis, seringan, sesyok ini. Tapi tak ada internet tak guna juga tahu? Paling bagus kalau kau pair kan tablet ini dengan CELCOM! ye CELCOM!


Tang coverage memang tak perlu risau ah.Streaming video pon lancar je, disokong pulak oleh rangkaian yang terbaik di Malaysia ni. Network connection CELCOM memang besar dan terbaik! Boleh saving sikit dengan tawaran dan plans yang sesuai dengan keperluan anda!



Mari lah dapatkan Samsung baru Galaxy Tab ™ 8.9 dengan rangkaian yang terbaik dan pakej yang paling berpatutan, daripada serendah RM1, 288 (RRP: RM1, 699). Dapatkan segera! (wahh macam promoter CELCOM pulak aku)







Celcom juga pembekal telekomunikasi yang paling terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Frost & Sullivan’s Mobile Broadband Provider selama 2 tahun berturut-turut. Siap menang award engkoo. Kau hado?


So Samsung Galaxy Tab yang mana pilihan anda?


Mana-mana yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup korang dan CELCOM ada semua nya!


Ouh ye. Disamping Samsung Galaxy Tab 8.9 dekat atas ni, ada jugak Samsung Galaxy Tab (7”) daripada serendah RM668 dan Samsung Galaxy Tab 10.1 daripada serendah RM1468



yeee mari terjah SINI untuk maklumat lanjut dan pilihan Samsung Galaxy Tab!



On your mark, get set. GOOOOOOOOOOOOO!



bye!

Jumat, 23 Desember 2011

HANYA TINGGAL KENANGAN !!! PART 2


Assalamualaikum semua pembaca yang setia...
bertemu lagi kita dalam blog cik ayumi...
selamat datang kepada pembaca yang pertama kali menjejakkan jarinya ke blog ni...
bagi yang baca mesti tertanya pe hal plak tetiba ja part 2 mana part 1 nya??? betul tak??? aku main teka jer..haha..okey bagi korang terlepas part 1 boleh KLIK KAT SINI untuk carita selanjutnya okey just klik...
kalau hari tu aku story kat korang pasal aku dan kawan kawan tapi versi pakaian sekolah and now aku nak sambung cerita tu tapi kami pakai T_SHIRT kelas pulak okey???
cerita macam ni masa kami dok menunggu masa nak naik ke dewan peperiksaan "BONDA" kami dah rancang nak wat makan makan sikit tapi bukan kat sekolah kat luar kawasan sekolah..so kami pun sebulat suara setuju jer la kan..nak biar lagi orang nak belanja makan tu....haha rezeki jangan ditolak maut jangan dicari betul tak...
so lepas selesai makan masing masing nak "BAWA DIRI" la kan..tapi sebelum tu kami semua tangkap gambar dulu nak buat kenangan...uhukz sedih nih!!! tapi sayang kami tak cukup 24 orang maklumlah masing masing ada masalah sehari sebelum nak pegi....itu la ini lah...haih macam mcam ada kan..tu kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan....

dalam gambar pun dah ada macam macam gelagat kalu kat luar macam mana agaknya yer??? hurm hanya  akmi sekelas jer yang tau...jeng jeng jeng..rahsia...
ops lupa nak bagi tau BONDA buat makan makan kat LAKE GARDEN ooo...perh memang bergaya la noh...haha ko hado???

sebelum aku and the geng sampai ke destinasi kami pergi beli kek dulu dengan menggunakan duit kelas..aku kan bendahari yang berdedikasi so banyak la lebihan duit kelas..so aku manfaatkan dengan cara membeli kek..tengok tu sekali beli 2 biji sekali..hah lega lepas makan nasi makan kek pulak....besar pulak tu keknya..memang tak dapat dihabiskan oleh kami yang datang ni...

 macam biasa lepas sampai terus ambik gambar la kan.bukan selalu dapat pegi ramai-ramai macam ni...bila pulak boleh jumpa macam ni lagi tak tau la...so korang yang masih sekolah hargai masa bersama rakan rakan korang jangan gaduh gaduh nanti bila dah berpisah menyesal tau....so hargai la sesama sendiri okey??

 ni la gambar bebudak yang kuat melantak..haha..gambar aku tak dak la sebab aku yang ambik gambar masa ni..saja tak tunjuk muka yang kekenyangan ahak~~~jahat nih!!!

 kat bawah ni gambar upacara memotong kek...tu la BONDA kami...BONDA ajar kami subjek BAHASA MELAYU kertas 2..tapi bukan guru kelas kami tau..guru kelas kami kecik jer orangnya...korang boleh tengok kat PART 1...

 suap jangan tak suap jangan tersilap sasaran sudah..haha

 ish!! nak jugak haha

 lepas jer kek tu kena POTONG...*watcha
tengok la tu makan tak ingat orang siap tunjuk kat korang lagi tu..ish ish apa la nak jadi kan..kalau bab makan tak bagi tau suma beres...haha

lepas kami semua dah kenyang , solat , kami pergi riadah jap...hilangkan stress lepas exam..kami p la main boling...huh lama rasanya tak main boling...kawan aku yang sorang ni dalam tak reti main tapi asal baling jer mesti strike *panas jer aku ni* kalah orang yang penah main ni..dah tu menag pulak tu...haih aku gak dapat no 2...tapi nombor tak penting yang penting masa bersama ngan diorang semua...memang dalam kenangan semua tuh...
hye geng bila lagi kita dapat jumpa erk??? rindu la saat saat bersama korang gelak , tangis ,merajuk , gaduh  semuanya ngan korag semua...unnie oppa sarangheyo....
bila ada rezeki nanti INSYA-ALLAH kita bertemu lagi....

apa apa pun terima kasih sebab sudi jadi kawan aku sepanjang kita study bersama sama...jangan lupa kan aku yer...kalau korang rindukan saat kita semua bukak la blog nih INSYA-ALLAH ada la cerita kita bersama sepanjang tahun...

sampai sini dulu

bye bye

sssseeeeeuuuuoooolllllssssss next time

sarangae(LOVE)

Rabu, 21 Desember 2011

Duit kertas Malaysia yang baru. Cantik pulak aku tengok. Warna-warni gitu


Macam pelangi dah aku tengok duit Malaysia baru ni. Sekarang ni ada rm20 tahu? Warna kuning lagi





Macam duit Saidina dah aku tengok. 


Ouh cakap pasal Saidina, teringat dulu zaman gonjeng-gonjeng dekat sekolah, kalau habes je PMR dan SPM, cikgu paksa jugak suruh datang sekolah. Masing-masing semangat bawak game. Asyik lah ngadap Saidina/Jutaria ni. Kalau nak urban sikit ngadap lah Monopoly. Nampak Amerika sikit. muehehe.


Port paling terbaik dari kebun adalah duduk sebelah banker, aku asyik kalah je kalau main mende alah macam ni. Kalau duduk sebelah banker, boleh curik-curik duit sikit kalau dia tengah khayal ke hape kan. Tu pon nasib lah kalau dapat. Kalau tak, duduk lah dekat JAIL lama-lama. Keluar jadi banduan terus beli hotel empat bijik. Terus jadi kaya dapat juta-juta kalau orang singgah. Ouh makcik kayoooooo.




Eh result PMR keluar esok eh? Ke hari ni? Ouh goodluck kepada adik-adik yang amek PMR. Semoga mendapat A yang straight. Bukan bengkang-bengkok.



ok bye!

Selasa, 20 Desember 2011

Haaa. Kan dah kena!

Haritu aku pergi tengok Maharaja Lawak Mega dekat Royal Theatre Shah Alam tu. Aku pergi dengan SS. Dah sampai je sana, nak amek la tiket dekat abang SS. Abang si SS ni pulak parking kereta lain tempat pulak dengan kitorang. Aku berjalan agak kelajuan la sebab show dah nak start lagi empatploh minit. Semangat kemain ni datang awal. Benda tu kan start pukul 10pm




Aku pulak pakai flats je time tu, flats Cotton On yang Rubi tu, lebih kurang camni ah flats aku tu






Jalan punya jalan, paaaapppppppppppp (kemain sound effect)



Aku terasa kaki aku begitu pedih. Apakah yang terhinggap di kaki aku ni. Mula-mula aku ingat semut api atau lebah sengat aku. Kwanghajar betul binatang-binatang ini main sengat-sengat pulak di malam yang hening ini. Dah lah tak berapa nampak sebab agak gelap. Lampu dekat situ pon macam hidup mati segan tak mahu je dia nak menyala




CE: aduhhhhhhh apa benda ni?? Eh kejap kejap


Si SS ni kalau jalan memang menonong je dekat depan. Nama nya nak jalan sebelah aku tu kalau keluar memang haram lah jawabnya. Dia gostan balek ke belakang tengok aku


SS: eh  kenapa ni?


CE: Eh tetiba kaki rasa sakit lah, apa benda ni? apa benda ni? *muka pon berubah jadi sendu plus cuak*


Dia ingatkan aku berlakon. Sebab aku memang suka berlakon sakit depan dia ni kadang-kadang. Saja nak meriahkan suasana majlis.muahahaha.Sekali dia tengok kaki

SS: uihhhhh paku ni. papppppp (sound effect lagi)


Dia pon tarik paku tu dari flats aku. Dan aku pon campak aku punya flats tu. perghhhh memancut-mancut darah aku keluar. Banyak gilaaaaa. Aku pon terkejut tengok darah aku keluar dengan begitu banyak.



Aku ingat darah aku warna putih, boleh lah feeling feeling keturunan Mahsuri kejap. Tapi warna merah je



Time tu aku rasa sakit jugak lah, rasa macam nak menangis je. Tapi aku malas nak nangis, macam perempuan sangat pulak nangis-nangis ni. Cuma best pulak tengok darah sendiri keluar memancut-mancut. Time tu SS suruh aku duduk situ jap, dia nak mencari abang dia. Konon-konon cari bantuan lah ni



Dia datang je lari kedek-kedek bawak plaster. Dia pon macam "eh banyak nya darah, ok x ni? Jom pergi klinik, bahaya ni, takut paku karat ke hape, jom jom cepat cepat"



Dia pulak yang lagi cuak dari aku. Aku nak tengok Maharaja Lawak Mega ni bukan nak pergi klinik. Tapi pergi je lah. Abang dengan kakak ipar dia tengok kondisi kaki aku tu pon dia suruh pergi klinik. Abang dia suruh pergi Klinik Anis dekat seksyen berapa tah aku lupa, yang belakang KFC tu sebab dia kata situ murah sikit


Before pergi klinik tu dia mintak air dekat abang dia, nak jirus darah aku semua tu. Sebab dia kata darah ni bahaya, makhluk halus suka. Erkkkk aku pulak yang seram dengar. Haaa jirussss lah semua penjuru tempat




Masuk-masuk klinik tak ramai pon, nasib baik lah kan. Time tu ada dalam setengah jam je lagi nak pukul 10pm.


SS: Lepas ni mesti kena injek ni dengan doktor

CE: haaaaa? kena injek?? Apahal pulak?? Kena injek dekat kaki ke?


SS: Tak. Dekat tangan lah. Injek dekat kaki buat hape


CE: ye lah. Kaki yang kena paku bukan nya tangan


SS: laaaaa tak pernah kena pijak paku ke?

CE: mana pernah. Ni first time tahu? Pernah kena pijak paku ke?


SS: Pernah lah. 2 kali dah dulu time kecik-kecik.


CE: oooooo boleh mati ke kena pijak paku?

SS: ishh ada pulak cakap macam tu. Tak ada lah. Takut apa-apa jadi, tu kena injek tu bagi badan tak lemah.




Staff dekat klinik ni pulak macam lenggang kangkung je buat kerja. Adeh aku pulak yang sakit hati. Nak je aku rempuh bilik doktor tu terus suruh cek kaki aku. Yang si SS ni pulak


SS: tak apa lah. Lepas ni saya hantar awak balek. Tak tengok Maharala Lawak Mega ni pon tak apa, awak jalan pon dah tak betul ni. Kesian pulak



Walaupun mulut dia mengeluarkan kata-kata hikmah itu tapi muka dia tetap menunjukkan "cepat lah sikittttt. Nak tengok Maharaja Lawak Mega ni. Dah nak start dah ni. Cepat sikit boleh?"



eleleleleh macam lah aku tak tahu



Nama aku pon dah dipanggil, masuk-masuk je aku memang cakap dengan doktor tu aku nak cepat, then dia injek. Perghhh memang betul kena injek. Aku ingat si SS tu auta je dengan aku nak bikin cuak. Lenguh tangan aku 2 hari. Dah lama ok tak kena injek. Terasa ke kebasan dan ke sengalan nya begitu ketara





Nurse cuci kaki letak ubat, kapas, salatope kaki aku. Yang part nurse ni lagi bikin aku sakit hati. Aduhhh terhegeh-hegeh tol buat kerja. Dah settle semua, nak tunggu ubat pulak. Ubat dia bagi satu je. Ubat tahan sakit. Pil lah. Ubat sapu pon tak ada. Sekali enamploh hengget melayang. Tak pasal-pasal



Lepas tu pergi Royal Theatre balek. Ada lah dalam 5 minit lagi nak pukul 10pm. Si SS suruh aku pecut naik atas lari marathon



Ishhh aku tumbuk jugak si SS ni karang. Ini yang dia kata tak tengok Maharaja Lawak Mega pon tak apa??? Cehhh siapa yang buat lawak sebenarnya ni pon aku tak tahu. Lagi nak suruh aku pecut. Dia ingat kelakar lah nak suruh aku pecut naik atas masuk dewan dengan jalan terhenjut-henjut macam mr bean??


Aku pon tak tahu apa kena mengena mr bean dengan ini cerita. Main petik je nama dia. Tapi yang pasti aku pon seram dah nak pakai flats sebab takut terpijak paku lagi. Tapi aku pakai jugak flats tu sebab kalau aku pakai high heels aku berjalan macam sakai je. Asyik-asyik terpeleot. *stress*



ok bye!

Senin, 19 Desember 2011

Cuci mata di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 #NAPBAS

Haritu aku pergi #NAPBAS. Tu nama pendek, nama panjang dia Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Event  bagi award untuk blogger-blogger meletop yang faymous di benua asia ni. Aku datang je memeriahkan majlis. Nak tercalon tu memang dalam mimpi pon tak kan lepas punya.Lagi-lagi tidur tak basuh kaki dulu.Memang tak lah. Datang tengok orang ambil award pon jadik lah



Gambar dimulakan dengan makanan. Ehem



Ni ayam. Yang petak tu aku rasa macam lasagna lah. Kalau tak silap aku lah.Kalau silap pon tak kesah lah sebab licin dah pon. Tapi yang tu aku bedal dulu. Ayam ni agak kureng sikit, aku dapat ayam yang agak keras. Kenapa lah aku tak pilih ikan memula tu. Kan dah tak habis



Dessert. Ouh ni paling best aku rasa. Dalam mangkuk coklat tu ada tiramisu. Coklat atas tiramisu tu too sweet bagi aku. Nasib baik tiramisu tu sedap dan tak terlalu manis. So blend lah rasa dia. Kemain lah blend rasa bagai. Kau ingat kau chef wan nak kritik makanan?



2 je yang aku sempat ambek gambar. Yang lain tiba-tiba macam terlupa nak amek, tup-tup tengok dah habis dah. Bila rasa je setiap menu, pelik-pelik tanya kak Jem (Viruspadu) dekat sebelah, apa benda nama makanan ni. Puas lah dok fikir. Sekali menu ada depan mata je dah tulis semua lengkap apa yang akan terhidang



Puas lah fikir, rupanya menu terpampang depan mata. Dah habis bedal makanan, baru perasan




Aku dapat duduk meja ini. Nombor 21. Yang duduk meja ni semua best-best. Ada Sue Anna Joe, Eyriqazz, Jai, Viruspadu, Ceeramoon, Shila Shower. Ada jugak teman nak borak-borak



Aku rasa aku lah yang paling tak glam antara diorang ni. Depa ni semua baju meletop-letop. Muka cantik-cantik dah macam artis dah. Aku rasa rendah diri je bila bergambar dengan depa ni. Rasa diri ini paling selekeh di abad ini. muahaha. Kak Jem (sesuka hati aku je panggil kak Jem) sangat cantik ok! Suara dan muka macam Dato' Siti Nurhaliza time kurus. hehe. Ayu bebeno. Kak Ceera pon best. Sempoi je. Dah lah cantik. Rasa dia ni macam muda remaja je setiap masa. hihi. Kawan-kawan depa ni semua macam barbie doll dah aku tengok.




Ni yang aku malas bergambar dengan orang cantik, kurus, tinggi ni. Dah sah-sah lah aku nampak gemok dan pendek. Padahal memang pon. Muahahaha. Aku bajet Hanis Zalikha menang, tak kesah siapa menang sebenarnya tapi harapnya blogger dari Malaysia lah semua menang. Bolot semua award. Muahaha tamak. Tapi blogger Singapore menang lak yang "Most Influental Blog" tu. 2 tahun lepas pon blogger tu menang jugak. Tapi lepas ni blogger tu dah tak boleh menang dah sebab dia dah 2 kali menang. (eh ye ke?) Tak pe lah, 2 tahun lagi punya award konpom lah Hanis Zalikha bawak balek award pulak kan. Confirm! :D



Ni apa kes ni? Nak sambut baby kak Red ke hape? Yang kiri sekali tu JEJAI. Alaaa yang digosipkan dengan Fasha Sandha tu. Tapi dia datang hari ni tak pakai topi, Fasha Sandha pon dia tak bawak. Sanggup JEJAI turun padang kan??? Bagus bebeno lah Jejai ni. Walaupun busy, tetap memberi support kepada blogger. kehkehkehkeh



Blogger-blogger otai. Yang tengah 4 orang tu gojes-gojes semuanya. 2 orang kiri kanan tu BONZER depa. Kagum dengan Kak Red, sarat mengandung pon sanggup turun padang woooo. Mesti baby yang keluar jadi blogger jugak tu . Ikut jejak langkah Kak Red. =p





Comel nya Sue Anna Joe dengan Thara!!!! Suka tengok dua makhluk comel ini. HOT MAMA. Pakai apa-apa pon still nampak cantik =)




Tahu lah duta celcom Eyriqazz ni. Business card pon nak CELCOM jugak ok. Kemain biru.



Tahniah abang Nara menang "Best Entertainment Blog" !! Abang nara dapat iPhone 4s lagi engkooooo. Kau hado???


Abang Nara lagi best. Datang-datang je terus tanya

"eh cik epal, dengar dah bertunang betul ke?"


erkkkk *tercekik nenas* celah mana pulak aku bertunang ni. Ni orang lain ni yang bertunang ni. Apa-apa pon tahniah lah abang Nara. Kalau rasa tak nak iPhone 4s tu bagi lah sini. Abang nara kan dah berlambak handphone. Kasi sebijik dekat saya apa salahnya. Tak luak pon. Tahun depan punya award dapat lagi tu handphone sebijik =p




Disebab kan abang Nara menang award, Bean pon nak berangan jugak pegang award. Jadi pegang pon ok lah tu Bean kan? Merasa jugak kan. Muahaha



Tapi award ni berat ok. Kaca tak silap aku. Tengok macam ringan. Tapi agak berat jugak lah



Madam Mondoq dengan ucapan "Lihatlah duniaaaa mak menang awardddddddd uollsssssssss!"


Cantik madam di malam itu. Macam orang arab dah aku tengok. muehehe =)





Kau kenapa Shahroll????? Sampai menggigil-gigil pegang award abang Nara tu?? Nervous agaknya. Eh engkau pulak yang nervous tetibaaa. haha :D




Banyak lagi gambar, nanti lah kot aku rajin aku buat lah part 2. Semua pakai baju blink-blink, glam-glam, letop-letop gitu. Aku main sarung je apa aku ada dalam almari aku ni. Datang event letop-letop punya lah selamba badak je aku selekeh. Orang lain semua pakai clutch. Aku je agak ke kampungan dok bawak handbag besar gedabak kehulu ke hilir. Nak mekap pon tak reti, sampai lipstik pon aku TER lupa nak pakai. boleh??? Boleh jeeee. Bedal! haha :D



Btw, tahniah kepada semua pemenang,tak kesah lah dari negara mana pon. Malaysia ke, Australia ke, Singapore ke, Hong Kong ke, Thailand ke, China ke, Filipina ke (macam lah depa paham entri bahasa melayu kan? Ghasak!) . Yang pasti benda ni tak buat dekat Malaysia dah lagi 2 tahun akan datang. Kalau buat dekat negara lain, harap dapat lah pergi. Boleh naik kapal terbang. Tapi macam lah aku dapat invitation nak pergi. . haha


ok bye!

Kamis, 15 Desember 2011

Western Vs Cina

Entri ni pasal makanan. Dah lama aku tak tempek makanan dalam blog aku ni. Makanan western dengan makanan cina. Mana satu pilihan anda? Makanan melayu dah memang hari-hari makan. Nak tukar angin kejap. Tapi ada jugak restoran makanan melayu yang terbaik dari ladang. Next entry aku cerita


Ni haritu aku makan dekat VIVO. VIVO ni antara restoran yang aku suka pergi jugak lah. Untung kalau pergi weekdays sebab dapat mushroom soup FREE



Sedap!


Konon-konon nak diet, makan ikan tak nak makan ayam. Tapi makan Fish n Chips. Diet lah sangat kan??





Roti ni ala-ala Subway lah. Tapi aku suka lagi Subway punya roti daripada yang ini.



Haaaaa yang ni paling best ok! Kalau ada sesiapa nak pergi VIVO, sila lah order benda alah ni. Pizza Blueberry Ice Cream. Serious sedap! Serious tak tipu benda ni sedap! Kadang-kadang aku datang VIVO ni semata-mata nak makan benda alah ni je




Aku memang suka dessert. Dessert eh bukan nya desert. Suka pencuci mulut bukan padang pasir. Walaupun nampak macam pasir-pasir je benda ni, tapi tu bukan pasir tu kacang kot. Tapi serious sedap weh.



Makan pulak dengan vanilla ice cream. Perghhhh layan. Pizza Blueberry tu pon nipis. Nasib baik nipis. Kalau tebal kang muak pulak makan. Tapi benda ni memang sedap ah.



Lokasi ke dua pulak adalah di Mohd Chan Abdullah. Ni outlets dia berlambak dekat luar. Selalu je aku nampak. Ni restoran cina muslim. Semua restoran Mohd Chan Abdullah yang aku pergi semua ada surau. Bagus betul. Restoran ni HALAL. Dont worry be happy



Ni mee apa tah. Aku lupa nama. Sebab banyak sangat jenis mee ni. Tapi tak ada lah "terangkat" sangat. Biasa je.



Nasi goreng Yong Chow kalau tak silap nama benda ni. Serious banyak woiii. Tak habis aku makan. Macam nak makan untuk dua hari tiga malam je. Last-last bungkus separuh bawak balek. Maklum lah aku kan on diet sekarang. Mana boleh makan banyak-banyak sangat. (yo yoooo ooooo je diet nya)



Dulu time sekolah aku suka gila wantan goreng ni. Kalau bunyi loceng je time rehat. Memang aku orang first lah terpacak dekat kantin nak beli wantan goreng ni. Dulu jual satu tigaploh sen je pastu besar-besar penumbuk pulak. Memang syok je bedal kan. Tapi bila sampai wantan goreng ni kecewa aku, sebab aku ingat kan besar-besar penumbuk macam time aku sekolah dulu. Ni cenonet cenonet je dia bubuh. Macam mati segan hidup tak mahu je wantan ni aku tengok. Tapi licin jugak dalam sekelip mata benda ni




Haaaa part ni paling best!! DIM SUM!!! Aku datang sini menghadap dim sum ni je pon takdehal. Dim Sum ni susah nak cari yang HALAL. Tapi aku pernah makan dua kali je benda ni. Dekat Giant dengan dekat Mohd Chan Abdullah ni lah. Yang dekat Giant Shah Alam tu sos dia masin sangat. Terus jadi tak sedap. Haaa yang dekat Mohd Chan Abdullah ni, dim sum dia memang terbaik dari kebun wa cakap lu! Serious sedap! Sos pon sedap!




Terliur aku tengok gambar Dim Sum ni balek. *telan balik air liur*



Dim Sum dekat sini paling terbaik lah yang aku pernah makan so far. Daripada kimchi yang ala-ala korea yang mengarut tah pape tu baik aku telan dim sum ni. Satu plate tu rm3.80. Ada perasa mix vege, mushroom, chicken dan apa lagi tah. Bagi aku yang warna kuning dengan hijau tu yang sedap. Aku lupa perasa apa. Mix vege dengan chicken kot.



Tapi ni semua tak ada lah aku mencekik sorang-sorang. Gila makan semua ni sorang. Macam hidup untuk makan pulak bukan makan untuk hidup.





Ok tu je. Selamat menternak lemak! Bye!

HANYA TINGGAL KENANGAN !!! PART 1

Assalamualaikum semua
hai hai hai
akhirnya dapat jugak aku menaip setelah sekian lama...haha...
ni kira nak lepas geram la ni kan...memandangkan exam pun dah habis dah maka aku pun nak coretkan sedikit sebanyak telatah bebudak kelas aku yang hepi lepas kuar dari dewan exam...jangan kata diorang ja hepi aku pun sekali hepi jugak kan...lepas ja pegawas exam tu kutip balik kertas jawapan terus aku senyum tersimpul malu sehinggakan dah tak larat nak simpul dah senyum aku tu..haha...
apa apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada bebudak kelas aku yang dah berjaya mengakhiri perang yang sangat bermakna bagi kami semua...

rasanya lepas ni susah sikit la nak jumpa sebab semua pakat buat hal sendiri kan...so pada firasat aku yang tak bertapa tepat ni rasanya lepas ni abis semua hilang daripada petempatan diorang ni...semua pakat pakat dah rancang nak pegi cari kerja nak tambahkan sumber pendapatan diorang...erm...seronok la tu kan..sekian lama dah habiskan duit mak bapak akhirnya pegi la carik duit poket sendiri kan..lu pikir la sendiri...haha...

memandangkan tajuk pada kali ni
HANYA TINGGAL KENANGAN !!! PART 1 maknanya mesti la ada 
part 2 kan....sudah tentu ma...bukan apa malas sikit nak up load gambar banyak banyak..lambat sikit..maklumlah guna BERUKBAND so paham paham ja la kan...so pada kengkawan aku yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat korang sebab sudi membaca blog aku yang suka merepek ni....huhu....

ok fokus kepada tajuk utama..nak nak tayang la sikit gambar gambar kenangan aku dan kengkawan aku masa di jerusi sekolah..untuk pengetahuan korang..kami tak duduk atas bangku tau kami duduk atas kerusi..yang lembut je..so harap korang dapat bezakan kerusi dengan bangku ok????

jom usha gamabr gambar kiut kami...

JENG JENG JENG 


ok!! ni gambar kami satu kelas kalau korang nak tau tahun kami la yang paling ramai sekali ada 
25 orang tapi sorang dah pegi jadi askar tinggal lagi 24 orang..tapi.........dalam gambar just ada 23 orang sebab sorang lagi tak hadir...so TAK DAPEK DEN NAK NOLONG...SAPO SURUH EKAU TAK DATANG JANG OOOIII....


alolo comey comey anak dara dalam gambar ni ah...memang tak dapat dinafikan la kan..sapa rasa gambar dia ada dalam ni WAJIB TEKAN LIKE!!!
GADIS SEPERTI AKU dalam ni semuanya ada 14 orang...kalau nak sebut nama mmg tak la jawabnya..ramai kot...
so...sori la kawan kawan.... T_T

 ni pulak mamat mamat kacak dari SMK TAT BENG..eh kacak ker...mesti la kan...sapa rasa dia kacak and ensem pun WAJIB TEKAN LIKE...hiuh wajib tu kalau tak apa hukumnya murid murid???
erm pandai....baguih baguih baguih....calet sikit...
LELAKI SEPERTI AKU ni pulak ada 10 orang...

 huih...dok buat pulak ni...sibuk nampak...meh aku terangkan...ni masa perebutan 'IJAZAH' yang yak diiktiraf oleh kementerian nih...haha..kenapa semua pakat berebut pulak...sebenarnya 'IJAZAH' ni kawan aku yang bagi..dia bagi kat semua budak kelas tanda ingatan katanya..tapi kami boleh baca kat situ..kena baca lepas pukul 8 malam..eh!! ada pulak pantang larangnya kan...tapi kami ikut ja bukan apa tak mau kena tulah...haha


 ni la antara orang yang berjaya mendapat 'IJAZAH' AL HUSNA namanya..tapi dalam nset aku, aku set nama dia U-KNOW...kenapa??? sebab aku kan peminat korea so aku akan masukkan nama kawan kawan aku ala ala korea la...U-KNOW kan dari group TVXQ...ok ok ok tinggalkan korea kejap..jom pegi ke gambar yang seterusnya...

 haih macam macam gelagat sebelum nak tangkap gambar...sorang masuk sorang keluar...nak sembang nak melawak la..macam macam kerenah ada..tapi mungkan tu la kali terakhir..katanya la...kami ni asyik buat majlis perpisahan ja tapi dok jumpa serupa tu jugak...erm...bercakap pasal berpisah tapi tak berapa nak jadi tu aku ada lagi nak citer kat korang nih...tapi kat PART 2 la....

nak citer apa yang kami buat sehari selepas kami habis exam..nak tau yang lebih lanjut 
TUNGGU.......

ok seeeeuuuuooooollllssss next time

bye bye

sarangae(LOVE)

Mari lah kita ...

Ada yang dah gerak ke Bangsar ke? Kalau ada yang dah gerak ke Bangsar untuk benda ini, tahniah diucapkan! Sebab ....



Celcom is launching the iPhone 4S!

Date: 16 December 2011
Venue: La Bodega @ Bangsar Shopping Centre
Time: Queue starts at 10.00pm on 15 December 2011
Midnight Sales start at 12.00am on 16 December 2011


Kalau datang awal lagi bagus, sebab banyak aktiviti dan hadiah menarik yang melambai-lambai mesra untuk anda grab di sana!



Ini lah point utama nya. Siapa nak iPhone 4s?? Siapa nak???



Aku tak pernah pakai iPhone tapi pernah lah jugak pegang dan main-main game dalam iphone ni. Tapi iPhone orang lain lah. Yang iPhone biasa tu je pon aku dah rasa best je kalau aku ada sebijik. Ni pulak iPhone 4S yang ada benda alah SIRI ni. Dah tentu-tentu lah iPhone 4S ni lagi cantik-tertarik-menarik-kau-memang-the-bom-kebabom




Kalau nak tahu mana tempat nak beli iPhone 4S ni dengan CELCOM. KLIK SINI dan ini contract nya.


 Contract untuk 12 bulan





Contract untuk 24 bulan



Selamat membeli dan belah. ok bye!