Selasa, 17 April 2012

Tebal tak semestinya bagus




Harini aku nak cakap pasal tuala









Ye. Ini tuala mandi



Tuala tebal ke tuala nipis yang bagus? Aku suka tuala yang tebal dan yang paling penting adalah SERAP AIR. Kadang-kadang tuala punya lah cantik warna-warni corak bunga-bunga , gambar tenuk buat muka comel bagai tapi tak serap air so terus tuala tu jadi tak best dan terus dicampak kan berguling-guling ke dalam tong sampah




Tu pasal tuala mandi.Tapi bukan pasal tuala mandi aku nak cerita. Haaa. Kalau tuala wanita pula macam mana? ehem ini zon wanita. Lelaki tidak memerlukan tuala lelaki ye




Dulu zaman muda-muda dulu, time sekolah menengah kalau datang bulan atau bahasa budak-budak nya adalah pe-ot (aku tak reti macam mana nak eja) atau dalam bahasa sopan santun nya adalah menstruasi, kalau budak lelaki tahu je kita kena datang bulan time tu, rasa macam malu gilaaaaaaa je woh. Rasa macam nak terjun bangunan sekolah je kalau budak lelaki tahu tengah datang bulan dan tetiba rasa macam MARUAH DAH HILANG sebab tengah period ni. Macam tah pape. Tapi itu adalah perkara normal di bangku sekolah. Malu gedik




Dan lebih bertambah malunya kalau ada budak lelaki tegur “weiiiiiiiii kau makan memang comot eh?? Macam mana dekat belakang baju kau boleh ada sambal nasi lemak?? Ke kau terduduk atas kerusi yang ada sambal?? eeeeee eeeeee”








Perghhhh terus rasa macam nak lari pindah sekolah wehhhhhhhhhhh. Terus rasa macam MARUAH DAH HILANG. Oh tidakkkk Oh tidakkkk. Memang malu tahap gaban lah time tu. Padahal pe-ot je pon. Dia punya gabra tu memang over sikit





Time dah godang-godang ni dah tak ada hal pasal semua itu. Yang paling penting adalah tuala wanita. Kalau boleh tuala wanita tu biarlah berjenis sikit. Macam-macam tuala wanita jugak aku pernah cuba-try-test ni. Tapi aku macam tertarik je dengan KAO LAURIER PERFECT COMFORT ni. Cambest je




BARU!!!



Laurier Perfect Comfort ialah teknologi 'QUICK LOCK SYSTEM & NEW WONDER GEL TECHNOLOGY' (WONDER GEL eh bukan WONDERGIRL nobody nobody but you tu) yang menawarkan penyelesaian yang PERFECT!



@ Ultra nipis (sungguh nipis, tidak rimas, selesa sepanjang hari)

@ Menyerap dengan lebih pantas

@ Senang dicuci






Memang PERFECT!







Tengok! Fara Fauzana pon cakap “Ini Pilihan Perfect!” tahu?? Nampak tak tu?? Nampak tak?? Nampak tak??





Agak sakit hati kalau pakai tuala wanita yang susah bebeno nak cuci ni, rasa macam nak flush masuk toilet bowl terus je kalau ikutkan hati. Tapi jangan pulak ada yang tak cuci,mahu karang ada jin apred melekat dekat badan kau karang haaa dah satu hal pulak. Orang ingat kau tengah memekak melalak lagu Ziana Zain bernada tinggi rupanya tengah meronta-ronta menjerit histeria. Ish aku pulak yang seram tetiba cakap pasal histeria ni. Tapi dengan KAO LAURIER PERFECT COMFORT anda jangan risau, memang senang je nak cuci. Kapas/gel tidak akan koyak dan terkeluar dengan mudah





Orang yang aktif bersukan dan suka berfesyen memang sesuai pakai tuala wanita yang lebih nipis ini. Boleh jimat masa juga. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyental dan menenyeh nenyeh apa yang patut







Tengok awek tu siap tunjuk ‘thumbs up’ sambil mulut muncung lagi. Maknanya memang best sangat lah Perfect Comfort ni









Laurier Perfect Comfort ada menawarkan tuala wanita jenis non-wing dan wing (alaaa yang kepak-kepak tu) dalam pek 9 dan 18 jugak. Jangan sangka pakai tuala wanita ada kepak, boleh terbang pulak ye.Memang saja nak kena wrestling dengan Hulk Hogan kalau imaginasi terlebih bila pakai tuala wanita ada wing boleh tebang jauh nun ke angkasa dan boleh jadi angkasawan dan tiba-tiba boleh pulak bertegur sapa sambil bergosip bersama Dr Sheikh Muzaffar.Oh tidak ye.






Aku tahu korang semua suka barang FREE. Siapa yang tak suka barang FREE ye dak? Orang gila pon suka barang free tahu.Disebabkan aku baik hari ni. So dikesempatan ini nak buat mini contest sikit lah. 5 pembaca blog ini yang boleh melengkapkan slogan






"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ...."


(tidak kisah berapa patah perkataan janji jangan sampai enam perenggan sudah)


Komen yang paling menarik / kreatif / fun akan memenangi 1 pek sampel Laurier Perfect Comfort. Haa ni nak bagi FREE ni. Cepat-cepat komen. Tak payah susah-susah nak buat entry bagai. Komen saja di entry ini. Aku nak 5 orang!! Sila lengkapkan slogan itu




Bawah komen tu jangan lupa tinggalkan emel anda yang AKTIF ok. Senang nanti nak contact kalau menang . Hadiah nanti boleh ambil dekat office Nuffnang ye :)



Akhir kata dari saya MAJULAH KAO LAURIER PERFECT COMFORT UNTUK PEOT. Sekian terima kasih *kita kembali ke sri pentas*





ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar