Selasa, 10 April 2012

Berani Punya Budak


 Aku memang tunggu je cerita Berani Punya Budak ni keluar. Cambest je cerita ni. Tengok pelakon yang berlakon pon mungkin boleh bikin gelak sampai halkum terkeluar. Ada Johan, Nabil, Afdlin Shauki, Awie cuma Zizan je yang tak ada.


Layan Trailer jap










Sinopsis Filem Berani Punya Budak:


Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.


Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.


Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.


Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?







Nyamuk pon tak berani nak masuk walaupun bukak mulut seluas alam camtu sebab muka gangster sangat



detektif tonggek




Tengah main polis sentri lettewwwwwww



Jangan lupa tengok cerita ni 26 April ni! Tak lama lagi dah ni nak keluar. Bak kata poster akan mengganas di pawagam 26 April 2012. Meh la kita tengok ganas ke tak ganas. Gangster ke tak gangster



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar