Selasa, 17 April 2012

Cinta atau harta?? Materialistik atau realistik??

Rasa macam nak buat survey ah. Nak tanya pendapat korang. Asyik asyik dok cerita  event-makan-event-makan-makan-makan dan makan. Korang pulak yang makin gemok baca entri makan je manjang karang kan. *tetiba baca pon boleh gemok*




Wehhh cantik tak tembikai ni?? Penat tau aku buat bentuk love ni potong tembikai guna pisau lipat lima posen tu. Cakap aku KREATIF gila macam orang gila sekarang!
















ok tipu je. Bukan aku yang buat tembikai itu jadi macam tu. Ni aku ada soalan ni. Tak dapat jawab tak dapat doploh sen jawab pon tak dapat doploh sen jugak. Saja nak tanya pendapat. Pasal dilema wanita. Aku belum wanita lagi, aku masih remaja kanak-kanak riang lagi. Kot-kot lah ada yang mempunyai dilema macam ni ke kan



Soalannya berbunyik










Kau memang sayang gila dengan pakwe kau ni sebab nama dia Mat Haron. Sebab kau minat gila dengan Aaron Aziz,asal ada nama ala-ala Haron pon kau panggil Aaron dan kau minat dia jugak sebab dia baik.Dia pon suka dekat kau jugak. Kira cinta tak bertepuk sebelah tangan lah.





Sayang habis lah kira dengan Mat Haron ni. Memang madly in love (bak kata orang putih) sangat-sangat lah sampai kentut dia pon kau bau macam perfume Ambi Pur perasa strawberry, taik hidung dia pon rasa macam coklat Ferrero Rocher. Kau memang sayang dia tapi dia ada basikal je. Tu pon dapat basikal sebab menang cabutan bertuah minum power root. Pendek kata dia tak loaded dan bukan anak orang kaya ah senang cerita. Tapi sebab dia ni sayang gila dekat kau jugak, dia pon berusaha untuk cari duit nak kahwin dengan kau. Dia ada effort untuk cari duit







Tapi dengan tiba-tiba nya datang pulak lelaki lain bernama Zek Zeidi *bukan nama sebenar* yang dah ada kerja tetap, kereta Fair Lady dua bijik, ada rumah. Kira dari segi zahir tu memang mampu lah dan well-established. Mamat ni pulak datang meminang kau.






Haaa persoalannya, sanggup tak kau tinggalkan si Mat Haron iaitu lelaki yang kau sayang sangat tu dan yang cuba untuk cari duit nak kahwin dengan kau tu?? Atau kau pergi je dekat mamat Zek Zeidi bukan nama sebenar tu disebab kan kau rasa lelaki yang dah well-established tu boleh jaga kau di masa hadapan??









Ni tanya je. Random question. Tak ada kena mengena dengan aku pon. Sebab yang aku tahu perempuan ni bila time dia remaja dia lebih suka kepada lelaki yang comel/cute/hensem/kacak tapi bila dia dah dewasa dan matang kalau boleh dia nak lelaki yang berduit,penyayang,matang dan boleh jaga dia. Handsome ke tak handsome tu takdehal pon bro. Apa sangat lah ada pada rupa tu. Kang dah tua muka kerepot jugak ecececeh ayat cliche sangattttt.




 Kira motto hidup dia time dewasa "Kalau kau handsome macam Chris Evans sekali pun,kau tak ada duit, kau boleh blah. Rupa tak penting tapi duit penting." wahhh gitu. Ayat perempuan materialistik sangat. Suka hati je mem blah blah kan orang. Jadi andartu karang padan muka. Haa cekik darah sangat kan siapa suruh, last-last sorang pon taknak dekat kau





On the other hand, sebenarnya bukan materialistik tapi realisitik. Tak logik kalau ada orang yang beriya-iya nak kahwin dengan peminta sedekah kan? (Bukan aku menghina peminta sedekah, just satu contoh realistik) Imaginasi nak dapat laki tu semua stok nak grand-grand je. Nak kereta mewah, rumah besar, boleh bagi duit sekepuk untuk shopping bagai dan bla bla bla





Duit bukan segalanya tapi semua benda nak kena guna duit jugak kan? Memang nak guna duit tapi jangan lah melampau sangat lah pulak kan.Agak-agak lah. Hari-hari nak pergi makan dekat kapal Star Cruise. Bukan kau dapat makan makanan dalam Star Cruise tu. Akhirnya kau makan pelempang. Lorat sangat







So. Sila sila jawab soalan aku yang tetiba macam panjang pulak ni. Cinta atau harta?? Mat Haron atau Zek Zeidi??? krekkkkk krekkk krekkkkkk *bunyi cengkerik*



Tak nak jawapan cliche seperti Solat Istikharah. (sebab dah jadi macam ni, baru masing-masing akan sibuk nak buat Solat Istikharah kan?) Jawapan yang 'real' dan berpijak di bumi yang nyata sikit boleh? Eh banyak cikadak lak aku





ok lah bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar