Minggu, 29 April 2012

Hari melawat baby =)

"Jom tengok baby orang hari ni"

Apa kebenda mimpi tah si SS ni tetiba ajak aku pergi tengok baby orang. Tetiba je

Tanpa dirancang, pergi lah tengok baby akak si SS ni

Wahhh comel nya Amsyar! Mata bulat! eh ni baby boy ye :D


Pastu tetiba lagi, si SS ni

"Jom tengok baby Ujang dengan Yana pulak, teringin nak tengok baby diorang"

Tanpa dirancang, pergi pulak tengok babygirl Ujang dan Yana, angkut sekali Amsyar, baby boy OWN


Sampai-sampai di rumah Ujang dan Yana


Dua dua pura-pura terkejut pandang camera!! Comelnyaa rasa macam nak lempang dua-dua :D




Si gendut yang over teruja tengok anak Ujang



Di tebar-tebar pulak kan pipi baby girl ini. Kau ingat ni roti canai??



ayokkkk Yana marah



Ujang overshadow



Tahap kelebaran pipi tidak boleh dilawan




Mana ada gaduh. Kita chill chill je ni. Sengih sampai show off gigi lagi


Melentik baby girl Ujang dan Yana ni tidur. Curlasssss engkoo! :D




Dari info yang aku dapat oleh Yana, memang babygirl depa suka tidur pose melentik lentik. Ikut siapa lah tu eh. Ikut Ujang ke Yana?? haaa yang itu yang kita tak tahu tu



Putih nya lah si Amsyar ni. Terasa hitam bergambar dengan dia. kehkeh. Lepastu setempek aku dapat hadiah daripada Amsyar ni iaitu














MUNTAH BABY. Abehhhh shawl aku dimuntahi susu muntah. Seb baik dia dengan mak dia comel, tak jadi nak beli shawl baru. Basuh je shawl sambil nyanyi lagu Aladdin Tam Spider 'gosok jangan tak gosok,gosok sampai tertanggal, gosok jangan tak gosok, gosok sampai terpeleot' *aku lupa lirik*




ok bye!

Jumat, 27 April 2012

Interview Vs Interbiu



Assalamualaikum...

alllooo semua..hari aku nak up date pasal temuduga yang aku dapat....so doakan aku berjaya yerk....
amin amin amin

mood petang : malas nak taip...~_~













Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam Selangor
Tel: (603)5544 3164 Faks: (603) 5544 3170
Mengubah Destini Anak Bangsa






Surat kami
Tarikh
: 500-NC (BPP.19/4/2)
: 25 April 2012

NURUL IDAYU BINTI SHAARI 
NO 23 KAMPUNG KELUBONG

34800, TRONG
PERAK
Saudara/Saudari  
PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK Semester 1 2012/2013
Berhubung dengan permohonan saudara/saudari untuk program seperti di bawah, saudara/saudari
dijemput menghadiri temu duga yang akan diadakan seperti berikut:
Nama Program:SR223 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN(KEPUJIAN)
Nama Fakulti:FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI
Tarikh/Hari:29 APRIL 2012(AHAD)
Masa:08:30 PAGI
Tempat:FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI
  BANGUNAN AKADEMIK 3
  UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  40450, SHAH ALAM
  SELANGOR







UM.V/409/1/2/JLD 5
27/04/2012
Nurul Idayu Binti Shaari
No 23 Kampung Kelubong
34800 Trong
PERAK


Tuan/puan,
TEMUDUGA KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN, UNIVERSITI MALAYA, SEMESTER
1, SESI 2012/2013.
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput menghadiri ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga pada hari
Khamis, 10-05-2012 bertempat di DEWAN KULIAH A, PUSAT SUKAN ,UNIVERSITI MALAYA..
Butir-butir adalah seperti berikut:
(i) Pendaftaran : 08:00 pagi
(ii) Taklimat : 08:30 pagi
(iii) Ujian Fizikal : 08:45 pagi
(iv) Ujian Bertulis : 11:00 pagi




sama-sama doakan kejayaan aku yerk...huhu


bubui...

seeeuuuoolllsss next time

sarangae(LOVE)

Selasa, 24 April 2012

Marvel’s The Avengers


Movie yang paling aku tunggu-tunggu untuk tahun ini. Aku harap cerita ni paling best lah untuk tahun ni sebab semua hero-hero (in) dalam cerita ni semua mantap-mantap belaka. Hero-hero (in) dalam ni pon semua glam habis macam HawkEye, Hulk, Captain America, Iron Man, Thor, dan Black Widow














Layan trailer sattt



Kalau lah aku diberi peluang untuk jadi member The Avenger’s team ni, agak-agak nak jadi siapa eh?? Batman??? Superman?? Cicak Man??? Jerangkung Man???






Ahhh depa ni semua bosan dan cliche sangat tau. Lagipon dah banyak dah dalam Avengers tu kan. Aku teringin nak jadi

















































DORAE-MAN !!!!!!




Hakhakhak Doraemon pon bolehhhhh. Kalau dah kata superhero terus nama tukar nak jadi DORAE-MAN. Dan dia lah yang paling ketot antara superhero yang lain tapi ada dorae-man ni nak kesah????


Sebab apa aku nak jadi doraemon?? Sebab aku rasa dia cute!! <=== reason rasa macam nak makan pelempang



Ok tak lah, sejujurnya aku rasa Doraemon lagi power dari superhero yang ada. Superhero yang ada selalunya ada 1/2 kuasa je yang best. Cuba kasi tembak sikit, meninggal juga diorang.Bukan macam Doraemon, semua benda dia ada. Sebab dalam poket doraemon tu ada macam-macam benda yang dia boleh keluar kan. Kau mintak je nak apa?? Semua dia boleh bagi



Kalau tengah lapar dalam berperang menyelamatkan dunia bukan setakat takoyaki, dorayaki kau boleh mintak dan bagi team kau. Boleh je nak mintak Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Dagang dan juga Nasi Kerabu. Cuba lah suruh Iron Man, Hulk dengan Thor tu rasa sikit makanan melayu. Asyik makan western food je. Lemak ahhh depa



Kalau agak-agak nak elakkan peluru bazoka dari musuh. Tak payah susah-susah sangat nak lawan musuh-musuh yang puaka tu. Pakai je "kain halimunan" haaaa kan senang. Musuh pon tak nampak kau. Pastu kau boleh tetiba je pergi belakang musuh terus tembak dia sampai mati. Senang!



Agak-agak team aku ni ada buat kesilapan teknikal sikit ke hape masa menyerang musuh, boleh aku masuk dalam "laci masa" atau "pintu suka hati" untuk betulkan mana yang silap. Adjust-adjust sikit letak bom di tempat musuh yang betul. Biar terkejut tenuk sikit depa, tengah-tengah lawan rupa-rupanya terpijak bom. Tak sempat nak terkejut 'opocot-mak-kau' ke nak melatah sebut kemaluan sendiri ke hape terus kojol! Dah mati dah kau ok bye. Senang!




Banyak sangatttttttttttttt lah kegunaan DORAE-MAN ni tahu???? Aku rasa Captain America pon mesti cemburu dengan apa yang doraemon boleh buat dan dia mesti teringin jugak nak jadi doraemon. Cuma kalau dia jadi doraemon dia jadi ketot dan montel lah. Ketot-ketot pon dia power wohh. Ketot bukan sebarang ketot. Ketot diimport dari Jepun. haa haa haaaa




Kalau lah aku ada kucing, akan aku hairbrush kan dia menjadi Doraemon. Sebab depa comel sangatttttttttt sampai nak lempang laju-laju dan picit muka dia time dia tengah tidur krohh krohhh



Yang Tersangat Benar,
Dorae-man Avengers
Hero paling gempak di abad ini




ok bye!

Jumat, 20 April 2012

Menternak lemak di Tree Steak House Sungai Buloh

Aku selalu jugak makan dekat sini. Sebab dulu aku duduk area-area Sungai Buloh. Dulu masa zaman zaman The Store tu pasaraya Hiong Kong lagi aku dah makan dekat sini. Dulu kedai ni kecik je, kerusi pon ada nambelas je. Sekarang ni dah makin maju dan makin besar dah kedai ni. Renovate dah lettewww



Western food tapi ada jugak nasi goreng kalau nak. Dulu serve lambat gila. Nyanyi lagu Anita Sabah lapan kali pon chicken chop tak sampai-sampai lagi. Memang STRESS. Tapi sekarang ni makin laju woh. Baru je order,lapan minit kemudian sampai dah makanan seketul-seketul atas meja. Perghh laju nya. Syabas buat anda pemilik restoran!






Pergi dengan parents aku. Eh bergegar pulak ayah aku ni. Dok dendiam sikit jap. Kejap je





Ok. Better =)



Lasagna. Boleh lahhhh rasa dia. Macam nak cuba-try-test je buat lasagna ni dekat rumah. Tapi agak leceh nak buat mende alah ni. Cuma makan je ah tak leceh. Kalau bab makan, apa saja lah yang tak leceh. Kena ada mulut dan reti ngaaappp aje. Ye dak?





Roasted Chicken apa tah ayah aku pilih ni. Cuba rasa, sedap gak ayam ni



Steak. Aku agak kurenggg sikit dengan steak ni. Setakat rasa-rasa orang punya tu boleh lah. Nama nya aku nak order steak sesaja memang tak lah. Ayam dengan ikan je yang aku selalu telan. Tapi steak ni boleh diterima anak tekak



Fish and chips aku yang punya. Konon-konon nak diet makan ikan. Pigidahhhhh makan ikan tapi goreng dengan sebeban minyak. Memang kau kurus lah sangatttt kan. Tapi sedap. I loikeee




Aku rasa orang duduk Sungai Buloh banyak dah tahu tempat ni. Cuma aku tak kan pergi malam minggu lah. Memang macam sardin ah tempat ni. Tempat duduk pon punya payah nak cop. Ramai woh. Tapi kalau nak pergi pon apa salah nya. Cuma parking susah sikit datang sini. Sebab tempat parking kecik bebeno. Kedai ni tepi jalan je. Kadang-kadang selalu gak terlepas



Ok tu je. bye

Rabu, 18 April 2012

SimplySiti Eau de Parfum. Perfume baru Dato' Siti NurHaliza

Haritu aku pergi Launching perfume Dato' Siti NurHaliza. Ni minggu lepas ke dua minggu lepas tah punya event. Aku pon lupa. Aku memang suka update lambat sikit dari orang lain ni. Dalam invitation tulis dekat Double Tree by Hilton. Ok set! Aku bajet ni mesti dekat Hotel Hilton lah kan? Mesti ada restoran dalam Hilton tu nama nya Double Tree


Google map lah Hotel Hilton area KL dengan confident nya. Aihhh berlambak lah pulak Hilton dekat area KL ni. Ada 3 pulak tu. Lokasi pilihan adalah yang dekat KL Sentral. Aku bajet mesti buat dekat tengah-tengah KL launching ni.Aku pon pergi lah hotel tu. Tapi tengok apahal kosong je hotel ni. Sekali tanya guard dekat situ, salah tempat rupanya. Dia kata dekat Ampang. Aku pergi lah Hilton Ampang pulak. Tapi tak nampak nampak pulak batang hidung hotel tu. Last-last sekali call orang. Rupanya Double Tree tu bangunan. Bukan nya nama restoran dalam Hilton.



Adehhhh memang satu KL aku pusing-pusing. Last-last habuk pon tak ada. Buat habis minyak je. Bikin panas jeeeee. Rasa macam kepala dah berasap-asap dah bila sesat ni. Sesat di tengah-tengah KL pulak tu. Lagi haru



Nasib baik jumpa jugak Double Tree ni. Aku rasa aku lah orang paling last sekali sampai. Tapi pedulik apa lah aku kan. Masuk-masuk dapat goodie bag dan nampak benda ni



Eh ada Dato' Siti NurHaliza lah. Siap pegang perfume dia lagi. Tapi ni patung dia je lah yang terpacak dekat situ



Ehem aku rasa macam bukan aku je style senyum kepit-kepit ni. Selalu senyum stok nak canang-canang gigi je. Tah macam mana boleh terkepit lak senyum ni. Tak kesah lah kan.


Masuk-masuk dah start dah. Tapi punya lah lapar. Datang sini memang tak makan dulu before tu, dengan sesat nya lagi. Makanan pon boleh tahan sedap. Memang aku suruh orang lain ah pi amek gambar. Aku pergi makan



Duta perfume SimplySiti. Khairul Fahmi Che Mat untuk edisi lelaki punya. Yang baju biru tu Leuniey. Dengar cerita skandal apek.Tapi tak tahu lah betul ke tidak. hakhak sempat pulak aku gosip. tettttttttt



Aku rasa baju Dato' Siti NurHaliza malam tu lagi cantik daripada baju dia time ABP haritu. Dari pandangan mata aku lah



Tengok dalam tv, Dato' Siti NurHaliza ni macam berisi je kan? Tengok depan-depan kurus wehhh. Muka flawless gila. Tapi selalunya orang kata dalam tv memang nampak besar 5 inci daripada biasa. Ye ke? Orang lah cakap bukan aku



Dato' K sedang menjamu selera. Sila sila :D



Kek nya rambu ramba woh



Suap-menyuap. Eh orang-orang belakang pulak teruja lebih. ngehngehngeh



Eh Hans Isaac makin kurus wehhh. Makin cengkung muka dia kan?? kan??



Shira and Ijoy. Shira ni aku suka ah dia. Dia ni lawak gila



Cantik kan Saida?? Akak Dato' Siti NurHaliza. Comel and sweet =)



Penyek nya lah muka aku bila bergambar dengan Dato' Siti NurHaliza ni. Datang-datang tangkap gambar dengan dia. Dia cakap



"eh cik epallllllllllll! I suka baca blog u. Nice to meet u. Meh meh kita bergambar"













itu pon kalau korang nak percaya lah dia cakap macam tu. kehkehkeh




Dalam goodie bag ada perfume. Yayy dapat pefume free. Sebab kan aku dapat 2 goodie bag. Dapat dua lah perfume free. Yang purple tu botol dia macam perfume Escada kan warna dia? Disebabkan aku dapat 2 ni je, warna hijau aku tak tahu lah apa bau dia. Personally aku rasa yang warna merah tu bau dia sedap sikit lah dari purple tu. Katanya salah satu perfume antara 3 yang launching ni kesukaan Dato' K. Tapi aku tak tahu lah yang mana satu. Tapi penutup botol perfume ni ada macam perfume Ricci Ricci sesikit kan? :D



Aku rasa dah keluar dah perfume ni. Dekat Watsons/Guardian ada dah rasanya. Harga dalam RM69.90 sebotol. Boleh lah dapatkan di pasaran berhampiran dan berjauhan anda :D



ok bye!

Selasa, 17 April 2012

Shooting Tv Al-Hijrah . Program baru GEN 21. First time masuk tv. Nervous aku. hahaha

Ni cerita ada lah dalam bulan lepas punya cerita ni aku baru nak update. Maklumlah buat-buat busy katakan. Tv Al-Hijrah ada buat program baru. GEN 21 namanya. Program ni pasal remaja dan aktiviti-aktiviti remaja macam tu lah. Pengacara rancangan ni punya lah kecik comel molek



Ada dua pengacara. Tapi time slot aku datang ni seorang je pengacara yang datang. Lagi sorang ada masalah kesihatan katanya. Nama akak ni Wan Suhaili. Panggil Kak Elly je. Kak Elly ni salah seorang finalis program Solehah.


Mula-mula aku ingatkan dalam studio, tapi program ni semua episod dia buat outdoor sebab nak nampak macam santai sikit katanya




Datang-datang je borak dengan Kak Elly. Kak Elly ni senior aku dekat uni . Satu uni rupanya. Lepas ni kalau terserempak dengan dia dekat mana-mana boleh lah suruh dia belanja milo ais dekat cafe. :D








Kak Elly jangan nak muncung sangat eh. kehkehkehkeh




Ni lah Kak Elly tu. Comel kan?? kan?? kan?? :D




Topik pasal blogging. Ada ujang, Shea Rasol dan Yuyu Zulaikha jugak. Soalan yang dia tanya berkaitan blog jugak lah


@Kenapa letak nama cik epal? Kenapa tak letak nama blog cik kendondong ke?? cik mengkudu ke?? Cik petai ke?? Cik Cempedak ke?? Kenapa?? kenapa?? kenapa kena epal?? Ouh STRESS (ok tipu. Ni soalan reka cipta sendiri)

Soalan betulnya lebih kurang macam ni lah:


@Macam mana jana pendapatan melalui blog?
@Bagaimana hadapi kritikan di alam maya?
@Apa relevan nya blog ni?
@Apa kelebihan blog berbanding laman sosial yang lain seperti facebook dan twitter?
@Nak buat blog ni inspirasi daripada siapa?


Lebih kurang macam tu lah soalan nya. Dan apa tah lagi soalan, aku pon lupa. Apa yang aku jawab pon aku lupa. Aku main hentam je. Tah pape je lah aku main taram je jawab. Janji ada jawapan. Tu pon tergagap-gagap aku jawab. Aku rasa abang camera man tu pon mesti berbulu je tengok aku jawab soalan tah pape. Orang tanya lain aku jawab lain. Nasib baik bukan LIVE ok. Kalau tak mahu aku sorok muka dalam rambut alfro abang camera man




Tu ujang tu tah hape lah tu dok gelak-gelak cover mulut. Salah cakap lettewwww. Cantik tak rambut abang camera man baju oren ni?? Rambut ala-ala Hafiz AF sesikit. Cuma tak lebat sangat macam Hafiz Af lah. Kalau lebat boleh lah sorok handphone dalam rambut tu. kehkehkeh







Lepas habis shooting, masa untuk makan-makan pulak. Dah habis makan, bergambar pulak.


Korang nak tengok ke benda alah ni apa hasil nya?? Tak pe lah, dah masuk tv dah pon. Dah lepas dah. Aku saja tak promote suruh orang tengok masa benda ni keluar sebab aku segan. Aku dok segan tengok diri sendiri dalam tv apatah lagi nak suruh orang lain tengok. Di sebab kan Yuyu ada promote suruh orang  tengok, aihhh kantoi lah pulak. Baru je nak rahsia-rahsia gitu. Nak cekik Yuyu sekarang jugak biar dia lagi kecik. ngehngehngeh




Tapi aku tengok dendiam. Nervous wehh tengok muka sendiri. Aku pulak yang seram sejuk bila tengok rancangan ni. Tangan kaki tetiba krem sejuk. Jantung tetiba dupdapdupdap dengan kadar yang laju seperti tengah marathon. Tah pape je lah aku ni. Dalam nervous-nervous tu pon siap pergi tangkap gambar sendiri dalam tv tak menahan tu. Jakun punya pasal. First time masuk tv tu jakun terlebih sangat tu. :D





Eh eh eh. Blog pon ada masuk tv jugak lah. Aksi jakun yang ke dua =.='




Kak Elly yang comel lote =)


Tapi tak tahu lah kalau ada ulangan. Astro kan banyak kali ulangan. hehe




Dan aku rasa aku ni macam buta IT pon ada. Nasib baik tak buta huruf. Baru aku tahu dekat PAGE FACEBOOK boleh hantar DM. Aku ingatkan dekat facebook sendiri  je orang boleh hantar mesej. Ni dah suka hati dia je nak tukar wall aku jadi timeline. Pening kepala aku tengok timeline ni. Debik facebook ni satgi baru tahu. hehhhh


Saja je tengok-tengok DM dekat situ sekali nampak mesej ni


==============

Assalamualaikum Cik Epal. Generasi Y ingin jemput awak sebagai panel pd sesi rakaman :

Tarikh : 17/4/2012 (Selasa)
Tempat : Studio 1, wisma tv RTM Angkasapuri
Tajuk : BUTA HATI (PENYAKIT HATI)
Masa : 2.00 ptg (tiba di RTM)
: 3.00 ptg (rakaman bermula)

Fokus tajuk :
Apa dimaksudkan Buta Hati? (bebal/keras hati/susah diajar/degil dsbnya)
Mcmana nak mengelakkan penyakit buta hati dikalangan generasi muda hari ini. Apakah perkara2 yg membawa kpd buta hati & cara mengatasinya?

Jika berminat, sila text no utk dihubungi kpd penerbit Generasi Y, H*** : 010 - 4*********
Penerbitan amat berbesar hati atas pertimbangan Cik Epal. TQ


===========


Aku baru tengok malam semalam. Haaa elok bebeno lah tu. Rakaman nya petang semalam. Aku baru tengok malam tu. Aku memang selalu missed benda-benda macam ni. Dulu Safiyya pon aku terlepas. Tv Al-Hijrah ni nasib baik dia call,kalau tak aku tak tahu jugak. Maklum lah buat-buat busy kata kan. kehkeh




ok bye!



Filem MY WAY . Filem Termahal Korea



Sinopsis Filem My Way :





Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.





Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.






Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.









Trailer Filem My Way:






Esok keluar filem ni 19 April 2012. Best cerita ni. Daripada dok layan kpop-kpop je manjang. Baik kau layan cerita ni



ok bye!