Sabtu, 30 Juni 2012

Pembunuhan kejam Junko Furuta

Siapa pernah dengar pasal Junko Furuta?? Budak Jepun yang kena bunuh dan kena seksa dengan dahsyatnya. Cerita ni dah lama dah. Tahun lepas famous gak cerita ni. Siap ada FB cerita pasal pembunuhan kejam dia lagi. Benda ni jadi tahun 1989. Aku pon tak lahir lagi time ni. Budak ni kena culik, sepanjang hari dia kena culik tu dia kena seksa dan didera sangat-sangat teruk. Aku yang membacanya  pon boleh terbayang-bayang apa yang dia kena.Teruk sangat wehhh. Kejam gila orang yang seksa dia ni. Memang tak ada hati perut lansung



Ini penyeksaan yang dia pernah dapat:





HARI PERTAMA: November 22, 1988: Diculik

Diculik.

Dirogol (lebih daripada 400 kali)

Kebuluran dan kekurangan nutrisi

Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman

Dipaksa onani

Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya

Dicucuh dengan pemetik api

Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing



HARI KE SEBELAS: December 1, 1988: Dipukul dengan teruk berulang kali

Dipukul berulang-ulang kali

Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya

Tangan diikat ke siling dan badannya dijadikan punching bag

Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut

Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya

Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)

Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya

Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)

Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan



HARI KE 20: December10, 1989: Tidak dapat berjalan dengan betul akibat kaki telah dibakar 

Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki

Dipukul dengan buluh

Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan

Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan

Dipukul dengan kayu golf

Rokok dicucuh ke dalam kemaluan

Dipukul dengan batang besi berulang kali.

Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk

Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan


HARI KE 30:

Lilin panas dititiskan ke muka

Kelopak mata dibakar dengan pemetik api

Dicucuk jarum di bahagian dada

Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar

Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan

Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting

Tidak boleh membuang air kecil dengan baik

Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas

Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk

Saiz otak mengecut


HARI KE 40:

Merayu penyeksanya “bunuh lah aku dan biarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:

Menyambut tahun baru bersendirian.

Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.

Tidak dapat bergerak daripada lantai.



HARI 44 (HARI KEMATIAN) January 4, 1989: 

Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam kesakitan.


==========================


Nak menangis aku baca penderitaan yang dia pernah alami ni. Kalau aku tengah potong bawang,terhiris pisau dekat tangan pon dah menjerit kesakitan. Ini pulak bila kena seksa begini punya teruk. Junko Furuta ni kira dia survive lah gak dalam 44 hari tu.Lama sangat dia terseksa.


Cerita ni diungkit balek sebab pembunuh-pembunuh yang bunuh dia ni tengah berlegar-legar sekarang. Patutnya kena hukum gantung je depa semua ni. Tapi perundangan Jepun ni aku tak tahu lah macam mana,pembunuh nya dilepaskan. Depa dikenakan hukuman duduk dalam penjara untuk beberapa tahun je.Yang paling lama 20 tahun meringkuk dalam penjara. Sekarang ni pembunuh tu semua mungkin dalam lingkungan umur 40 tahun. Ada antara pembunuh tu pulak ahli yakuza




Cerita pasal Junko Furuta ni ada difilemkan. Tajuk nya "CONCRETE". Nama filem tu concrete sebab selepas dia mati dia ditimbuskan dengan konkrit. Dahsyat kan?? Tapi aku tak berani nak tengok cerita ni,baca kisah dia pon dah ngeri.Ini pulak nak tengok.Mahu aku banyak tutup mata je daripada tengok. So baik takyah tengok



Junko Furuta ni cantik lah jugak.Tapi memang kesian lah dekat dia. Kadang-kadang jadi cantik susah,jadi tak cantik pon susah gak. Dan ada sumber yang cakap salah seorang pembunuh dia tu pulak telah direject oleh Junko Furuta time sekolah. Sebab tu rasa tercabar tu.



Walaupun benda ni jadi dekat Jepun,tapi kita dekat Malaysia ni kena hati-hati gak. Elak kan jalan sorang-sorang. Lagi-lagi perempuan. Bahaya woo, macam-macam boleh jadi. Ada baca cerita perempuan kena rompak dekat The Curve?? Haa time tu perempuan tu ada depan mata aku je. Tapi selepas dia kena rompak ah.Sebab time tu aku nak pergi Maybank,sekali dengar orang jerit-jerit. Apahal lak ni kan? Then semua berkumpul dekat perempuan tu.Then dia cerita ah apa jadi dekat dia time tu


Moral of the story,kalau nak pergi mana-mana tu biarlah berteman. Jangan lah jalan sorang-sorang. Lelaki pon bahaya jalan sorang-sorang.Ini pulak perempuan kan?




Harap tak ada lah pembunuhan yang sangat kejam macam ni jadi dekat sini. Nau'zu billahi min zalik

Tidak ada komentar:

Posting Komentar