Minggu, 17 Juni 2012

Cornetto Uda dan Dara pilihan anda?

Ciri-ciri Uda idaman?? Uda eh, bukan pak cik yang kita kena panggil Pak Uda tu. Ehem ehem panjang list ni





@Background family- Keturunan yang baik-baik. Yang penting family dia best,fun dan boleh terima aku seadanya. Dia juga kena menghormati family aku


@Perangai- Tak suka poyo sangat,brutal sangat pon tak best. Yang cool dan gila-gila boleh diterima. Suka lelaki yang fun dan ada sense of humor. Tidak sawan. Suka buat lawak.  Boleh juga di bawa bergurau. Tak boleh bergurau,boleh duduk surau =p



@Ketinggian- cukuplah mengikuti ketinggian piawai yang dibenarkan oleh SIRIM :D



@Saiz badan - Yang sedang-sedang sajaaa,yang sedang-sedang sajaaa (nyanyi lagu Iwan dangdut). Tak nak kurus kering sangat. Harus lah ada kusyen dekat perut dan lengan sedikit. Tapi tak nak lah terlampau lebat kekabu kusyen di dalam perut nya seperti mempunyai sepasang kembar di dalam perut. Itu tidak mahu



@Wangi- Sentiasa wangi dan tidak merokok




@kewangan- Kalau boleh poket berisi lagi banyak daripada aku supaya tiada hal berbangkit dan mengungkit di kemudian hari. Boleh bagi makan,cukup pakai pon alright dah. Kalau dia kaya pon, biarlah atas usaha dia sendiri, bukan kaya duit mak bapak







@Rupa paras-tak kesah sangat pon macam mana. Iras-iras Channing Tatum pon boleh







Channing Tatum =p


@pandai memasak- Bila aku malas nak masak, boleh lah dia masak kecahkan dapur. Ataupon aku tengah merajuk ke hape, boleh lah dia suprisekan aku dengan masakan dia. Tapi kalau aku dah tahu dia nak masak apa, mungkin sudah tidak terkejut mahupun terpeleot



@Beriman- Aku sangat kagum kalau tengok lelaki yang menjaga waktu solat. Pergi travel mana pon, solat tak pernah nak tinggal. Kalau dia jaga hubungan dgn ALLAH, InsyaAllah hubungan dia dengan manusia akan ALLAH jaga juga kan? =)



@dan lain-lain



Ececececeh tang nak buat list Uda/Dara  idaman ni, amboi kemain panjang masing masing punya list sampai cecah ke lantai.Sebelum nak pilih pasangan tu, cermin dulu ah diri kita ni haaa. Sesuai ke tidokkk (gaya Mak Jemah)  dengan ciri-ciri yang kita nak tu kan?? Actually, kalau nak tahu jodoh kita macam mana. Selalu lah cermin cermin diri kita, apa guna beli cermin punya besar godang tapi tak tengok diri sendiri dalam cermin??? Ni asyik korek jerawat je depan cermin. Cermin diri. Muhasabah diri kita. Tengok diri kita. Kalau kita nak jodoh yang baik, zuriat yang baik, keturunan yang baik, perbetulkan diri kita dulu.



Kalau dah dapat yang tak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman kita 100% pon,kita terima je lah dia seadanya. Kita pun bukan sempurna mana pon. Aku tak kisah ciri-ciri yg minor tu tapi yang paling penting mesti sayang aku lebih daripada aku sayang kan dia. Bila kita dalam keadaan mcm tu baru kita ada kat zon yang selesa dan selamat. Kebarangkalian dia untuk curang pon adalah zero.Mata dia pun dah tak nampak perempuan lain,cuma ada kita je dalam hati dia. Yang penting dia tak CURANG!


Tapi nak percaya orang pon jangan 100%, sebab hati manusia boleh berubah-ubah :)



Baru-baru ni aku ada tertengok program realiti Cornetto Uda dan Dara dekat Astro Ria. Kalau lah aku boleh pilih nak Uda yang macam mana untuk dipasangkan bersama dalam program tu, haruslah mempunyai ciri-ciri yang di atas gituuuu . (engkoo lawa sangat keee masalahnya?) *bunyi cengkerik tengah dikir barat*






 Cornetto ada rancangan baru sekarang dekat Astro Ria, "Cornetto Uda & Dara" nama program nya.







 Ini lah wajah peserta-peserta Cornetto Uda & Dara. Ada ke yang berkenan di hati??? Ada ke tidokkkkkk? (Gaya Mak Jemah lagi)





Merangkap pengacara dan juri (Hanif Era, Shac Era dan Ray Era)



Mula-mula aku ingat rancangan ini untuk cari pasangan untuk kahwin,bercinta dalam program tu pastu naik pelamin dapat anak cucu cicit piut, dah jadi one happy family at home, boleh main kad Happy Family beramai-ramai, tapi rupanya aku silap. Rupa-rupanya rancangan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan memupuk keyakinan di kalangan warga muda Malaysia, pengalaman yang lebih bermakna boleh dibentuk melalui suatu aktiviti yang semudah berkongsi aiskrim!




Haaa korang pon boleh lah tengok macam mana peserta-peserta ni menghadapi ujian-ujian depa dalam program tu. Uda & Dara ni bersiaran pada hari Rabu 9pm sehingga 10pm hanya dekat ASTRO RIA. Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh tengok dekat page CORNETTO ni.





Dok sebut-sebut  aiskrim CORNETTO  ni rasa macam nak ngappp sebijik lah pulak.



Ok bye!




Tidak ada komentar:

Posting Komentar