Senin, 04 Juni 2012

Tanya sendiri, jawab sendiri

Aku tengah bosan gila ni.Tapi mungkin lebih kepada gila daripada bosan. Disebabkan aku tak tahu nak buat apa,meh lah aku tanya soalan dekat diri sendiri lepas tu jawab balek sendiri.


@ apa perasaan sekarang??


Tak ada perasaan tapi rasa macam nak update blog. Eh! dah TER UPDATE PULAKKKKK~


@ nak makan apa??


Teringin nak makan mende alah pavlova ni. Tapi takut tekak kembang pula.Tapi benda ni manis sangat lah pulak. Tapi dah lama tak makan. Tapi rasa macam nak makan. Tapi nak makan takut gemuk pulak. Tapi rasa teringin gila lah nak makan sebab buah beri yang bertaburan tu sangat tempting. Tapi malas nak keluar pergi beli. Tapi nak makan jugak. Tapi badan pon takut naik kembang jugak. (Sila kira berapa perkataan "tapi" digunakan sekarang!)


@ tak suka kalau


Tengah makan kacang. lepastu saja nak main baling baling kacang masuk mulut. Baling punya baling termasuk lubang hidung. Ahhhh menjawab la aku nak meneran kacang tu keluar balik daripada hidung tu.








@ pernah bercinta sebanyak?


tak banyak. lapanpuloh kali je. (riak nya statement. bajet hot and roll sangat)



@ pernah dikhianati?



errr. malas nak jawab. next.




@ apa yang  hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda


Malas la nak buat apa. Sabar je lah. Aku yakin sabar ni banyak hikmah dia. =)
Hidup ni macam roda. Kita buat baik dengan orang. orang buat baik dengan kita. begitu juga sebaliknya. Bukan cakap dekat akhirat sana. Dekat dunia ni pon macam macam boleh jadi. Kita doakan yang terbaik je la untuk dia dan keluarga nya. Malas nak musuh musuh. Karang anak aku terkahwin dengan anak kau karang. tak ke berbesen kita?? *eh! besan


@ impian anda?


Nak jadi pramugari. . .  errrrr boleh??  Sebab ter effect tengok Awan Dania la ni. Dulu aku suka gila tengok Awan Dania ni.Yang season 1 punya lah. Pastu season lain aku tak layan dah. Tapi aku sedar diri gemuk. Nanti terbalik pula kapal terbang tu karang masa aku nak serve orange juice dengan nasi ayam yang ayamnya seciput dan nasi sejemput aje tu. Asal naik kapal terbang, makanan mesti sikit gila secoet je. Tak puas hati betul. Tahu nak makan je la kerja aku ni. mana tak gemuk? Yang aku dapat tahu portion dalam flight tu sebenarnya portion sebenar yang kita kena ambil lah. Tapi kena naik MAS lah. Kalau Air Asia, kena beli makanan sendiri. hikhik


@ Apa makanan kegemaran?



Tempe. Orang selalu tanya aku. "kau ni jawa totok ke suka sangat makan tempe?" lorrrrrrrrr. Kalau bukan Jawa, tak boleh makan tempe ke?  Aku lepuk jugak karang mulut mulut puaka niang rapik ni. Aku tak ada keturunan Jawa pon,tapi aku suka gila makan tempe.Tempe baik untuk kesihatan dalaman tauuu. Ewahhhh tah betul ke tidak, aku main taram je. Makan tempe banyak-banyak, kulit boleh licin macam Khir Toyo. Auwww





@ haiwan apa yang anda tidak suka?


Aku suka haiwan yang cute-cute jek. Tapi kalau letak anjing liar depan aku yang lidah terjelit jelir dengan air liur basi tu tak kan la aku nak bersila pulak depan dia main sep sep tom tom pulak kan?? harusnya lah aku lariikkkkkkkkkkkkkkkkkk~


============





Aku rasa ni dah terlebih gila dah ni. Tanya sendiri jawab sendiri.Macam orang kurang kasih sayang pulokkkk. Sebelum banyak lagi perangai gila yang tak senonoh terserlah,baik lah aku undur diri dulu. ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar