Selasa, 12 Juni 2012

Hantaran perkahwinan mengikut taraf pendidikan? Perlu ke hantaran tinggi?

Amboi, ni jual orang ke jual anak ayam warna warni ni??   :D




Zaman sekarang ni semua berlumba-lumba nak hantaran tinggi,kahwin pon nak grand-grand. Welllll sebagai perempuan, ada lah jugak rasa macam tu kan. Nak jadi raja sehari lah katakan. Eh bukan raja,kalau perempuan nak jadi permaisuri sehari gituuu.Biasalah perempuan kan over sikit perangai nya. Feeling princess sangat. Boleh naik pelamin pakai tiara bersinar bling-bling



Zaman moden sekarang ni macam-macam style kahwin dah ada. Kahwin dekat taman, tasik, hotel, padang, dewan and etc.Pilih je nak dekat mana, janji duit berkepuk, semuanya jalannn. Jiran sebelah kahwin guna telur pindang, kita pon nak kasi up sikit, guna telur emas. Telur emas? Tak ada lah dalam telur tu ada emas. Letak gam dekat telur pastu lumurkan dekat glitter bling-bling warna gold. Tadaaaaa! Jadik lah telur emas. Up sikitttt



Disebab kan aku ni masih single but not available lagi, aku tak kisah pon pasal hantaran ni.Serious tak kesah pon dapat berapa. Tapi dah kata aku tak kisah tu, jangan lah selamba tenuk dia je main bedal letak doploh hengget lapan posen pulak kan.Pastu bagi baju pagoda je. Tu memang sesaja je meminta pelempang laju-laju nama nya,dan diminta dibaling durian doploh bijik secara berjemaah. (eh tadi kata tak kesah). Aku reti masak oreo goreng hokeyyyy. muahahaha.




Actually, aku tak kesah sangat pasal hantaran ni sangat sebab aku kesah pasal life aku selepas kahwin. Time kahwin grand-grand pastu hutang sana sini, buat hape. Lagi nyusahkan hidup aku. Aku mengimpikan kehidupan yang stabil di masa depan kelak. Janji lepas kahwin boleh laki aku bawak honeymoon tempat best-best sikit. France ke, Paris ke, Vanice ke, Italy ke UK ke . (Ulu Kelang pon UK gak ni). Ni bukan mata duitan dah ni hari hari nak makan steak,shopping habis satu mall, ni dah makan angin je manjang. Makan lah angin tu sampai perot kembong cam ikan paus. kehkeh




Tapi kalau pergi kenduri kahwin rumah orang ni, mesti ada je kak nam kak nam dan makcik joyah semua sibuk tanya si polan ni hantaran berapa bagai kan? Kalau hantaran rendah,cakap laki kedekut lah,perempuan berbadan dua lah hape lah,kalau hantaran tinggi pulak,mengata jugak,guna duit mak bapak lah hape lah. Serious tak faham. Pasal hantaran ni selalu aku tengok gitu je, sebab bukan aku yang dapat pon ferrero rocher,beg LV, baju Prada, yogurt Tutti Frutti tu semua kan. Lagi lah pulak pasal duit hantaran. Memang tak koser aku nak ambik tahu.Aku pulak yang terkinja tengok hantaran orang macam beruk mak nyeh pon buat hape, tak ada guna. Kalau pergi kenduri kahwin orang ni, yang paling penting bagi aku adalah makanan. Makanan mesti kena sedap dan tip top. Itu bagi aku lah, sebab aku suka makan. hahahaha



Kalau satu perkahwinan tu grand gila pon, kita ni jangan lah pulak busuk hati. Orang melayu ni memang selalu pantang sikit orang lebih daripada dia.Pastu ngata belakang-belakang. Dia kahwin grand-grand pon satu sen pon tak ada guna duit kita pon. Dah dia dan family dia mampu, suka hati lah kan nak buat majlis besar mana pon


Satu benda je yang aku nak kongsi. Mungkin semua orang tahu benda ni atau pon saja saja je buat tak tahu


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).



" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )



Lafaz Akad Nikah : “Aku terima nikahnya dgn si polan binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM tuttt tunai

Bunyi macam senang je kan? tapi kita tau tak erti sebenar atau erti tersirat disebalik lafaz akad nikah tu.

Erti Tersirat : “Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”




Fuhhh berat tanggungjawab suami ni sebenarnya. Tapi aku saja je lah nak tanya, kalau ada sesiapa yang dah berkahwin baca entri ni, dulu time kahwin berapa banyak eh kos perbelanjaan yang digunakan??? :)




Ok tu je nak tanya. babai :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar