Selasa, 19 Juni 2012

Jalan jalan cari pasal di Genting Highland Theme Park :D

Hari tu pergi Genting Highland dengan member. Masing-masing dah habis exam, mood berjimba dan beronggeng tu amat kuat lah sekali. Cadang nya nak pergi 9 orang. Tetiba last minit masing masing mempunyai alasan yang kukuh tidak boleh pergi kerana duit dah habis lah,dah balek kampung lah,kucing beranak lah, gayat naik cable car lah, ada darah tinggi dan diabetes lah, gaduh dengan makwe lah, dan lain-lain.


Tapi itu tidak mematahkan semangat kami  untuk teruskan juga plan ini walaupun 3 orang je yang dapat hadir ke sidang tergempar Genting Highland Theme Park


Haritu aku pergi Genting time ABP ni tak ada lah sejuk mana pon,so tak adalah rasa macam nak bawak baju tebal-tebal. Dan Azrin yang jeles tak dapat pergi sebab ada urusan family telah berkata



"tak payah nak bajet New Zealand sangat lahhhhh nak pakai baju tebal-tebal. Genting je ponnnnn. Bukan sejuk sangat pon. Malaysia jekk"



Jeles lettewwww, sebab dia tak boleh ikut. kehkeh. Tapi memang sejuk gila woiiiiii hari tu,menggigil-gigil jugak lah dengan kabus tebal gila




Suasana dalam cable car. Tikah tengah syok layan jajan. Si Fatin kelihatan amat riang sekali



Disebab kan Fatin terlebih riang, dia telah sabotaj aku dengan Tikah untuk masuk dalam gambar. Jadik lah suku hidung je nampak



Makin tinggi ke atas, makin tebal lah pulak aiiiii kabus nya. Pastu sejuk pulak tu. Dah ah bertolak pagi-pagi. Rasa macam duduk dalam peti ais dengan beruang kutub




yayyy sampai dah. Tengok kabus tebal dekat belakang. Objek depan 2 orang ni berpura-pura buat muka suci menahan sejuk



Breakfast dulu 



Apa benda tah nama benda alah ni. Tak nak makan berat sangat, kang naik roller coaster muntah berjejeran pulak



Depa punya roti. Makan camni dah rm7. Buat dekat rumah ni boleh dapat tujuhbelas keping roti lagi dengan harga rm7


Berselera nampak nya



Walaupun berperangai kanak kanak ribena terlebih gula, kena juga membeli tiket dewasa. Konon-konon nak pergi weekdays tak ramai orang lah. Tapi ramai gak lah time ni but ramai foreigners



Destinasi pertama adalah Pirates Train. Tengok cam gempak dan menakutkan je kan? Tapi hampehhhh. Penat je aku tunggu lama-lama naik menatang ni. Buang masa aku je. Siapa nak pergi sini, tak naik mende alah ni pon tak pe. Tak best pon sebab tak ada hantu


Space shot untuk budak kecik punya. Tak mencabar


kanak-kanak terbiar =p




Hangin pulak dengan kabus ni, tangkap gambar semua tak jelas sebab kabus tebal sangat. Space Shot ni memang dari dulu aku nak naik,ni sekarang baru nak merasa


Muka eksaited memasing sebab tak tahu hazab nya macam mana lagi time ni. Best ke tidookkkk


Tu diaaaaaaaa! Tapi aku berterima kasih jugak dekat kabus ni sebab aku tak nampak pemandangan apa apa pon masa naik ni. Rasa macam di awang-awangan je bila dekat atas tu. Si Fatin lagi ah dia cakap rasa macam di syurga. Takleh blah. haha. Kalau aku nampak lah pemandangan dekat sini, mesti terus gayat kot. Mende alah ni naik tinggi gila,pastu ada bunyik hape tah, terus lepaskan kita laju-laju. Time tu ada lah rasa punggung hilang kejap.



Destinasi seterusnya adalah Bumper Boat. Kalau berat 75kg ke atas tak boleh naik ye. Nasib baik berat aku empatplohlapan kg. <===== walaupunnnnn



Punya sedap tunggu dekat bumper boat ni, hujan lah pulakkk. Lebat gila ok. Semua dok lari bertempiaran. Aku pon tertanya-tanya gak ni mana depa nak pergi sebenarnya. Tapi kitorang tunggu je lah dekat situ. Tunggu punya tunggu dapat jadi kumpulan pertama yang main bumper boat. weehuuuu



Ini lah rupanya bumber boat itu. Best woh naik mende ni. Cuma tangan je lah rasa cam tak best lepas tu, sebab benda tu bergegar-gegar dekat tangan. Rasa kebas tangan. Tapi benda ni antara yang best jugak lah.



Ni turn diorang lak naik. Aku memang tak suka mende alah yang pusing-pusing. Takut pening lalu muntah berjejer karang. Habis kepala abang botak yang duduk bawah . Selamba je kang dapat syampu free berkeladak atas kepala. Aku lebih rela naik roller coaster yang nak turun naik turun naik sampai rasa nak terkeluar jantung tu lagi daripada naik menatang pusing-pusing macam ni




Yeee saya putar halimmmmmmmm. Saya putarrrr. Wang besar! Wang besar! Ghasak korang lah yang dekat atas tu




Ni roller coaster baru ke eh yang ada dekat sini? Dulu rasanya macam tak ada. Roller coaster Spiderman ni yang nampak paling mengujakan. Mula-mula suruh Tikah naik dulu,pastu bagi tahu perasaan macam mana. Dia kata menakutkan tapi best gilaa. Pastu aku pon naik. Perghhh setiap penjuru aku terpekik terlolong. Sebelah aku mat arab mana tah. Dok gelak je aku memekak dekat sini.



 Tapi serious best woh benda alah ni! Rasa macam kau terbang macam Spiderman. Cuma tangan kau tak boleh nak keluar cecair yang boleh jadi web je lah. Siapa datang Genting Highland tak naik Roller Coaster Spiderman ni memang rugi ah. Ni yang paling thrill dan best!


Dekat Flume Ride ni paling hazab sekali nak menunggu nya. Lama sangat! Masuk-masuk je dah bagi amaran yang sesiapa naik ni akan basah,memandangkan ni benda alah yang terakhir nak naik, tak kesah lah. Basah pon basah lah


Feeling-feeling dok dalam gua



Penunggu gua yang bosan nak meninggal dalam ni, Mulut Fatin sampai biru dah sebab sejuk sangat. Tapi dalam ni tak ada lah sejuk sebab tertutup kan. Tapi Flume Ride ni best gak ah. Berbaloi lah menuggu lama gila cam orang gila dalam gua ni. Dah ah basah, pastu angin kuat gila pulak. Sejuk dia memang terbaik dari kebun ah. Gambar dekat Flume Ride ni tak ada, kang jahanam pulak camera sebab kebasahan.




Nak solat jangan risau, ada surau dekat sini.



Ok tu je lah,kalau rajin sambung lagik. babai!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar