Senin, 31 Desember 2012

Nostalgia 2012


Assalamualaikum 

kepada semua pembaca yang jauh mahupun yang dekat ... jauh mari dekat yang dekat mari rapat ... :'D ... so , sekarang ni kat pesbuk semua pakat dok sibuk up-date pasal 2012 , ada macam-mcam komen yang ada ... bla bla bla ....... so korang pulak macam mana? mesti dok sibuk up-date status jugak kan ??? yang nak exam cara nak exam , yang nak kuar malam ni untuk sambut tahun baru pun ada , blogger macam yumi pown dok sibuk mencari idea untuk up-date blog masing-masing , ada yang ' Hai 2013 , bubui 2012 ' dan macam-macam lagi ... 

so apa-apa pun sebelum masuk tahun baru ni kita perlu la ucapkan apeeeee???? ALHAMDULILLAH  sebab kita dah diberi kesempatan untuk hidup dengan sihat dan masih lagi bernafas hinggalah berakhirnya tahun 2012 ni kan ... so segala apa yang terjadi di sepanjang 2012 ni kita jadikan teladan untuk masa hadapan ...

Hhhmmmm ... sepanjang 2012 ni apa yang yumi dah lalui erk ??? jap nak refresh balik kenangan 2012 ...kalau nak pikir balik memang banyak ...  so nak kena cari yang terbaik jer la yer ... ^_^
okey , yumi habis zaman persekolahan 31.12.2011 iaitu tamat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng . Ramai orang akan salah anggap yang yumi ni sekolah kat sekolah cina , tapi sebenarnya tak . nama jer cina tapi majoritinya ialah kaum melayu . Lepas tu dok sibuk isi UPU ngan kawan-kawan yang lain . dah abid bab tu dok pikir plak bab nak cari kerja ... tup tup dapat interview dekat area rumah jer (dekat sikit nak balik makan free ^_^) . Nak dikatakan rezeki , yumi dapat kerja tu sebagai kerani akaun .. jadi la kan daripada dok merempat kat rumah goyang kaki ... so , dapat la pengalaman kerja hampir 6 bulan ... alhamdulillah dapat merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri (walaupun kerja dalam aircond)


dengan kakak-kakak sporting kat pejabat ... ^_^

yumi de gak wat keje yang kononnya nak isi masa lapang ... dengan jadi model ... haha macam kelakar jer bunyinye kan ... tetiba plak jadi model ... bukan sengaja pun ... semua tu berlaku secara tak sengaja .. dah kakak opis sekolah tu tanya yumi nak tak jadi model bertudung , yumi cakap nak je la dengan niat sekadar nak mencuba ... nasib baik mak ngan abah izinkan ... lagipun bukan jauh sangat pun kat area Taiping jer pun ... jeng jeng jeng



... okey sambung cerita tadi ... dalam dok sibuk wat kerja , buka web upu ... tengok-tengok ada panggilan temuduga kat UITM   Shah Alam untuk ijazah sains sukan tapi bukan rezeki yumi kat UITM tu ... next interview kat UM (dalam hati aku kena wat betul-betul ) sebab dah minat sains sukan kan , so kena la usaha keras sikit ... alhamdulillah rezeki yumi kat UM ...

so kerja berul-betul untuk habiskan semua tugasan yang tak siap lagi then yumi berhenti kerja tu awal seminggu selepas raya puasa sebab mak masuk HKL ... lepas mak kuar HKL yumi terus daftar UM ... then siapkan diri untuk MHS (Minggu Haluan Siswa) penat tu memang la penat sebab terpaksa bangun awal pagi untuk join semua aktiviti yang kolej dah tetapkan untuk semua student baru ... TERBAIK sebab dapat kenal ramai kawan baru dari pelbagai negeri ... ^_^ lepas jer MHS abis disusuli pulak dengan MIK (Minggu Intergrasi Kurshiah) ... yang ni senior dan junior semua campur ... ada pelbagai game ... best tapi penat ...


lepas semua aktiviti ni habis , bermula lah hidup sebagai seorang student di UM ni hah ... kelas untuk sem ni cuma hari selasa hingga khamis jer ... tapi jadualnya sampai malam la ... nampak macam best jer kan (senyum sampai ke telinga) disebabkan yumi ni 1st year student , so tak boleh bawak kenderaan , so kat situ  nampak susah sikit la sebab kena pegi kelas naik bas yang disediakan ... so kena lah gerak awal ker fakulti sebab fakulti sukan jauh dari kolej kediaman yang yumi duduk sekarang ni ... so dalam perkiraan la nak bawak kenderaan ... hhhmmmm (fikir sejenak) ...

yumi punya classmate dah sah-sah la ramai lelaki sebab dah nama pun sukan kan ... tapi diorang semua memang best ... ada dari pelbagai negeri dan negara ... international student ada 5 orang ... diorang semua dari BRUNEI , INDONESIA , IRAN dan KOREA ( Exchange Student )


ok ni la kawan - kawan baru yumi ^_^
Hello My Friend .. Nice To Meet You

okey .. dah la ... jadi yumi dah hampir kurus sebab dok gerak sana sini untuk menaip semua nostalgia 2012 ni ... so nanti kalau ade yang yumi ingat pasal 2012 lagi , yumi up date lagi okey ...

bubui


thanks for reading 


saranghae(LOVE)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar