Kamis, 13 Desember 2012

Apa yang best nya sinetron indonesia ni??



Julia Perez?? Who?? Sebab kenyataan dia ni ah aku kenal perempuan ni. Kalau tak, tak tahu pon siapa. Pelik aku, ada lagi orang-orang kita yang ambik dia ni berlakon dekat Malaysia. Kalau nak ambik pelakon seberang,kot ye pon biarlah semenggah sikit. Depa ni memang sah-sah lah maju dari segi sinetron sebabnya otak diorang memang marvelous nak fikir skrip sampai jadi beratus-ratus episod. Malaysia takat mampu 13-20 episod jeeeeeee LOL



Tak semua sinetron indon buruk. Same goes for malaysian drama. Pernah gak lah layan sinetron indonesia ni dulu-dulu. Sekarang dah malas dah lah nak layan, sampai naik loya setiap kali tengok iklan Nada Cinta dekat tv . Sinetron Nada Cinta pon hazabedah jugak tu. Rasa nak menangis tetiap kali keluar iklan tu dekat tv. Kenapa lah aku kena hadap iklan naaa naaa nada cinta ni. Nyanyi pon gagap! Stress aku



Bagi aku, drama Malaysia yang petang-petang tu jauh lebih baik daripada sinetron Indonesia. Cerekarama dekat tv3 tu pon selalunya best. Dah la depa ni banyak meniru drama Korea :D


Kalau setakat baru tengok 1 drama je dah terus buat kesimpulan, memang tak adil la. Kita pun boleh cakap sinetron indon membosankan sebab balik-balik scene balas dendam, dengki, etc yang memang sinonim dengan masyarakat diorang sendiri. Meh sini nak buat kesimpulan jugak bila layan sinetron indonesia ni




Kalau sinetron indonesia ni je mesti ada part:

- Watak perempuan mesti selalunya lagi jahat daripada watak lelaki

- Babak hero/heroin yang mati, tup-tup hidup balik. Kalau bukan kembar pun sebab muka depa sama. Nak pelakon yang sama berlakon gak punya pasal

- Time nak kena langgar kereta/lori ke. Boleh pulak tengok kereta tu balik. Bukannya nak elak pon. Memang mintak kena langgar ke hape?? bengong

-Selalunya lah cerita asyik tertukar anak.Asyik-asyik tertukar anak. Bila nak jumpa orang yang dia cari, mesti dengan cara tak sengaja nak terlanggar

-Doktor/polis/nurse mengong,senang-senang je penjahat menyelinap pastu menyamar

-Kalau ada 5 orang dalam babak tu, lima-lima muka tu dia nak zoom sorang-sorang. Ternganga lah, terbeliak lah,terkejut lah. Konon macam berdebar-debar sangat ah time tu???


- Kalau nak bagi tahu rahsia bapak punya besar dan yang penting gila ni,nada suara tak boleh nak slow. Harus cakap kuat gila sampai orang yang dibalek pintu pon dengar dengan jelas. Selalunya orang yang belakang pintu mesti orang yang jahat gila dalam sinetron. Pastu tak kantoi lak tu. 

-Tetiba ada watak baru yang muncul dari planet mana entah

-Orang kaya benci orang miskin pastu jatuh cinta

-Yang miskin tetiba jadi kaya, yang mati hidup balik

-Time nak bongkarkan kebenaran je, mesti ada je benda yang halang

- Mulut ternganga,pastu cakap sensorang. Tu pon dah makan sepuluh minit. Gila!

-Setiap orang mesti ada kembar, dalam 1 family tu, mesti ada sorang yang sebenarnya anak angkat


-episod memang panjang gila punya ah. Setahun pon tak habis-habis. Episod nak beratus-ratus je


Eh banyak lah lagi kalau nak senarai. Bikin stress je layan sinetron indon ni. Tapi TV dekat Malaysia ni kemain bersepah asyik tayang sinetron indonesia ni je. Kadang-kadang kelakar jugak. Tapi sebodoh-bodoh sinetron indonesia, rakyatnya tetap menyokong sinetron tempatan.



Kita pulak?









*bunyi cengkerik*




Tidak ada komentar:

Posting Komentar