Kamis, 20 Desember 2012

Marilah mengelak kan diri kita daripada digigit nyamuk yang malaun ini

Siapa sini pernah digigit nyamuk?? Tak payah nak propa lah kan kalau tak tahu nyamuk tu menatang hape. Aku tak suka nyamuk ni sebab depa ni spesis spesis yang kwanghajar (amboi marah bebeno ni). Lepastu sesuka hati dia je menghisap darah kita . Kot ye pon mintak izin lah dulu tuan badan nak hisap darah orang. Ye dak? Ni main bedal suka hati dia je.





Kenyang sangat lah tu. Blah lah kau nyamuk. Malaun betol



Sesiapa yang pernah duduk hostel, pulak pulak dapat bilik yang nyamuk suka lepak-lepak malam-malam. Atau anda merasa annoyed dengan nyamuk-nyamuk yang malaun ni?? Ye! Anda di entri yang betul sebab aku nak bagi tips untuk tidur nyenyak tanpa di ganggu gigitan cinta yang tidak diundang oleh nyamuk malaun





TIPS nya adalah. Gunakan lah mende alah ini:





































TADAAA!! Walaupun ditulis terang-terang untuk baby. Jangan risau,semua golongan pon boleh pakai. Actually tak kesah brand apa pon. Janji lotion. Tapi aku suka lotion ni. Wangi je. Tidur pon feeling-feeling baby kena dodoi tonggang-tonggek dalam buaian (over sangat imaginasi)






Cara-caranya: Lumurkan lotion di seluruh badan anda sebelum anda tidur. Dah siap!


Kelebihan-kelebihan yang anda akan dapat selepas melumurkan lotion ke seluruh badan sebelum tidur:


@Nyamuk tak kan berani nak gigit engkoo. Mungkin sebab bila dia try nak gigit. Dia rasa pahit kelat ke hape kan. Tah aku pon tak tahu hape yang ada dekat lotion yang menyebabkan depa ni tak jadi gigit kita.


@Badan kita pon jadi wangi je. Tidur pon selesa. Boleh mimpi best best dengan nyaman. Tak kesah lah mimpi basah atau mimpi kering. Nescaya anda tak kan di ganggu oleh nyamuk.


@Tidur anda akan lebih lena dan wangi sentiasa. Nanti mimpi pon wangi wangi.Tak ada dah dapat mimpi busuk (Ni tak sure sangat lah dapat mimpi apa. hehe)

@Kulit pon lembut je selembut bayi. Kulit tangan pon jadi lembut macam tak pernah buat kerja dekat dapur.



Kalau siapa selalu kena gigit nyamuk. CUBA-TRY-TEST letak lotion satu badan sebelum tidur. Pastu cakap dekat aku berkesan ke tidak. Tapi tak tahu lah kalau dekat kau tak berkesan pulak.Dekat aku jadi je. Kalau tak berkesan , pergi la tonyoh ubat nyamuk tu satu badan atau pon spray ridsect satu badan macam spray perfume.Kalau tak jadi jugak, makan lah terus ubat nyamuk tu.




ok bye!



p/s: sebenarnya dah lama dah tak dengar orang cakap perkataan 'malaun' :D


Tidak ada komentar:

Posting Komentar