Selasa, 04 Desember 2012

Gadis Konfiden Kotex Fresh! :)

Haritu aku ada war-warkan contest untuk Carian Gadis Kotex® Fresh dekat ENTRI INI. Sambil war-warkan, saja-saja lah hantar gambar sendiri jugak. Sekali dapat call daripada team Kotex cakap aku terpilih jadi top 30 finalis. Wahh seronoknya! First time ni aku pergi boot camp. Dulu time sekolah pon tak pernah pergi bootcamp.




 Tempat berkumpul dekat ofis Kotex® Kelana Jaya, depa suruh datang pukul 7.30am. Aku sampai memang tepat-tepat je pukul 7.30am. Masuk-masuk je semua tengah breakfast. Lepastu awek-awek yang jadi top 30 finalis ni pulak semua cun-cun. Mula ah rasa insecure. Awal-awal dah tak konfiden ni,apa cerita??







Dah sampai dah semua orang! Time ni belum warm-up lagi. Masing-masing tak kenal pon lagi. Pose V pon macam tak konfiden sangat je . Pastu masing-masing naik bas, bertolak ke Club Med Cherating. Dalam bas dok buat taik mata je. Ye lah, perjalanan ada lah dalam 4jam.Sampai-sampai Club Med Cherating je, semua mata segar bugar teruja. Cantik gila Club Med Cherating ni!! 





Haaaa cantik tak??





Yang best nya bila sampai jer, Kak Azah 3R, artis Kotex® Memberku Hawa – Nad Zainal, dengan semua crew Club Med semua datang sambut kitaorang bila turun daripada bas. BEST!! Rasa macam dihargai je!! :D



Sampai-sampai je, hantar barang dekat bilik,lepastu bermula lah Orientasi Kem: Zon Anda & Saya. 




Masa ni lah aku jumpa kak Azah 3R face to face!! Dulu aku minat gila kot tengok 3R ni. Ingat lagi tagline dia Relaks, Respek dan Respon . heee. Kak Azah ni dulu study law rupanya, patut lah petah berkata-kata :D






Program untuk hari pertama jer dah mencabar, lepas orientasi kem tadi, malam pulak ada sesi hubungan – macam mana nak selesaikan konflik antara keluarga, kawan, ditempat kerja. Best! 





Hari kedua lagi mencabar. Awal pagi dah pergi sesi bersenam – Berzumba la pulak! Segar rasanya pagi-pagi ni, nak pulak mengadap laut. Memang fresh. Lepas breakfast, start balik sesi no. 3, Zon V dimana kitaorang belajar lebih mendalam tentang bahagian dalaman wanita. Tak lupa juga kitaorang diberitahu mengenai barangan penjagaan wanita Kotex® - Pro Active Guard ni memang bagus. Ia ada penghadang tepi dan belakang yang memberi perlindungan sepenuhnya dari kebocoran so tak da la kita rasa was was bila datang bulan. Satu lagi, pantyliner Kotex®, aku baru tahu yang Kotex® Fresh Plus sebenarnya adalah liners pertama yang terbukti membantu melindungi Zon-V. Yang paling aku suka Kotex®Fresh Plus Ultra V-Care dengan pengawalan bakteria semasa penggunaan. DAN yang paling penting, kesemua pantyliner ni semuanya dengan permukaan bebas bernafas, sesuai dipakai setiap hari. Terbaekk la Kotex®!




Lepas tu pulak, ada sesi karier. Masa ni la aku patahkan pensel.Tak sangka sampai dua batang pensel aku boleh patahkan. (Bukan buat-buat tapi tujuan utamanya focus). Last sekali Cabaran Kotex® Med. Masa ni, aku enjoy sakan buat aktiviti luar.



Ni masa cabaran Kotex Med! Haaaa tengok Iqa dah jadi tarzan dah tu




Kecik!! Panggil dia kecik je sebab dia kecik. Hehe. Best kawan dengan kecik ni. Happy go lucky je budak kecik ni.Pantang di sua kamera,mesti muka dia yang paling happy antara yang lain :D



Team mate aku! Tapi KECIK dengan WIE menghilang pulak pergi memanah. Kitaorang semua time ni tengah naik train nak pergi buat cabaran dekat pantai.



 
Sesi malam. Parti Kotex! 

Cha with Dazrin

Nampak Hanis Zalikha?? :D



Artis-artis yang berlakon dalam Memberku Hawa pon datang. Ada Hanis Zalikha dan Dazrin. Dekat atas ni roomate aku Cha. Cha (roomate aku selama 3 hari 2 malam). Peramah gila Cha ni. Borak dengan dia ni, macam dah kenal lama jek. Pastu pandai mekap-mekap pulak tu. Muka Cha ni ada macam Fasha Sandha sikit kan? Hehe





With Nad Zainal!! Comel gila Nad Zainal ni bila tengok depan-depan. Orang nya ceria je. Suara dia paling mahal hokayy. Husky ala-ala Mila Kunis. Tak tahu lah apasal,bila dengar Nad Zainal ni bercakap mesti teringat Mila Kunis :p


Top 30 finalis dan selebriti malam tu :)



Ni masa hari terakhir kitorang dekat Club Med Cherating. Time pengumuman hadiah. Ini lah wajah pemenang-pemenang nya. Tahniah Zaireen, Ain dan Mei!!! Korang memang best dan konfiden gila lah!



Pemenang pertama: RM5000 + bekalan Kotex selama setahun (Nur Zaireen Binti Mohd Zait)
Pemenang kedua: RM4000 + bekalan Kotex selama setahun (Norain Binti Abdullah)
Pemenang ketiga: RM3000 + bekalan Kotex selama setahun  (Teh Mei Yi)



Tahniah semua! Boleh lah belanja handbag LV seketul eh pasni. kehkeh



Ni wajah-wajah pemenang yang menang sub categories. Comel lote semua awek-awek ni.Yang paling penting,depa ni konfiden dan fresh! :D


Miss Fashionista - Nor Mastura Binti Ahmad Tajudin
Miss Congeniality - Teh Mei Yi
Best Team Player - Chinta Ily bt Mokhtaruddin
Best Team Leader - Nur Zaireen Binti Mohd Zait
Best Communicator - Norain Binti Abdullah
Miss On Time - Kamaria Hana Bte Kamaruzaman
Miss Revolution - Kamaria Hana Bte Kamaruzaman
Most Fun Girl - Ku Nor Afiqah Binti Ku Abd Halim


Amboi-amboi Marya Hana tu sampai dua selimpang sapu bersih. Curlsss kau Marya!! :D




Nak nombor telefon awek cun yang mana satu?? :D



Kalau dah graduate dekat uni, dapat jubah konvo kan? Tapi dekat bootcamp Kotex ni, semua dapat jaket jeans sorang satu, ala-ala graduate daripada bootcamp ni lah. Haha comel jek





Saat-saat terakhir bergambar ramai-ramai. Seronok sebab dapat kawan baru yang memang semua nya happening! Rasa sedih pon ada bila dah nak balek dah. Tak apa, facebook masing-masing semua dah add kan? :D



Banyak yang aku belajar daripada bootcamp ni. Kak Azah lah yang paling banyak bagi motivasi. Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita ni perlu motivasi. Memang dapat satu pengalaman yang best lah bila ada dalam bootcamp ni. Dalam bootcamp ni tetiba kena jadi pengacara satu rancangan,kena lari peluh-peluh untuk cari kad yang ada point, belajar macam mana nak kenal cinta sejati, belajar macam mana nak mekap muka sendiri,belajar berkomunikasi dengan orang,boleh  main archery secara free dan yang paling aku tak sangka,aku boleh patahkan 2 batang pensel sambil visualize. Bak kata Kak Azah, kalau sesiapa yang dapat patahkan pensel tu,kerjaya yang dia visualize tu,insyaAllah akan jadi kenyataan jugak satu hari nanti. Ehemmm hehe





Well, inilah pengalaman yang aku tak dapat lupakan sepanjang final Carian Gadis Konfiden Kotex® Fresh 2012. Memang best gila!. Kalau korang nak tahu, banyak lagi peraduan-peraduan yang best korang boleh join dekat Kotex® ni . Cari dekat FB Iknowmovement, dan click like. Mana tau ada lagi kem-kem best macam ni.Boleh lah join! Last but not least – THANK YOU KOTEX®!! :D





*48 hours sponsored post*





Tidak ada komentar:

Posting Komentar