Rabu, 05 Desember 2012

(MOVIE REVIEW) Life Of Pi . Must watch film of 2012!!


Siapa dah tengok cerita ni?? Siapa nak tengok cerita ni, aku recommend tengok yang 3D punya sebab cinematografi dalam cerita ni cantik sangat! Memang rasa harimau tu haiwan belaan kau lah bila kau tengok 3D. (amboiii) Yang part haiwan-haiwan dalam cerita ni nampak realistik terutama harimau tu. Rasa macam harimau betul je yang berlakon. Tapi ending cerita ni membuatkan penonton tertanya-tanya mana satu version yang betul. Sebab ada 2 version

Harimau Malaya. kehkeh



Nama harimau dalam cerita ni Richard Parker. Amboii nama kemain meletzzzz! Curlass sangat nama engko ghimau.


Permulaan cerita, banyak cerita kisah Pi time kecik (part ni banyak gak yang kelakar) sampailah kapal yang dia naik dengan family dia karam. Ingatkan Pi dengan Zebra je yang terselamat masa kapal karam tu. Rupa-rupanya seekor dubuk pon ada dalam bot penyelamat tu. Dubuk ni aku menyampah betul sebab dia jahat. Tiba-tiba Orange Juice (orang utan) datang dengan comelnya menyelamatkan diri atas bekalan pisang yang terapung. Comel je Orange Jucie ni. 



Part yang paling mengejutkan, rupa-rupanya harimau (Richard Parker) pun ada dalam perahu tu jugak. Memang terkezut habis lah.Tapi part Pi ni hidup dengan harimau sangat best! Kelakar pon ada. Bayangkan lah beratus-ratus hari kau nak duduk dengan harimau, haaaa apa kau nak buat dengan dia? Main sep sep tom tom? Memang tak ahhhh




Bak kata Pi dalam movie ni, " Do u believe the first story or the second? If u believe the first story, then u believe in God "


Seperti yg dinyatakan dalam movie, kalau percaya kepada tuhan, maka percayalah kepada cerita pertama yang disampaikan (yang part harimau ni). Kalau tak, percayalah kepada cerita kedua yang disampaikan pada akhir movie (pembunuhan antara tukang masak, buddish chinese, Pi, dan emak Pi )


Bagi aku, peristiwa yang sebenar berlaku ialah cerita kedua. .Peristiwa yang sebenar cerita yang ke dua,tapi aku nak percaya yang cerita pertama versi harimau tu sebab harimau tu lawak walaupun at the end dia sombong. hehe.Lagipon cerita ke dua ni sangat kejam untuk aku digest. Cerita asal,tukang masak telah bunuh buddish chinese (Zebra) dan emak Pi ( orang utan ). Pi ( harimau) kemudian telah bunuh tukang masak (dubuk ).



Pi lepastu ada sampai dekat satu pulau karnivor ( sebenar mayat emaknya ). Banyak haiwan-haiwan kecil yang wujud sebenar adalah cacing-cacing dalam tubuh mayat emak Pi. Pi  telah lama terapung di laut dan tak dapat bezakan antara realiti dan khayalan. Dia telah makan tubuh emaknya. Sampai lah dia nampak tubuh gigi manusia, barulah dia realise perkara sebenar dan membuatkan dia nak tinggalkan pulau. 



Cerita ini nak sampaikan kekuatan rohani / tuhan mampu bantu manusia untuk mengharungi cabaran walaupun tidak dapat dibuktikan melalui sains.





In the end. Bila tengok cerita ni, bukan soal cerita mana satu yang betul. Ia tentang apa yang kita mahu percaya sebagai betul  :)



Gigih lah nak pose sama dengan poster! Btw, kucing putih comel, cuma kalau dia nganga macam harimau sebelah tu lagi nampak sebijik :D


Overall aku boleh bagi 9/10 bintang untuk cerita ni. Must watch film of 2012!! Pergi lah tengok,best kalau tengok 3D sebab gambar sangat cantik! Pastu korang boleh pilih versi yang mana satu untuk korang nak percaya atau versi mana yang korang rasa macam tak logik :D





p/s: Aku tak pasti aku jadi tukang review movie ni atau spoiler. muehehehe k bye

Tidak ada komentar:

Posting Komentar