Minggu, 30 Desember 2012

Kini saya lebih konfiden


Kalau bercakap pasal kehidupan di universiti yang berlonggok-longgok assignment dan selalu kena buat presentation. Aku lebih suka buat assignment lagi daripada buat presentation. Sebab aku ni kalau  cakap depan orang ramai nak buat presentation mesti darah gemuruh datang. Bukan tangan je menggigil, bibir pon menggigil. Tapi ramai yang tak perasan part bibir menggigil sebab fokus mereka adalah pada tangan yang menggigil. Memang teruk benar ni tahap parkinson nya.Bila kena buat presentation depan orang je, mesti simptom-simptom pelik ni berlaku.Padahal bukan ramai mana pon dekat depan, budak-budak kelas je. Tapi itu dulu...




Pengalaman yang aku dapat daripada menjadi finalis Carian Gadis Konfiden Kotex® sikit sebanyak dapat menolong aku dalam banyak hal la. Yang penting dapat atasi kegigilan (kegigilan?) aku bila bercakap depan orang ramai dan lebih konfiden! Kak Azahlah yang paling banyak bagi motivasi. Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita ni perlu motivasi. Memang dapat satu pengalaman yang best lah bila ada dalam bootcamp ni. Kalau boleh, aku nak kongsi dengan member-member apa yang dah aku belajar selama 3H2M kat sana. Sharing is caring la katakan! Supaya kita semua boleh tukar menjadi seorang wanita yang konfiden tak kira masa dan dimana-mana. Wahhh gituwwww



Selepas balik daripada bootcamp Kotex® ni terus konfiden! Asal ada presentation je, mesti nak jadi orang first yang present dekat depan. Belum lecturer panggil nama lagi siapa nak present,aku dah angkat tangan tinggi-tinggi dah nak present first. Punya lah semangat berkobar-kobar. Part paling best, dah tak menggigil dah bila present dalam kelas! Oh sukanya iolssssssssssss! Thanks Kotex® kerana mengembalikan keyakinan diri ku ini :D





Satu lagi benda yang aku suka pasal Kotex® ni, rangkaian tuala wanita dan pantyliner yang tiada tandingan – rasa selesa, selamat & fresh!. Bila kita rasa selesa dengan diri kita dalam apa jenis keadaan sekali pon, automatically can boosting up our self confidence and stay positive! Curlasss aku speaking omputeh sikit :D




Kalau ada bootcamp organized by Kotex® lagi lepas ni. Tolong lah pergi. Memang best gila! Kalau korang nak tahu, banyak lagi peraduan-peraduan yang best korang boleh join dekat Kotex® ni . Cari dekat FB Iknowmovement, dan click like. Kalau ada bootcamp camni lagi jangan lupa join tau! Pengalaman sekali seumur hidup dan korang mesti akan ingat sampai bila-bila :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar