Selasa, 25 Desember 2012

Fakta ke auta ke,pandai-pandai lah pilih sendiri


Aku tengah bosan. Exam just around the roundabout,tapi malas nak bukak buku. So aku nak cerita sikit sikit lah pasal aku. Kalau kau orang baca, kau orang pon ikut bosan. Yes! misi aku berjaya buat kau orang feeling-feeling bosan sama dengan aku. Kita serupaaa kita serupaaa :D





@ Aku boleh tidur dengan nyenyaknya kalau lampu terbukak dan juga lampu tertutup. Tak kesah la cahaya terang benderang macam nak sambut Deepavali ke. Gelap gelita tak ada eletrik ke. Aku masih lagi boleh tidur dengan nyenyaknya. Hebat bukan?



@Aku boleh bawak kereta tapi aku tak ingat jalan. Sebab kalau aku tak drive, aku akan duduk seat belakang jadi bos. So automatically aku akan tidur. Sebab tu bila aku drive,aku tak tahu jalan. Kadang-kadang nak balik rumah sendiri pon aku sesat



@ Time kecik-kecik dulu aku bercita-cita nak jadi pramugari. Tapi bila dah besar godang,gemok gedempol tendang masuk gol ni,jadi pramugaru je lah yang sesuai. Kang jadi pramugari mahu terbalik pulak kapal terbang





@ Seorang yang mempunyai banyak gila persoalan dalam kepala dan dalam otak. Suka tanya benda pelik-pelik dekat orang. Tapi kadang-kadang bukan nak tahu sangat pon. Saja je nak tanya




@Kalau gosok gigi, akan gosok lidah sekali






@ Dulu masa lepas SPM, Ian Somerhalder pernah masuk meminang,tapi aku tolak dengan alasan dia tak bersunat





@ Seorang yg straight,tidak bengkang bengkok



@- Mempunyai dua lubang hidung dan kandungannya berubah dari masa ke semasa. Kandungannya mempunyai pelbagai perisa. Paling sedap perisa strawberry. Kalau dapat perisa coklat tu kira bertuah badan la tu.






@Aku baru tahu yang Ray J tu bukan berbangsa cina

















Ray J




Ok lah cukup lah aku merepek dan bercerita sedikit sebanyak tentang diri aku. Ada fakta, ada auta. Pandai-pandai kau orang lah pilih mana satu auta, mana satu fakta. ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar