Rabu, 11 Juli 2012

Si comel yang makin comot

Haritu aku balek rumah jap. Sekali tengok ibu aku ni ada hobi baru membela haiwan peliharaan. Dah lama family aku tak bela-bela haiwan ni. Paling last masa aku sekolah rendah kot. Time tu bela arnab dan hamster. Tapi arnab ni cepat sangat mati.Hamster pon aku rasa bagi orang je lepas anak dia banyak sangat



Balek-balek dari hostel, terus ada kucing dekat rumah.Hobi ibu aku sempena nak masuk bulan Ramadhan yang mulia ni kot



Nama si kecik ni COMEL. Tak larat nak fikir memerah otak nama gah-gah canggih manggih bagai. Sebab masa dia kecik cenonet baru tumbuh bulu,kaki pon masih lemah untuk berjalan,time tu dia comel sangat. Sekarang ni dah makin godang,makin comot lak aku rasa. Lepas tu dia ni suka gigit kaki aku,lagi lah aku hangin je dengan dia ni



Selalu remote ni lah buat main-main dengan dia. Bodoh jugak dia ni kadang-kadang. Dengan remote goyang-goyang inul pon teruja nak cekau-cekau.




Di sebab kan selalu disogokkan dengan cerita-cerita melayu seperti  budak kampung masuk bandar terus jadi perempuan keberet. Dia ni pon dah pandai dah main kenyit-kenyit mata melakonkan aksi perempuan keberet. Pengaruh filem melayu betul dia ni. Kecik-kecik dah gatal




Ni emak dia. Bulu dia macam tompok-tompok dan tidak sekata. Kita namakan dia TOMPOK je lah. Senang cerita. Dia ni lagi hazab. Dia ni lah pergi ajar anak dia aksi gigit menggigit ni. Anak dia pon lurus bendul,ikut je ajaran emak kau dari ajaran AYAH PIN pong ni. Hobi dia ni tidur makan berak tidur makan berak. Asyik nak makan je kerja. Dalam sehari doblas kali nak makan. Kau ni bela jin apred dalam badan ke apa ni TOMPOK???



Depa ni suka gurau kasar. Asal gurau je nak ber 'wrestling'. Asal gurau je nak tarik-tarik ekor. Tu lah kucing zaman sekarang ni. Terpengaruh tengok WWF kot. Si COMEL tu amboi amboi amboi,camwhore betul. Time ber 'wrestling' dengan mak dia pon sempat pandang camera. Kau ingat kau Amber Chia??



Muka TOMPOK ni memang muka mintak penumbuk je aku rasa.Sebab TOMPOK ni lah aku geram jugak dengan si COMEL ni. Dua-dua ni akan jadi baik time depa nak makan dengan nak tidur je. Time nak makan,tahu pulak dok tergesel gesel ngiau ngiau nak makan. Kalau time lain,pantang jumpa kaki,mesti nak gigit.




Sebab COMEL ni suka sangat menggigit, DENGAN KUASA BULAN AKU AKAN MENGHUKUM MU!! *bajet SailorMoon*











































Aku telangkupkan dia guna tudung saji. Haaa padan muka kau. Cari pasal lagi dengan aku. Dok gigit-gigit kaki aku. Kau ingat kaki aku ni ikan tuna ke hape?

Tapi elok pulak baik dia dalam tudung saji ni. Tak ada pulak mengiau mintak dilepaskan. Mungkin dia ingat tudung saji ni igloo kot. Tapi disebab kan aku ni baik dan bersifat penyayang terhadap binatang peliharaan (walaupunnnn) aku pon keluar kan lah dia dari tudung saji tu.








Pastu terus menyorok dekat celah penjuru buat muka kesian. alolololololo. Ingat comel lettewwww. Lagi aku rasa nak penumbuk kau lagi ada


Lepastu pura-pura tidur. Dah kena marah,tahu pulak engko jadi baik eh



Tapi dia ni kengkadang dengar cakap jugak. Bila kita marah dia,dia tak buat. Tapi sekejap je lah. Kang dalam setengah jam lagi,datang lagi perangai hantu jebon dia. Ni dah dapat kaki ni, habis semua benda dia nak panjat. Kadang-kadang terkejut aku,sedap-sedap tengah tengok tv,dia lari laju-laju panjat kerusi. Elok je muka dia sebelah aku buat muka innocent. Mahu tak kena tempik dengan aku.Terperanjat gegirlll (auww)



Nanti ada perkembangan terbaru pasal si COMEL ni aku update. Kot lepas ni dia jumpa prince charming ke hape kan. Boleh aku jadi mak andam mekapkan dia taruk reben dekat leher dia bajet cute



ok tu je. bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar