Selasa, 24 Juli 2012

Resepi : Puding Roti

Puding Roti = dessert di bulan Ramadhan. Dessert ehh bukan desert. Desert tu padang pasir manakala dessert itu pencuci mulut *tiba tiba jadi teacher tak berbayar*



Ok tak payah nak merepek sangat,terus cerita je lah macam mana nak buat Puding Roti Gebu Marvelous Va Va Voom Bersama Kismis Meletop Popp Berderai Satu Kampung Kak Bedah <==== nama resepi haruslah Azwan Ali sikit noksss

Aku gunakan 10 keping roti. Roti hendaklah dibuang kerak nya. Celet (celet?) kan marjerin di belakang dan depan roti. Dah celet roti dengan marjerin depan belakang boleh campak-campak je dalam loyang. Campak dalam mulut karang batal puasa pulak


Di bekas yang lain boleh pukul :



3 biji telur

4 sudu besar gula 

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

Sukat:



Susu full cream (300ml)

Whipping cream (300ml)

Lepastu jiruskan je semua bahan ni dalam loyang berisi roti tadi









Haaa macam ni.Tabur-tabur kismis sikit. Pastu tunggu lah roti-roti tu semua kembang dalam 30 minit macam tu. Lepas tu boleh bakar dalam oven. Oven kena kasi panas dulu eh,dalam 10 minit ,pastu boleh bakar dah pada suhu 180'C selama 30 minit






Cara nak buat sos / kuah:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Kacau semua ni,pastu masak atas api sederhana.Kuah ni bila dah siap masak boleh masuk dalam peti ais. Sejuk kan. Makan sejuk-sejuk baru marvelous




Ini pulak hasil Puding Roti selepas di bakar. Tadaaaaaaaaaaaa!!




Gebu gebu fluffy gitu



Boleh dihidangkan bersama kuah tadi:







Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa =)


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar