Selasa, 03 Juli 2012

Mencari Ramli. Eh mana si Ramli ni sampai semua nak cari dia?



Ini bukan nak cari Ramli Sarip yang suara nya serak-serak basah menyanyikan lagu "Jangan kau pandang bibir yang manis,kerana dia bisa menghancurkan,jangan kau pandang wajah yang indah,kerana dia bisa meracunmu..bla bla bla"




Bukan juga nak cari Ramli MS yang komen budak AF menyanyi "mendatar..mendatarrr...mendatarrrrr" sambil hayunkan tangan kiri ke kanan melintang 3 kali


Bukan juga nak cari Ramlee Awang Murshid penulis novel yang hebat itu




Bukan juga nak cari owner burger Ramly dan daging burger nya yang vogue itu



Ramli ni hilang kemana pulak ni?? Sampai semua dok kalut nak cari Ramli. Ramli mana yang kita nak cari ni sebenarnya????




Ouh sebenarnya Ramli tak hilang pon, tak ada derrr dia nak main nyorok-nyorok dan menyorok belakang reban ayam pon tapi kita yang kena MENCARI RAMLI



Ada haritu aku terbukak tv9, ada segmen 10 minit. Segmen ni ada setiap hari Isnin,pukul 9.30 malam. Segmen Kaki Bola untuk Mencari Ramli. Aku tengok cambest je, aku pon layan je ah tengok budak-budak bawah 16 tahun ni main bola



Perghhh terror wehh budak-budak ni main bola. Kecik-kecik lagi dah power dah skill masing-masing. Dok lambung-lambung bola, gelecek-gelecek bola,lari kemain laju memasing macam lipas kudung kehilangan kaki lalu tempang




Jadi, siapa Ramli ni??

Ramli ni sebenarnya kanak-kanak Malaysia berumur bawah 16 tahun,tak kesah lah dia kaum apa pon tapi sangat hebat bermain bola sepak



Ramli tu boleh jadi:


@Dia boleh menjadi penjaga gol terbaik
@Dia boleh jadi defender terbaik
@Dia boleh jadi mid fielder terbaik
@Dia boleh jadi striker terbaik


Tapi yang paling penting sekali program ni sedang mencari pemain bola yang paling berbakat!



Dengan bantuan anda yang VOTE dan panel hakim, 2 bintang bola sepak paling menyerlah di Malaysia. Terpilih daripada 30 orang pemain bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil akan ditempatkan di Manchester United Soccer School pulak. Fuihyoooo.


Kalau tak faham lagi pasal MENCARI RAMLI ni boleh usha-usha WEB dia



Nak beli jersey team Malaysia pon bolehhhh




Boleh VOTE pemain kegemaran dekat FACEBOOK juga


Cara-cara nak VOTE senang je:

Klik APPLICATION >> Klik gambar pemain kesukaan >> Boleh VOTE seorang pemain tu sekali je pada masa itu >> Untuk undian berikutnya,perlu mendaftar sebagai ahli dalam http://www.infoblast.com.my


Boleh juga vote melalui SMS:

SMS MRAMLI  (nombor jersey) dan hantarkan ke 33199


Kalau tak faham, boleh tengok video ni macam mana nak vote









Pengundi paling banyak ni dapat penat je ke?? Ouh jangan risau, untuk pengundi terbanyak,ada hadiah mingguan untuk dimenangi seperti Manchester United Limited Edition Box set, Panthera Jersey ke super cool iPod Shuffles. Berpeluang juga untuk menonton perlawanan Manchester United Live in Old Trafford









Aku suka gila lagu tema dalam video ni. Feeling pom-pom girl dekat stadium pulak bila dengar lagu ni :D



So apa tunggu lagi??? Jom cari RAMLI sekaranggggggggg!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar