Jumat, 13 Juli 2012

Kartun legend di zaman 90 an

Tak tahu lah korang pernah tengok ke tak kartun ni dulu. Zaman aku membesar, memang kartun ni lah yang aku layan




YOKIES


Kartun ni comel sebab telur-telur ni semua comel. Ini telur bukan seberangan telur eh. Behave sikit. Depa punya rumah pon bentuk macam telur jugak.Cerita ni pasal kekeluargaan antara depa makhluk-makhluk telur ni.Ingat lagi iklan dia "ok Egof, tahaaan, tahaaaan, biar papa pegang". Dah lah papa misai melentik macam A.Galak. Kalah Dato' K. kehkeh



KELUANG MAN


Komik Keluang Man ni pon aku ada beli dulu. Lagu dia pon siap hafal lagi time tu,tapi sekarang ingat part yang "keluang man,keluang man,keluang mannnnnnnnnnnn" Part tu je lah yang ingat nya,part lain lupa dah. Nyanyuk sikit,terbanyak makan semut masak cili api agaknya. Keluang Man ni ada member baik nama Tiong Man. Depa dua ni pesakit mental duduk dalam hospital bahagia. Gila-gila depa ni pon, banyak selamatkan penjenayah ok di malam hari. Kau ada??





USOP SONTORIAN

Kartun Usop Sontorian ni pon best jugak sebab kartun ni dekat dengan budak-budak melayu. Kawan si Usop ni pon kira satu malaysia gitu. Yang Singh paling tak boleh blah sekali, sebab ayat dia selalu nya kelakar. "kenapa kamu menterketawakan saya". Main bedal dia je nak cakap apa,confident lak tu, tapi tak pe lah kan maksud sampai. Paham lah jugak kan. Macam Soo Wincci dalam Masterchef pulak aku rasa. "saya REDOH sahaja",  "Saya potong SEHELAI kek" muehehe. Tapi bagus lah kan cuba jugak cakap melayu,yang melayu nya? Sebok bebeno nak speaking mat saleh.Tak kosseerrr



Ni apa hal masuk Soo Wincci lak ni?? Ok sambung balek. Usop Sontorian ni walaupun gigi dia jarang-jarang,tapi kartun ni memang selalu aku layan lah dulu. Dialog dalam kartun ni pon lawak-lawak. Ujang yang buat kan? Opkos lah lawak



ANAK-ANAK SIDEK



Anak-anak Sidek ni lah kartun melayu paling terbaik sekali yang aku pernah tengok. Memang tak miss langsung ah cerita ni. Dah habis balek mengaji je memang tercongok lah depan tv. Menyampah gila dengan watak Ajib dalam cerita ni. Bajet bagus je,pastu kuat mengadu pulak tu. Memang perangai dia macam good-good je lah dalam ni. Rasa macam nak penumbok je sampai lebam dan baling durian lapan bijik secara berjemaah dekat dia pon ada.



 Suka Adul sebab comel,suara dia comel,pastu suka pakai baju gedebeh londeh-londeh,seluar tak pakai lak tu.Ingat seksi letteww. Bun dengan Alan paling rapat dalam ni.  Walaupun Bun ni selalu kena marah dengan abah dia tapi dia ni baik gak ah sebenarnya.



Banyak lagi cerita kartun yang best time tu,dari Jepun yang banyak kalau tak silap. Tomatoman, Dragon Ball, Sailormoon, Dash Yonkuro dan bla bla bla. Tapi kartun melayu lah lagi legend kan?? kihkih


Ada sesiapa pernah berada di zaman kegemilangan kartun-kartun ni???




Sekian terima kasut daun keladut. bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar