Kamis, 05 Juli 2012

Pantai dan sunblock memang tidak dapat dipisahkan

Bila hari terakhir korang menjejak kan kaki ke pantai??




Ye,aku baru je balek dari lepak-lepak dekat pantai ni. Kalau pergi pantai ni,perkara yang paling digeruni adalah kulit terbakar atau "sunburn" dalam bahasa jawa nya. Kalau yang pakai tudung tu, mesti seriau kalau balek rumah je muka sudah berbelang seperti tahi cicak. Habis muka berbelak, sebelah hitam sebelah putih. Cicak pon confused tengok muka aku karang. "eh ni Selena Gemas ke tahi aku?" kata cicak sambil menggaru-garu kan kepala nya yang tidak gatal




So senjata rahsia yang kita perlu bawa bila pergi ke pantai ni semestinya SUNBLOCK! Kenapa kita kena pakai sunblock untuk outdoor activity??



Bahaya tau kalau biarkan kulit muka kita terdedah dengan sinaran panas terik matahari. Silap besar boleh kena kanser kulit pulak. Sunblock ni bagus pakai untuk mengelakkan "sunburn" dan penuaan kulit.Kulit muka kita ni time muda-muda ni lah kena jaga.



Sebelum ni kalau keluar nak buat outdoor activity,aku jarang pakai sunblock. Aku tak suka pakai sebab aku rasa cam melekit je dekat muka. Pastu macam rimas dan mesti aku akan rasa cam nak lap je muka aku.Tapi bila tak pakai sunblock,memang berbelak lah muka, lagi-lagi pakai tudung. Tak elok sebenarnya.Kesian kulit kita tau kerana tidak mendapat hak penjagaan yang sepatutnya. Alolololo




Tapi sekarang kesedaran sudah sampai, kalau nak pergi tempat yang terdedah dengan matahari ni, kena pakai sunblock ok! Lagi-lagi nak ke pantai yang memang mataharinya free-free saja nak tembus masuk kulit korang kan. Sebelum nak ke pantai dan terdedah dengan matahari,sila lah tepek sunblock di muka dan badan sekali.Kalau tepek sunblock lepas muka dah “sunburn” maka nasi sudah menjadi bubur pulut hitam lah jawabnya.




Mesti kalau nak pilih sunblock pon cam pening-pening langau je sebab tak tahu mana satu yang bagus. Pulak-pulak pergi farmasi,haaaa berlonggok-longgok jenis sunblock ada. Mana satu yang elok,mana satu yang melekit ke hape,tak tahu lah pulak kan. Kalau aku nak pergi buat aktiviti luar,dengan tanpa ragu-ragu nya aku akan memilih sunblock Sunplay Sunscreen SPF 130 ni









Mengada pakai inai. Feeling raja sehari. Kehkeh




Bentuk dia sangat comel dan kecik molek.Memang sangat sesuai kalau nak bawak travel.Aku tak rasa handbag aku akan merana dengan kehadiran benda ni. Aku sangat berterima kasih dekat produk ni sebab kalau aku apply benda ni,memang kulit aku tak kan “sunburn” dok lama-lama bawah sinaran matahari. Yang best nya sebab dia tak melekit,tak gatal dan tak perlu nak apply banyak kali.





Tengok video ni. Cute! :D





Produk ni juga water proof dan tahan lama.Jangan risau kalau nak berenang ke hape. Tengok yang excited tengah tu. Rilekkk je berendam lama-lama dekat pantai sambil snorkeling walaupun cuaca agak panas juga time tu. Yang best nya kulit aku tak sunburn pon




Dah pakai sunblock,pastu kena cuci muka bersih-bersih tau! Selalunya lepas tepek sunblock dan ber’wrestling’ dengan sinaran matahari,balek je aku akan sental muka dengan make-up remover pastu cuci dengan cleanser biasa.




SUNPLAY punya sunblock ni paling terbaik yang aku pernah guna setakat ni. Lepas tu SPF dia ah paling tinggi sekali.SPF 130 tu derrr. Mana nak dapat?? Untuk sesiapa yang suka aktiviti luar dan terdedah dengan matahari,aku sangat mengesyorkan guna produk ni.Haa daripada kau nak panjat gunung /bukit pergi tepek mekap nam inci,baik kau tepek SUNPLAY sunscreen ni. Bila berpeluh,muka nampak ala ala 'glowing' gitu. Menangis beyoncet kalau tengok. kehkeh





ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar