Selasa, 31 Juli 2012

Rakaman Generasi Y di RTM

Ini kali ke tiga encik penerbit Generasi Y jemput datang. Dua kali sebelum ni terlepas. Tarikh rakaman harini, aku pergi baca emel esok. Memang tak dapat ah kan nak datang.Lagi pon time kelas masa tu, memang tak boleh nak pergi lah. Semalam tengah free pulak. So marilah kita datang ke RTM untuk mengisi masa lapang yang ada




Aku punya tajuk hari tu "meraikan hari kemenangan". Meraikan bulan Syawal lah kiranya. Rakaman ni keluar pon nak dekat-dekat raya kot. Aku pon tak berapa sure. Aku ni bukan reti sangat pon nak bercakap depan orang ni apatah lagi ditemuramah. Presentation dalam kelas pon aku boleh menggigil-gigil parkinson, ini pulak kena interview camni.



Tapi dalam dua kali gak ah mulut aku menggigil jawab soalan si Muaz pengacara ni. Tak tahu dalam camera nampak ke tidokkkk. Tapi aku rasa macam nampak. Nasib lah labu. Nasi sudah menjadi bubur lambuk. Nak buek cano? Nasib baik ah Muaz ni banyak back-up aku. Bagus lah si Muaz ni,dia mengacara ada style lah. Aku rasa macam selesa ah sikit dok atas tu walaupun aku nervous mulut menggigil jawab soalan

Di belakang tabir


Abang gebu menyanyi. Nasib baik suara sedap


Amboi, riang ria gembira betul abang ni. Puasa ke tidokkkkkkkk tu? muehehehe



Aku dengan Kak Hanis (motivator). Aku punya soalan, soalan santai dan daripada pengalaman aku sendiri je. Kak Hanis lah banyak cakap benda ilmiah. Aku banyak merapu je. Jawapan pon aku main hentam je jawab, janji ada jawapan. :D


Keluar pulak blog aku. Time ni tunjuk pulak resepi Murtabak Maggi Special tu. Aku pon tetiba cerita macam mana nak buat murtabak maggi ni. Dah program Generasi Y tetiba pulak jadi program masakan. Lantakk.




Muaz yang peramah dan tukang back-up sewaktu aku blur. Bagus dia ni.Mesti penerbit rancangan ni rasa macam mengabehkan boreh je ajak aku datang. Bukan membantu sangat pon aku ni. Dah ah mulut menggigil-gigil jawab soalan pastu blur tahap kuasa doplohnam lak tu.



Aku kalau nervous, aku suka picit hidung pastu letop-letop kan jari. Tak tahu lah apa hal. Nak kata hilang nebess tu, tak pon. Tah pape aku ni. Mula-mula datang terus masuk bilik tacap muka, cakap dekat akak tukang mekap tu "kak,shading hidung sikit boleh? bagi mancung sikit. hihi". Last-last aku dok picit-picit hidung aku, habeh hilang shading, membazir mekap akak tu je



But satu pengalaman yang best lah bagi aku. Bulan-bulan puasa pulak. Maaf lah tuan penerbit, kalau saya ni merosak kan rancangan anda dan mengabehkan bogheh jooo. :D


ok bye!

Pen Membawa Maut


Assalamualaikum semua

baca yerk .. renung - renungkan dan selamat beramal



 P/s : jangan ambil mudah kalau pen korang hilang ... kerana pen sebatang boleh menyebabkan 
hidup merana 


bubui

sarangae(LOVE)


Senin, 30 Juli 2012

Resepi : Murtabak Maggi Special !!

Pernah makan murtabak? Pulak-pulak dalam bulan Ramadhan ni, murtabak memang jadi salah satu menu yang pemes lah kan kalau nak cari kat bazar tu. Tapi aku tak reti pon buat murtabak tu, makan tahu lah. Murtabak maggi tahu lah buat sebab dulu time dekat sekolah asrama pernah beniaga benda murtabak maggi ni dekat kiosk :D


Tapi murtabak maggi ni aku alter sikit mengikut bahan-bahan yang tengah ada dekat rumah ni. Kita guna apa yang ada je lah kan. Jangan membazir, nanti kawan dengan syaitonnnnn nirrajim pulak


Nama resepi aku kali ini. Murtabak Maggi gagahku di muara bersama udang vogue da vasss special. Wellllllllllll nama resepi haruslah inspired by Azwan Ali divalicious. muahahaha



Ok bahan-bahan yang digunakan untuk buat Murtabak Maggi Special ni:

@3-4 ekor udang (potong kecik-kecik)
@3-4 tangkai cili api (potong kecik-kecik)
@Cheddar Cheese/keju parut
@Keju Mozarella
@1 paket Maggi (perasa kari)
@2 biji telur

Tips: Kalau guna 1 paket Maggi guna 2 biji telur. Kalau guna 2 paket maggi, sila lah guna 4 biji telur hokkayyy. Kira 1 maggi = 2 biji telur.

Tips 2: Sila guna maggi perasa kari, baru lah rasa nya lebih ummmphhh

Mula-mula tumis udang ni, ni nak guna daging cincang ke ayam ke boleh je. Aku tak guna bawang tapi kalau nak guna bawang pon boleh. Tumis udang pakai butter,masuk kan cili api. Angkat dan ketepikan


Celur Maggi sampai kembang. Dah kembang tu, masukkan maggi,2 biji telur dan 1 paket perencah maggi kari dan gaulkan dalam mangkuk


Hiriskan Cheddar Cheese tu, campak kan lah dalam mangkuk tadi. Udang yang dah ditumis tu pon jangan lupa masuk kan jugak ok





Dan gaulkan sehingga sebati

Panaskan minyak. Minyak tak payah banyak sangat macam nak goreng ayam. Sikit-sikit je macam nak masak daging burger tu,tapi jangan lah sikit cenonet sangat. Agak-agak lah minyak tu. Pastu goreng maggi ni




Dah goreng maggi tadi sampai garing, boleh lah tabur mozarella cheese atas nya. Pastu aku masukkan dalam microwave jap bagi keju mozarella tu cair. Tak payah nak bakar-bakar sangat. Rentung lak maggi tu karang. Asal bagi cheese tu cair ok jek




Hasil nya:




TADAAAAAAAAA!! Siap dah Murtabak Maggi Special. Boleh letak sos cili. Makan dengan sos lagi sedap


Bahagian dalam maggi



Murtabak Maggi ni kena makan panas-panas tau baru sedap. Kalau nak buat untuk berbuka puasa jangan masak awal sangat, nanti dah sejuk, makan kejung-kejung tak sedap ok. Tapi kalau dah masak awal,nak panaskan dalam microwave ok jee


Selamat mencuba bagi yang nak cuba!

ok bye!

Sabtu, 28 Juli 2012

Asam 20 sen eh nama benda ni? Lupa pulak



Siapa pernah makan benda ni? Aku tengok gambar ni,teringat dulu kecik-kecik suka makan tapi aku lupa nama benda ni. Asam 20 sen kot nama nya. Nak dapatkan kepastian, aku tanya lah seisi keluarga yang ada dekat rumah ni haa. Macam-macam jawapan aku dapat daripada depa ni:


Ibu: Asam Gambir lah orang panggil ni

Adik: Asam Duit Syiling, dulu kecik-kecik selalu beli

Adik (2): Coklat Asam Duit Syiling lahhh (panjang pulak nama)

Sepupu: Asam 20 sen ni nama nya (sama macam pendapat aku ni)

Datang ayah aku, ayah aku ni macam biasa lah,rilek rilek macam malas nak layan sikit kalau menjawab



















Ayah: ni Asam Keping ni


Ghasakkkkk! Asam keping pulak pergi nya. Tak kesah lah nama dia hape benda ni. Aku panggil asam 20 sen sebab bentuk dia macam syiling 20 sen.Dulu selalu lah makan, sekarang dah lama dah tak jumpa benda ni. Tak tahu lah ada lagi ke tidokkk



 Tapi aku tak tahu lah nama sebenar benda ni. Lupa dah. Ada sesiapa tahu tak apa nama benda ni??

Kamis, 26 Juli 2012

Teka Teki Teka Tekuk

Teka teki teka tekuk,
ular mati dalam mangkuk.
Haa apa dia?




Teka teki teka tekuk,
Apa nama lain bagi tenuk?


Haishh ni pantun 2 kerat ke teka-teki ni?? Dulu kecik-kecik time sekolah suka sangat main teka-teki ni. Kalau dapat jawab tu, rasa macam orang paling genius di abad itu. Hari ni rasa macam nak main teka-teki jugak lah.


Haaaa cer teka gambar apa dekat bawah ni?? Siapa dapat teka memang genius lah

Awan? Stokin? Dvd Player? Kacang? Ular?


Kereta kebal? Katil? Bot? Kapal terbang? Rumah?


Haaaa ni nak bagi HINT sikit lah:


1-Kalau korang tengok benda ni,korang pon akan macam "Wheeeeeeeeee!"
2-Hello social life!
3-Untuk meningkatkan keyakinan diri dengan segera
4- Hadiah yang sangat awesome!!!


Agak-agak boleh tahu tak benda apa dalam 2 gambar dekat atas ni??


Nak clue lagi?? Boleh jeee. Klik http://bit.ly/WCWGrd  setiap hari dari 23-29 Julai 2012 dan banyak lagi clue yang akan didedahkan. Kalau nak ambil bahagian dan nak teka dekat TWITTER pon bolehhh. Nak teka guna hashtag ni #PeekWhatchuwant atau Facebook Connect dekat site tu



Teka dan tunggu pendedahan besar pada 30 Julai!



Dapatkan WATCHUWANT sekarang dan pilih pack (Ada Talk Pack, Text Pack, MMS Pack, Video Pack, etc)


Usha-usha nak hadiah apa, dail *128#, pilih pack dan pilih hadiah!! Hadiah pon boleh pilih ok nak hadiah apa. Pilih kak pilih, pilih bang pilih. Pilih jangan tak pilih



ok bye!

Selasa, 24 Juli 2012

(VIDEO) Perkahwinan muda di usia 16 tahun dan 14 tahun ? Wow! Mudanya kahwin!


Muka pengantin lelaki macam Aaron Aziz katanya.  :D











Lepas subuh tadi malas pulak nak tidur. Merayau-rayau lah di youtube layan video. Sekali jumpa video ni. Aku pon suruh ayah aku join sekaki tengok video ni.

"Ayah,ayah dah tengok dah video budak kahwin muda tu?"

"Tak tengok" (ayah aku ni  macam malas je nak layan aku sebenarnya)

Sebab video ni lama dalam 10 minit,aku tunjuk part depa menyumpit tu je lah. Sebab part tu yang buat aku tertanya-tanya depa dari mana

*bukak part depa menyumpit*

"Ayah, cuba tengok ni,ni orang dari mana ni eh? Sabah or Sarawak? Dekat sana boleh kahwin bawah umur ke?"


"Ni orang asli ni kot. Orang asli kan macam tak kesah pon diorang nak kahwin umur berapa"  (Jawab pon macam rilek rilek malas nak layan gak sebenarnya ayah aku ni.muehehe)




Orang asli pulak dahhhh. Aku ingatkan dari Sabah atau Sarawak. Dah aku pon konpius depa ni orang apa. Hek elehh aku pulak kan yang sibuk kepochi nak konpius depa orang apa. Tak kesah lah,janji depa memang orang,bukan orang-orang dan yang paling penting dah HALAL dah pon. Tapi muka budak perempuan tu cam ketat je,nervous barangkali. Kalau aku lah yang kahwin, harus lah muka ceria riang raya di Aidilfitri gituuuu *matilah over berangan minah jenin*


“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.


Ni bukan syaitan je menangis ni,aku tengok pon nangis sekali ni, terasa tua pulak tetiba sebab tak kahwin lagi. kehkeh


Tak kesah lah depa ni datang dari mana, buat adik Syafiq dan Yana: Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan =)


ok bye!

Resepi : Puding Roti

Puding Roti = dessert di bulan Ramadhan. Dessert ehh bukan desert. Desert tu padang pasir manakala dessert itu pencuci mulut *tiba tiba jadi teacher tak berbayar*



Ok tak payah nak merepek sangat,terus cerita je lah macam mana nak buat Puding Roti Gebu Marvelous Va Va Voom Bersama Kismis Meletop Popp Berderai Satu Kampung Kak Bedah <==== nama resepi haruslah Azwan Ali sikit noksss

Aku gunakan 10 keping roti. Roti hendaklah dibuang kerak nya. Celet (celet?) kan marjerin di belakang dan depan roti. Dah celet roti dengan marjerin depan belakang boleh campak-campak je dalam loyang. Campak dalam mulut karang batal puasa pulak


Di bekas yang lain boleh pukul :



3 biji telur

4 sudu besar gula 

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

Sukat:



Susu full cream (300ml)

Whipping cream (300ml)

Lepastu jiruskan je semua bahan ni dalam loyang berisi roti tadi









Haaa macam ni.Tabur-tabur kismis sikit. Pastu tunggu lah roti-roti tu semua kembang dalam 30 minit macam tu. Lepas tu boleh bakar dalam oven. Oven kena kasi panas dulu eh,dalam 10 minit ,pastu boleh bakar dah pada suhu 180'C selama 30 minit






Cara nak buat sos / kuah:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Kacau semua ni,pastu masak atas api sederhana.Kuah ni bila dah siap masak boleh masuk dalam peti ais. Sejuk kan. Makan sejuk-sejuk baru marvelous




Ini pulak hasil Puding Roti selepas di bakar. Tadaaaaaaaaaaaa!!




Gebu gebu fluffy gitu



Boleh dihidangkan bersama kuah tadi:







Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa =)


ok bye!

Sabtu, 21 Juli 2012

Perempuan Neraka




Siapa ada layan cerekarama dekat tv3 cerita Perempuan Neraka ni malam tadi?? Yang berlakon Fizz Fairuz, Sherry Merlis, Aeril Zafrel, Ika AF, Fida Ibrahim, Arash





Mula-mula tengok Fizz Fairuz jadi tua macam tak best je.Pastu asyik batuk je tak habis-habis. Sekali layan punya layan,best lah pulak cerita ni. Dengan isteri dan anak yang perangai macam hazabedah. Part nasi kangkang ni yang aku tak berapa nak berkenan, daripada aku tak tahu menahu,boleh tahu pulak kan.Sebab drama tv ni kan selalunya cermin kehidupan. Ada jugak eh manusia yang keji nak menasi kangkang kan suami. Adoyaiii





Cerita Perempuan Neraka ni best.Aku rasa siapa yang tengok cerita ni mesti ada rasa macam nak lempang je muka bini dia tu laju-laju pastu tunjal-tunjalkan kepala dia tu bagi otak dia centre sikit.Layan suami macam layan lembu dekat sawah padi. Suami dah cukup baik dah layan dia. Tapi suami dia tu salah didik gak awal-awal dulu.Bagi muka sangatttt. Patutnya bagi siku je. But aku tak paham gila dengan peel bini dia tu. Apahal entah benci sangat dengan laki dia. Masa anak dia kecik lagi dah hasut suruh benci laki dia. Apa motif tah padahal laki dia punya lah layan dia baik punyaaa *gaya Dafi*






Mintak dijauhkan lah jadi isteri macam tu. Duit laki semua simpan pastu berjoli sakan,laki bawak bekal nasi dengan telur je pergi kerja,laki sakit pon di tengking-tengking,suruh suami tidur luar,hasut pulak anak dia bagi nasi kangkang dekat suami,queen control habis lah. Tapi laki dia ni pulak macam lembu kena cucuk hidung lah pulak. Macam dayus dah,ikut je bini dia cakap apa. Betul ke ada lelaki yang selurus bendul itu??





Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni lah.Hidup ni bukan sebab duit je. Duit lama-lama habis jugak.Agama tu penting. Didik isteri dengan agama. Syurga isteri ditelapak kaki suami. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan suami atau isteri



Cerita macam ni best lah tengok. Cerekarama tv 3 ni kadang-kadang best kadang-kadang tak best. Tapi cerita TANAH KUBUR dekat astro tu best. perghh itu lagi banyak pengajaran. Buat pengarah dekat malaysia ni, banyak-banyak kan lah cerita yang memberi mesej dan pengajaran macam ni. Best sikit nak layan. Sambil tengok sambil geram. Sambil tengok sambil ambik pengajaran. Gituuuu

Kamis, 19 Juli 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan dan Lafaz Niat Puasa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah. Kejap je rasa. Ingat lagi tak niat puasa?? muehehe. Tak apa,ni boleh lafaz niat ni malam karang

Banyak kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan ni.Antara kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya :



@Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


@Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


@Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.


@Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


@Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.


@Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



Banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan ni. Kalau kita tahu, mesti kita nak sepanjang tahun ni ada bulan Ramadhan jekkkk







Bulan puasa ni feeling lain sikit selalunya. Rasa macam diri ini suci murni sesuci lebaran gituwww. Selamat menunaikan ibadah puasa ye kawan-kawan. Jangan puasa yang yang yok,pagi-pagi bukak periuk,pastu ponteng puasa pulak ok. Semoga kita semua dapat manfaatkan diri kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaALLAH pahala yang dimiliki berlipat kali ganda :D






p/s:  Malam ni dah boleh pergi Solat Terawih dah. yayyyyy teruja iolsss! Pastu balek Solat Terawih boleh main bunga api dan mercun bawang pop pop kepop kepop.Terasa seperti kanak-kanak ribena pulak. Eh

Selasa, 17 Juli 2012

Anugerah Oh Anugerah

Assalamualaikum semua ...
selamat pagi 

eh eh ..ni picture bila pulak ??? hehe ... actually picture ni dah lama dah .. tapi baru la singkap sikit jalan ceritanya ... huhu 
(elok la dah berhabuk dah pun)

ni masa hari anugerah cemerlang ... eh eh cemerlang ker .... yup mesti la cemerlang kan .. sapa yang hidup tak mau cemerlang , betul tak ?

untuk upper six 2011 actually ramai yang dapat anugerah ni , tapi ramai yang tak apat hadir sebab masing masing sibukdengan kerja diorang ... so ada la beberapa conggak yang dapat hadir ... so yang dapat hadir cuma 7 orang jer ... 5 pompuan , 2 laki .... tapi kan diorang semua dapat anugerah cemerlang dalam bidang akedemik , but ayumi dapat anugerah cemerlang dalam bidang kokorikulum (*malu siot) masa diorang beratur nak ambil anugerah tu tinggal ayumi sorang jer kat bawah ... haha ... alang - alang ada kat bawah apa lagi kan buat muka cool la kononnya ... haha


so , kat bawah ni last moment daripada kami semua ... hoho ...
so let's take a look okey ... come on come on dont be shy ...huhu





happy ending 

bubui

thanks for reading

sarangae(LOVE)

Feeling Instagram sangat!

Tengok budak-budak ni post gambar dekat twitter dan facebook guna Instagram, nampak macam cantik tertarik menarik kau memang the bomb jek. Macam-macam effect boleh buat. Aku nak post,aku pakai handphone biasa je,tak ada menatang Instagram bagai ni. Sendu sangat mengenang nasib. So aku pon nak feeling gambar aku pakai Instagram jugak. Jumpa lah satu web untuk edit gambar secara online. Jadik lah kan nak feeling-feeling reti meng 'edit' gambar dari nothing to something.Bak kata peribahasa ,"daripada ulat beluncas,pomm kepompong pecah jadi lah rama-rama". wahh gituwwww peribahasa cipta sendiri 10 saat lepas




Ehem ehem



Makanan Korea, ddukboke (tak tahu lah betul ke tidak eja nya). Tapi ni makan dekat Malaysia jek



Benda comel bulat-bulat tak tahu lah apa nama nya



Pantai yang tetiba dah ada 'blink' 'blink'



Sambal sotong (favourite!). Sotong besar penumbuk. Puas makan



Budak belum mumayyiz



Bagai anak penyu pulang petang,terkedek-kedek mencari air


Terasa pakai phone beriban pulak letak gambar macam ni di laman sosial. kehkeh. Tapi edit online jekk semua gambar-gambar di atas.Saja je nak feeling-feeling ada Instagram padahal tak ada pon. Sesiapa ada tahu web yang boleh edit gambar secara online,boleh lah bagitahu ye


ok tu je. sekian terima kasut. bye!

Minggu, 15 Juli 2012

Ingat Sangat Kat Korang Semua

Assalamualaikum semua ..

hai do you still remember this moment ??? who is still remember this you should read this ... okey 
dah hampir setahun dah kita semua tak bersatu kan ... semuanya dah buat hal masing masing dah ... ada yang kerja , ada yang jaga badan , bina badan sampai ada six pad ... ops ada ka .. haha .. setahu yumi la kan semuany kurus kurus belaka .. tapi mana la nak tau ada yang nak wakil negara dalam acara bina badan  ... haha ... hye korang semua apa kabar ... lamanya tak jumpa ... yang dok dekat dengan rumah pun jarang sekali dapat jumpa ini kan pulak yang dah merantau ke negeri orang ... erm lagi la tak jumpa kan ... nampaknya kena buat reunion jugak la ... sapa setuju ??? kita buat reunion masa hari raya ka ... or korang ada idea lain boleh la bagi tau ... okey ??? 

wah    sapa rindu nak jadi balik macam ni ??? cepat bagi tau ...
masa ni muka semua ceria ja macam tak mau berpisah ja kan .. tapi nak buat macam mana setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan ...

erm pa la yang mr ketua kelas bagi tau ni ... korang agak agak apa erk ???

amboi , bergebang sakan nampak ... haha ... 

ops ... dua sahabat yang akan kekal bersahabat selamanya ... insya-allah ...

eh , ni betul ker belajar ni  ??? HELO !!! mesti la ... study sejarah okey ...

huih panas sakan MAK JEMAH  ni ... dengan tisunya , kipas depan mata .. amboi sakan betul dua orang ni ... haha

 maya , ang buat apa sampai termuncung - muncung mulut tu ... nad semangat letak penyangkut langsir ... haha KAK TIMAH sekadar membantu apa - apa yang patut ... 

eh , machonye ... ops macho memang macho tapi dah dimiliki okey ... 
sorry jer ...

pis no war ... TOO-PHAT and the geng

kaum ADAM 

P/S : hye korang kalau ada apa apa information bagitau la kawan ... dont lose contact okey ... kalau tukar no fon bagitau ... senang nak contact kalau ada apa apa hal nanti ... okey ...


bubui

thanks for reading


saranghae(LOVE)