Sabtu, 30 Juni 2012

Pembunuhan kejam Junko Furuta

Siapa pernah dengar pasal Junko Furuta?? Budak Jepun yang kena bunuh dan kena seksa dengan dahsyatnya. Cerita ni dah lama dah. Tahun lepas famous gak cerita ni. Siap ada FB cerita pasal pembunuhan kejam dia lagi. Benda ni jadi tahun 1989. Aku pon tak lahir lagi time ni. Budak ni kena culik, sepanjang hari dia kena culik tu dia kena seksa dan didera sangat-sangat teruk. Aku yang membacanya  pon boleh terbayang-bayang apa yang dia kena.Teruk sangat wehhh. Kejam gila orang yang seksa dia ni. Memang tak ada hati perut lansung



Ini penyeksaan yang dia pernah dapat:





HARI PERTAMA: November 22, 1988: Diculik

Diculik.

Dirogol (lebih daripada 400 kali)

Kebuluran dan kekurangan nutrisi

Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman

Dipaksa onani

Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya

Dicucuh dengan pemetik api

Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing



HARI KE SEBELAS: December 1, 1988: Dipukul dengan teruk berulang kali

Dipukul berulang-ulang kali

Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya

Tangan diikat ke siling dan badannya dijadikan punching bag

Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut

Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya

Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)

Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya

Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)

Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan



HARI KE 20: December10, 1989: Tidak dapat berjalan dengan betul akibat kaki telah dibakar 

Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki

Dipukul dengan buluh

Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan

Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan

Dipukul dengan kayu golf

Rokok dicucuh ke dalam kemaluan

Dipukul dengan batang besi berulang kali.

Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk

Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan


HARI KE 30:

Lilin panas dititiskan ke muka

Kelopak mata dibakar dengan pemetik api

Dicucuk jarum di bahagian dada

Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar

Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan

Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting

Tidak boleh membuang air kecil dengan baik

Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas

Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk

Saiz otak mengecut


HARI KE 40:

Merayu penyeksanya “bunuh lah aku dan biarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:

Menyambut tahun baru bersendirian.

Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.

Tidak dapat bergerak daripada lantai.



HARI 44 (HARI KEMATIAN) January 4, 1989: 

Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam kesakitan.


==========================


Nak menangis aku baca penderitaan yang dia pernah alami ni. Kalau aku tengah potong bawang,terhiris pisau dekat tangan pon dah menjerit kesakitan. Ini pulak bila kena seksa begini punya teruk. Junko Furuta ni kira dia survive lah gak dalam 44 hari tu.Lama sangat dia terseksa.


Cerita ni diungkit balek sebab pembunuh-pembunuh yang bunuh dia ni tengah berlegar-legar sekarang. Patutnya kena hukum gantung je depa semua ni. Tapi perundangan Jepun ni aku tak tahu lah macam mana,pembunuh nya dilepaskan. Depa dikenakan hukuman duduk dalam penjara untuk beberapa tahun je.Yang paling lama 20 tahun meringkuk dalam penjara. Sekarang ni pembunuh tu semua mungkin dalam lingkungan umur 40 tahun. Ada antara pembunuh tu pulak ahli yakuza




Cerita pasal Junko Furuta ni ada difilemkan. Tajuk nya "CONCRETE". Nama filem tu concrete sebab selepas dia mati dia ditimbuskan dengan konkrit. Dahsyat kan?? Tapi aku tak berani nak tengok cerita ni,baca kisah dia pon dah ngeri.Ini pulak nak tengok.Mahu aku banyak tutup mata je daripada tengok. So baik takyah tengok



Junko Furuta ni cantik lah jugak.Tapi memang kesian lah dekat dia. Kadang-kadang jadi cantik susah,jadi tak cantik pon susah gak. Dan ada sumber yang cakap salah seorang pembunuh dia tu pulak telah direject oleh Junko Furuta time sekolah. Sebab tu rasa tercabar tu.



Walaupun benda ni jadi dekat Jepun,tapi kita dekat Malaysia ni kena hati-hati gak. Elak kan jalan sorang-sorang. Lagi-lagi perempuan. Bahaya woo, macam-macam boleh jadi. Ada baca cerita perempuan kena rompak dekat The Curve?? Haa time tu perempuan tu ada depan mata aku je. Tapi selepas dia kena rompak ah.Sebab time tu aku nak pergi Maybank,sekali dengar orang jerit-jerit. Apahal lak ni kan? Then semua berkumpul dekat perempuan tu.Then dia cerita ah apa jadi dekat dia time tu


Moral of the story,kalau nak pergi mana-mana tu biarlah berteman. Jangan lah jalan sorang-sorang. Lelaki pon bahaya jalan sorang-sorang.Ini pulak perempuan kan?




Harap tak ada lah pembunuhan yang sangat kejam macam ni jadi dekat sini. Nau'zu billahi min zalik

Jumat, 29 Juni 2012

Demam EURO 2012

Siapa layan EURO 2012?? Aku yakin ramai yang layan. Demam EURO 2012 ni pon dah semakin kebah. Dah nak dekat final kata kan. Warung kopi paling famous mestilah di facebook. Disamping awekss awekss cun di facebook meng 'upload' gambar camwhore mereka yang besar gedabak tak ketinggalan juga abang-abang ganteng yang doploh empat jam nak update status pasal EURO 2012.



Tidak ketinggalan juga budak yang kena hentam di facebook kerana menyokong Messi dan Brazil di EURO 2012. Habis di canang semua komen budak itu. Kesian pulak aku membacanya. Alahh kesilapan teknikal je tu, nak cakap sokong Spain sekali ada kawan kat sebelah cocok pinggang dia lalu melatah tercakap sokong Brazil kot. Kottt






Khas untuk musim bola sepak ni,korang boleh dapat lagi bertimbun bola sepak dengan WATCHUWANT. Nak call atau mesej member dan membincangkan pasal bola sepak,semua boleh dengan WATCHUWANT



Ada 2 special packs untuk sekarang sampai 1 Julai 2012. Boleh pilih nak "Football SMS Alert Pack" ataupun "Talk n Text Pack"



Yang best nya,kalau subscribe salah satu packs tu,korang berpeluang nak dapat hadiah yang gempak.Antara hadiahnya adalah :

@HP Envy 14”
@Macbook Pro 14”
@Samsung Galaxy Note
@Samsung Galaxy S II
@Sony PlayStation 3
@Xbox Kinect
@Nokia Lumia 800
@HTC One X
@Sony Tablet S
@Samsung Galaxy Tab 10.1
@Pioneer DJ Console


Gila taknak derrr?




Sekarang ni tengah bersaing untuk mendapat hadiah ni



Jangan lupa dial *128# sekarang ok untuk dapatkan WATCHUWANT! Untuk maklumat lanjut. KLIK SINIIIIIIII




ok babai!

Rabu, 27 Juni 2012

Kad nama legend di zaman sekolah





Siapa pernah ada kad ni dulu? Zaman aku sekolah rendah dulu memang famous gila menatang name card ni wooo. Dalam satu kelas tu boleh kata 95% lah yang ada kad nama ni dulu. Memang LEGEND kad nama ni. Budak laki ke perempuan semua tidak ketinggalan mempunyai kad nama ni




Aku tak ingat harga satu set kad ni berapa. Tapi dalam satu set tu ada dalam 12 keping lah. Design kad boleh pilih nak macam mana,dulu budak perempuan banyak letak background gambar kumpulan Westlife atau pun artis korea Won Bin. (Aku lah tu sebenarnya. huahuahua) Sebab time tu cerita Autumn in My Heart tengah famous dekat tv3. Budak-budak Westlife pon time tu tengah pemes sangat. Sekarang tah mana pegi depa ni tah. Buat projek menternak ikan keli sambil nganyam tikar mengkuang lah kot. Kalau yang girlish sikit mesti pakai background hello kitty. Konon dia pon comel macam hello kitty tak ada mulut lettewww



Time ni punya lah masing-masing tahan lapar sebab nak kumpul duit nak buat kad nama ni.Nasi lemak favourite mak cik leha kantin pon tak pandang derrr time ni. Alah dulu-dulu belanja rm2 je untuk sekolah pagi dan petang. Duit pon bukan masyukk sangat. Demi kad nama ni semua tak kesah berlapar. Kira time tu kalau kau tak ada kad nama ni kau tak urban dan kolot lah. Yang tak menahan tu nombor telefon letak nombor telefon rumah. Sebab dulu-dulu mana lah budak-budak sekolah rendah pakai handphone lagi. Sekarang? Bukan kata handphone, masing-masing ada tab sorang sebijik. Tak main dah lah kad-kad nama ni. Semua ni ketinggalan zaman kata nya. Dunia di hujung jari je sekarang maaaa




Time nak tunggu kad ni sampai dekat tangan, masing masing tak keruan. Mandi tak basah kuyup,makan pon tak sendawa nam kali sampai kenyang.Punya lah gelabah masing-masing. Padahal kad nama je pon. Selalunya dalam kelas adalah 2-3 orang jadi agen jual kad ni. Tak pon budak-budak kelas sebelah ke yang jual. Bila kad ni dah siap, terkinja macam beruk mak nyeh dapat pisang je masing-masing punya gaya. Eksaited kemain. Time tu semua senyum kembang sampai ke cuping telinga



Kad yang aku kumpul dulu-dulu pon dah hilang ke mana tah. Dah bersemadi dengan aman nya dalam tempat pelupusan sampah dan dah dikitar semula lah kot. Ni bila kawan-kawan lama tag gambar ni dekat facebook,memang mengimbau kenangan dulu je *berkumandang background lagu Zaiton Sameon*



Ayat famous yang mesti ada dalam kad:


@kenang daku dalam doamu
@Senyum selalu :)
@Semoga berjaya dalam hidup
@Friendship forever / Remember me always (omputih sikitt)


Macam-macam lah lagi ayat-ayat yang cliche. Nama, alamat rumah, nombor telefon semua complete. Walaupun nombor telefon rumah je kekdahnya. Bagi kad nama ni dekat secret admirer,call rumah dengar suara bapak yang angkat tepon,terus gabra, cepat-cepat letak telefon.




Kalau nampak kad nama ni dekat cikgu disiplin,habis semua kad kena rampas.Bergenang laju-laju air mata dan air hidung serentak, sebab bersungguh-sungguh ikat perut tahan lapar,tak pasal-pasal kad pulak kena culik dengan cikgu disiplin.



So, ada sesiapa tak pernah melalui zaman ke'famous'an kad nama ni??? Cer cerita sikit dulu letak background kad nama tu gambar apa?? :D

Rabu, 20 Juni 2012

Aku dan Busana Muslimah


Assalamualaikum semua ... setelah lama aku beristirehat (malas nak menaip) dengan segala kudrat yang datang entah dari mana kan aku pun mula la menaip story mory yang entah apa - apa ntah ...

owh ya ... last saturday kan ada la kak kat sekolah lama aku dia ajak pegi photoshoot muslimah katanya .. aku pun on jer ... sebab sebelum ni pun aku tak pernah join mana-mana untuk photoshoot ni kan , so aku pun ambil la peluang ni untuk timba pengalaman kan ... sapa kata photoshoot tu senang ... senyum sana senyum sini renyih sana renyih sini sampai naik lenguh mulut aku kan... so aku lebih suka buat muka serius ... haha ... buat muka garang kononnya ... so kalau aku nak jadi model untuk iklan ubat gigi memang tak la kan ... haha ... kalau tentang baju yang aku pakai tu di sponser oleh BUTIK ALLYSHA ... make up oleh CTEA ZAKIAH CTEASHAH ... apa apa pun thanks kak sebab bagi ayumi peluang nak jadi model muslimah akak ni hah ...  pastu hari tu KAK SYILA ada ajak aku and model-model dia yang lain join untuk photoshoot yang seterusnya tapi aku tak dapat hadir sebab aku ada game ... tarikh tu belaga(ekiden) la pulak ... so tak dapat la datang untuk that photoshoot ... maybe next time la yer ...

gambar-gambar kat bawah ni memang aku puas hati la .. cantik dan memang terbaik la .. photographer you are the best ... hoho clap clap clap ... 

gambar -gambar ni diambil di LAKE GARDEN , TAIPING






gambar ni sangat cantik but wrong name ... my name is NURUL IDAYU not 
NUR IDAYU ... but it's okey because he did the best for edit this picture .... thanks yo ..

ok la aku sakit kepala ni ..

bubui


sssseeuuuooolllsss next time


sarangae(LOVE) 


Selasa, 19 Juni 2012

Jalan jalan cari pasal di Genting Highland Theme Park :D

Hari tu pergi Genting Highland dengan member. Masing-masing dah habis exam, mood berjimba dan beronggeng tu amat kuat lah sekali. Cadang nya nak pergi 9 orang. Tetiba last minit masing masing mempunyai alasan yang kukuh tidak boleh pergi kerana duit dah habis lah,dah balek kampung lah,kucing beranak lah, gayat naik cable car lah, ada darah tinggi dan diabetes lah, gaduh dengan makwe lah, dan lain-lain.


Tapi itu tidak mematahkan semangat kami  untuk teruskan juga plan ini walaupun 3 orang je yang dapat hadir ke sidang tergempar Genting Highland Theme Park


Haritu aku pergi Genting time ABP ni tak ada lah sejuk mana pon,so tak adalah rasa macam nak bawak baju tebal-tebal. Dan Azrin yang jeles tak dapat pergi sebab ada urusan family telah berkata



"tak payah nak bajet New Zealand sangat lahhhhh nak pakai baju tebal-tebal. Genting je ponnnnn. Bukan sejuk sangat pon. Malaysia jekk"



Jeles lettewwww, sebab dia tak boleh ikut. kehkeh. Tapi memang sejuk gila woiiiiii hari tu,menggigil-gigil jugak lah dengan kabus tebal gila




Suasana dalam cable car. Tikah tengah syok layan jajan. Si Fatin kelihatan amat riang sekali



Disebab kan Fatin terlebih riang, dia telah sabotaj aku dengan Tikah untuk masuk dalam gambar. Jadik lah suku hidung je nampak



Makin tinggi ke atas, makin tebal lah pulak aiiiii kabus nya. Pastu sejuk pulak tu. Dah ah bertolak pagi-pagi. Rasa macam duduk dalam peti ais dengan beruang kutub




yayyy sampai dah. Tengok kabus tebal dekat belakang. Objek depan 2 orang ni berpura-pura buat muka suci menahan sejuk



Breakfast dulu 



Apa benda tah nama benda alah ni. Tak nak makan berat sangat, kang naik roller coaster muntah berjejeran pulak



Depa punya roti. Makan camni dah rm7. Buat dekat rumah ni boleh dapat tujuhbelas keping roti lagi dengan harga rm7


Berselera nampak nya



Walaupun berperangai kanak kanak ribena terlebih gula, kena juga membeli tiket dewasa. Konon-konon nak pergi weekdays tak ramai orang lah. Tapi ramai gak lah time ni but ramai foreigners



Destinasi pertama adalah Pirates Train. Tengok cam gempak dan menakutkan je kan? Tapi hampehhhh. Penat je aku tunggu lama-lama naik menatang ni. Buang masa aku je. Siapa nak pergi sini, tak naik mende alah ni pon tak pe. Tak best pon sebab tak ada hantu


Space shot untuk budak kecik punya. Tak mencabar


kanak-kanak terbiar =p




Hangin pulak dengan kabus ni, tangkap gambar semua tak jelas sebab kabus tebal sangat. Space Shot ni memang dari dulu aku nak naik,ni sekarang baru nak merasa


Muka eksaited memasing sebab tak tahu hazab nya macam mana lagi time ni. Best ke tidookkkk


Tu diaaaaaaaa! Tapi aku berterima kasih jugak dekat kabus ni sebab aku tak nampak pemandangan apa apa pon masa naik ni. Rasa macam di awang-awangan je bila dekat atas tu. Si Fatin lagi ah dia cakap rasa macam di syurga. Takleh blah. haha. Kalau aku nampak lah pemandangan dekat sini, mesti terus gayat kot. Mende alah ni naik tinggi gila,pastu ada bunyik hape tah, terus lepaskan kita laju-laju. Time tu ada lah rasa punggung hilang kejap.



Destinasi seterusnya adalah Bumper Boat. Kalau berat 75kg ke atas tak boleh naik ye. Nasib baik berat aku empatplohlapan kg. <===== walaupunnnnn



Punya sedap tunggu dekat bumper boat ni, hujan lah pulakkk. Lebat gila ok. Semua dok lari bertempiaran. Aku pon tertanya-tanya gak ni mana depa nak pergi sebenarnya. Tapi kitorang tunggu je lah dekat situ. Tunggu punya tunggu dapat jadi kumpulan pertama yang main bumper boat. weehuuuu



Ini lah rupanya bumber boat itu. Best woh naik mende ni. Cuma tangan je lah rasa cam tak best lepas tu, sebab benda tu bergegar-gegar dekat tangan. Rasa kebas tangan. Tapi benda ni antara yang best jugak lah.



Ni turn diorang lak naik. Aku memang tak suka mende alah yang pusing-pusing. Takut pening lalu muntah berjejer karang. Habis kepala abang botak yang duduk bawah . Selamba je kang dapat syampu free berkeladak atas kepala. Aku lebih rela naik roller coaster yang nak turun naik turun naik sampai rasa nak terkeluar jantung tu lagi daripada naik menatang pusing-pusing macam ni




Yeee saya putar halimmmmmmmm. Saya putarrrr. Wang besar! Wang besar! Ghasak korang lah yang dekat atas tu




Ni roller coaster baru ke eh yang ada dekat sini? Dulu rasanya macam tak ada. Roller coaster Spiderman ni yang nampak paling mengujakan. Mula-mula suruh Tikah naik dulu,pastu bagi tahu perasaan macam mana. Dia kata menakutkan tapi best gilaa. Pastu aku pon naik. Perghhh setiap penjuru aku terpekik terlolong. Sebelah aku mat arab mana tah. Dok gelak je aku memekak dekat sini.



 Tapi serious best woh benda alah ni! Rasa macam kau terbang macam Spiderman. Cuma tangan kau tak boleh nak keluar cecair yang boleh jadi web je lah. Siapa datang Genting Highland tak naik Roller Coaster Spiderman ni memang rugi ah. Ni yang paling thrill dan best!


Dekat Flume Ride ni paling hazab sekali nak menunggu nya. Lama sangat! Masuk-masuk je dah bagi amaran yang sesiapa naik ni akan basah,memandangkan ni benda alah yang terakhir nak naik, tak kesah lah. Basah pon basah lah


Feeling-feeling dok dalam gua



Penunggu gua yang bosan nak meninggal dalam ni, Mulut Fatin sampai biru dah sebab sejuk sangat. Tapi dalam ni tak ada lah sejuk sebab tertutup kan. Tapi Flume Ride ni best gak ah. Berbaloi lah menuggu lama gila cam orang gila dalam gua ni. Dah ah basah, pastu angin kuat gila pulak. Sejuk dia memang terbaik dari kebun ah. Gambar dekat Flume Ride ni tak ada, kang jahanam pulak camera sebab kebasahan.




Nak solat jangan risau, ada surau dekat sini.



Ok tu je lah,kalau rajin sambung lagik. babai!

Minggu, 17 Juni 2012

Cornetto Uda dan Dara pilihan anda?

Ciri-ciri Uda idaman?? Uda eh, bukan pak cik yang kita kena panggil Pak Uda tu. Ehem ehem panjang list ni





@Background family- Keturunan yang baik-baik. Yang penting family dia best,fun dan boleh terima aku seadanya. Dia juga kena menghormati family aku


@Perangai- Tak suka poyo sangat,brutal sangat pon tak best. Yang cool dan gila-gila boleh diterima. Suka lelaki yang fun dan ada sense of humor. Tidak sawan. Suka buat lawak.  Boleh juga di bawa bergurau. Tak boleh bergurau,boleh duduk surau =p



@Ketinggian- cukuplah mengikuti ketinggian piawai yang dibenarkan oleh SIRIM :D



@Saiz badan - Yang sedang-sedang sajaaa,yang sedang-sedang sajaaa (nyanyi lagu Iwan dangdut). Tak nak kurus kering sangat. Harus lah ada kusyen dekat perut dan lengan sedikit. Tapi tak nak lah terlampau lebat kekabu kusyen di dalam perut nya seperti mempunyai sepasang kembar di dalam perut. Itu tidak mahu



@Wangi- Sentiasa wangi dan tidak merokok




@kewangan- Kalau boleh poket berisi lagi banyak daripada aku supaya tiada hal berbangkit dan mengungkit di kemudian hari. Boleh bagi makan,cukup pakai pon alright dah. Kalau dia kaya pon, biarlah atas usaha dia sendiri, bukan kaya duit mak bapak







@Rupa paras-tak kesah sangat pon macam mana. Iras-iras Channing Tatum pon boleh







Channing Tatum =p


@pandai memasak- Bila aku malas nak masak, boleh lah dia masak kecahkan dapur. Ataupon aku tengah merajuk ke hape, boleh lah dia suprisekan aku dengan masakan dia. Tapi kalau aku dah tahu dia nak masak apa, mungkin sudah tidak terkejut mahupun terpeleot



@Beriman- Aku sangat kagum kalau tengok lelaki yang menjaga waktu solat. Pergi travel mana pon, solat tak pernah nak tinggal. Kalau dia jaga hubungan dgn ALLAH, InsyaAllah hubungan dia dengan manusia akan ALLAH jaga juga kan? =)



@dan lain-lain



Ececececeh tang nak buat list Uda/Dara  idaman ni, amboi kemain panjang masing masing punya list sampai cecah ke lantai.Sebelum nak pilih pasangan tu, cermin dulu ah diri kita ni haaa. Sesuai ke tidokkk (gaya Mak Jemah)  dengan ciri-ciri yang kita nak tu kan?? Actually, kalau nak tahu jodoh kita macam mana. Selalu lah cermin cermin diri kita, apa guna beli cermin punya besar godang tapi tak tengok diri sendiri dalam cermin??? Ni asyik korek jerawat je depan cermin. Cermin diri. Muhasabah diri kita. Tengok diri kita. Kalau kita nak jodoh yang baik, zuriat yang baik, keturunan yang baik, perbetulkan diri kita dulu.



Kalau dah dapat yang tak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman kita 100% pon,kita terima je lah dia seadanya. Kita pun bukan sempurna mana pon. Aku tak kisah ciri-ciri yg minor tu tapi yang paling penting mesti sayang aku lebih daripada aku sayang kan dia. Bila kita dalam keadaan mcm tu baru kita ada kat zon yang selesa dan selamat. Kebarangkalian dia untuk curang pon adalah zero.Mata dia pun dah tak nampak perempuan lain,cuma ada kita je dalam hati dia. Yang penting dia tak CURANG!


Tapi nak percaya orang pon jangan 100%, sebab hati manusia boleh berubah-ubah :)



Baru-baru ni aku ada tertengok program realiti Cornetto Uda dan Dara dekat Astro Ria. Kalau lah aku boleh pilih nak Uda yang macam mana untuk dipasangkan bersama dalam program tu, haruslah mempunyai ciri-ciri yang di atas gituuuu . (engkoo lawa sangat keee masalahnya?) *bunyi cengkerik tengah dikir barat*






 Cornetto ada rancangan baru sekarang dekat Astro Ria, "Cornetto Uda & Dara" nama program nya.







 Ini lah wajah peserta-peserta Cornetto Uda & Dara. Ada ke yang berkenan di hati??? Ada ke tidokkkkkk? (Gaya Mak Jemah lagi)





Merangkap pengacara dan juri (Hanif Era, Shac Era dan Ray Era)



Mula-mula aku ingat rancangan ini untuk cari pasangan untuk kahwin,bercinta dalam program tu pastu naik pelamin dapat anak cucu cicit piut, dah jadi one happy family at home, boleh main kad Happy Family beramai-ramai, tapi rupanya aku silap. Rupa-rupanya rancangan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan memupuk keyakinan di kalangan warga muda Malaysia, pengalaman yang lebih bermakna boleh dibentuk melalui suatu aktiviti yang semudah berkongsi aiskrim!




Haaa korang pon boleh lah tengok macam mana peserta-peserta ni menghadapi ujian-ujian depa dalam program tu. Uda & Dara ni bersiaran pada hari Rabu 9pm sehingga 10pm hanya dekat ASTRO RIA. Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh tengok dekat page CORNETTO ni.





Dok sebut-sebut  aiskrim CORNETTO  ni rasa macam nak ngappp sebijik lah pulak.



Ok bye!




Rabu, 13 Juni 2012

Nescafe UHT yang sedap berkrim disukai ramai :D

Ada haritu aku bosan melangok tak tahu nak buat apa, saja-saja bukak page NESCAFE Light Light ni dekat facebook. Eh comel lah pulak tengok makhluk-makhluk yang kepala nya lagi besar daripada badan ni. Elok je tengah hirup Nescafe UHT



Comel nya dua makhluk ni!! Minum Nescafe sampai pejam-pejam mata lagi.Sedap sangat Nescafe baru ni!  Kecomelan depa ni membuatkan aku rasa macam nak lempang dua makhluk itu!! Huehuehue




Aku pon saja lah nak godeh-godeh application yang depa ada ni





Jom “Play Now!”





Nasib lah. Gambar Nadia yang jadi mangsa untuk aku pedajalkan kali ini :D




Uihh ni part paling best, sebab boleh tukar anggota badan menjadi selim melim tanpa berdiet dan berpeluh di treadmil. Rambut penyapu sangat aku. Dah macam Datin Peah baru habis meeting dengan persatuan datin pulak aku rasa bila rambut sudah menjadi seperti penyapu. Agak-agak bulu penyapu dah habis berguguran, boleh lah ganti dengan rambut ni buat penyapu baru untuk sapu habuk




Seret air kotak Nescafe itu,bagi letak dekat mulut





Pondan sangat aku sambil buat peace lagi minum Nescafe. Klik lah Kotak Nescafe tu laju-laju sampai kotak tu lunyai. Nanti hidung pon makin kembang dan kepala pon makin membesar macam nak meletop


Caption boleh tukar suka hati. Tetiba kepala pon dah lagi besar daripada badan. Sesuatu sangat kitorang ni.Muahahaha. Korang pon boleh lah main application ni dekat facebook Nescafe Light Light.







Serious rasa nak kronyok-kronyok kan muka kartun ni. Rasa macam nak picit hidung dia dan tonyoh kepala dia pon ada sebab comel sangat minum Nescafe sampai kotak lunyai!! :D




Sebagai peminat tegar Nescafe memang sangat lah teruja bila mendapat tahu ada produk baru. The light coffee, milkier taste . Semakin berkrim ok Nescafe baru ni. Tapi Nescafe ni memang serious sedap! Kopi dia macam rasa sikit je,rasa susu lagi banyak dan lebih berkrim .Boleh lah menikmati Nescafe ni dimana-mana jua anda berada. Paling best kalau dihirup time sejuk. Sungguh nyaman sekali!




Boleh didapati di kedai-kedai berhampiran anda. Taknak pergi kedai yang dekat, pergi kedai yang jauh pon boleh. Tak ada siapa pon nak marah. Harga murah je sekotak. RM1.50 sahaja. Kalau kedai runcit Pak Meon  jual sampai tiga ringgit setengah,boleh tarik kolar baju dia pastu ajak bertumbuk








Sebab terlampau teruja Nescafe baru ni sedap sangat, siap buat video minum Nescafe Light Light lagi tu. Kehkeh :D



Ok bye!

Selasa, 12 Juni 2012

Hantaran perkahwinan mengikut taraf pendidikan? Perlu ke hantaran tinggi?

Amboi, ni jual orang ke jual anak ayam warna warni ni??   :D




Zaman sekarang ni semua berlumba-lumba nak hantaran tinggi,kahwin pon nak grand-grand. Welllll sebagai perempuan, ada lah jugak rasa macam tu kan. Nak jadi raja sehari lah katakan. Eh bukan raja,kalau perempuan nak jadi permaisuri sehari gituuu.Biasalah perempuan kan over sikit perangai nya. Feeling princess sangat. Boleh naik pelamin pakai tiara bersinar bling-bling



Zaman moden sekarang ni macam-macam style kahwin dah ada. Kahwin dekat taman, tasik, hotel, padang, dewan and etc.Pilih je nak dekat mana, janji duit berkepuk, semuanya jalannn. Jiran sebelah kahwin guna telur pindang, kita pon nak kasi up sikit, guna telur emas. Telur emas? Tak ada lah dalam telur tu ada emas. Letak gam dekat telur pastu lumurkan dekat glitter bling-bling warna gold. Tadaaaaa! Jadik lah telur emas. Up sikitttt



Disebab kan aku ni masih single but not available lagi, aku tak kisah pon pasal hantaran ni.Serious tak kesah pon dapat berapa. Tapi dah kata aku tak kisah tu, jangan lah selamba tenuk dia je main bedal letak doploh hengget lapan posen pulak kan.Pastu bagi baju pagoda je. Tu memang sesaja je meminta pelempang laju-laju nama nya,dan diminta dibaling durian doploh bijik secara berjemaah. (eh tadi kata tak kesah). Aku reti masak oreo goreng hokeyyyy. muahahaha.




Actually, aku tak kesah sangat pasal hantaran ni sangat sebab aku kesah pasal life aku selepas kahwin. Time kahwin grand-grand pastu hutang sana sini, buat hape. Lagi nyusahkan hidup aku. Aku mengimpikan kehidupan yang stabil di masa depan kelak. Janji lepas kahwin boleh laki aku bawak honeymoon tempat best-best sikit. France ke, Paris ke, Vanice ke, Italy ke UK ke . (Ulu Kelang pon UK gak ni). Ni bukan mata duitan dah ni hari hari nak makan steak,shopping habis satu mall, ni dah makan angin je manjang. Makan lah angin tu sampai perot kembong cam ikan paus. kehkeh




Tapi kalau pergi kenduri kahwin rumah orang ni, mesti ada je kak nam kak nam dan makcik joyah semua sibuk tanya si polan ni hantaran berapa bagai kan? Kalau hantaran rendah,cakap laki kedekut lah,perempuan berbadan dua lah hape lah,kalau hantaran tinggi pulak,mengata jugak,guna duit mak bapak lah hape lah. Serious tak faham. Pasal hantaran ni selalu aku tengok gitu je, sebab bukan aku yang dapat pon ferrero rocher,beg LV, baju Prada, yogurt Tutti Frutti tu semua kan. Lagi lah pulak pasal duit hantaran. Memang tak koser aku nak ambik tahu.Aku pulak yang terkinja tengok hantaran orang macam beruk mak nyeh pon buat hape, tak ada guna. Kalau pergi kenduri kahwin orang ni, yang paling penting bagi aku adalah makanan. Makanan mesti kena sedap dan tip top. Itu bagi aku lah, sebab aku suka makan. hahahaha



Kalau satu perkahwinan tu grand gila pon, kita ni jangan lah pulak busuk hati. Orang melayu ni memang selalu pantang sikit orang lebih daripada dia.Pastu ngata belakang-belakang. Dia kahwin grand-grand pon satu sen pon tak ada guna duit kita pon. Dah dia dan family dia mampu, suka hati lah kan nak buat majlis besar mana pon


Satu benda je yang aku nak kongsi. Mungkin semua orang tahu benda ni atau pon saja saja je buat tak tahu


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).



" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )



Lafaz Akad Nikah : “Aku terima nikahnya dgn si polan binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM tuttt tunai

Bunyi macam senang je kan? tapi kita tau tak erti sebenar atau erti tersirat disebalik lafaz akad nikah tu.

Erti Tersirat : “Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”




Fuhhh berat tanggungjawab suami ni sebenarnya. Tapi aku saja je lah nak tanya, kalau ada sesiapa yang dah berkahwin baca entri ni, dulu time kahwin berapa banyak eh kos perbelanjaan yang digunakan??? :)




Ok tu je nak tanya. babai :)

Fashion : Beg Tangan


salam semua .... 
halo memandangkan mata aku dah sakit (pening tengok huruf banyak-banyak) so aku up load gambar jer la ... kat bawah ni antara beg tangan yang aku jual (wah aku nak promote sikit kat korang)
memang cantik cantik okey ... so kalau korang berminat boleh apply kat FB aku ... dan korang boleh tengok lebih banayk beg yang aku jual kat fanpage aku KLIK SINI ... kat sini lagi banyak beg ... so kalau nak just comment kat gambar beg yang korang berminat tu .. insya-ALLAH dalam masa 24 jam aku akan reply balik mesej korang tu ok .. 


















P/S : mana-mana yang korang minat jangan segan segan komen kat FB aku okey 

chow dulu

ssseeuuuoolllsssss next time

sarangae(LOVE)