Senin, 31 Desember 2012

Welcome 2013

Assalamualaikum

selamat pagi semua bagi yang baru bangun tido (sama ada pagi atau petang mahupun malam) hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2013 (aarrrgghhh) . Oleh itu , korang semua mesti ada permintaan masing-masing kan??? dah macam jumpa jin la plak nak kena minta hajat bagai ... haha ... bukan itu yang yumi maksudkan ... apa yang yumi maksudkan ialah korang mesti azam untuk tahun baru walaupun azam tahun lepas pown tak terlaksana lagi ... haha :'D

jadi , aaaappppeeee agaknya azam korang erk ??? hurm LU PIKIR LA SENDIRI ... yang pastinya azam korang tak boleh sama dengan kengkawan lain ... kalau sama pun mungkin dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ... so adik-adik kita ni dah berkira-kira ker azam korang ??? terutamnya adik-adik yang nak UPSR , PMR , SPM dan STPM ??? 

okey azam yumi tahun ni ape yerk ???
hurm tak boleh bagitau sebab cuma tuan badan dan Pencipta-Nya jer yang tahu ... okey apa yang pasti tahun lepas yumi dah dapat apa yang yumi nak ... dan alhamdulillah semuanya termakbul ... so  , tahun ni kena pikir sesuatu yang lebih baik lagi dan memberi manfaat ... Insha-Allah .





P/S : baru masuk tahun baru , ramai yang dah tertekan sebab final exam ... :'D


thanks for reading 


bubui


saranghae (LOVE)


Nostalgia 2012


Assalamualaikum 

kepada semua pembaca yang jauh mahupun yang dekat ... jauh mari dekat yang dekat mari rapat ... :'D ... so , sekarang ni kat pesbuk semua pakat dok sibuk up-date pasal 2012 , ada macam-mcam komen yang ada ... bla bla bla ....... so korang pulak macam mana? mesti dok sibuk up-date status jugak kan ??? yang nak exam cara nak exam , yang nak kuar malam ni untuk sambut tahun baru pun ada , blogger macam yumi pown dok sibuk mencari idea untuk up-date blog masing-masing , ada yang ' Hai 2013 , bubui 2012 ' dan macam-macam lagi ... 

so apa-apa pun sebelum masuk tahun baru ni kita perlu la ucapkan apeeeee???? ALHAMDULILLAH  sebab kita dah diberi kesempatan untuk hidup dengan sihat dan masih lagi bernafas hinggalah berakhirnya tahun 2012 ni kan ... so segala apa yang terjadi di sepanjang 2012 ni kita jadikan teladan untuk masa hadapan ...

Hhhmmmm ... sepanjang 2012 ni apa yang yumi dah lalui erk ??? jap nak refresh balik kenangan 2012 ...kalau nak pikir balik memang banyak ...  so nak kena cari yang terbaik jer la yer ... ^_^
okey , yumi habis zaman persekolahan 31.12.2011 iaitu tamat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng . Ramai orang akan salah anggap yang yumi ni sekolah kat sekolah cina , tapi sebenarnya tak . nama jer cina tapi majoritinya ialah kaum melayu . Lepas tu dok sibuk isi UPU ngan kawan-kawan yang lain . dah abid bab tu dok pikir plak bab nak cari kerja ... tup tup dapat interview dekat area rumah jer (dekat sikit nak balik makan free ^_^) . Nak dikatakan rezeki , yumi dapat kerja tu sebagai kerani akaun .. jadi la kan daripada dok merempat kat rumah goyang kaki ... so , dapat la pengalaman kerja hampir 6 bulan ... alhamdulillah dapat merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri (walaupun kerja dalam aircond)


dengan kakak-kakak sporting kat pejabat ... ^_^

yumi de gak wat keje yang kononnya nak isi masa lapang ... dengan jadi model ... haha macam kelakar jer bunyinye kan ... tetiba plak jadi model ... bukan sengaja pun ... semua tu berlaku secara tak sengaja .. dah kakak opis sekolah tu tanya yumi nak tak jadi model bertudung , yumi cakap nak je la dengan niat sekadar nak mencuba ... nasib baik mak ngan abah izinkan ... lagipun bukan jauh sangat pun kat area Taiping jer pun ... jeng jeng jeng



... okey sambung cerita tadi ... dalam dok sibuk wat kerja , buka web upu ... tengok-tengok ada panggilan temuduga kat UITM   Shah Alam untuk ijazah sains sukan tapi bukan rezeki yumi kat UITM tu ... next interview kat UM (dalam hati aku kena wat betul-betul ) sebab dah minat sains sukan kan , so kena la usaha keras sikit ... alhamdulillah rezeki yumi kat UM ...

so kerja berul-betul untuk habiskan semua tugasan yang tak siap lagi then yumi berhenti kerja tu awal seminggu selepas raya puasa sebab mak masuk HKL ... lepas mak kuar HKL yumi terus daftar UM ... then siapkan diri untuk MHS (Minggu Haluan Siswa) penat tu memang la penat sebab terpaksa bangun awal pagi untuk join semua aktiviti yang kolej dah tetapkan untuk semua student baru ... TERBAIK sebab dapat kenal ramai kawan baru dari pelbagai negeri ... ^_^ lepas jer MHS abis disusuli pulak dengan MIK (Minggu Intergrasi Kurshiah) ... yang ni senior dan junior semua campur ... ada pelbagai game ... best tapi penat ...


lepas semua aktiviti ni habis , bermula lah hidup sebagai seorang student di UM ni hah ... kelas untuk sem ni cuma hari selasa hingga khamis jer ... tapi jadualnya sampai malam la ... nampak macam best jer kan (senyum sampai ke telinga) disebabkan yumi ni 1st year student , so tak boleh bawak kenderaan , so kat situ  nampak susah sikit la sebab kena pegi kelas naik bas yang disediakan ... so kena lah gerak awal ker fakulti sebab fakulti sukan jauh dari kolej kediaman yang yumi duduk sekarang ni ... so dalam perkiraan la nak bawak kenderaan ... hhhmmmm (fikir sejenak) ...

yumi punya classmate dah sah-sah la ramai lelaki sebab dah nama pun sukan kan ... tapi diorang semua memang best ... ada dari pelbagai negeri dan negara ... international student ada 5 orang ... diorang semua dari BRUNEI , INDONESIA , IRAN dan KOREA ( Exchange Student )


ok ni la kawan - kawan baru yumi ^_^
Hello My Friend .. Nice To Meet You

okey .. dah la ... jadi yumi dah hampir kurus sebab dok gerak sana sini untuk menaip semua nostalgia 2012 ni ... so nanti kalau ade yang yumi ingat pasal 2012 lagi , yumi up date lagi okey ...

bubui


thanks for reading 


saranghae(LOVE)


Minggu, 30 Desember 2012

Kini saya lebih konfiden


Kalau bercakap pasal kehidupan di universiti yang berlonggok-longgok assignment dan selalu kena buat presentation. Aku lebih suka buat assignment lagi daripada buat presentation. Sebab aku ni kalau  cakap depan orang ramai nak buat presentation mesti darah gemuruh datang. Bukan tangan je menggigil, bibir pon menggigil. Tapi ramai yang tak perasan part bibir menggigil sebab fokus mereka adalah pada tangan yang menggigil. Memang teruk benar ni tahap parkinson nya.Bila kena buat presentation depan orang je, mesti simptom-simptom pelik ni berlaku.Padahal bukan ramai mana pon dekat depan, budak-budak kelas je. Tapi itu dulu...




Pengalaman yang aku dapat daripada menjadi finalis Carian Gadis Konfiden Kotex® sikit sebanyak dapat menolong aku dalam banyak hal la. Yang penting dapat atasi kegigilan (kegigilan?) aku bila bercakap depan orang ramai dan lebih konfiden! Kak Azahlah yang paling banyak bagi motivasi. Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita ni perlu motivasi. Memang dapat satu pengalaman yang best lah bila ada dalam bootcamp ni. Kalau boleh, aku nak kongsi dengan member-member apa yang dah aku belajar selama 3H2M kat sana. Sharing is caring la katakan! Supaya kita semua boleh tukar menjadi seorang wanita yang konfiden tak kira masa dan dimana-mana. Wahhh gituwwww



Selepas balik daripada bootcamp Kotex® ni terus konfiden! Asal ada presentation je, mesti nak jadi orang first yang present dekat depan. Belum lecturer panggil nama lagi siapa nak present,aku dah angkat tangan tinggi-tinggi dah nak present first. Punya lah semangat berkobar-kobar. Part paling best, dah tak menggigil dah bila present dalam kelas! Oh sukanya iolssssssssssss! Thanks Kotex® kerana mengembalikan keyakinan diri ku ini :D





Satu lagi benda yang aku suka pasal Kotex® ni, rangkaian tuala wanita dan pantyliner yang tiada tandingan – rasa selesa, selamat & fresh!. Bila kita rasa selesa dengan diri kita dalam apa jenis keadaan sekali pon, automatically can boosting up our self confidence and stay positive! Curlasss aku speaking omputeh sikit :D




Kalau ada bootcamp organized by Kotex® lagi lepas ni. Tolong lah pergi. Memang best gila! Kalau korang nak tahu, banyak lagi peraduan-peraduan yang best korang boleh join dekat Kotex® ni . Cari dekat FB Iknowmovement, dan click like. Kalau ada bootcamp camni lagi jangan lupa join tau! Pengalaman sekali seumur hidup dan korang mesti akan ingat sampai bila-bila :D

Kamis, 27 Desember 2012

Cambest je Proton Saga FLX SE 1.6 ni. Angkat sebijik boleh?


Kalau korang nak beli kereta kan, kriteria apa yang dekat kereta tu yang korang tengok dulu??


Design kereta?

Saiz kereta?

Save minyak ke tak?

Harga?



Kalau nak yang murah,mesti ada gak yang berkenan dengan kereta secondhand tapi risiko asyik nak ke workshop untuk repair kereta tu sangatlah tinggi setinggi Gunung Everest. Kang banyak habis duit kat workshop je lah



Tapi market sekarang kereta boleh dapat dengan harga hanya serendah RM38,361 je. Dapat dah kereta yang bahagian dalam lapang dan selesa,teknologi up-to-date dan banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita dapat dekat model yang lebih mahal. Eh tapi macam berkenan lah pulak dekat Proton Saga FLX SE 1.6 ni






Ada 2 warna yang boleh dipilih. Solid White atau Fire Red 



Enjin Proton Saga FLX 1.6 SE ni pulak enjin CamPro IAFM, 4-cylinder DOHC 16V,dikuasakan dengan teknologi Continously Variable Transmission(CVT) yang boleh menjimatkan minyak dan penukaran gear pon lebih lancar. 

Dari segi keselesaan, performance, handling, penjimatan petrol memang Proton Saga FLX SE terbaik lah sebab CVT nya yang amat efektif!!








Ada sedara aku pakai Proton Saga FLX SE ni, dia kata kereta ni bonet luas,nak sumbat barang apa pon memang tak ada masalah lah lagi-lagi kalau nak balik kampung. Sedap je lah menyumbat apa yang patut dalam bonet kereta tu. Part dalaman pon luas, banyak tempat simpan barang dekat dalam kereta. 



Leather seat , rim 15 inch dan aircond memang terbaik ah. 




Sound and speaker best.  Siap ada audio switches dekat stering so kalau memandu memang fokus. Tak payah dah teraba-raba tangan tu merayau nak alih-alih chanel dekat radio dah.Tekan-tekan dekat stereng je sudah. Dan yang paling best, ada USB and AUX port, so boleh main lagu from USB drive and Ipod or any music audio gadget. Cucuk je USB drive, haaa layan lah lagu-lagu favourite korang hari-hari bagi siapa yang tak suka dengar radio




Ada twin airbag! Fungsi brek ABS dengan EBD. Handling daripada Lotus stabil dan breaking system pon memuaskan.


Harga Proton Saga FLX SE 1.6 ni bawah paras RM50,000 je uolsss. Tak cecah pon 50k. Bayar downpayment banyak sikit,tak ada ah sakit sangat nak bayar bulan-bulan. Lagi murah daripada harga Myvi SE ni. Memang berbaloi dan mampu milik lah kalau nak beli sebijik! Pulak-pulak untuk golongan muda macam iolssss huehuehue.Kalau tak puas hati lagi,pergi test drive sekarang! 



Apa yang bestnya sekarang sebab ada tawaran yang terbaik dari ladang untuk kita semua!! Ada rebate sehingga RM2,000 atau PERCUMA CAJ SERVIS  untuk satu tahun. Yayyy!  Bukan itu je yang ditawarkan, dapat pulak PERCUMA BAYARAN ROAD TAX untuk 2 tahun atau  PERCUMA PEMBAHARUAN LESEN untuk 5 tahun. Wow banyaknya benda PERCUMA ni.Bertindak sekarang sebelum terlambat,menyesal kemudian tidak berguna.




Daripada nak beli kereta secondhand,alang-alang angkat je lah Proton Saga FLX SE 1.6 ni sebijik. Serang www.epicsaga.com.my sekarang!! Usaha-usha mana yang patut.



K bye! 





Help Me !!!


 Assalamualaikum 

mula-mula semangat nak baca note - note yang ada ni ... tapi bila mengantuk datang menyerang aduh memang kalah la macam ni ... mengantuk ni memang la , buka jer note terus mata jadi kuyu tapi bila on lappy celik plak dia .. haish .. dugaan betul la kalau asyik macam ni jer ... roomate cakap kalau petang-petang ni time mengira , masalahnya , yumi mana ada subjek yang melibatkan kira-kira sem ni ... argghhhh TOLONG la ....



peneman buat tidur di petang hari .. haha ... note + pensel + kamus = baca wat note kecil2 tepi tu hah ... sebabnya yumi memang suka menconteng pown  ... hahaha :'D



bukan tu jer jadi peneman tidurnya ... jeng jeng jeng ngan bantal LOVE + HITz Fm lagi hah ... 


apa yang lagi besar ??? note ker bantal ??? apa maknanya ??? haha adakah dia menyuruhku untuk tidur ???
oh tidak ... yumi dah penat dah tido .. silap hari bulan mata bengkak sebab terlebih tidur bukan sebab tak cukup tidur ... zzzZZZ



P/S : adakah korang juga begini ???



bubui



saranghae(LOVE)


Selasa, 25 Desember 2012

Anyone interested with Tribal / Aztec Long Sleeve Top ?


Sekarang tengah in kan corak tribal dengan aztec ni? Semua benda nak corak tribal/aztec. Dari shawl, seluar,baju,kasut dan ehem ehem. Tetibaaaa ada ehem ehem. Material adalah cotton dan sedap dipakai.Pulak-pulak dalam cuaca kita dekat Malaysia ni, memang sesuai sangat dipakai sebab kain ni tak panas. Sebab baju ni dah lengan panjang tak payah susah-susah dah nak pakai cardigan bagai. Dah pakai baju,sarung je lah jeans,palazzo pants ataupun skirt dan anda boleh berjalan-jalan cari nahas diluar tanpa segan silu.



Murah sangattttt. RM40 je termasuk postage. Sesiapa yang berminat dengan baju lengan panjang corak aztec/tribal boleh dapatkan sekarang!



TB-01- SOLD OUT



TB-02 - SOLD OUT




TB-03 - SOLD OUT



TB-04 - SOLD OUT



TB-05 - SOLD OUT


TB-06 - SOLD OUT



TB-07 SOLD OUT




TB-08 SOLD OUT





TB-09 -SOLD OUT




TB-10 - SOLD OUT




TB-11 SOLD OUT




TB-12 - SOLD OUT





RM40 including postage!!
Material- cotton

FREE SIZE ( Fit S-L) 
-MEASUREMENT- 
LENGTH :58 CM
BUST : 88 CM
SHOULDER :40 CM


Berminat?? Please email to gathese@yahoo.com including your : 
Name
Address
No tel
Code item



Fakta ke auta ke,pandai-pandai lah pilih sendiri


Aku tengah bosan. Exam just around the roundabout,tapi malas nak bukak buku. So aku nak cerita sikit sikit lah pasal aku. Kalau kau orang baca, kau orang pon ikut bosan. Yes! misi aku berjaya buat kau orang feeling-feeling bosan sama dengan aku. Kita serupaaa kita serupaaa :D





@ Aku boleh tidur dengan nyenyaknya kalau lampu terbukak dan juga lampu tertutup. Tak kesah la cahaya terang benderang macam nak sambut Deepavali ke. Gelap gelita tak ada eletrik ke. Aku masih lagi boleh tidur dengan nyenyaknya. Hebat bukan?



@Aku boleh bawak kereta tapi aku tak ingat jalan. Sebab kalau aku tak drive, aku akan duduk seat belakang jadi bos. So automatically aku akan tidur. Sebab tu bila aku drive,aku tak tahu jalan. Kadang-kadang nak balik rumah sendiri pon aku sesat



@ Time kecik-kecik dulu aku bercita-cita nak jadi pramugari. Tapi bila dah besar godang,gemok gedempol tendang masuk gol ni,jadi pramugaru je lah yang sesuai. Kang jadi pramugari mahu terbalik pulak kapal terbang





@ Seorang yang mempunyai banyak gila persoalan dalam kepala dan dalam otak. Suka tanya benda pelik-pelik dekat orang. Tapi kadang-kadang bukan nak tahu sangat pon. Saja je nak tanya




@Kalau gosok gigi, akan gosok lidah sekali






@ Dulu masa lepas SPM, Ian Somerhalder pernah masuk meminang,tapi aku tolak dengan alasan dia tak bersunat





@ Seorang yg straight,tidak bengkang bengkok



@- Mempunyai dua lubang hidung dan kandungannya berubah dari masa ke semasa. Kandungannya mempunyai pelbagai perisa. Paling sedap perisa strawberry. Kalau dapat perisa coklat tu kira bertuah badan la tu.






@Aku baru tahu yang Ray J tu bukan berbangsa cina

















Ray J




Ok lah cukup lah aku merepek dan bercerita sedikit sebanyak tentang diri aku. Ada fakta, ada auta. Pandai-pandai kau orang lah pilih mana satu auta, mana satu fakta. ok bye!

Senin, 24 Desember 2012

Study Week


Assalamualaikum 

hye korang , korang dok study ker ??? okey okey ... letakkan pensel dan pen sekejap pastu bangun dari kerusi korang tu yang dah panas tu sebab korang dah duduk terlalu lama , buat sedikit regangan , mengeliat sikit bagi badan dan otak korang berehat jap ... okey ... dah buat ker ??? bagus bagu bagus

sekarang ni kan minggu study week terutamanya kat UM ... kat U lain pun study week jugak tapi mungkin diorang dah dekat nak exam da , betul tak ? so , apa yang korang buat di sepanjang minggu study week ni ? ada yang balik kampung (bawa beg macam tak nak balik UM da pown ada) , ada yang stay kat kolej untuk wat revision kat library , dan macam - macam lagi la ... tapi tu dah menjadi satu kebiasaan kan ... yumi pown baru 1st time nak ambik exam cara U ... yela study tak sampai 6 bulan dah ada final exam ... kalau macam kat sekolah dulu kan final exam hujung tahun pastu kena baca 1 buku terus ditambah plak ngan bab yang banyak ... hah mau pecah kepala jawabnya ... betul tak ??? tapi sekarang ni dah lain dah ... hidup kat U ni best sebenarnya , kita cuma perlu dapatkan 40% daripada jawab exam ... eh! lagi 60% ? hah meh sini nak bagi tau , lagi 60% kita dapat daripada presentation , assignment dan kuiz ... tapi masa ni jangan pulak buat main-main kalau tak hancur jugak dibuatnya ... okey ??



kebanyakkan student akan jadi macam ni kalau banyak benda yang dia tak baca lagi ... itu nak baca , ini nak baca , so semua ni akan jadi serabut dan sakit otak bila sedar yang banyak bahan yang kita tak baca lagi ... itu yang ada student study sampai subuh ... betul tak ??? kalau dulu sebelum pukul 12.00 malam dah tidur dah tapi kalau dok kat sini kadang-kadang tak sedar pown jam dah pukul 3 - 4 pagi ... kan ??? 

ni ada sedikit tips untuk korang semua .. masih belum terlambat ... :'D




bagi korang mana satu maksud study yang sebenarnya ???

tepuk dada tanya selera ....



adakah ini maksud STUDYING yang sebenarnya ??? ini bergantung kepada cara anda belajar dan mengulang kaji ... kalau banyak lagi tak study memang DYING la jawabnya ... ^_^


 apa-apa pun yumi nak ucapkan GOOD LUCK kepada korang dan selamat maju jaya ... 

P/S : kejayaan milik semua 



thanks for reading


bubui


saranghae (LOVE)

Dikontotkan cerita . . .


Dahulu pada tahun 1999 (lebih kurang la)


Dulu masa aku sekolah rendah dulu. Ada seorang mamat ni minat dekat aku (statement rasa macam nak muntah lapan baldi) Dia ni selalu lah dok stalk aku. Mamat ni bernama Samdol bukan nama sebenar. Dulu masa muda-muda dulu aku pandai,bijak dan cerdik (muntah lagi seploh baldi). Dah masa tua tua ni otak tak berapa nak function. Aku pon pelik la apa pasal sekarang ambil exam memanjang fail aje. Tah hape tah aku dok fikir pon  aku tak tahu la. Nak kata jaga rumahtangga,rumah pon tak bertangga lagi. Nak kata aku jaga anak. Anak tekak pon kadang kadang tak terjaga jugak. Nak kata otak krem sebab makan tenuk panggang masak lemak cili api, belum lagi buang tebiat ke situ la. Yang sampai tak melekat lekat ilmu di dada dan di kepala otak ni tak tahu la apa ke hal nya.




Ok berbalik kepada mamat tadi tu. Kalau aku dapat nombor satu dalam kelas je. (dulu selalu nombor satu. sekarang mesti selalu nombor satu dari belakang. hehh) Nanti dia bagi cincin. Cincin tikam je la yang dia bagi. Alaaaa yang selalu dapat dalam jajan jajan ding dang ke tah hape tah namanya tu kan. Kejap karang dia bagi bungaaaa. Tapi dia main petik je la bunga dekat belakang kantin tu. Walaupun dia cakap "bunga ini awak sorang je dapat tauuuu. Saya beli dekat kedai pak mat basikal"


Nak menipu pon beragak la sikit. kedai pak mat basikal tu jual sateee ikan secucuk seploh sen tu. Mana datang menatang bunga tu pon tak tahu la mamat ni.


Note: Pak mat basikal tu naik basikal sebenarnya. Bukan bukak kedai basikal



Tapi aku tak suka dengan dia ni. Sebab dia kuat peluh. dah la kuat peluh. Berbau pulak tu. hehh. Masa nak bagi bunga curi belakang kantin tu pon, dengan bunga-bunga tu sekali ada peluh dia. Macam mana aku tak geli? lepastu dia dah la gemuk gedempol. (eee kwanghajar  tak aku??? pasal tu aku pulak yang gemok sekarang huakakaka)




Badan Samdol ni ada ala-ala yang part BEFORE tu






Masa time nak dekat raya, mamat Samdol bukan nama sebenar ni ada bagi kad raya dekat aku. Kawan kawan aku yang baik dengan aku tahu la dia minat dekat aku selalu ejek ejek "fuihyooo mamat Samdol bukan nama sebenar bagi kad raya. Dia bagi duit raya sekali tak?"



Kecohhh la minah minah ni. Elehhh kad raya je pon. itu pon dok tulis.


"Assalamualaikum,
awak sehat hari ni?? baju raya awak berapa pasang tahun ni?? awak dah makan??  Saya nak ucapkan selamat hari raya dekat awak. maaf zahir batin" pastu ada love-love tiga ketul,pastu tandatangan nama dia



Dalam pada tak suka tu, baca gak isi dalam kad tu. Biasa la orang bila dah tak suka. semua benda orang tu buat kita tak suka. Tapi mamat Samdol bukan nama sebenar ni dia memang baik walaupun dia gemuk gedempol. Tapi time tu aku jahat macam mak tiri bawang putih bawang merah tu. Aku pergi koyakkan kad raya tu depan dia jugak siap cakap "aku memang tak suka dekattt kauuuu lah sebab masa kau bagi bunga tu ada peluh kau sekaliiii. lagipon kita budak-budak lagiiiii.mana boleh bercinta" (konon nya la. tapi memang budak budak pon time tu)



Lepas tu dia menangis. Tapi aku pedulik hape kan kau nak nangis ke nak terlangkup ke hape kannnn. (Terasa diri sangat kejammm lahanat betul time ni.Padahal belum baligh lagi time ni,dah tunjuk gangster)





Sekarang pada tahun 2012.



Saja jalan jalan cari pasal dekat Setia Alam City Mall. Masuk H&M jap window shopping.Baru nampak urban sikit. Time tu aku sorang,kawan aku pergi toilet pulak.Usha-usha je baju dalam tu,bukan beli pon. Sekali ada orang tegur.



"hye tumpang tanya. Awak ni *** yang sekolah rendah dekat sk ** tu kan??"


"emmmm. ha'ah. ni siapa ea??" Siapa pulak ni tetiba tegur aku,dah lah aku tak kenal


"saya laaa Samdol (bukan nama sebenar) dulu time sekolah rendah dulu saya ada bagi kad raya dekat awak. lepastu awak koyak and then baling dekat muka saya tu. Ingat tak??" (muka ramah gila)



wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Samdollllllllll! (bukan nama sebenar) dah kurussssss kau yeeeee.Gila ahh memang macam contestant the biggest loser masa final stage. Kurus gila. dulu badan kau macam jeli sumi goyang-goyang. Lepas tu berpeluh peluh . Sekarang apasal macam dah lain ni?? Ingat pulak muka aku??



Tapi aku tak sangka kau cam lagi muka aku ni haa. Sebab aku rasa muka aku dah lain gilaa.Badan apatah lagi. Dulu aku ejek kau gemok, sekali sekarang hambekkk aku pulak yang gemok.huakaka. Tu lah balasan nya. Servis bertukar tangan. Seriously aku ingat artis mana la tegur aku tadi. Terkejut hoiii



Sembang punya sembang terus mintak tips kurus! HAHAHA tah pape. Banyak gak lah tips dia bagi,tapi nak buat nya tak tahu lah mampu ke tidak.Memang gigih betul lah semangat dia nak kurus tu







Tetiba muka lelaki ala-ala macam ni tegur kau,terkejut tak???




Aku harap Samdol bukan nama sebenar tu tak baca la blog ni. Tapi aku rasa dia tak tahu pon aku ada blog. Kalau tidak mesti dia gelakkan aku yang tah pape ni.



Moral of the story:
jangan sangka orang hodoh tak boleh cantik.
orang hitam tak boleh putih.
orang gemuk tak boleh kurus.
orang miskin tak boleh kaya.
orang BODOH tak boleh pandai.


Semuanya atas usaha sendiri. Nak cantik nak handsome nak pandaiii sendiri usaha gigih dan gagah la baru boleh berjaya tercapai cita cita.Jangan cepat pandang rendah dekat orang. Yang kita tengok zaman sekolah yang tak pandai, yang gemok,yang huduh tu lah bila jumpa balik,masing-masing lagi pandai cari duit,lagi kaya, makin kurus,makin cantik. Sebab selalu kena ejek dulu gamaknya time sekolah,tu lah semangat nak buktikan dekat orang lain yang dia boleh berjaya tu kan?? Respek betul lah kat orang-orang yang ada keazaman yang tinggi macam ni. Respek Rileks Respon betul lah. 3R pulekkk :D






Agak agak kalau aku bagi kad raya dekat Samdol bukan nama sebenar untuk raya tahun ni. Dia nak baling spender tak dekat muka aku???


ok bye!

Sabtu, 22 Desember 2012

Musim durian


Sekarang ni memang musim durian kan? Pergi mana-mana pon, kat tepi jalan bersepah je orang jual durian. Aku hantu durian gak ni. Tapi suka makan je,nak kopek malas. Sebab takut dengan duri durian. Tapi kalau susah sangat nak kopek durian,apa kata kita buat macam ni?



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=









Whoaaaaaaaaaaa ni mesti pisau tajam gila nak meninggal ni. Kagum kejap. Orang yang belah durian macam ni boleh masuk Guinness Book of Record ni - orang pertama yg belah durian macam belah tembikai.






 ok bye!

Jumat, 21 Desember 2012

Dah Habis Ker

Assalamualaikum 

first of all yumi nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang sudi memeriahkan small party untuk kelas SPORT MANAGEMENT bagi sesi 2012/2013 untuk semester yang pertama ini . walaupun jamuan ni hanya dibuat secara kecil-kecilan tetapi agak meriah sebab masing-masing dah kembali ke zaman kanak-kanak riang , mana tak nye semua berebut makanan dan minuman .. sampai ada yang pegang sebungkus besar junk food kat tangan dia ^_^ so sweet huh!!

tapi jamuan ni kekurangan student sebab ramai yang keluar , ada yang dah balik kampung memandangkan minggu depan start study week , so semua dah pakat-pakat cabut lari dah ... then ada yang ada competition JOM BOLA(sejenis game yang baru diperkenalkan) kat dewan pusat sukan ... that's why la penghuninya tinggal sikit jer

oh ya , by the way kami buat party ni hari khamis malam selepas semua presentation habis ... dan kiorang just buat kat dewan kuliah jer ... senang , lepas jer habis kuliah terus start jamuan dan snap gambar .. time tangkap gambar ni semua berpusu-pusu nak tangkap gambar ... time tu memang riuh - rendah la jawabnya ... 


 jamuan ni jugak diadakan untuk meraikan lecture kami PUAN TUTY HARYATI untuk menghargai segala ilmu yang kami pelajari daripada beliau memandangkan ini adalah kelas terakhir beliau sebagai tenaga pengajar di PUSAT SUKAN ... sebab beliau dah fokus kepada study beliau ...  

okey now , we can focus more on the party ... banyak gelagat-gelagat budak sukan ni bila bab makan ... ada yang makan kat meja yang mana berpusatnya makanan dan minuman , ada yang senyum sukmo dan sebagainya ... 






that is PUAN TUTY ... si cantik manis yang memakai tudung berwarna merah tu ... 
dan t-shirt oren tu adalah t-shirt kelas kami untuk SPORT MANAGEMENT :'p


okey classmate make sure kita jumpa lagi pada sem akan datang iaitu sem KEDUA 
good luck for our examination ... 

bubui


thanks for reading

saranghae (LOVE)


Kamis, 20 Desember 2012

Marilah mengelak kan diri kita daripada digigit nyamuk yang malaun ini

Siapa sini pernah digigit nyamuk?? Tak payah nak propa lah kan kalau tak tahu nyamuk tu menatang hape. Aku tak suka nyamuk ni sebab depa ni spesis spesis yang kwanghajar (amboi marah bebeno ni). Lepastu sesuka hati dia je menghisap darah kita . Kot ye pon mintak izin lah dulu tuan badan nak hisap darah orang. Ye dak? Ni main bedal suka hati dia je.





Kenyang sangat lah tu. Blah lah kau nyamuk. Malaun betol



Sesiapa yang pernah duduk hostel, pulak pulak dapat bilik yang nyamuk suka lepak-lepak malam-malam. Atau anda merasa annoyed dengan nyamuk-nyamuk yang malaun ni?? Ye! Anda di entri yang betul sebab aku nak bagi tips untuk tidur nyenyak tanpa di ganggu gigitan cinta yang tidak diundang oleh nyamuk malaun





TIPS nya adalah. Gunakan lah mende alah ini:





































TADAAA!! Walaupun ditulis terang-terang untuk baby. Jangan risau,semua golongan pon boleh pakai. Actually tak kesah brand apa pon. Janji lotion. Tapi aku suka lotion ni. Wangi je. Tidur pon feeling-feeling baby kena dodoi tonggang-tonggek dalam buaian (over sangat imaginasi)






Cara-caranya: Lumurkan lotion di seluruh badan anda sebelum anda tidur. Dah siap!


Kelebihan-kelebihan yang anda akan dapat selepas melumurkan lotion ke seluruh badan sebelum tidur:


@Nyamuk tak kan berani nak gigit engkoo. Mungkin sebab bila dia try nak gigit. Dia rasa pahit kelat ke hape kan. Tah aku pon tak tahu hape yang ada dekat lotion yang menyebabkan depa ni tak jadi gigit kita.


@Badan kita pon jadi wangi je. Tidur pon selesa. Boleh mimpi best best dengan nyaman. Tak kesah lah mimpi basah atau mimpi kering. Nescaya anda tak kan di ganggu oleh nyamuk.


@Tidur anda akan lebih lena dan wangi sentiasa. Nanti mimpi pon wangi wangi.Tak ada dah dapat mimpi busuk (Ni tak sure sangat lah dapat mimpi apa. hehe)

@Kulit pon lembut je selembut bayi. Kulit tangan pon jadi lembut macam tak pernah buat kerja dekat dapur.



Kalau siapa selalu kena gigit nyamuk. CUBA-TRY-TEST letak lotion satu badan sebelum tidur. Pastu cakap dekat aku berkesan ke tidak. Tapi tak tahu lah kalau dekat kau tak berkesan pulak.Dekat aku jadi je. Kalau tak berkesan , pergi la tonyoh ubat nyamuk tu satu badan atau pon spray ridsect satu badan macam spray perfume.Kalau tak jadi jugak, makan lah terus ubat nyamuk tu.




ok bye!



p/s: sebenarnya dah lama dah tak dengar orang cakap perkataan 'malaun' :D


Rabu, 19 Desember 2012

Tahniah Maria Elena dan Asfirdaus!! :D

 Ramai nya yang kawen bulan 12 ni. Ye lah lagi pon cuti sekolah. 15/12/2012 ahkak ku Maria Elena dengan dato' nya pon tie the knot! Yayyyy. Ni masa malam berinai merenjis,ahkak Maghia kata theme malam tu adalah MAFIA. Curlasss kau Maria,di hari bersejarah nak jadi mafia. Dan siap bagi amaran jangan pakai warna merah sebab tu warna dia malam tu. HAHA






 Pakai hitam kengkonon macam mafia sikit tapi nan hado je lah. Tak berapa nak mafia sangat lah




Lampu bentuk love. Cantik!



tu diaaaa abang mafia dan akak mafia kita. :D

 aloooo tomeyy tomeyyy. Merahnya lipstik. Meh la kiss kita sikit. heeee





Happy bride and groom!! :D





Reti pulak aku nak merenjis-renjis ni. Main baling je apa-apa yang ada situ. Bedal je




Wishing Tree!




Tulisan cakar ayam belanda siapa ni?





Bersama makcik-makcik lain yang hadir muehehehe



Ni masa malam berinai merenjis,masa majlis resepsi semalam satu gambar pon tak amek.Bawak camera tapi camera terperuk je dalam beg.huhu. By the way untuk Encik Asfirdaus dan Puan Maria Elena. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan. Happy for u guys! :)




Tengok orang kawen, rasa macam nak kawen gak. heeeeeee. Terus nyanyi. "Oh mama saya mahu kawen, kawen dengan siapa...kawen dengan tettttttttttttttttt"



ok bye!