Kamis, 07 Juli 2011

RUNNING MAN Variety Show Korea ni sangat terbaik woh !!

Siapa pernah tengok variety show korea RUNNING MAN? Serious kalau korang tak pernah tengok cerita ni korang memang LOSER. muahahahaha. terbaik wok cerita ni. Tapi korang kena tengok dari episod 1 lah sebab nak bagi korang kenal watak watak depa ni.



ni RUNNING MAN yang kekal lah tiap tiap episod ada. Tapi depa ni semua lawak dan ada character masing masing


Then tambah lagi sorang perempuan jadi Running Man. Song Ji Hyo yang tengah tu. Song Ji Hyo ni yang pernah berlakon Princess Hours tu
watak watak depa yang aku suka:


GwangSoo: sengal nak mati dia ni. Ekspresi muka dia lawak. Dia tak buat hape pon lawak. Dia ni selalu kena buli lah dalam Running Man ni


JongKook: dia ni paling kuat dalam Running Man. Kuat dalam segi tenaga lah. Kalau part nak mencari cari barang dia ni memang tak boleh diharap. Kalau game yang memerlukan energy memang semua cari dia ni lah nak buat geng


JaeSuk: Baru aku tahu dia ni pemes dekat Korea, pemes gila kot. pergi mana mana mesti ada fans dia. Dia ni macam Aznil lah kalau dekat Malaysia. Pengacara yang best dan lawak kalau dekat Korea dia ni. Dia pon best jugak. Lawak dia lawak yang boleh diterima


SongJiHyo: The only perempuan yang dalam ni. Dia ni orang panggil Blank Ji hyo. sebab dia ni memang sentiasa blank dan blur. Tapi kadang kadang datang jahat dia, dia suka gak buli orang. Dia dengan Gary ala ala couple lah dalam ni. depa dikenali dengan "monday Couple"


JoongKi: Pretty boy dalam ni. Mamat paling jambu lah antara semua. Dia ni otak dia bijak sikit. Kalau benda benda guna IQ dia ni boleh diharap



SukJin: dikenali sebagai "Big Nose hyung" sebab hidung dia besar. dan dia ni lawak jugak lah. dia dengan Jae Suk yang tua sikit dalam show ni rasanya


HAHA: Haha ni pon lawak gila. Lawak dia lawak yang dia ni macam gila. Sibuk dengan anak patung dia. Kadang kadang tengok dia ni macam gila. Tah aku nak explen pon tak tahu. Tapi memang lawak ah mamat ni



Gary: dia ni lah Monday Couple dengan Ji Hyo. dia ni pon lawak jugak. Pulak pulak ada orang macam rapat dengan JiHyo mula lah dia jeles. awal awal episod ada game snap snap pic. Kalau ada Gary ni mesti dia selalu menang game tu pastu muka dia tenang je even tangkap gambar situasi hape pon muahahaha


depa ni semua lawak ah yang pastinya. Korang kena tengok baru korang tahu



Game show ni tiap tiap minggu game dia lain lain. Tapi aku suka part yang "hide and seek". Pulak pulak siapa yang dapat tangkap dengan Sparta Kook (Kim Jong Kook) mesti tak boleh lepas punya. Kuat dia ni. Muscle pon berketul ketul. Makan hape pon dia jaga nak bagi badan dia still berketak


selalunya akan divide to 2 team

time ni guest Park Ye Jin

Aku suka episod Park Ye Jin jadi guest. Episod 37. Lawak ouh time ni. Gelak gelak sampai terkeluar air mata aku tengok episod ni.


episod ni best gak
Ni episod 27. Changmin and Yunho of DBSK yang jadi guest. episod ni pon terbaik jugak. Pulak pulak time yang melukis tu. Memang gelak tepuk tepuk lantai aku tengok depa ni lukis. Lukis tandas, orang last boleh teka robot. boleh?



ni lah Changmin and Yunho (DBSK)


time ni episod first. Episod first ni kurengg sikit. Yelah baru nak panas kann. Time ni guest depa Lee Hyori dengan Hwang Jung Eum. Kalau nak skip episod first ni pon boleh jugak sebab tak best sangat. Tak lawak sangat lah

Reason yang paling best kenapa aku nak tengok Running Man ni adalah kerana NICHKHUN !!!!



auwwww cutenyewwwwwwwwwwww~

Kenapa lah si NICHKHUN ni tak jadi RUNNING MAN tetap? Kalau ada dia lagi best. Tapi dia ni pendiam sikit. Tak banyak cikadak sangat. Tapi kuat jugak lah dia ni. Ada 2 3 episod jugak lah si NichKhun ni datang jadi guest


time ni dia dengan Taecyon jadi guest

alololololo comelnyaaa NICHKHUN ni. *jatuh hati


Jae Suk ni pon lawak jugak

Aku tak pernah tengok lagi FAMILY OUTING. baru tengah layan RUNNING MAN ni lah. Orang kata FAMILY OUTING ni pon best jugak. Sebab ada Jae Suk, Jong Kook dengan Lee Hyori. Tapi aku dah dapat dah full episode depa ni. dan lagi satu tengah nak layan KHUNTORIA !!! KHUNTORIA sangat sweet. sebab ada NICHKHUN!! dia olok olok kawen dengan Victoria f(x) dalam We Got Married



Korea punya variety show kebanyakan nya best best lawak lawak. Dulu aku pelik pelik tengok kawan kawan aku layan show depa ni. Siap perli perli lagi. Kutuk tu tak payah cakap lah. Memanjang aku nampak depa tengok mende mende korea tu manjang tu aku kutuk. Sekali aku pulak yang sangkut tengok natang natang ni semua. muahahaha


Tapi kalau korang baru nak berjinak jinak tengok, aku sarankan korang tengok RUNNING MAN ni. Seriously lawak nak meninggal tengok depa ni. Kalau korang tak gelak, kemungkinan besar urat gelak dalam badan kau dah putus.



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar